Friday, January 13, 2023

Hari Ini dan Semalam.

 Assalamualaikum semua 😊.

Sihat ke semua?
Lately sibuk dengan macam² hal 🤣.
Hal² duniawi. Hahaha


Ni menu petang semalam. Maggi goreng. Ahnaff ada taekwondo kan malam tadi, so buat dinner ringkas je. Buat tak pedas, so mami punya haruslah tambah cili kicap. Baru sedap berapi 🤭. Next time restock barang dapo dah boleh la masukkan mee kering ni dalam list. Boleh buat mee goreng time terdesak or bila dah takde idea nak masak. Yang semalam tu buat guna maggi. Tapi ambil mee dia je la. Bahan² perisa dia tu tak masukkan pun sebab nak bagi budak² makan.


Si kenit ni pun suka makan maggi goreng. Habis dia makan. Kalau tengok Sofea ni, dia memang lebih cenderung makan mee, bihun atau spaghetti. Nasi dia kureng sikit.
Kalau BangNapp, tak memilih. Semua pun ok.


Ni menu lunch harini. Nasi hujan panas, ayam masak merah, jelantah dan ayam goreng. Rajin masak complete camni sebab Adam ada kat rumah. Baru sampai pagi² tadi, dari Kelantan. Sementara nak tunggu mama dia datang ambil, transit dulu kat rumah Dede (anak² buah panggil saya Dede 🤭).
Tengahari lepas habis mengajar baru Kakngah datang ambil. Masak la special sikit sebab sian dia datang dari kampung nak ambil Adam. Kebetulan pula harini hari jadi KakNgah. Sedang elok la tu 🤭.

Nasi hujan panas. Elok pulak kejadiannya harini. Hihihi. Masak 4 pot. Alhamdulillah habis. 😊
Dapat la Adam makan bertambah². Siap ulang makan lagi petang tadi sebelum dia gerak balik kampung. 


Ayam masak merah. Tak pedas sangat cili kering kalini. Just nice Kakngah cakap 🤭.


Petang tadi pegi bank kejap. Balik dari bank pi tapaukan air untuk diorang yang kat rumah. 
Satu untuk Mami, satu untuk Adam, satu untuk Kakngah, satu untuk MummyLong dan satu lagi untuk Ahnaff. Dalam paperbag tu ade 2 ketul chocolate roll untuk Ahnaff dan 1 slice kek tiramisu untuk Kakngah. 
Saje nak belanja diorang. Bukan selalu pun kan. Sesekali 😊. Banyak jasa kakak² ni pada mami. 
Jarak umur KakYong dan KakNgah agak jauh juga dari saya. Waktu saya sekolah rendah, diorang dah mula kerja dah. Jadi banyak yang dah diorang bagi pada kami yang bawah² ni. Tu yang kalau nak melawan pun takuittt 🤣. 


Kakak Amirah pun lepas balik kerja sempat singgah kejap. Nak bagi hadiah kat Makngah dia 😊. Sempat juga la dia makan nasi hujan panas tu jugak. Hihihi


Kek dari MummyLong. Hokkaido triple chocolate cheese cake. Not bad juga rasa dia. 


Mestilah ade assistant untuk potong kek 🤣. 
Nasib baik Sofea belum pandai nak potong kek. Kalau tak, tentu BangNapp takde peluang nak pegang pisau kek tu 🤣. 









Monday, January 9, 2023

Cerita Ahad 08012023

 Assalamualaikum semua 😊.


Pagi Ahad ni duduk rumah je lah.
Abah Ahnaff kerja 🤭.
Ni sambil² teman Ahnaff buat kerja rumah, sambil² mami nak menyembang kat sini 🤣.
Time si kecik sorang tu tido, kene buat homework Ahnaff cepat². 
Kalau tak nanti, dia yang lebih².
Dah terjerit² la si abangnye. 
Lagi abang menjerit, lagi dia galak rebut pensil. Bukan dia takut pun. Tak takut langsung ye 😆.


Dah jadi acara wajib ni kalau balik rumah Perak. Mami tengah kemas² dapur dengan Opahchu, tetiba senyap je rumah. Ingatkan abah bawak diorang pi mana. Rupanya pi bengkel kat depan tu, pam angin untuk kolam kecik ni. Nak bagi anak² dia main air 😌. 
Sofea sejak² dah pandai main air, kemain dia punya eksaited tu. Tak sabar² nak masuk dalam kolam. Terjerit² mulut dia. 


Ni dah sampai Puncak Alam malam tadi. Singgah makan kat gerai Rancakk. Gerai ni kat simpang nak masuk ke kawasan rumah kitorang. Selalu lalu je. Malam tadi singgah la nak tengok menu ape yang ada.


Bihun sup. Rencah dan isinya banyak. Sedap sup dia. Mami dan Ahnaff makan bihun sup. Abah Ahnaff makan kuetiaw sup. Menu dia tak banyak pun. Ade bihun sup, mee sup n kuetiaw sup je. Meja untuk makan pun ada dalam 5,6 meja je kalau tak silap.


Masih lagi istiqomah tido kat bilik sendiri 😆.


Ni sarapan pagi semalam (ahad). Ada kari ikan merah (tapau dari rumah Perak), mantou dan roti canai. 




Mantou dan roti canai segera tu beli kat kedai Eco je weh.
Roti canai tu isi dia ada 3 keping. 
Not bad la. Sedap jugak.
Yang mantou tu pulak, lembut gebu.
Cicah dengan kari tu memang sedap betul.
Masa sarapan semalam, Ahnaff makan roti canai sekeping, mami makan sekeping. Mantou pun makan juga.
Ada balance lagi sekeping roti canai dan beberapa biji mantou. 
Bila tengahari tu, konon nak la ulang makan sebelum masak tengahari. Buka je tudung saji, ehhhh, dah licin. Takde dah roti canai dan mantou tu 🤣.
Patut la masa mami tidokan Sofea, Ahnaff duk diam je kat meja makan tu sambil main permainan dia. 
Rupenye dia mengulang makan 🤣.


Sepokok pandan untuk PGM 🤭. Kemain nenek, tebangkan pokok pandan yang paling besar sekali. Hihihi. Belum sempat nak blend lagi. Nanti² la.


Isi ayam goreng tepung. Atas permintaan Ahnaff. Dia cakap dah lama tak makan chicken popcorn. 


So menu tengahari semalam masih lagi kari ikan merah tu 🤭. Sayang nak buang. Ulang makan je la sampai habis. Tambah chicken popcorn dan sambal belacan, settle dah.
Anak bujang tu, ingatkan dah kenyang sebab pagi tu kan dia makan banyak jugak kan. 
Sekali bila tanya nak makan ke tak, ehhh tetap nak makan ye. Habis jugak nasi sepinggan 🤣. 


Petang tu buatkan MummyLong donut redvelvet. Sian dia dah lama mintak tapi tak buat² jugak 🤣. Ni dia dah sihat sikit, boleh la buatkan. 
Masa tengah menguli donut ni, boleh pulak si Ahnaff cakap "kenapa nak buat donut lagi? Kan kite baru je makan donut haritu".
😆
Ishhh, dia ni lahh. Kalau bukan kehendak dia, memang ade je yang dia tak puas hati. Kalau dia yang nak, buat hari² pun tak pe. Huhuhu.



















Saturday, January 7, 2023

Nescafe Ais Punya Pasal 🤣

 Assalamualaikum semua 😊.

Update ringkas je ni.
Tak tau kenapa malam ni tadi tak boleh tido.
Adakah disebabkan Ahnaff dah tido kat bilik sendiri, jadi mami macam sedih sikit. 
Tetiba je malam tadi dia cakap kat abah, dia nak tido sendiri dalam bilik dia.
Ingatkan acah² je macam selalu.
Rupenye betul dia tido sendiri weh.
Ade la dia tetiba menangis tadi.
Tapi kejap je, bila mami masuk bilik dia, ajak dia tido dengan kitorang, taknak dia 😌.
Dia terus sambung tido balik.
Sedihnyaaa. Dah beso dah anak bujang nan seorang tu.
Selalu tido sempit² 4 beranak.
Ni jadi lapang pulaknye dah.
Dah tu esok² kalau abah outstation, tinggal mami dengan Sofea je tido berdua 😔.
Sambil² pantau dia tido tu, mami pun buat kek la. 
Tak la mengadun kek.
Adun mengadun, bakar membakar siap dah lepas isyak tadi.
Tinggal nak deko² sikit je.
Pagi² nanti nak balik kampung 🤭.
Tu yang kene siapkan awal. 
Esok pi delivery dulu. Pastu baru balik kampung.
Mujur delivery tak jauh. 
Dalam Puncak Alam ni je.


Brownies kedut ni untuk orang Sungai Besar. Memang dah berpesan ye akak tu, kalau balik kampung bagitau, dia nak order brownies. Dah lama tak makan brownies mami Ahnaff katenye 🤣.


Brownies tower. KakNoy repeat order lagi. Kalini nak brownies pula. Brownies tower siapppp 🤭.


Basque burnt cheesecake. Untuk birthday Opahchu. Dia cakap haritu teringin burnt cheesecake ni. Baiklah, menantu hantu ni turutkan permintaannya 🤣. Nak bagi togel je macam tak best pulak. Deko² la sikit. Bagi Opahchu suka 😊.

Ermmm, dalam pada duk menaip entri ni, baru teringat.
Malam tadi dua beranak tu pi tapau burger.
Mami tak nak burger tapi mami kirim nescafe ais.
Padan la pun tak boleh tidoooo 🤣🤣.
Punca betul la nescafe ais ni tawww. 
Hahahaha.




Friday, January 6, 2023

Cerita Bercampur #05012023

 Assalamualaikum semua 😊.




Jangan jemu tengok kek pandan gula melaka kite ehh 🤭. 
Ni kawan Kakyong order. Kek pandan gula melaka dan kek butter. Tempahan untuk hari Isnin. Cuti tahun baru haritu.


KakNoy (kawan Kakyong tu) bagi donut untuk Ahnaff dan Sofea. 5 biji donut tu Ahnaff dan Sofea makan berdua je. Mami ni sempat la merasa yang coklat tu sebiji.


Buat donut redvelvet sekali lagi. Tapi kalini buat ikut resepi kek redvelvet. Bukan sekadar guna redvelvet emulco je. Tapi juga menggunakan campuran buttermilk dan serbuk coklat. Ni buat ni sebab Kakyong tu duk mencari donut redvelvet yang asli. Kebanyakan yang dia beli kat kedai, dia cakap semua rasa macam donut biasa. Tak rasa redvelvet. Kesian pulak kat dia. Tu yang bereksperimen tu. Rasa redvelvet tu dah ada dah, tapi rasanya kene lebihkan lagi buttermilk tu. Baru kuat sikit rasa dia. Takpe, next week buat lagi. Batch yang ni untuk makan sendiri je sebab Kakyong pun tak berapa sihat. So, tak dapat nak hantar kat dia untuk dia rasa.

 
Ni pic semalam ni. Rabu. Lega banyak kalau dia tido kat buai. Lama sikit. Tak tido buai pun boleh je,  tapi kene mami pun sama² baring dengan dia. Baru lama dia tido 🤣. Tak jadi kerja la jawabnye kalau gitu.


Pagi² sebelum pegi sekolah Ahnaff dah pesan, masak ayam kicap. Masak awal taw mami, nanti balik sekolah Ahnaff nak makan. Lapar. 
Ermmm. Baiklah nak. Pukul 11 mami dah siap masak 🤣. 
Berbaloi masak sebab Ahnaff makan bertambah 2 kali. Padahal masak kicap je pun kannn. Suke beno dia.


Wajib la tumbuk sambal sikit. Booster untuk mami. Hahahaa.


Petang tu buatkan spaghetti bolognese. Yang ni Sofea pulak yang kemain suka. Banyak jugak makan. 


Malam tu abah Ahnaff balik bawak burger. Anak² semua dah tido. Candle light supper la mami dengan abah 🤣. Bancuh segelas susu coklat, sambil makan burger sambil sembang. Nak dekat pukul 2 lebih jugak baru tido. Hahaha. Ade anak kecik kan, bukan senang nak menyembang dengan aman tanpa gangguan. 

Rasanya minggu ni dan minggu depan adalah minggu yang mendebarkan untuk kami 🤭.
Ada sesuatu yang sedang diusahakan.
Moga positif la resultnya. 
Hari² dah mintak Ahnaff doa, moga ada rezeki untuk kami.
Moga dipermudahkan urusan kami. Aminn. 



Monday, January 2, 2023

Selamat Tinggal 2022. Selamat Datang 2023.

 Assalamualaikum semua 😊.

Masih belum terlambat kan kalau mami ucapkan selamat tahun baru.
Selamat tinggal 2022 yang penuh suka dan duka.
Selamat datang 2023 yang diharapkan dapat memberi lebih banyak kenangan manis.

30/12/2022 dapat order kek pandan gula melaka sebanyak 4 biji saiz besar.
Sejak ada Sofea ni memang fikir banyak kali kali nak ambil order kek yang banyak step gini.
Tapi kalini nak cuba buat juga.
Dalam hati dah terdetik dah, kalau time buat order ni dia ok je, InsyaAllah boleh la aktif balik tahun 2023 ni.
Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. 
Mood dia pun ok je, so mami pun baking santai² je.
Santai² tu maksud dia 2 hari sebelum delivery dah kene start buat ape yang patut.
Untuk mengelakkan stress di kemudian hari 🤣.




Dulu memula buat PGM ni memang hias dengan daun pandan gitu. Pastu ada customer cakap takyah letak sebab bukan boleh makan pun 😅. So, lama jugak tak letak. Ni letak balik saje² je sebab nak bagi bau pandan tu je. Kan ke wangi.


31/12/2022 pula dapat order 4 biji kek yang berlainan jenis. 
Mummylong Ahnaff order kek marble klasik, brownies, kek butter dan kek rampai sari. 
Kalau kek² kampung camtu mudah je sebab takde nak bercoating bagai.
Buat malam² pun settle 🤭.
Kakyong order untuk bawa pergi kenduri anak sepupu kahwin.

Dari kiri: Kek rampai sari, kek marble klasik, kek butter, brownies kedut dan PGM. PGM tu saje saya bagi sebiji untuk kenduri tu.


Yang ni versi tak bercoating. Togel je 🤣. Pipe kan cream cheese frosting je atas dia. Nampak macam menarik juga buat style camgitu kan? 


Hadir ke kenduri penutup 2022 🤭.
Sampai tempat kenduri pun dah lambat sebab menunggu abah Ahnaff balik kerja. Pukul 12.30 baru gerak. Mujurlah dekat je tempat kendurinya. Pukul 1 dah sampai.

Balik dari kenduri pi rumah KakLang kejap.
Ziarah Eddin. Minggu lepas dia warded, tak sempat nak ziarah. 
Ni dah discaj boleh la ziarah kat rumah je. Hihihi.
Balik dari rumah KakLang pun dah petang. Dalam pukul 5.30 camtu. 
Terus abah Ahnaff ajak pi carik dinner je terus.
Kami gi makan kat kedai Amir Satay & Western Food kat Kg. Budiman, Meru.
Sedap² makanan kat kedai tu tau. 
Sebelum PKP dulu memang selalu pegi makan kat situ. 
Tapi menu dia limited.
Ada satay, chicken chop, lamb chop, fish n chip, meatball, fries, potato wedges dan nuget je. 
Tapi kat tepi kedai dia ada kedai makan yang menyediakan hidangan panas. Goreng² camtu.
Kalai rasa nak makan nasi goreng ke, mee goreng ke, boleh la order dari kedai tu.
Nanti dia akan hantar ke kedai Si Amir ni 🤣.

Popia basah terpaling sedap. Ni pun beli kat gerai tepi kedai ni. 


Fish n chip, mami punya. 

Chicken chop, abah Ahnaff punya.


Ahnaff pun makan chicken chop kuah asing 🤣.


Ahnasofea makan fries dan kongsi fish n chip dengan mami. Si kecik ni pandai tau. Memula dia makan fries tu macam biasa je. Pastu tangan dia pelan² tarik pinggan mami, bagi dekat sikit dengan dia. Nak tau tak sebab ape? Sebab dia nak cicah fries tu kat coleslaw tu 🤣. Aduhaiii, anak anak.. tergelak kitorang tengok gelagat dia semalam. Dia nampak Ahnaff duk cicah fries dan chicken chop kat kuah blackpepper tu, dia pun nak tiru juga. Tapi cicah kat coleslaw mami 🤣.

Sampai je rumah, budak² ni mandi², main kejap lepas isyak dua² dah hanyut ke alam mimpi 🤭.
Mami abah pun turut sama hanyut 🤣.
Tersedar dari tidur bila dengar letupan bunga api.
Kemain meriah bebudak main bunga api kat bawah tu.
Tapi kan, nasib baik juga la terjaga sebab bunyi bunga api tu sebab ade misi nak mengadun tart cadbury pulak.
Dapat order 2 balang tart cadbury.
Sekali bakar je siap dah la 🤭.
Nak buat tary cadbury senang je. 
Kejap je dah boleh siap.
Yang lecehnya nak membuka bungkusannya tu satu². Mengantuk 🤣.


Tart cadbury. Paling senang dibuat. Rasa macam nak mula buat biskut raya la tahun ni. Abah Ahnaff pun dah bagi lampu hijau. Dah 2 tahun tak open order kuih raya. Harap² tahun ni boleh la open order semula. Ahnasofea tolong jangan buat perangai ye. 🤭
Mami ade banyak wishlist nak tick tahun ni. Hahaha

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA. SEMOGA TAHUN 2023 INI LEBIH BAIK DARI TAHUN² YANG SEBELUMNYA.