Tuesday, August 22, 2023

PRN dan Sofea si Drama Queen 😂

 Assalamualaikum semua 😊.


Baru nak citer pasal PRN yang lepas.
Basi dah ehh.
Masing² pun dah move on dengan hidup masing².
Apa pun keputusannya, hidup tetap diteruskan. 
Gitu kannn 🤭.
Tapi kan, PRN kali ni tak ramai yang mengundi kan.
Mungkin masing² ada sebab yang tersendiri.
Pegi tempat mengundi pun lengang je. 
Takyah beratur pun. 
Terus masuk mengundi je.


Lengang kan..tak de orang pun. Kami pegi mengundi dalam pukul 11 lebih camtu.


Gi mengundi dengan KakYong. Saluran yang sama pulak tu. Dah tuaaa dah mami ni ponn 😂. Padahal KakYong tu dah masuk fasa warga emas dah. Hahaha


Mengundi kat sekolah rendah Mami dulu. Bahagian padang ni sekolah kebangsaan. Belah masjid sana tu sekolah agama. Seronok dulu gi sekolah naik basikal. Tengahari panas pun tak rasa penat. Balik sekolah, makan pastu siap² pi sekolah agama pulak.
Ahnaff boleh tak percaya mami ni pegi sekolah naik basikal. Sampai sekarang dia tak percaya 😂.


Siappp. Tak sampai 15minit pun 🤭.


Konon nak buat Japanese Cotton Cheesecake. Tak menjadi wehh 😂. Dah rupe Burnt cheesecake pulaknya.


Elehhh. Potong pastu served dengan nutella, licin kek sebiji tu. Berebut² masing² pon.


Ni pagi Ahad. Sementara menunggu roti canai siap. Ahnaff demam, dia nak makan roti canai, maka kene la turutkan walau menunggu roti canai tu hampir sejam. Kang kalau tak diturutkan, atok tak senang hati pulak. Dah la balik kali ni dia memang tak nak makan. Tak selera katanya. Atok dah bising² dah. 😌. Risau nau cucu dia tak nak makan. 


Tau² dah sampai spital ye. Tujuan asal memang nak bawak Ahnaff pi check tapi sudahnya, dengan Sofea sekali jumpa doktor.

Kisahnya,
Pagi tu masa tengah sarapan, si Sofea ni nak mengikut sepupu² dia main kat luar.
Mami pun bagi je la, sebab kami sarapan pun kat beranda dapur tu je.
Boleh nampak budak² main kat luar.
Lagipun ada kakak Zahra dan kak Ichaa yang nak tolong tengokkan Sofea.
Mana nak sangka diorang pegi ke belah depan rumah, main kat tangga depan.
Tau² dah dengar Sofea menjerit menangis.
Bila mami pi ambik, si Ezreen kate Sofea nak terjatuh tangga, kakak Zahra tarik tangan dia.
Maybe terentap camtu.
Mami pun tak la salahkan kakak Zahra dan yang lain². Kejadian tak disangka kan.
Tapi, kakak Zahra dan kak Ichaa muka dah masam je sebab takut tengok Sofea nangis kuat sangat.
Tangan dia yang belah kiri tu tak boleh gerak langsung. 
Nenek pegang pun dia punya meraung kemain lagi.
Kitorang pun cepat² berkemas apa yang patut, terus gerak balik je.
Nak bawak pi klinik, buat xtray.
Call klinik sana sini, ada yang takde xtray, ada yang juru xtray cuti. Ermmm
Sudahnya cakap kat abah Ahnaffea suh singgah je Hospital Tanjung Karang.
Sekali jalan je pun. 
Lagipun boleh bawak Ahnaff check sekali.
Sepanjang jalan tu memang menangis je Sofea.
Tak boleh usik langsung tangan dia tu.
Menangis sampai tertido la dia.
Sampai HTK, terus gi kecemasan.
Daftarkan dedua, Ahnaff dan Sofea.
Ambik nombor sorang satu. 
Mami bawak Sofea, abah bawak Ahnaff.
Alhamdulillah, result xtray ok je. 
Takde tulang yang patah atau terkehel.
Doktor bagitau mungkin otot dia yang sakit sebab kene rentap tu.
Ahnaff pun Alhamdulillah ok.
Result darah ok je. Semua normal.
Takde influenza or covid.
Dalam sejam lebih camtu siap semua urusan kat hospital.


Sebeban ubat haaa. Ahnaff makan antibiotik 2 hari, ok dah demam dia. Alhamdulillah.



Ni on the way balik. Dah ok dah. Dah boleg makan biskut macam biasa 😂. Cuma tangan dia tu still dia taknak gerakkan. Duduk je beranduh dalam baju gitu.


Dah sampai rumah, elok dah pun tangan dia. Macam kejadian pagi tadi tu tak berlaku langsung ye. 😌😌
Aduhaiii Sofea..Sofeaaa.
Buat orang cemas je tauuuu.
Drama queen lahh diaaa. Hahaha









Tuesday, August 15, 2023

Donut Peach. Terjebak jugaa

 Assalamualaikum semua 😊.

Minggu lepas (tak ingat la hari ape 😆), lepas sarapan pegi kedai buah.
Nak mencari pisang. 
Ahnaff bangun pagi tetiba mintak mami beli pisang. Dah lama tak makan cekodok pisang katenya 😌.
Demi menjaga mood dia, maka mami pun ye kan jelah.
Beli pisang je pun kannn 🤭.
Kebetulan kat area rumah ni ada kedai buah baru buka.
Boleh la tengok² apa yang ada.
Tapi tu la, lupa pulak nak ambik gambar kedai.
Nama kedai pun tak tengok 😂.
Ok juga kedainya. 
Banyak pilihan buah-buahan.
Tempatan ada, import pun ada.
Pilih je nak yang mana.


4 biji rm20. Tulis situ dari Spain.


Debab² buahnya 🤭. Yang ni dah cukup elok masaknya. Balik mengundi baru ni, beli juga kat kampung. Tapi sebab tak berapa masak elok lagi, so dia macam mengkal lagi. Tak berapa juicy. Tapi tetap licin juga dimakan budak². Hihihi


Manis, gebu dan wangii.

Dua beradik tu makan 3 biji.
Yang sebiji tu bawakkan abah depa pi keje.
Biar merasa jugak.
Kemain suka si Sofea pun. 
Sebiji dia makan sorang je tak kongsi².
Ahnaff balik sekolah, potong lagi yang 2 biji tu, pun Sofea juga la yang mendominasi.
Ahnaff redha je tengok adik makan laju² 😂.
Tak tau dah la nak cakap camne dengan si Sofea ni. 


Wednesday, August 9, 2023

Nasi Kuning, Sambal Bilis Petai, Ikan Goreng dan Roti Jala Jadi Lempeng 😆

 Assalamualaikum semua 😊.


Minggu lepas mood rajin masak dah sampai 😂.
Lagipun minggu lepas abah Ahnaffea tiap hari balik awal (petang dah sampai rumah, kalau biasa tu, malam anak² dah tido baru sampai).
Makanya memang elok la kalau mood rajin masak tu sampai. Hahaha

Dimulakan dengan hari Rabu. 
Masak nasi kuning. Tetiba teringat nasi kuning Utara.
Rindu Kedah 😌.


Nasi kuning. Simple je nasi ni. Masak nasi macam biasa tapi letak garam dan planta 2 sudu. Memang elok sedap ye. Ahnaff kate sedap sangat mami 😂.


Sambal bilis petai. Jiran depan bagi petai 5 papan, mami buat la sambal bilis ni. Feveret abah Ahnaffea. Mami tak makan petai 😌. Ambik sambal dan bilis je. Petai dia jenis kecik² comel. Walau 5 papan tapi petainya tak sampai setengah mangkuk pun. Terlalu comel saiznya. 


Ikan baguk yang atok mancing aritu. Sedap betul makan ikan fresh. Licin ye 2 keping besar ni. Budak² pun suka makan ikan.

Hari Khamis tu keluarkan daging yang dah lama beli masa raya puasa aritu 😂.
Dalam hati dah berkira² nak buat roti jala dan lempeng.
Pengaruh rakan² blog la ni. Hahaha
Pegi Selatan tengok orang tu menjala.
Yang kat KL pulak melempeng pulak.
Tanya abah Ahnaffea, dia nak lempeng.
Ahnaff pulak nak roti jala.
Daging tu kite buat kari je.


Akhirnya yang jadi lempeng putih, dengan lempeng kuning 😂. 
Tak dapat menjala korang wehh. Si Sofea mood tak baik. Duk menangis² nak mami dukung. Puncanya sebab abah main dengan Ahnaff, dia rasa abah tak nak layan dia agaknya. Hahaha
Abah duk pujuk² pun tak jalan. 


Kari daging yang terlalu sedap bagi tekak kitorang. Hahaha
Betul wehhh, Ahnaff siap hirup² kuah tu ye.
Sedap dia tu sampai mami pun rasa kagum dengan diri sendiri. 
Abah Ahnaffea kate, masak lama memang la sedap. Rempah semua jadi sebati. 
Oooo.. ye keee 😆


Ada pulak ekor ikan siakap goreng. Abah dia suruh goreng, sian kat anak² takde lauk katenyeee. Padahal elok je Ahnaff makan daging tu. Hahah


Pagi Khamis melempeng lagi sikit sebab kuah kari tu ada lagi. Sarapan lempeng la pagi tu. 

Hari Ahad masak nasi kuning lagiii 😂.
See, betapa anak dan suami memuja nasi kuning yasher² mami tu.

Kali ni buat ikan siakap masak sambal dan siakap sweet sour untuk budak2. 
Pon licin ye ikan siakap sweet sour tu. Berebut dua beradik tu makan ikan. Syok nengok 😂.


Nasi kuning pujaan anak dan suami 😂.


Tengok, licin kannn 😂.




Tuesday, August 8, 2023

Cerita Bercampur #04082023

 Assalamualaikum korang 😊.


Ni cerita campur². Ada yang minggu lepas, ada yang minggu ni. 
Hahaha


Si kecik ni tau duit ye. Sekarang kalau nak membayar, dia yang nak hulur dan ambil duit baki. Kalau tak bagi, riuh mulutnya membebel. 
Lagi satu kan, dia pantang nampak orang buka dompet. Laju je dia tadah tangan, mintak duit. Aduhaiii, buat malu je laaa 😂. 


Teringin nak makan sizzling. Lepas ambil Ahnaff balik sekolah, singgah makan dekat food court Lotus. Tercekik² makan sizzling ni dek kerana Sofea pun terpaling sibuk itu ini. Kejap nak fries, kejap nak air, kejap nak berdiri kat baby chair tu 😌. 


Ahnaff makan chicken chop. Dah licin dah pun 😂.


Lepastu dia makan pulak mushroom soup Sofea. 


Mintak tapau waffles pulakkk 😂.
Dah la sambil dia bawak waffles tu, berulang kali dia cakap "sedapnya bau waffles ni. Tak sabar nak makan".
😑😑
Abah dia suruh makan bila dah sampai rumah nanti. Takut dia terlampau kenyang. Hihihi


Sofea pi conteng muka dia. Penuh dahi dia conteng guna magic pen 😂.


Ahnaff cakap " mami jangan marah adik. Takpe, biar Ahnaff basuhkan muka dia". 
Berulang kali Ahnaff basahkan tangan dia dan usap² muka si adik dengan tangan yang basah tu sampai hilang kesan contengan tu. 
Mami saja tengok je ape yang dua beradik tu buat. 
Ahnaff ni, walau adik buat dia berulang kali (sebab adik ganas sikit 😂), tapi dia tetap sayang adik. Dia tak pernah lagi cakap tak suka adik, tak sayang adik. Memang dari hari pertama Sofea sampai rumah lepas lahir tu, Ahnaff sayang dia sungguh². Setia tidur sebelah adik. 😊
Moga terus sayang dan jaga adik sampai besar ye Ahnaff. 


Dia main order² makanan. Belum pandai cakap lagi, tapi pandai tanya "ayih??(air)". Maksudnya nak minum ape?. Terpaksa mami, abah dan abang berlakon jadi kastemer 😂.


Pastu ntah mana dia jumpa kalkulator kecik tu, dia amik order guna kalkulator pulak. Sambil order sambil bayar terus 😂😂.
Tak berenggang ye dengan kalkulator ituuu

👇

Tidur dengan kalkulator


Hantar abang sekolah pagi² pun bawak kalkulator. 
Tapi petang tadi kalkulator tu tertinggal dalam kereta, sibuk dia cari. Mami nak ambilkan tapi lupa sampai ke sudah. 
Mujur petang tadi dia ralit main masak² dengan Ahnaff 😂. Masak untuk patung kucing. Patung kucing tu pulak nama Mimi. 
Hahaha
Ahnaff kan, kalau datang mood rajin dia, mau dia layan adik main. Kalau mood tak sampai, dia sibuk nak melukis atau main lori² dia tu, dia akan bagi Sofea pensil dan buku. Pandai² la Sofea layan diri sendiri. Hahaha


Sofea dan Mimi 😂. Patung kucing tu beli masa Ahnaff kecik dulu. 6 tahun dah la kiranya. Dari elok gebu, sampai keding dah dia. Masuk mesin basuh dah berkali² 😂.

Sian Ahnaff, duk berangan nak beli kucing. 
Lamberttt lagi nak oiii.
Mami tak berani dengan kucing 😂. 
Main je la dengan Mimi tuuu.










Friday, August 4, 2023

Tahniah Bangdam

 Assalamualaikum semua 😊.


Tahniah Adam (sepupu² panggil Bangdam).
Baru je tamat Diploma Kejururawatan, alhamdulillah dah dapat kerja 😊.
Mula bertugas pada 1/8/2023 haritu.
Dapat dekat je. Kat Anson Bay Medical Centre, Teluk Intan.
Setelah 3 tahun berjauhan dari Mama (sebelum ni dia belajar di Kelantan), akhirnya pulang kembali ke pangkuan Mama dia.
Mama, atok dan nenek tentu lega banyak sebab Adam kembali duduk di rumah. Hihihi
Paksu lagi la suka sebab geng dia meronda dah balik. 
Kang kejap² update status pi beli Starbucks. 
Kejap² pi makan kat sana, kopi² kat sini.
Kemain ehhh, duduk kampung sekarang ni dah tak macam kampung sangat dah.
Macam² ada dahh. Hahaha
Alhamdulillah. Terbayar semua penat lelah Kakngah membesarkan dia.
Kakngah ibu tunggal sejak dari Adam umur setahun.
Susah payah bermula dari hanya ada motor, berhujan panas anak beranak, kemudian baru berkemampuan beli kereta. 
Susah payahnya hanya kami yang tau.
Berjimat cermat hanya untuk pastikan anak dia boleh hidup selesa. 
Kakngah dah buktikan Kakngah boleh didik Adam sama macam orang lain yang ada keluarga lengkap.
Hidup Adam pun dari kecil hanya dalam lingkungan keluarga kami sahaja. 
Atok, nenek, paksu, mama.. itu la keluarga lengkap dia. 
Ingat lagi masa Adam mula² balik Selangor, kecil lagi. Belum setahun pun umur dia.
Mami masa tu sekolah lagi. Form 6.
Time tu hanya airmata je yang jadi peneman Kakngah, tapi Kakngah tetap kuat demi anak. (Menitis airmata saat menaip cerita ni 😭)
Bukan hanya Kakngah, kami sekeluarga turut merasa kepedihan yang dua beranak tu alami. Tapi Adam kecik lagi. Belum faham pape. 
Oleh kerana adik beradik yang lain masa tu duduk asrama, makanya hanya mami dan Paksu yang menyaksikan tiap detik Adam membesar.
Lama juga keluarga kami bangkit dari kepedihan tu. 
Hanya keletah Adam masa kecil yang menjadi penyembuh duka buat kami. 😭.
Jadi, Adam memang ada ruang khas dalam hati mami sebab mami yang jaga dia dari kecik lagi. 



Kenangan haji 2019. Panggilan haji yang tak disangka². Rezeki dapat pergi bertiga. Kakngah, Paksu dan Adam.
Bukti Kakngah berjaya besarkan Adam dengan baik dan cemerlang.


Tahniah Bangdam. Time ni dia cuba uniform kerja 🤭.

Dede bangga dengan Adam. Kalau dede bangga, Mama apatah lagi. Tentu lebih berganda bangganya. 😊.

Jururawat kedua dalam keluarga TokMat 😊. 



Thursday, August 3, 2023

Kalau Dah Rezeki


Assalamualaikum semua 😊.

Haritu yang masa pi Dungun tu kan, ada satu insiden yang membuatkan hati mami ni tak tenang.
Masa dalam perjalanan tu, lepas je tol gombak, mami rasa macam ada benda menggelongsor jatuh kat belakang badan.
Masa tu dah terdetik rantai yang mami pakai mungkin terbuka. 
Oleh kerana masa tu pakai 2 utas rantai, jadinya mami fikir mungkin rantai yang halus yang terbuka. 
Tapinyaaaa, bila mami ambil benda tu, rupanya rantai yang lagi satu yang terbuka.
Actually bukan terbuka, tapi putus 😭.
Cangkuk dia tu patah.


Cangkuk jenis W camni. Yang boleh letak loket kat tengah tu. Cangkuk tu patah kat tengah².


Camgini patahnya. 

Time tu rasa lega sangat sebab rantai tu tak tercicir kat mana². 
Sayang kalau tercicir sebab tu rantai pemberian dari arwah MIL. 
Tapi duk carik² loket yang pakai sekali dengan rantai tu, memang tak jumpa dalam kereta 😭.
Tu yang buat hati mami tak tenteram tu.
Kami duk buat andaian, mungkin rantai tu dah sedia putus masa kat rumah.
Loket tu jatuh dulu sebab kedudukan loket dan cangkuk tu kat bahagian depan. 
Walau dah putus, rantai masih lekat kat leher, tergantung gitu.
Kalau cangkuk tu kat belah belakang, memang dah wassalam tercicir dah.
Sepanjang masa kat Dungun tu duk teringatkan loket tu 😂.
Sampai abah Ahnaffea cakap, kalau dah takde rezeki dah la. Mujur juga rantai tu masih ada. Ada lagi kenangannya.
Baiklah. Mami pun redha je la.
Taknak fikir² lagi dah.
Balik dari Dungun tu, benda pertama lepas masuk rumah je, mami terus check karpet kat ruang tamu ni.
Kot la tercicir kat situ kan.


Alhamdulillah.. memang betul tercicir kat dalam rumah. 
Memang melompat la mami ni kannn.
Alhamdulillah. Masih ada rezeki lagi.
Walau loket tu biasa² je, tapi sebab pemberian MIL, jadinya memang mami sayang sungguh². 
Itulah kan, kalau dah rezeki kita, memang takkan kemana². 
😊

Nanti nak kene gi tukar cangkuk dia tu. 
Ermmm, ada la harapan nak intai² barang baruuu. Hahahaa

 

Wednesday, August 2, 2023

Seharian di Kampung

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari Ahad tu, balik kampung Sg.Besar pulak.
Memula ingat nak balik malam tu jugak. Tapi macam penat la pulak.
Tido je la kat rumah Perak dulu.
Esok pagi boleh bawak Opahchu pi breakfast dulu sebelum balik Sg.Besar.


Nasi lemak, lauk hati goreng kunyit pastu tambah sikit cili jeruk. Sedap wehh. Cili jeruk kedai ni memang sedap. Dulu arwah MIL pelik nengok menantu dia makan nasi lemak dengan cili jeruk. Masa mengandungkan Ahnaff pulak tu. 😂
Dah lelama tu, dah tak heran dah dia.


Roti telur untuk Pia.


Roti telur untuk Ahnaff juga. 

Opahchu makan roti arab + kari ayam. 
2 keping dia order ye. Rupenya order untuk cucu² juga. Kot nanti ada yang nak.
Pastu dia order juga waffle. 
Sebab tau Ahnaff suka waffle.
Licin ye semua makanan 😂. 
Gembira Opahchu tengok cucu² makan banyak. 


Ni ikan ape? Atok kate ikan baguk @ mayong. Ye la kot. Hahaha. Mami mana tau nama ikan. Ikan kembung dengan ikan mabung pun tak boleh nak beza 😂. 

Ceritanya, atok pi Terengganu last week. 
Dari hari rabu sampai Jumaat.
Konon nak mencandat, tapi dah hujung² musim dah. 
Sotong pun tak berapa ada. Hihihi
Jadinya diorang pun gi mancing jela.
Dapat la ikan baguk yang sebesar Sofea tu. 
Sotong pun ada jugak, tapi beli dari market Marang. Hahahaa.
Ada ikan tenggiri juga tapi yang tu tak tengok pulak.


Aktiviti balik kampung. Tolong Paksu uruskan Meroh, Belon, Tom dan Jerry.


Paksu suruh dia pegang waterjet untuk mandikan Meroh. Suka betul dia. 
Kalau kat tempat Meroh dan Belon ni boleh la lagi dia ikut masuk kandang. Kalau tempat Tom dan Jerry, jangan carik pasal. Sebab yang dua ekor tu tak boleh tengok orang lain selain Paksu. Diorang cepat panik. Kang tak pasal² kene tendang keluar kandang anak mami tuuu 😂.


Ahad pagi tu ada aktiviti buat bubur asyura kat surau kampung. Time kami sampai tu memang nenek dan Kakngah takde. Diorang pi merewang kat surau.


Bubur asyura versi kg. Spg 3 Loji 🤭. Macam bubur lambuk kan. 


Tengahari tu tak masak, kami pi lunch kat luar je 🤭. 
Family belah mami ni memang jenis enjoy makan kat luar.
Atok tu memang suka jalan2 cari makan. 
Kalau balik kampung tu, kalau tak sarapan kat luar, lunch la kat luar.
Takpun petang² pi kopi² kat memana. Hahaha
Tak sah ehh kalau tak pi jjcm.
So tengahari tu kami pi makan kat kedai makan sepupu atok.
Tak ingat la apa nama kedainya.


Nasi kandar kari kepala ikan. Atok dengan abah Ahnaffea punya.



Nasi kandar ayam goreng. Ni mami dengan Ahnaff punya.

Sedapppp nasi kandar dia. 
Kari dia memang pekat sedap.
Ayam goreng pun sedap. 
Kari kepala ikan memang mantap. 
Kalau atok n the gang yang kat kampung memang dah banyak kali repeat. 
Mami baru pi pertama kali ni.
Next time boleh pi lagi 😆.


Kedai makan dia kat halaman rumah je. Halaman rumah beso. Tengah sawah pulak tu.


Peserta yang ikut rombongan lunch 😂. Peseta ramai tapi yang makan 4 orang je. Hahaha. Yang lain tu dah kenyang dah katenya. Ikut sebab nak minum² je.



Balik rumah, abah Ahnaffea tolong atok nenek siang ikan yang besar tu. Tangan nenek dah tak kuat nak siang ikan besar² camtu. 
Nasib baik abah Ahnaffea pandai siang ikan. Kalau nak harapkan bini dia..ermmm, ikan kecik pun kedai yang tolong siang 😂. 
Mami memang tak pandai ye nak siang ikan. Kita mengaku je. Hahaha


Tak boleh abah dia nak rehat dengan aman. Ada je yang menempel. Ni memula elok ye camtu. Pastu dah jadi bergaduh sebab Sofea tak bagi Ahnaff dekat dengan abah. Yang Ahnaff pulak buat tak tau je. Adik dah menjerit² marah. Mami hanya mampu tengok je. Malas nak masuk campur 😂.

Petang tu kopi² kat rumah je.
Plan nak pi kopi² kat luar tapi tak jadi sebab hujan.
So, bancuh kopi dan goreng la kuih frozen yang ada tu.
Kenyang jugak 😆.
Malam tu, lepas marghrib kami gerak balik P.Alam.
Jumpa lagi nanti 😊.