Wednesday, November 29, 2023

Temujanji Pertama Ahnasofea

 Assalamualaikum semua 😊.


Berdebar² sebenarnya nak pi temujanji dia ni.
Tak tau lah ape yang didebarkan sangat tu kan.
Temujanji yang pertama ni temujanji terapi cara kerja kat Klinik Kesihatan Bestari Jaya.
Pernah dah la pergi KKBJ tu masa Ahnaff kena Covid dulu.
Klinik tu kat dalam taman perumahan ye.
Sempit pulak tu jalannya.
Dulu pi dengan Abah Ahnaffea, ni mami pi dengan si Pia, neves wehh 😂. 
Pukul 8.30 pagi dah gerak dari rumah dah.
Dalam pukul 9.05 pagi dah sampai.
Parking pulak takde. Penuh dah semua. 
Tapi ye la, petak parking yang ada pun tak sampai 30 petak.
Mana cukup kan.
Sempat la pusing keluar dari klinik tu sebab nak masuk dalam semula.
Tunggu jap kat parking tu, kot² ada kereta yang nak keluar.
Dalam 5 minit camtu, ada kereta yang keluar.
Fuhhh, lega rasanya 🤭.


Sementara menunggu parking. Kemain berbaju kurung mami kamu Pia 😂. 
Yelaaaa, menyahut seruan abah tu. 
Dia cakap baju kurung kemain banyak tu, pakai la time pi delivery kek ke, klinik ke..
Yelaaaa, menurut perintah 😂.

Bila dah sampai kat tempat terapi tu, baru tau rupenya temujanji yang sepatutnya adalah pukul 10.30 pagi 😂.
Tapi, kami ni pukul 9.45 pagi dah terpacak kat situ.
So, juruterapi tu suruh masuk je terus memandangkan patient yang temujanji pukul 10 pagi tak sampai lagi.

Temujanji pertama ni takda buat pape pun lagi.
Cuma juruterapi tu interview mami sikit² sambil dia tengok gelagat Sofea.


Masuk je bilik ni, dia terus tuju meja mainan ni. Tu yang juruterapi tu perhati je dia.


Dia tau pulak stick tu untuk main alat muzik tu. Block kuning tepi belah kiri tu pun dia pandai susun jadi satu binaan tinggi. 
Ni dia main sendiri ye, tanpa ada arahan dari sesiapa.

Bila juruterapi tu tengok Sofea main elok ikut tatacara yang betul, dia cakap dari segi cara kerja tu tengok macam takde masalah sangat.
Sebab ada budak yang tak tau ye camne nak menggayakan mainan tu semua.
Ada yang nak kene bagi arahan dan tunjuk satu² baru boleh buat.
Cara pegang mainan, cara dia susun blok² tu pun diperhatikan ye.
Juruterapi tu cakap, tengok pada temujanji lepas ni. 
Kalau Sofea ok je, maybe next appointment tu dah boleh discharge untuk terapi cara kerja ni.
Harap² betul la macam yang juruterapi tu cakap.
Juruterapi tu pun kemain ramah, mesra dengan penjaga dan pesakit.
Sesi pertama ni tak lama pun weh. 
Dalam 30 minit (ke kurang ehh) camtu je.
By 10.30 pagi dah settle semua dah 😊.
Elok je kami keluar, patient yang temujanji pukul 10 pagi tu pun sampai. Hihihi
Sedang elok je.


Kemain mami bawak bekalan ye. 🤭
Dah hujung² sesi tu tetiba Pia cakap "mi, air".
Terus juruterapi tu cakap, "haaa, dia pandai cakap la puan". 
Aahh, dia boleh cakap camtu tapi tak banyak words lagi yang dia boleh cakap. 
Kira limited camtu.
Pastu, juruterapi tu bagi kertas guideliness untuk urut² sekitar mulut si Pia tu.
Untuk merangsang otot² mulut dia tu.
Mami kene rajin buat la niii 😊. 



Berbaju kurung, berkasut sport 😂. Senang nak gerak weh.


Sampai rumah je, terus masuk buai dan tido. Bangun tido pulak lapar kot. Mintak makan nasi. Bila mami cakap nasi panas lagi, boleh pulak dia menangis golek² kat lantai.
Aduhhh Piaaaa, Piaaaaa.

Nasi putih, ikan goreng n kicap je 😅. 
Habis makan. Tak sia² bergolek² ye Yaaaaa 😑.

Nexttt, temujanji kat ENT, Hospital Sg.Buloh pulak.
29/01/2024 sok. 
Yang ni kene pi dengan abah Ahnaffea.
Tak boleh pi sendiri.
Parking payah wehhh 😑.




Random - 29112023

 Assalamualaikum semua 😊.


Wehhh, bila belek² semula, lupa yang cerita pi Perlis aritu tak habis lagiiii 😂.
Itulahhhh, suka bertangguh² kann.
Adan ukee. Hahahaa
Nanti bila² free sambung cite Perlis tu ye 🤭.
Ni cerita la dulu yang terkini. Hihihi


Ikan kembung masak cuka. Dah jadi feveret pulak masak cuka ni. Masam² pedas. Sedap.
Kalau dulu² memang tak pandang pun lauk ni. Hahaha


Oleh kerana anak² tak makan lauk mami, mami buatkan diorang roti john cheese je.
Ni untuk dinner ni.




Pujaan kanak². Letak sikit mayonis dan sos tomato, siap.



Ni yang paling tak menyabar. 
Kehulu kehilir dia bawak pinggan dia tu. Tak sabar² nak makan 😂.
Mujur banyak ketul juga dia makan.


Ni hari Khamis minggu lepas kalau tak silap. 
Dinner buat mushroom soup, garlic bread dan ayam goreng rangup.
Kitorang kalau bertiga je kat rumah, dinner makan camni pun dah ok dah.
Kenyang juga 😊.


Hari Jumaat, MamiLong belanja makan kat SR. 
Sebelum tu, lepas ambil Ahnaff balik sekolah, kitorang terus jalan² pi highway WCE yang baru buka tu.
Route Bkt Raja - Kuala Selangor. 
Kami naik dari Kapar menuju ke Kuala Selangor. 
MamiLong tu nak sangat tengok rumah dia dari highway baru tu 😂.
Tu yang mami pun bawak la dia pi ronda² sat. 
Kiranya menggembirakan 2 orang sekaligus la. 
Yang pertama MamiLong, yang kedua Ahnaff. 😂


Ahnaff makan chicken chop (nama sebenar tak ingat 😂. Tapi ala² chicken chop tu la). Licin ye dia makan. Tu sebab MamiLong suka bawak dia makan. Gerenti licin 😂. 


Ambik kek sepotong. Kek black forest. Suka pulak dia. Dah dia request mami buat untuk birthday dia sok 😂.
Aduhmakkk Napp. Mami cuba ehhh 🤭.


Haaa, yang sorang ni makan mushroom soup n garlic bread. Tak jemu² la dia ni. Padahal semalam tu baru je makan. 


Mami ambil olio aglio. Pedas dan sedap. Kena dengan citarasa jawa 😂.


MamiLong makan spaghetti bolognese.

Terima kasih Yom (Ahnaff panggil Yom 😂) belanja kami makan. Moga dimurahkan lagi rezeki MamiLong. 


Highway baru,  kereta pun tak banyak lagi. Melayani permintaan MamiLong, bawak dia ronda² highway baru ni ibarat macam melayan permintaan nenek juga.
Selain atok nenek, Mamilong pun orang yang banyak berjasa pada mami.
Tak terbalas jasa dia dalam membantu atok nenek membesarkan kami adik beradik.
Tak terbalas semua jasa diorang.
Tu yang kalau MamiLong nak mintak tolong pape or ajak kemana² teman dia, rasa tak sampai hati nak menolak 🤭. 
Kite turutkan jela selagi boleh kannn.

Monday, November 27, 2023

Lagi² Balik Kampung

 Assalamualaikum semua 😊.


Dulu kan, masa study kat UUM, ada kawan tanya, tak penat ke asyik balik kampung je.
Kampung pulak bukan kat Alor Star atau Sungai Petani.
Kat Selangor nuuu.
Kalau sebulan tu, kelas hari Khamis batal 2 kali, dua² kali tu la mami balik kampung 😂.
Atok sikit pun tak marah. 
Malah, siap bagi peruntukan lebih lagi. Hahaha
Syok tau time tu, Rabu malam tu dah pi Shabah Perdana, carik tiket.
Tiket ada atau tak, tawakal je.
Tapi, biasanya mesti ada. Sebab ambil tiket bas yang last sekali.
Sabtu, balik Sintok semula 🤭.
Gitu lah ulang² sepanjang degree dulu.
Time master tak kerap balik sangat sebab duduk rumah sewa pastu sibuk pulak kesana sini menjelajah Kedah Perlis 😂.

Dah masuk fasa bekerja pun, masih balik kampung setiap minggu.
Cari kerja yang start Isnin - Jumaat je.
Kalau Sabtu kene kerja memang liattt ye 😂.
Bila dah berkahwin, ditakdirkan berjodohan dengan orang dekat² je.
Walau dia nama je Perak, tapi sempadan Sabak Bernam tu je. 😂
Kira kalau balik kampung tu, sejalan je la. 
Lagi² bila suami bagi green light balik kampung tanpa dia. 
Bila² nak balik boleh je. 
Kira mami ni biasa je balik kampung dengan anak² tanpa suami di sisi 🤭.
Ada orang tak boleh kan?
Kalau balik kampung, kena balik sama². 
Mami ni, kalau tak balik kampung 2 minggu pun dah rasa macam lama la sangat tak baliknyaaa.
Sebab dah terbiasa dari dulu kan.
Sekarang ni menurun kat Ahnaff pulak. 
Asal hari Jumaat je, mesti dia tanya balik kampung ke tak.
Sebab biasa balik kampung lepas dia balik sekolah.


Bebudak dua ni alhamdulillah ok je duduk kat carseat. Ahnaff dulu pun memang duduk carseat sampai umur 4 tahun 😂. Adik keluar baru dia tak duduk carseat.
Salah satu sebab mami senang nak drive jauh² jugak. Tapi tak la berani jauh sangat. Paling jauh pun balik Perak je la.
Pi delivery kek pun senang 🤭.




Panas² dah nak keluar main kat luar.


Kemain pendek dan sendat dah baju² siang 😂.


Kampung boy katenyeee. Hahaha




Belon


Acara yang ditunggu² bila petang. Paksu dah siap kerja² dia kat anak⁴ belaan dia, dia bawak pulak anak² yang ni ronda² naik gerabak tu. Kemain suka ye dedua. Wajib naik ni kalau balik kampung. Paksu pun rajin melayan. Hahaha


Haaa..ni Abang Adam pulak yang melayan. 😂


Kalau balik kampung, nak balik Puncak Alam memang berat betul rasanya 😂. 
Balik pun kene gerak pagi. Kalau petang, merasalah jemnyaaa. 

Selagi atok nenek ada, selagi tu la mami akan gagahkan diri bawak anak² balik kampung.





Melaka, 2023 (Part Last)

 Assalamualaikum semua 😊.


Lepas balik dari The Shore Ocenarium tu, kami singgah makan kat Nasi Ayam Baba. 
Kat area Bandar Melaka tu la jugak. 
Masuk kedai tu takde orang langsung.
Aman sekeluarga makan 😂.
Elok je budak tu ambik order, barulah orang ramai masuk.


Kemain mami berbuai² tapi risau gak kot tali tu reput, abes tergolek kang 😂.


Seronok bebudak ni bersampan. Geng abah² dan abang² la yang layankan. 
Mujur lah abang² sepupu pun dah besar². Boleh diharap jaga adik² mandi.


Geng mak² mestilah duduk santai kat tepi je 😂. 

Petang tu, sebelum turun ke pantai, kitorang dah siap² goreng keropok lekor dan jejari kentang. 
Bancuh pula air kopi dan teh panas.
Sekelip mata je habis ye makanan tu semua 😂.
Macam piranha dah memasing. 




Nak dengan abah je. Kemain diaaaa.

Malam tu kami dinner dengan oden, mushroom soup dan garlic bread.
Aduhhh, tak ambik gambar makanan tu semua 😅.
Makan sambil lepak² sembang ramai² memang syok tau.
Tak sedar makan menambah². Hahahaa

Ermmm, nak tau tak, ada kejadian mistik jugak tau waktu kat homestay tu 🤭.

Kejadian 1: 
Malam pertama tu, Atiyah macam tak boleh nak tido tau. Dia duk galak main kat kipas n tingkap. Dia siap bercakap² masa berdiri kat kipas tu. Cakap sorang2. Kipassss... Kipasss. Pastu pi kat tepi tingkap tu, pastu gelak² penuh ceria wehh. Puas ummi dia tarik suh baring tido. Tetap jugak dia bangun menuju ke tingkap tu 😅. 
Si Sofea pulak, tido tapi kejap² terjaga menangis. Kejap² terjaga menangis. Mujur menangisnya kejap je. Tak berlarutan. 

Kejadian 2:
Pagi² hari ketiga tu, tetiba abah Ahnaffea cakap, malam tu Ahnaff tengah baring² nak tido. Tetiba dia tanya abah dia, kenapa atok duduk je kat tangga tu abah? (Homestay tu ada loteng tau. Tangga loteng tu berhadapan dengan ruang tamu tempat geng lelaki tido)
Padahal, atok dah masuk bilik tido awal lagi.
Dah cerita² camtu, barulah atok pun buka cerita memang ada something kat situ, sebab malam pertama tu memang atok ada rasa macam aura tak best masa dia lalu kat tepi tangga loteng tu. Cuma dia diamkan je sebab tengok cucu² yang kecik² ni elok je kan.

Dua tu je la kejadian yang pelik sikit. 😅
Pastu masing² bercerita masa dah sampai kat rumah masing².
Seram la jugak kan, tapi yang penting dia tak mengacau kan. 
Kacau² manja je. 


Sepanjang jalan nak balik tu hujan lebat.


Kemain ehh, dalam kereta pun nak pakai topi dia tu. Topi hadiah dari kakak Amirah. Padahal dah terlentok² mengantuk dah tu.


Berenti kejap kat Dengkil untuk solat. Sampai sempadan Selangor tak hujan dah. Panas je. Kemain syok dia tido dari Nilai sampai la ke Puncak Alam. 

Alhamdulillah.
Tamat la percutian ke Melaka.
Jumpa lagi di hari keluarga yang akan datang ye kesayangan² semua.
(Padahal tiap² minggu pun jumpa sebab masing² pun hobi balik kampung jeee).
😂😂
Rezeki mak dan abah, tiap minggu ada je anak dan cucu yang balik kampung.
Rezeki mak dan abah juga, anak cucu semua ada kat Selangor ni je. 
Paling jauh pun kat Balakong tu je.
Moga pertalian kami sekeluarga terus kekal erat sampai bila². InsyaAllah.







Tuesday, November 21, 2023

The Shore Ocenarium, Melaka

 Assalamualaikum semua 😊.


Pagi Ahad tu, pagi² lagi semua dah bersiap.
Kena gerak cepat² sebab dari homestay nak menuju ke Bandar Melaka tu agak jauh juga.
Dalam sejam lebih camtu.


Memula berdua. Ambik gambar la skit sementara tunggu yang lain siap² nak masuk kereta masing².


Haaaa, kan ada yang menyelit 😂. Tengok kaki dia tu, lentik lebih dari kaki Dede 😂. Azad Nabhan ni anak kepada adik mami (makcik). Sebaya Ahnaff, 6 tahun. Dia ni la yang speech delay aritu. Pi terapi sekali je, terus pandai bercakap 😂. Tak ke hebat BangJad niii 🤭. 


Hahaha. Abah Ahnaffea kalau dengan anak² memang camtu. Suka buat anak² gelak. Tapi orang yang tak kenal dia, mesti cakap dia serius orangnya. Sebab dia pendiam sikit. Kalau berkumpul ramai², dia banyak diam je. Banyak dengar je apa yang orang bualkan. Tapi kalau kat rumah, dia la hero yang suka buat mami annoying 😂. 


The Shore Ocenarium ni terletak di The Shore Shopping Gallery.

Tiket masuk pula: 
Dewasa: Rm40
Kanak²: Rm30
Warga Emas: Rm30

Dibuka pada setiap hari bermula jam 10.30 pagi.
Oleh kerana gerak awal sangat kan, pukul 9.45 pagi kami dah sampai kat parking mall tu.
Kedai pun tak bukak lagi. 
Masing² menunggu la kat depan The Shore Ocenarium tu 😂.
Tapi kan, yang lecehnya, waktu nak beli tiket tu, semua kena berbaris sekali. 
Tak boleh wakil² ye.


Tengok la tu. Payah nau nak ambik gambar. Sorang pandang depan, sorang pandang belakang. Rasa nak cubit² je dedua nihh.


Bertigaaaaa. Yang lagi sorang ntah kemana dah.
Perasan tak, baju si Sofea dah bertukar 😂.
Pagi tu dah pakai tshirt dengan seluar jeans. Tapi dia duk tunjuk² butang seluar tu melekat kat perut. Padahal bukan ketat pun seluar tu. Dia tak selesa butang tu asyik melekat kat perut. Rasa menekan perut dia kot. Dah tukar baju, barulah dia elok. Hahaha


Tapak sulaiman


Belangkas. Tak tau pulak dia boleh bertindih² camtu ehh.


Ni lobster kalau tak silap 😅.


Pelbagai tumbuhan dan alga lautan.











Ni ikan piranha ye korang.. montel² ikan piranha nye. 










Pantang nampak Dede posing. Cepat je dia menyelit 🤭.


Ni ikan Yu kan? Kat area ni, bahagian yang last sekali, boleh bagi ikan tu makan. Masa beli tiket tu, dia dah bagi siap² makanan untuk ikan ni. Isi ikan kalau tak silap.
Budak² suka la bagi² makan ikan ni.


Ikan ni memang besar betul yeee.


Ok, complete. Keluarga kecil kami. Tapi ahlinya yang kecil, Ahnasofea sorang je 😂.


Family besar kami 😊. Alhamdulillah kali ni semua pun dapat join. Paksu dan BangDam je yang tak dapat join. 
Kalini ada penambahan menantu sorang. 
Next year punya family day, kalau panjang umur, ada penambahan menantu sorang dan cucu sorang. InsyaAllah. 
Abang Long Intan Payung nak nikah bulan depan. Kak Amira pun nak bersalin bulan depan juga. Bizi la Mamilong nampaknya 😂.