Thursday, February 8, 2024

Gemilang Graduasi & Ihtifal Sanawi Az-Zahrawi 2023

 Assalamualaikum semua 😊.


3/1/2024 (Sabtu).
Hari graduasi Ahnaff, bertindih dengan hari kenduri sambut menantu Along Intan Payung 😌. 
Mujurlah sekolah Ahnaff buat 2 sesi.
Sesi pagi untuk cawangan Setia Alam dan Hillpark.
Sesi petang untuk Puncak Alam sahaja.
Jadi, boleh la kami ke majlis Along IP dulu.
Dalam pukul 12 tengahari baru bergerak ke Shah Alam.


Cantik kad jemputannya. Tema pun cantik. Hitam + Emas.


Ni kat majlis Intan Payung. Macam biasa la kan kalau kenduri. 
Mami pun sama sibuk jugak la. Sepanjang minggu sebelum kenduri tu. Dengan persediaan untuk kek kenduri. 6 biji brownies dan 3 biji kek pandan gula melaka. Tetiba Makcik pulak order kek birthday untuk Azad.
Sempatkan jugak la buat kek untuk dia.


Dia nak kek Didi. Haaa, camni je la yang Dede boleh buatkan 😂. Dalam tu kek coklat + ganache. Luar tu fresh krim sahaja.


Kembali ke kenduri Intan Payung 😂.
Hujung sana tu ada marhaban untuk Nuh. Majlis bertandang ni bersekali dengan Majlis Aqiqah dan marhaban untuk Nuh. Cucu kami 🤭. 


TyPia n Achik Ajad ood dulu ehh 🤭.


Anak bujang tu memang payah betul kalau ajak bergambar. Muka tu ketatttt je.


Dah sampai kat Shah Alam pulak 😂. Cer tengok mami, elok je senyum kalau bergambo 🤭.


Budak kecik ni good betul haritu. Mami abah tengok persembahan abang, dia elok je duduk kat stroller dia tu sambil makan maruku 😂.


Sekejap je masa berlalu. Dah konvo dah anak mami ni 🤭.
Tahun ni dah nak masuk tahun 1. 




Dapat juga la hadiah untuk tahun ni. Dapat 2 hadiah pun dah kemain gembira dia .
Tak sangka dia dapat anugerah khas bacaan tu. Sebab awal tahun aritu, dia memang tak pandai membaca lagi. Tup² dah hujung ni pandai membaca dah. Tak sia² berendam air mata je ye Napp 😂. 


Dah kenyang makan maruku, dia tido pulak. Sampai habis acara. Sebab tu kate, dia good sangat masa majlis abang tu.
Kemain berbaju kurung sedondon anak beranak 😂. Dari kenduri terus ke majlis graduasi Ahnaff. Tak tukar baju pun. 


Ajak ambil gambar kat pelamin tu dia tak nak. Ambil je la kat tepi ni. Sebelum balik.







Kemain serius mukaaaa. Dah sebijik macam muka Atok 😂.


Ahnaff cakap: kemain lagi kasut mami. Batu² tajam 😂

Adoiiii..teringat guru kelas dia bercerita masa Hari Laporan Prestasi aritu.
Teacher Jannah: kami, teacher² semua suka tengok Puan masa ambil Ahnaff. Sebab teacher semua pun rasa Puan selalu bersiap cantik masa ambil dia.
Mami: 😱😱
Teacher Jannah: kami tanya la Ahnaff, mama awak selalu cantik² dari mana?. Lepastu Ahnaff jawab, mami tu biasalah. Memang suka bergaya. Tergelak kami Puan, dengar Ahnaff jawab camtu.
Mami: 😅😅

Omg.. adakah anakku selalu membawang pasal mami pada teacher² semua. 
Ahnaff...Ahnaff...

Padahal mak dia ni bersiap ala kadar je ponnn. Paling² pun pakai lipstik ajee. 


Adakah ini dikira bergayaaaa 😂.















Friday, February 2, 2024

Appointment Ahnasofea. Klinik dan Hospital.

 Assalamualaikum semua 😊.


17/1/2024 aritu, appointment kedua Ahnasofea untuk terapi cara kerja kat Klinik Kesihatan.
Kali ni pun sama ye. 
Kejap je jumpa juruterapi tu. 
Tak sampai setengah jam pun.
Alhamdulillah Ahnasofea dah discaj dari Unit Terapi Carakerja tu. 😊


Tersedondon pulakk 🤭.


Kat kaunter pendaftaran. Lama juga nak tunggu giliran. Konon nak buat peace tapi tak jadi ponn. Hahaha


Monkey style katenyaaaa.

Balik dari Klinik Kesihatan, Sofea dah cakap "miii, paaa" (mamii, lapar).
Haaa gitu dia cakap. Hahaha
Jadinya mami pun terus la menuju ke Eco Grandeur, Puncak Alam.
Teringin nak makan kat Andra by Gulacakery. 🤭
Sambil2 celebrate Sofea discaj dari KK 🤭.



Ermmm, nak makan apa yee.


Mushroom soup n garlic bread. Tengok tu tak sabo² nak makan. Lapar sangat ke Yaaa? 


Muka garang taknak share makanan dengan mami 😑.


Haaaaa..mami punya lagi special 😂. 
Kemain big breakfast. Pastu sendat perut makan sorang².
Makan best² camni, berdua dengan Sofea rasa tak best pulak. Sebab Ahnaff takde. Dia sekolah. Tak pe la. Next time kita ajak abang pulak ye Yaaa.


Sunyi je suasana cafe dia. Mami dan Sofea tetamu pertama.




Ada banyak pilihan kek. Sofea mintak kek, tapi mami tak ambik pun. Sape nak abeskan nanti. Lain kali kita datang lagi ok.


Kan dah kate. Ada kami berdua je 😂.


Berdepan dengan Jaya Grocer, Eco Grandeur.


Keluar dari cafe tu, dia nak main taman pulak. Dah la panas, memang takla mami nak tunggu. Hahaha

Ni cerita 29/1/2024 pulak.
Appointment untuk audio test di Hospital Sg.Buloh.
Appointment pukul 8.30pagi. 
Pagi² pukul 7 kami dah keluar. 
Maklum je la. Nak keluar dari Puncak Alam ni memang jem belah depan sana.
Lagi waktu hari bekerja. Jarang tak jem.


Pape pun, makan duluuu. Hahaha
Mujur abah dah bawakkan dia bekal siap². 


Dia makan diam² kat situ sambil tengok orang lalu lalang.  
Waktu ni kat kaunter pendaftaran tau. Menunggu untuk pendaftaran klinik pakar.
Audio test ni di bawah jabatan ENT (telinga, hidung dan tekak).


Ni doc nak cuci sikit telinga dia. Siap berbedung lagi ye. Sebab taknak dia meronta². Siap ada nurse 2 orang untuk pegang kepala dan kaki dia. 
Padahal Sofea rileks je. Sikit pun tak bergerak. 😂
Sampai kagum la doc n nurse kat situ. Hahaha.
Well, mami pun kagum jugak sebenarnya. Sebab Sofea memang bagi kerjasama yang sangat² baik.
Doc check, teropong telinga dia pun, dia ok je. 

Pastu kami pergi station yang berikutnya 😂.
Masuk bilik audio ni.
Bilik ni kedap bunyi ye. 
Sunyi sepi tak dengar pape pun dalam tu.
Time ni mami dah neves tau.
Risau Sofea tak dapat ikut macam yang doc tu tunjuk.
Wehhhh, tapi dia boleh buattt.
Sebak betul mami tengok dia time tu.
She did a great job. Excellent.
Berkali² doc tu puji dia.


Ni dia pakai earphone. Bila dengar bunyi, dia kena masukkan mainan dalam perut hippo tu.
Bunyi yang paling slow pun dia boleh dengar ye.

Dah settle kat situ, kami kene tunggu lagi.
Untuk jumpa doc pakar pula.
Doc pakar ni pun kemain memuji² Sofea.
Sebab dia tau Sofea lulus cemerlang untuk tiap test yang diorang buat.
Doc pakar ni nak suruh Sofea attend speech therapy sebagai syarat je nak bagi doc KK Puncak Alam puas hati (sebab doc KK yang buatkan surat rujukan untuk terapi cara kerja dan audio test ni).
Doc pakar tu cakap, normal untuk umur Sofea yang baru 2tahun 3bulan ni bercakap 2 patah perkataan. 
Tak perlu ayat lengkap pon macam yang doc KK cakap tu 😂.
Pastu bila kat kaunter pendaftaran tu, nak set tarikh untuk speech therapy, tetiba therapist tu cakap tak perlu pi terapi tu, sebab Sofea dah boleh cakap 2 patah perkataan. 
In case kalau dia dah 3½ tahun tapi tak boleh buat ayat lagi, tu baru diorang akan rujuk pada unit speech therapy.
Makanya, officially Ahnasofea dah discaj dari semua appointment therapy.
Alhamdulillah. 😊


Kemain penat menunggu adik. Sampai terbaring² dia 😂. Terpaksa cutikan dia sebab tak dapat nak hantar dia pi sekolah pagi² tu.

Petang tu, pi celebrate laaa 😂.
Cari satay kat Meru.
Satay Family nama kedai dia.
Sedap tau. 


Ada stall nasi lemak juga. Sedap sambal dia. Merah cantik tapi langsung tak pedas.


Yang sentiasa berselera 🤭. 


Cerita dekat abah Ahnaffea yang doc² semua puji² Sofea.
Abah dia cakap, kalau doc² tu tau perangai sebenar Sofea, mesti diorang tak berani nak puji 😂😂. Hahaha
Yang penting, lega hati mami. 
Dah takde appointment hospital lagi dah.
Yang ada pun checkup berkala tu je.
Kat KKPuncak Alam je ponn 😊.

Ahnasofea....
Mami, abah dan abang yakin, Yaa boleh bercakap. Cuma belum sampai masa yang betul lagi kan Yaa.
Moga Ahnasofea cepat pandai bercakap.
Nanti boleh mengaji, menyanyi sama² dengan abang ye 😊.
Aunty² semua, tolong doakan Ahnasofea ye 😘.