Assalamualaikum korang 😊.
Sabtu aritu (29/10/2022), dapat jemputan kenduri.
Anak abang sepupu sebelah mak kahwin.
Majlis buat dekat Mawar Biru Homestay, Bukit Kapar.
Dah jadi trend sekarang kan, buat majlis kat dewan or homestay.
Selesa pun selesa. Parking pun mudah.
Tak menyusahkan jiran tetangga.
Yang penting ongkosnyaaa 🤣.
So, minggu lepas tu masing² pakat tak balik kampung la.
Mak dengan abah yang datang ke sini sebab nak attend kenduri tu.
Busana pengantin simple je tapi nampak mewah sebab gandingan warna black & gold tu. Cantikk 😊.
Cucu atok nihh, dari tepi sebijik gaya atok 🤭.
Pegi 3 beranak je. Abah Ahnaff kerja. Pegi pun tumpang Kakcik sebab dia pun pegi dengan anak² je. Suami dia pun kerja jugak 🤭.
6 beradik semua hadir berkumpul ❤️.
Gambar mak ayah pengantin tak ambil.
Gambar makanan pun tak ambil. Hahaha
Syok jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa.
Syok menyembang sambil mengunyah 🤣.
Balik dari kenduri tu, semua berkumpul kat rumah Kakyong pulak.
Sempat la potong kek untuk Sofea. Berkumpul ramai², best la.
Malam tu semua tido rumah KakYong.
Paling seronok mestilah aktiviti menggomol baby² yang ade.
Yang ni paling geram. Tapi taknak sangat dengan orang. Mata melilau carik ummi n abah dia je 🤣.
Dia tak taw semua geram nak gigit diaa. Hahaha
Bonda pun nak gegettttt.
ReplyDeleteEh, cantik pulak laaa pengantin simple macam tu, nampak elegan.
Susah nak geget dia tu..sebab daging dia pejal. Nak cubit pun payah. Keras nau 🤣.
DeleteBetul kak. Nampak cantik dan elegan simple² camtu.
wahhh ahnaf sebijik atok hehehe.. eeeee gewamnaaaa budak debab sorang tu!
ReplyDeleteBudak debab yang tak mau dengan orang.
DeleteMoga berbahagia hingga ke syurga pasangan pengantin baharu Sarah & Ikhmal.
ReplyDeleteAllahu.... nak geget juga baby montel dua gambar di bawah tu. Geram!
Susah nak gigit si debab tu sebab badan dia jenis pejal. Keras. Nak cubit pipi pun payah. Hahaha
DeleteSapa saja la tak geram tengok isinya si baby tu...hihihi
ReplyDeleteEh,sekarang memang trend pengantin pakai hitam pulak kan..yang pengapit pula pakai putih..dah kompius mana pengantin🤣