Saturday, December 16, 2023

Ahnaff 6 Tahun 😊

 Assalamualaikum semua 😊.


14/12/2023 - genab 6 tahun umur Ahnaff.
Happy birthday yayang mami 🤭.
Mami dan abah sentiasa doakan yang baik² untuk Ahnaff.


Moga Ahnaff membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan selalu mendengar kata. Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan melindungi kesayangan mami ni.


Tahun ni dia request kek lori. Takat kek simple camni, boleh la. Cacak² je props atas tu 🤭. Tu pun dah gembira sesangat ye diaa.


Kalendar mini yang ada gambar teacher dan rakan² sekelas.


Beserta sebekas brownies. Tak de idea nak buat goodies apa. Jadinya mami tempahkan je mini kalendar tu dengan buat brownies. Settle dah 😂.


Ni gambar dari admin sekolah.


Pertama kali buat rainbow cake ni. Terpaksa mami tebalkan muka minta tolong admin sekolah untuk ambilkan gambar keratan rentas kek ni 🤭. Alhamdulillah nampak elok je kan. Ahnaff cakap sedap. Harap² memang betul sedap la.


Ada 4 orang sambut birthday bulan Disember. 


Suke la tuuuu. 


Ni kek dia masa umur 3 tahun. Dia nak kek Thomas. Gigih mami mencari idea. Thomas kat kek dia tu boleh bergerak ye. Kagum dia dapat kek tu 😂.


Ni birthday tahun lepas. Tak sempat buat. Beli je. Tambah props sikit, dah siap 😂. 

Ni tadi balik sekolah dia dah cakap nak fikir idea kek apa untuk tahun depan ye. 
Ketahuilah wahai anak, birthday kamu lambertttt lagi tahun depan tu 😂.
Lagipun dah darjah 1, mungkin dah takyah kot nak potong² kek kat sekolah 😅.





Tuesday, December 12, 2023

Restoran Kosiswa, Ipoh.

 Assalamualaikum semua 😊.


Masa makan² celebrate birthday abah Ahnaffea tu, tetiba abah Ahnaffea ajak pi Ipoh.
Saje nak jenjalan kat Pasar Karat katenya.
Pasar Karat tu tiap pagi Ahad je.
Bermula jam 7 pagi sampai 12 tengahari kalau tak silap.
Mami memula rasa macam malas nak pi. 
Tapi Opahchu pun cakap teringin nak pegi, ikutkan je la plan 2 beranak tu.
Balik dari Teluk Intan, terus ambik barang² dan terus gerak ke Ipoh.
Lepas asar jugak la baru gerak.
Sampai Ipoh dalam pukul 7.30 malam camtu.
Menggagau cari hotel korang uiii.
Konon walk in je la kan.
Haupp, takde bilik kosong pon.
Semua full house.
Dari hotel bajet sampai la ke hotel Seri Malaysia. 
Semua penuh 😂.
Sudahnya dapat hotel bajet kat area Lahat tu. 
Takpelah. Untuk tido 1 malam je pon.
Pagi² dah checkout dah pon.
Pelik jugak kitorang tau. 
Asal semua hotel penuh. 


Jem kat bandar Ipoh tu.


Pagi Ahad tu sebelum pi Pasar Karat, pi sarapan dulu kat Restoran Kosiswa ni. Restoran ni kat tepi sungai je.


Masa dah duduk nak makan barulah perasan ada fun run kat jambatan putih sana tu. 
Agaknya sebab tu hotel penuh kot?
Agaknya je laaa 😂.

Kitorang dah pernah makan kat restoran ni sebenarnya.
Tahun lepas kalau tak silap.
Sofea pun baby lagi masa tu.
Memang banyak pilihan makanan yang ada.
Rasanya pun boleh tahan sedap.












Ahnaff makan lemang, ayam goreng dan rendang. Sofea pun sama. Makan lemang juga.


Mami makan nasi impit, kuah kacang dan rendang hati.




Healing² dia kataaa 😂.

Nasi impit, kuah kacang dan rendang hati
Char kuewtiaw
Nasi lemak, ayam goreng dan sambal sotong
Lemang 3 ketul, ayam goreng, telur mata dan kuah rendang
Sosej cheese dan tak pasti apa nama dia ntah 😂
Teh tarik - 2
Teh o panas - 1

Total semuanya: Rm47.00


Sunday, December 10, 2023

Happy Birthday Abah Ahnaffea

 Assalamualaikum semua 😊.


Semalam 9/12/2023, birthday abah Ahnaffea.
Yang ke 42 tahun 🤭.
Semalam tu sebenarnya mami lupa 😅.
On the way nak balik Perak baru teringat.
Tetiba macam sepantas kilat baru teringat haritu 9hb 😂.
Oleh kerana minggu ni balik Perak, makanya wajib la makan kat KopiCup, Teluk Intan.


Happy birthday yayang mami, Ahnaff n Sofea.

Tanya nak kek apa, tak nak pulak.
Bila mami nak order kek pandan gula melaka, dia jeling pulak. 
Duk kata, sendiri pun pandai buat, nak order kenapa pulak. 
Ermmm, apa salahnya nak rasa kek kedai. Mestilah tak sama dengan kek sendiri kannn.
Sudahnya tak order kek pon.
Birthday boy takmo.






Apple lemon dan lemon honey. Air Opahchu dan abah.


Macam biasa lah, mesti makan berlado chicken rice. Memang pedas berapi ayam dia tu ye. Pedas tak main². 🤭. Puas hati ku.


Mushroom soup n garlic bread. Order untuk Sofea.


Rupenye dia ralit duk makan fries. Dah hujung² baru nak makan mushroom soup tu.


Opahchu punya. Chicken parmigiana. 


Strawberry vanilla dan dark chocolate blended. 
Ahnaff macam biasa la. Makan chicken chop. Mami pun lupa nak ambik gambar dia 😂.


Terima kasih OpahChu, belanja makan sempena birthday anak kesayangan dia tuuuu 🤭. 
Happy birthday Abah Ahnaffea.
We levvvv u abah.




Thursday, December 7, 2023

Cerita Hari Ini

 Assalamualaikum semua 😊.


Yeaaaayyy...mami dah jadi nenek dah 🤭.
Alhamdulillah.
Petang semalam Kakak Amirah dah selamat bersalin. Baby lelaki 😊.
Walau cuma cucu saudara je, tapi sebab cucu kakak kita kannn, cucu kita la jugak jadinya 😂.
Kecohh nau. Orang lain dah berderet cucu kan. Tak heboh pon 🤭.
Konon pagi tadi nak pi melawat la.
Tapinya baby kene masuk NICU.
Bacaan paru² tak berapa cantik.
Doktor nak pantau dan bagi antibiotik dulu.
Hanya ummi dan babah dia je yang boleh tengok kat sana.


Moga cepat ok ye baby. Boleh cepat balik rumah 😊.

Oleh kerana tak jadi nak pi melawat Kakak Amirah, makanya Nekmi nak pi teman Tok Abah pi renew lesen memandu dia. Hahaha
Lepas je hantar Ahnaff pi sekolah, kami pun terus gerak ke Kuala Selangor.


Dalam kereta memang kena ada biskut kudap² untuk dia. Kadang keluar pagi² hantar Ahnaff tu, dia dah lapar dah. Tiap kali nak keluar, biskut dan air adalah bekalan wajib ada ye. 


Ketupat, kuah kacang dan ayam goreng. Ni ketupat yang betul² ketupat tau. Ketupat daun kelapa tu. Kuah kacang tu nampak cair je, tapi sedap uiii. 


Satay kerang. Nasib baik ambil 5 cucuk je. Manis yang teramat kuah dia tu. Secucuk tu RM1.


Sofea makan ketupat dengan kuah lodeh. Sedap juga kiah lodeh dia. Tapi macam banyak suhun je 🤭.


Ni makcik² yang menganyam ketupat. Tiap² hari menganyam ye. Anyam hari ni untuk jualan esok hari. 


Terus posing bersama kelongsong ketupat. Yang lagi syok tengok, makcik² yang menganyam ketupat ni semua cantik² tau. Bersiap elok je. Suka tengok.


Sini la. 
Warung Ketupat Yan, Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor.

Minggu lepas pun kami dah ke sini juga.
Tapinya waktu malam. 
Sebelah malam ada satay sahaja. 
Makanan lain takde.
Air pun cuma ada air kosong.
Air manis² takde ye 😂.


Dah lepas sarapan terus gerak pi Klinik. Camni la tiap kali nak renew lesen abah Ahnaffea. Kene buat checkup kat klinik dulu. Isi borang² yang berkaitan, pastu baru boleh pi JPJ. Tiap tahun juga, mestilah mami kene ikut teman. Hahahaa. Untung² dapat pi meronggeng pulak pastu.
Tapi harini tak dapat nak pi meronggeng. Sebab malam abah Ahnaffea kene keje pulak. Kena gi Melaka 😑. 
Baru je plan nak ajak pi cari kasut. 


JPJ Kuala Selangor. Kecik je. Tertutup dengan pokok kelapa tu 😂. 
Kat sini pun tak lama sangat. Dalam setengah jam je kot. 
Sebab dalam pukul 11.30 pagi dah siap dah semua urusan.


Oleh kerana petang abah Ahnaffea dah nak pi kerja, makanya balik tu terus la pi makan je.
Kita pi makan sotong celup tepung pulak 🤭.


Laichikang. Sedap. Kacang banyak, tu yang sedap tu. Hihihi


Sotong celup tepung style pantai timur. Sepinggan ni RM10. 
Mami sorang je yang makan ni. Abah Ahnaffea tak makan sangat pun. Si Pia pulak makan dia punya kriuk² tu je 😂.


Orderkan Pia set nasik lemak rahmah ni. 1 set ni RM4.90 kalau tak silap. Not bad kan. Ada telur mata dan udang celup tepung 3/4 ekor. Habis juga separuh nasi tu Pia makan. Yang separuh lagi dah tentu mami yang habiskan 😅. Sebab tu mami tak order makanan lain. Kongsi je dengan Pia.
Abah pulak makan nasi goreng ayam pedas. Tak ambik pulak gambar dia tadi. Tapaukan juga nasi goreng ayam untuk Ahnaff. 


Buaiii, buaii, buai ku laju.. aku nak kawin dengan anak raja.. anak raja la sangat 😂. Raja kapoor barangkali ehh Piaaaa. Hahahaa


Ingat lagi masa mengandungkan Sofea. Kedai ni viral tau kat FB. Pastu mami pun teringinla nak makan. 2 kali datang, tapi tak dapat masuk sebab orang ramai sangat. Berbaris weh. Time tu kan walau dah lepas PKP tapi masih dalam keadaan berjaga². 
Abah Ahnaffea pun tak nak ambil risiko sebab time tu memang dah akhir² pregnant.
Datang kali ketiga, kedai tutup pulak. Kali ke empat barulah dapat makan kat situ. 😂.
Mujurlah dekat je dengan Puncak Alam. Tu yang sanggup mencuba nasib berkali². 


Ni tadi sempat buat inti karipap. Sementara tunggu Ahnaff balik mengaji. 
Esok nak buat karipap 😊.