Friday, July 28, 2023

Anak Manja Katenyeee

 Assalamualaikum semua 😊.




Tengok la tuuu. 
Coach taekwondo dia cakap Ahnaff anak manja kat kelas.
Diorang nak marah pun tak sampai hati.
Hahaha
Marah je la miss/master oiii.
Ahnaff tu hari² kena marah dengan mami kat rumah.
Patutnya next week ada grading.
Belt kuning upgrade ke belt orange.
Tapi disebabkan dia banyak kali tak hadir, makanya ada la step² yang dia tak ingat.
Ada 11 ke 12 steps ntah. Lupe mami pun.
Dia kata, susah nak ingat mami. 😌
Tak pe lah nak..take your time.
Gi taekwondo tu untuk social skills dia je. 
Bergaul dengan abang kakak yang besar².
Dia seronok pi kelas tu cuma kadang tu penat. So dia pun tertido awal, tak pegi la.
Tak pe la kan Napp. Kite santai² je. 
Nak berenti pun, mesti coach akan pujuk tak bagi 😂.
Tak pe Napp. Kalau belt kuning je pon sampai tahun depan, tak pelahhhhh.
Mami redhaaa. 😂



Thursday, July 27, 2023

Lawatan Sekolah - G2G Animal Garden, Serdang

 Assalamualaikum semua 😊. 
Ni cerita lama dah ni. Hihihi
Minggu lepas.
Ahnaff gi lawatan ke G2G Animal Garden, Serdang.
Dia memang suka je nak pegi lawatan² sekolah, sebab itu je la peluang dia nak naik bas. 
Itupun dari awal tahun haritu dia mengecek nak naik van sekolah waktu balik.
Tak dapat naik van sekolah, dia try pulak mintak nak duduk transit. 😌
Dia membayangkan, duduk transit, naik van sekolah tu hal yang menyeronokkan. 
Sebab kebanyakan kawan² dia duduk transit dan balik naik van sekolah.
Napp, Napp... 
Sabo je la.


Bawak bekal nugget. Ni untuk kongsi dengan kawan². Seminggu sebelum lawatan dah bagitau mami, nak bawak nugget. Baiklah. Lagi senang keje mami.


Yang ni untuk dia. Ada mayonis dan sos tomato juga. 


Pagi tu muka suram je. Rupanya dia neves nak gi lawatan. Hahaha.


Dah la neves, cita² nak naik bas tak kesampaian. Nama dia masuk dalam list van. Monyok je. Padahal sebelum tu kemain dia cakap tak sabar nak naik bas. Siap mimpi naik bas 2 tingkat. Hahaha. Sian anak mami.


Dapat duduk dengan bff dia. Ok sikit dah mood masa ni. Bff dia tu elok je pakai topi camtu kan. Ahnaff ada juga topi camtu tapi spiderman, mami suruh dia pakai topi tu, tak mau ye korang. Katenye topi tu tak hemsem. Aduhhhh. Kalau bab bergaya no 1 ye. 



Pindah duduk belakang sebab depan tu teachers yang duduk. Dapat single seater. Bertambah ok dah mood dia masa ni. Sebab bff ada sekali. Pastu guru kelas dia pun naik van jugak. Barulah dia ok, senyum maniss.


Dah sampai 😊. Ramai kan. Ni pelajar² 5 dan 6 tahun je. Ramai sebab mulai tahun ni ada 1 lagi cawangan Hillpark. So semua program diorang gabungkan sekali je. Tu yang jadi ramai. Tahun lepas gi lawatan 1 bas je. Tahun ni 1 bas dan 1 van besar.


Walau jauh, tetap mami dapat cam kamu Napp.


Rehat makan. Tak pasti ni sarapan or lunch 😅. 





Berani budak² ni pegang ular. Mami yang tengok pun geli geleman 😅.


Unta pun ada. Tengok la anak mami tu, mana dia berani nak dekat², usap² unta tu. Dia suka pegi zoo, tengok haiwan semua tu tapi, cuma berani dari jauh je. Dekat² memang tak berani derrr 😂. 

Dalam pukul 3.30petang dah sampai sekolah dah ahli² lawatan tu.
Balik dari lawatan tu lebar senyumnya sebab balik tu dia dapat naik bas.
Memang berbunga² la hati dia.
Pelajar² dan guru dari Hillpark pulak naik van balik tu.


Cenderahati dari G2G Animal Garden. 














Sunday, July 23, 2023

Cerita Ahad.

 Assalamualaikum semua 😊.


Petang Jumaat haritu, Kakyong bagitau dalam group whatsapp family, Abg Z (suami KakYong) eksiden, jatuh motor sebab terlanggar lubang waktu balik kerja.
Mula² KakYong kata Abg Z ok je. Cuma adala luka² kecil kat bawah dagu, lengan dan lutut.
Malam tu bawak pergi cuci luka kat klinik.
Tapi, malam tu tak boleh nak tido sebab dia rasa sakit kepala sangat.
Pagi Sabtu KakYong bawak pergi Hospital Damai. Doc check dan buat xtray, rupanya rahang patah. Tulang bawah mata retak.
🥺
Nak kena buat operation. Tapi Hospital Damai takde pakar untuk buat operation tu makanya tukar gi Hospital KPJ Tawakal pula.
Hospital suggest masuk ward pagi Isnin. 
So petang Sabtu tu diorang pun balik la rumah dulu.
Pagi tadi, kami adik beradik pergi la ziarah AyahLong. 
Tapi Ayahlong walau sakit, tetap ceria macam biasa. 
Mami pun lupa nak ambil gambar AyahLong sebab masa sampai tu kebetulan ada jiran dia pun datang menziarah.

Kalau dah plan nak berkumpul ramai² tu kan, selain nak ziarah Abang Z, mestilah agenda utamanya makan² juga. Hihihi
Oleh kerana semalam balik dari Johor pun dah malam, makanya mami buat kek dan bubur kacang hijau je la.


Cuba resepi baru. Kek strawberry butter cheese. Not bad juga rasanya. Lemak masin dari krim cheese bergabung dengan masam jem strawberry. Tak terlalu manis juga. 


Bubur kacang. 


Sofea healing² dengan nenek tepi pool. Padahal dia tu geram je nengok abang² sepupu dia berendam. Yang abang² pulak duk memanggil² je. Masing² nak menjaga dia. Tapi mami tak bagi dia mandi. Sebab baru je baik selsema. Kang nanti selsema semula. Letihhh mami. 🤭
Ahnaff pun mami tak bagi terjun. Nasib baik dia mendengar kata.


Tengok ni. Abang² yang beso² kemain berendam.


Model majalah Mangga 😂😂. Abang² sado ni. Yang tengah tu tak lama lagi nak kawen. Yang kanan baru habis Diploma Kejururawatan. Yang kiri masih study. 

Tengok la tu. Sikit² dia sua kaki sebab intan payung duk panggil² dia. 


Geram dia 😂.


Tau² dah togel tinggal pempers n spender je 😂. Baju dia basah dah sebab dia pi duduk kat tepi kolam tu. Masa abah bukak kan baju dia tu, dah tersengih² dengan harapan ada can la nak mandi. Rupanyaa hanya tinggal harapan 😂. Abah terus dukung dia masuk rumah. Hahaha


KakYong buat nasi impit, rendang ayam kampung, masak lodeh sardin. Nenek bawa tumisan jawa dan ayam goreng. So, kami lunch tadi menu tu jela. 


Pinggan mami. Sedap betul masak lodeh sardin ni. Resepi turun temurun dari nenek belah mak. Jarang orang buat. Biasanya orang buat yang kuning tu kan. Yang sardin ni kira versi pedas. Takyah makan guna sambal dah. Nanti bila² mami share resepinya ye. 😊


Balik rumah pun togel aje. Mujur rumah dekat je. Hahaha. 


Sampai rumah, mandi, susu dan terus pengsan haaaa. 😂
Sempat la mami pun lelap kejap ni tadi. 

Esok pagi Ayahlong akan warded di Hospital KPJ Tawakal. Moga dipermudahkan segala urusan Ayahlong. Moga cepat sihat AyahLong kesayangan semua. 







Simpang Renggam, 22/07/2023

 Assalamualaikum semua 😊.


Tiap minggu berjalan je keje nye ehh 😂.
Last week pi Dungun.
Minggu ni pi Johor pulak.
Tapi pi Johor ni balik hari je.
Actually bukanlah pergi berjalan sangat pun.
Tujuan utama nak pi Spg. Renggam je.
Menziarahi geng sekolej mami masa study dulu.


Ni la punca utamanya. Macam nak gugur jantung dapat perkhabaran duka dari CikDa 😔.

Walau dah lama tak jumpa, maybe ada la dalam 7 tahun tak jumpa, tapi Cikda ni memang ada satu tempat khas dalam hati mami ni.
Kawan sekolej waktu study di UUM dulu.
Tak sama course tapi jiran sebelah bilik.
Kawan lepak sama², makan sama². Susah senang sama². Kene saman sebab salah parking motor pun sama² juga 😂.

Lepas je dapat berita suami dia meninggal tu, adalah scene² nangis sikit sebab mengenangkan dia. 
Ntah la kan, mami ni memang emo sikit orangnya. 
Waktu tu la call abah Ahnaffea mengadu kat dia. Terkeluar la hasrat nak pi ziarah Cikda.
Abah Ahnaffea pun kate ok je. Boleh. Tapi kene pegi time dia off, which means sabtu la.
Tak pe. Boleh je sabtu pun. Janji dapat ziarah.
Ajak juga geng yang lain, kot ada yang berkelapangan. Tapi Nor sorang je yang free semalam. Lagipun dia dekat Johor juga. Jadinya senang la dia nak datang ziarah sekali. 

Cuaca elok semalam. Keluar pagi² dalam pukul 7.30 pagi camtu. Singgah RnR Dengkil, sarapan kat sana. Bagi 2 kenit tu makan kenyang², nanti barulah elok je mood sepanjang jalan. Hihihi


Semua makan nasi lemak ayam goreng. Mami abah nescafe tarik. Ahnaff mestilah sirap. Ahnaff dan air sirap berpisah tiada 😂.


Kan dah kate. Kenyang perut, senang hati. Masuk je kereta, tak lama tu dia terus lelap. 


Exit Machap


Dah sampai. Tepat pukul 12 tengahari kitorang sampai. 
Waktu kitorang sampai, Nor tak sampai lagi. Setengah jam lepas tu baru dia sampai. 
Makin rancak la bersembang. 


Tengok ni, sempat lagi kakak Cikda masakkan untuk kitorang. Ada daging masak lemak cili api, ayam goreng, sayur campur dan telur dadar. 
Memang dia dah warning siap². Jangan singgah lunch kat memana sebab dah masak. Nak jamu orang Selangor makan katenyaaa 😂.


Zaman muda remaja. Zaman gonjeng² dulu 😂. Ni gambar tahun 2006 kalau tak silap. 17 tahun dah berlalu 😌.


Sekarang. Tetap lah mami yang terpaling beso di situ. Hahaha.


Bergambo sat sebelum balik. Anak mami yang lagi sorang dah masuk kereta sebab dia kate "panas la mami. Kenapa nak bergambar banyak² ni". Bertuah betul yeee 😤. Dia tak tau ke, nak jumpa kawan² mami ni bukannya senang. 


Cikda dan Aryan. Moga terus tabah dalam mengharungi hari² yang mendatang tanpa adanya daddy lagi. 
Pemergian yang tiba² dalam keadaan tak bersedia. Tentunya meninggalkan kesan yang mendalam 😔. 
Tapi, Cikda yang mami kenal memang kuat orangnya. Semalam masa kami sembang pasal arwah, takde setitik air mata pun yang keluar. Memang tabah dan kuat dia tu. Aryan pun nampak macam ok je. Elok dia main dengan kawan². Tak sampai hati nak tanya dia pasal daddy. 
Luaran memang nampak ok dan baik² je dua beranak tu. Tapi dalam hati, tak siapa yang tahu. Keperitan yang ditanggung kedua²nya. 
Moga Cikda dan Aryan baik² je ye.

Al-fatihah untuk suami Cikda. Allahyarham Mohamad Adi Menon bin Abdullah. 


Nor. Kawan 1 course, 1 kolej. Berjiran bilik juga 🤭. Ni pun kawan susah senang. Waktu degree memang study sama². Waktu mami buat master, dia jadi housemate pulak. Mami study, dia pulak jadi manager kat Marry Brown, Changlun. 
Syok hidup masa tu sebab dimanjakan dan dijaga oleh manager MB.😂.
Mami habis master, balik Selangor. Tak lama lepas tu Nor pun balik Johor semula. Dia jaga MB belah² Selatan pulak. Sampai sekarang masih berkhidmat dengan MB. 


Bye korang. Panjang umur, murah rezeki nanti kita jumpa lagi ye. Tapi semalam Nor dah cakap, agaknya jumpa lagi time masing² nak dapat menantu sok 😂. Amboiii. Hahaha

Dalam pukul 3.30petang kitorang gerak balik.

Penat sangat ni 😂. Belum keluar lagi dari Renggam, dia dah tido. Siap pakej berdengkur lagi ye. Hahaha. Berlawan² dengan adik.
Jangan pelik ye. Ahnaff memang suka dudum kat carseat. Dia memang menanti je peluang kalau adik tak duduk, dia la yang duduk. Padahal dah tak muat sangat ponnn.


Kalau dah nama abah Ahnaffea, mana boleh tak menyinggah. Hahaha
Kena la singgah Ayer Hitam sebab Atok ada cakap, "kalau gi Johor, carikkan abah kentang jembut (ubi kemili) ye". Sebagai menantu yang menurut perintah, dia pun singgah la kejap nak mencarikkan ubi tu. Tapi penjual kat situ cakap, dah lama takde stok ubi kemili tu. 3,4 tahun takde dah. 😐
3,4 gerai jugak la mencari semalam. Memang tak jumpa.


Sudahnya beli kacang rebus je. Hahaha. Sedap ooo. Sofea makan tak berenti. 


Ni time mood helok. Nak dia duduk belakang dengan abang. 


Satay Kajang di RnR Dengkil.



Dia nak makan nasi ayam. Layankan aje. Janji makan habis.

Alhamdulillah selamat sampai P.Alam pukul 10 malam. 
Dekat 7 jam ye perjalanan balik 😂.
Ye la kan, menyinggah² je kejenye.
Singgah Ayer Hitam, singgah RnR Pagoh - berenti kejap sebab nak kopi² dengan bawak Ahnaff pi toilet, singgah hentian Senawang - tunggu masuk waktu marghrib, singgah RnR Dengkil - sebab Ahnaff cakap nak makan nasi ayam (kalau ikutkan mami, tapau burger je sudahh 😂). Tapi biasalah. Abah dia mana sampai hati kalau dah anak sebut nak nasi ayam tu. Nasib baik juga berenti kat Dengkil sebab Sofea pun yakyak, so mandikan terus dia kat situ. 
Fuhhhh, panjang perjalanan hari Sabtu ni.
Tapi its ok. Terubat dah kerinduan dengan geng² mami. 
















Thursday, July 20, 2023

Cerita ringkas 🤭

 Assalamualaikum semua 😊.


Anak bujang buah hati mami pegi rombongan hari ni.
Kalini tak berapa pilu sangat sebab tahun lepas pun dia dah pernah join rombongan sekolah. Hihihi
Kali ni pegi G2G Animal Garden, Serdang.


Nama dia termasuk dalam list student yang naik van. Cemberut je muka dia sebab tak dapat naik bas 😂.



Ohhh, dah kembali ceria. 


Terpaksa mami, abah dan adik gi sarapan jauh sikit. Sebab nak hiburkan hati ditinggal pi rombongan. Hahaha
Nasi kerabu ayam percik, nasi dagang ayam percik, lepat pisang, pulut inti dan nescafe tarik 2. Total Rm32. Tapi semua sedap.

Satay kulit. Sebatang Rm2 😌. 

Sarapan di Warung Che Bunga, Sungai Buloh.



Singgah kedai Eco jap. Mencari stokin sekolah untuk Ahnaff. 

Tak sabar nak tunggu Ahnaff balik.
Ape je la cerita dia nanti 🤭.