Saturday, June 10, 2023

Cerita Sabtu 10062023

 Assalamualaikum semua 😊.

Alhamdulillah, sejuk je cuaca pagi ni.
Malam tadi hujan. Pagi ni pun mendung² je cuaca.
Mata rasa macam nak 😴😴 je. 
Tapi ada kerja nak kene buat 😅.
Kemas² rumah sikit, dah settlekan dua beradik tu sarapan, mami pun mulakan kerja.

Ahnaff mintak bihun goreng merah tapi tak pedas. 🤭
Pastu gorengkan telur mata.
Sayur takde, isi ayam pun takda. Buat guna rencah bawang putih, bawang merah dan bilis. Semata itu je. Tapi boleh dia makan pastu cakap "sedap betul bihun goreng mami". Bertambah 2 kali yee 😂.



Pagi tadi buat crust untuk cheesetart. Esok pagi Kakak Amirah nak nutella cheesetart.


Buat benda ni pun boleh healing² tau. Hahaha. Sebab buat benda ni melekakan. Tau² je dah siap. 
Tapi nak kene tunggu Sofea tido baru boleh buat dengan aman. Kalau tak nanti dia pun nak menolong. Rajin takyah suruh² 😂.


2 adunan dapat la sebalang lebih sikit. Dalam 120biji (lebih kurang) camtu.


Tengahari tak masak, so goreng keropok lekor je 😂. Budak² makan bihun goreng tu lagi. Nak masak nasi, Ahnaff taknak pulaknya. Dia nak makan bihun goreng je. 
Alhamdulillah, senang kerja mami. Hahaha.
















Friday, June 9, 2023

Singgah Bidor dan Behrang

 Assalamualaikum semua 😊.


Perjalanan balik dari CH smooth je.
Tak jem sangat, cumanya ikut tapah kan, jalan berliku² rasa macam lamanya nak sampai ke highway. 
Lagi satu kan, rasa macam lama sangat sebab ada kejadian yang mengguris hati mami. 😑
Merajuk sebab abah Ahnaffea tu la. 
Dah kabo nak beli ole² dari CH, nanti berenti la kat kedai mana² nak beli jagung, labu manis n pape je la yang berkenan.
Dia cakap ok, nanti singgah.
Pastu dari satu kedai ke satu kedai dia cakap, takpe berenti kat kedai depan.
Last² sampai ke Ringlet weh, memang dah takde la kedai yang jual jagung, keledek ape semua tu.
Tak ke hangin rasanya. Dah la nak sampai bukan senang 😌.


Dia ni janji kene ada makanan je. Kalau mulut mengunyah, auto diam 😂. 

Agaknya sebab nak pujuk hati isteri, abah Ahnaffea singgah kat gerai penjaja buah kat Bidor tu.
Nak beli buah dia kata 😂.
Tapi kan, deret² kedai tu, ada la 3 gerai je yang buka. Tengok tempatnya pun macam hidup segan mati tak mau je 😑.


Beli limau bali ni 2 biji. Nak yang limau bali warna pink tapi takde pulaknya. 
Nenek suka limau bali. Jadi, belikan untuk nenek sebiji.




Jambu batu tanpa biji. 

Kami beli limau bali 2 biji, jambu batu tanpa biji, jambu madu dan buah² potong habis rm143 yeeee.
Terbeliak mata mami nii 😂.
Dalam hati duk membebel, kalau beli ole² dari CH macam² dapat. Habis banyak tu pun puas hati. Hahaha. Tapi tu la..berani bebel dalam hati je la.
Ermmm, jambu madu tu kami beli 2kg lebih tau, sayang betul sebab separuh tu busuk dah. 😑
Tak tau la ye nak kata. Nak kata akak tu tak jujur, ntah la. Padahal jambu madu tu kalau busuk memang kita dah tau dah. Sebab kan dia berair dan benyek camtu.
Yang busuk tu pulak yang belah dalam². 
Ermmm.




Muahh ciked mami. Sejukkan hati mami sikit 😂.


Singgah kedai Nasi Bamboo Sungai Klah, cawangan Behrang.
Ambil nasi bamboo 2 ketul. Ayam bakar (konon ambilkan untuk Ahnaff tapi dia taknak pulak sebab pedas katanya), ikan keli bakar, kerabu bayam brazil+tauge, pucuk ubi dan bendi rebus, ayam kurma dan kuah kari. 
Mula² tak nampak kurma ayam tu, dah ambil kuah kari baru nampak kurma tu. 
Nasib baik juga ambil sebab Ahnaff makan nasi dengan lauk tu sahaja. 
Licin pinggan. Siap hirup² kuah kurma tu wehh. 😂
Kemain feveret betul. Hahaha.


Licinnn. Dapat susun camni je. Tak dapat nak bersihkan sebab Sofea dah meronta² nak ikut abah dia pegi toilet. 


Senang je nak cari kedai dia ni. Deret² kedai bertentangan dengan balai polis Behrang. Jumpa balai polis, insyaAllah jumpa la kedai ni. Kedai dia luas. Tak ramai orang sangat macam kat Sungkai tu 🤭.
Dari segi rasa makanan tu sama je. Sini pun sedap sangat.


Sampai Puncak Alam dalam pukul 5.30petang. Singgah Econsave jap topup barang dapur. Tak penuh troli pun dah sampai rm200++ jugak. Ermmm.


Sambal bilis untuk nasi lemak.

Abah Ahnaffea request nak bawak bekal pi kerja untuk hari Ahad tu.
Sebagai seorang isteri solehah, menurut perintah je la walau dalam hati masih membara lagi geramnya 😂😂.
Nasib baik cili kisar memang ada dalam stok.
Sampai rumah, uruskan budak dua tu mandi, bagi makan, terus mami sediakan bahan² untuk menyambal.
Dalam pukul 9 malam camtu dah siap semuanya. 
Pukul 9.30 malam semua dah terbongkang tido, keletihan. 
Padahal yang drive penat² tu sorang je.
😂😂😂






The Backyard Glamping, CH

 Assalamualaikum semua 😊.

Rancangan asalnya, kami nak pergi berkhemah kat campsite area Kajang tu je.
Tapi bila fikir² balik macam leceh pulak dengan anak kecik, nanti kalau mami nak tolong abah pacak khemah, kot mood dia tak ok, dah tergendala semua.
Jadinya mula la search pasal glamping ni. 
Memang dah pernah ternampak dekat IG dan FB orang duk share pasal glamping ni.
Jenuh duk tanya glamping mana yang available cuti² sekolah ni. 
Memang takde yang kosong ye 😅.
Cari punya cari terbukak la IG The Backyard Glamping, Cameron Highland ni.
Terletak di kawasan Kampung Taman Sedia.
Terus tanya ada kosong ke tak.
Mintak 2 malam tapi tak available. Dapat 1 malam je.
Takpe la. Jadi la tu. Buat rasa² je. Hahaha






Khemah² untuk glamping ni terletak atas bukit. 
Ada dua kategori downhill - kene mendaki lebih kurang 20m 
Uphill - kena mendaki lebih kurang 50m
Kami pilih yang downhill je. Mengenangkan nak dokong si Piah tu lagi 😂.
Pihak TBG pun dah bagi amaran mesra, kawasan glamping ni tak mesra OKU dan warga emas. Atas sebab kene mendaki tu la. 
Sebab lain² fasiliti semua tiptop.

Belah bawah tu ada kedai² makan. 

Suka dia sebab depan khemah kami ni ada buai. Seronok berbuai² sambil tengok kereta berderet² jem kat bawah tu 😂.


Pokok² kobis tapi belum jadi lagi kobisnya. Bawah tu dapur untuk masak. Ada peti sejuk dan water filter juga. Belah kiri tu dapur. Yang belah kanan tu toilet dia.
Toilet ada banyak. Bersih dan wangi. Tu yang penting kan. Hihihi



Camni la tent kitorang. Rasa cam selamat sikit sebab ada bumbung tu. Kalau hujan tak la risau sangat. Hihihi

Seronok bergolek². Selesa. Sofea elok je pakai baju cekci camtu kat CH. Tak sejuk sangat pun. Rileks je dia 😂.

Pic: sumber dari IG


Tent kami waktu malam. Cantik bila malam.


Malam tu dinner grilled steamboat. Ada 2 pakej. 
Grilled steamboat: rm100
Steamboat sahaja: rm70

Dapat sayur campur² 1 pinggan besar.


Ada sosej, kambing perap dan ayam perap. Puas lah makan 4 beranak. Kambing tu banyak. Puas Ahnaff makan. Sofea pun makan juga 😅.
Selain dari steamboat tu, abah Ahnaffea beli juga nasik goreng cina untuk anak² dia tu dengan nasi goreng cili padi kat kedai bawah tu. 
Dah cakap dah, takyah beli. Sebab makan steamboat ni kan memang kenyang kan. Tak caya. Nak jugak turun beli. Kesudahannya nasi goreng cili padi tu tak makan ponn. Membazirrrr je 😑.

Terang benderang kat bahagian dapur n toilet tu. Nak turun gi toilet pun tak takut. Hihihi


Good morning CH 😊.

Kucing gebu ni, Ahnaff panggil Milo 😂. Suka² dia je tau. Sofea pun duk sibuk cupcupcup mulut dia panggil kucing ni. Hahaha


Abah dia sejenis tak boleh tengok anak bangun lambat. Adaaaaa je yang nak dicuit. Kite mak² ni, kalau anak kecik bangun lambat sikit takpe la kan. Ada la masa lebih nak golek² sat. Hihihi


Rinduuuu


Sarapan nasi lemak ayam goreng 😊. Beli kat kedai bawah tu juga. 
Nampak tak polistrin putih tu. Nasi goreng cili padi la tu. Sudahnya memang tak makan pon 😑.


Dia dah bangun dahhh. Just in time kitorang nak suap makanan 😂. Pandai timing Sofea ye. Hahaha


Jalan² kat kebun sayur belakang tent kami. Belakang ni kebun labu. Tepi tent ni ada batas sayur kobis cina. Yang putih² tu.


Pagi² pun dah penuh kereta ye.


Dua beranak ni sibuk main kapten². Pi teropong trafik kat bawah tu. 

Tepat jam 11.30 pagi kami dah siap² nak checkout. 
Nak keluar ke jalan utama pun dah jem. 
Banyak kereta dah. Banyak kereta yang nak masuk dan keluar.




Singgah Cameron Valley Tea tu. Ramai sungguh orang sampai takde ruang nak ambil gambar berlatar belakangkan ladang teh 😂.
Akhirnya Ahnaff cuma tengok ladang teh dari dalam kereta je. Tepi jalan.


Nak balik dahhh. 
Kami turun ikut Tapah. 
Dah lama tak lalu situ, boleh tahan jauh betul rasanyaaaa. Hahahha. Dah la jalan berliku².















Monday, June 5, 2023

Cameron Highland 02062023

 Assalamualaikum semua 😊.

Last week kitorang gi Cameron Highland.
Last pergi CH masa Ahnaff umur tak sampai setahun lagi rasanya.
Tu pun tak bermalam pun. Just naik atas tu beli jagung, labu manis n strawberry.
Gigih ye 😂.
Tapi time tu takde episod jem² semua ni.
Takde yeeee. Jem manja² je.
Kini setelah 6 tahun berlalu, kami kembali ke CH. Gituuu skema ayat mami kamu Napp oii. Hahahaa
Memula plan nak gi glamping kat Kajang tapi dah penuh. 
Try glamping Lenggong, pun dah penuh.
Carik punya carik, dapat la glamping kat CH ni. Tu pun plan nak 2 malam, dapat 1 malam je. 
Jadi lah kan. Janji bawak budak sekolah tu pi berjalan cuti² sekolah ni.
Kalau ikut kan mami ni, takde salahnya cuti sekolah duduk rumah diam².
Tapi tu la..abah dia cakap sian pulak nanti kalau kawan² tanya cuti sekolah pegi mana. Jawab je la duduk rumah je. 
Betul takkk 😂
Menjeling je abah dia. Hahaha

Pagi Jumaat tu seawal 7.30 pagi kami dah keluar rumah.
Plan nak sarapan kat RnR Rawang. Tapinya terlalu ramai orang ye.
Tempat duduk kosong pun takde.
Sudahnya tapau roti je kat Harolds tu.


Pun penuh orang dalam ni. Kedai sempit, pilih² terus berbaris je untuk bayar ye. Jangan la nak bersantai² pilih roti. Memang tak la ye. Hahaha.

Beli roti dengan 2 cawan kopi pun dah rm40 lebih. Sejenis yang rambang mata dengan roti mami ni. Hahaha.

Pagi lagi. Highway pun kosong lagi.


Cuaca helok je hari tu. Tak panas sangat.
 
Kami naik ikut Simpang Pulai. Masuk je simpang Kg.Raja tu dah jem dah. Ingatkan sebab ape la jem. Rupanya ada kaum India buat upacara apa ntah. Berjalan ramai² nak ke kuil. Tu yang jem tu. Lepas je dari pekan Kg.Raja tu jalan dah clear dah. Tapi tu la, nak dekat 2 jam nak lepaskan jem kat Kg. Raja tu.

Kami berhenti kat Bee Farm ni. Saja nak jalan² tengok apa yang ada.




Nampak Popstick ni. Bukan anak yang nak makan, tapi lebih pada mami abah yang nak makan 😂. Anak² terima je apa yang mami abah bagi. Hahaha


Mami ambil perisa strawberry. Kongsi dengan Sofea. Ahnaff ambil perisa mango dan abah ambil perisa strawberry sorbet. Sedap² aiskrimnya. Harga pun sedap juga. Sebatang dalam rm6@7 kalau tak silap 🤭.


Cuci² mata.

 Beli keledek rebus. Sedap manis je. Beli juga keledek goreng dan cendawan enoki goreng. Buat kudap² alas perut nak meredah jem kannn. Hahaha

Berderet kereta nak menuju ke atas. Yang dari atas nak kebawah ni alhamdulillah clear je.

Punya la dah lama tak datang CH, banyak dah tempat² yang menarik ada kat sini.
Ada Sheep Sanctuary la tapi kami tak singgah pun sebab orang terlalu ramai. 
Nak parking pun takde ruang.
Jadi, kami teruskan je perjalanan terus ke tempat glamping tu.


Dah ada McD kat Brinchang ni. 

Dah ada mall juga. Centrum Cameron kalau tak silap nama dia. Memang betul² dah membangun dah CH. Tapi pada pendapat mami la kan, tak payah buat mall pun tak pe kot. Elok kekalkan je CH macam dulu². Tu la agaknya sekarang ni dah tak berapa sejuk kan. Pokok² pun dah kurang.


Yeayyy dah sampai kat tapak glamping kami. Nanti kite cite kat next entry ye 😊. 
Tapak Glamping ni terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.