Assalamualaikum semua ๐.
Last week kitorang gi Cameron Highland.
Last pergi CH masa Ahnaff umur tak sampai setahun lagi rasanya.
Tu pun tak bermalam pun. Just naik atas tu beli jagung, labu manis n strawberry.
Gigih ye ๐.
Tapi time tu takde episod jem² semua ni.
Takde yeeee. Jem manja² je.
Kini setelah 6 tahun berlalu, kami kembali ke CH. Gituuu skema ayat mami kamu Napp oii. Hahahaa
Memula plan nak gi glamping kat Kajang tapi dah penuh.
Try glamping Lenggong, pun dah penuh.
Carik punya carik, dapat la glamping kat CH ni. Tu pun plan nak 2 malam, dapat 1 malam je.
Jadi lah kan. Janji bawak budak sekolah tu pi berjalan cuti² sekolah ni.
Kalau ikut kan mami ni, takde salahnya cuti sekolah duduk rumah diam².
Tapi tu la..abah dia cakap sian pulak nanti kalau kawan² tanya cuti sekolah pegi mana. Jawab je la duduk rumah je.
Betul takkk ๐
Menjeling je abah dia. Hahaha
Pagi Jumaat tu seawal 7.30 pagi kami dah keluar rumah.
Plan nak sarapan kat RnR Rawang. Tapinya terlalu ramai orang ye.
Tempat duduk kosong pun takde.
Sudahnya tapau roti je kat Harolds tu.
Pun penuh orang dalam ni. Kedai sempit, pilih² terus berbaris je untuk bayar ye. Jangan la nak bersantai² pilih roti. Memang tak la ye. Hahaha.
Beli roti dengan 2 cawan kopi pun dah rm40 lebih. Sejenis yang rambang mata dengan roti mami ni. Hahaha.
Pagi lagi. Highway pun kosong lagi.
Cuaca helok je hari tu. Tak panas sangat.
Kami naik ikut Simpang Pulai. Masuk je simpang Kg.Raja tu dah jem dah. Ingatkan sebab ape la jem. Rupanya ada kaum India buat upacara apa ntah. Berjalan ramai² nak ke kuil. Tu yang jem tu. Lepas je dari pekan Kg.Raja tu jalan dah clear dah. Tapi tu la, nak dekat 2 jam nak lepaskan jem kat Kg. Raja tu.
Kami berhenti kat Bee Farm ni. Saja nak jalan² tengok apa yang ada.
Nampak Popstick ni. Bukan anak yang nak makan, tapi lebih pada mami abah yang nak makan ๐. Anak² terima je apa yang mami abah bagi. Hahaha
Mami ambil perisa strawberry. Kongsi dengan Sofea. Ahnaff ambil perisa mango dan abah ambil perisa strawberry sorbet. Sedap² aiskrimnya. Harga pun sedap juga. Sebatang dalam rm6@7 kalau tak silap ๐คญ.
Cuci² mata.
Beli keledek rebus. Sedap manis je. Beli juga keledek goreng dan cendawan enoki goreng. Buat kudap² alas perut nak meredah jem kannn. Hahaha
Berderet kereta nak menuju ke atas. Yang dari atas nak kebawah ni alhamdulillah clear je.
Punya la dah lama tak datang CH, banyak dah tempat² yang menarik ada kat sini.
Ada Sheep Sanctuary la tapi kami tak singgah pun sebab orang terlalu ramai.
Nak parking pun takde ruang.
Jadi, kami teruskan je perjalanan terus ke tempat glamping tu.
Dah ada McD kat Brinchang ni.
Dah ada mall juga. Centrum Cameron kalau tak silap nama dia. Memang betul² dah membangun dah CH. Tapi pada pendapat mami la kan, tak payah buat mall pun tak pe kot. Elok kekalkan je CH macam dulu². Tu la agaknya sekarang ni dah tak berapa sejuk kan. Pokok² pun dah kurang.
Yeayyy dah sampai kat tapak glamping kami. Nanti kite cite kat next entry ye ๐.
Tapak Glamping ni terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
hari tu ada baca tips, taknak jem, kena bajet pukul 9am ada dekat brinchang dah hehe.
ReplyDeletememang dah membangun CH skrg, sejuk pun dah biasa2 je kan. sejuk lagi aircond dekat rumah hihi
Kalau dulu, kitorang selalu naik malam². Ikut spg pulai, takde kereta wehh. Nyaman tapi seramm ๐
DeletePopstick tu menarikkkk... betul tu bkn budak je nak mak budak pun nak
ReplyDeleteMenarik dah sedap. Hihihi
DeleteTu la.. kita pergi 2 thn lepas pun tak sejuk dah. Yg sejuk tu sebab hujan. Tapi, CH tetaplah best.
ReplyDeleteKann, walau dah tau jem, tetap seronok nak redah. Hihihi
Deletebestnya pi ke CH lama sangat akak tak sampai sana
ReplyDeleteBoleh plan pegi jalan² sana pulak kak.
DeleteWaaa syoknya syejuk syejuks kat CH..
ReplyDeleteSaya nak pi jugak lah macam.ni..
Taman Kampung Sedia tu "orang kita" punya kan?
Saya suka scone kat Nasi Lemak Strawberry tu..tekak saya rasa lagi sedap dari scone kat Bharat Tea..Tekak saya la๐คญ
Aahh. Orang kita punya rasanya sebab kedai² pun orang² kita je.
DeleteAlaaa, tak carik scone pulak aritu. Padahal dah lalu dah kat kedai tu. Hahaha
teringin juga nak ke CH,tapi tak sanggup nak hadap jem.nak pergi hari bekerja anak pula sekolah,kena tunggu anak duk asrama dulu la boleh ride berdua
ReplyDeleteKene chill² je nak hadap jem tu kak. Tak boleh stress². Hahaha. Takde anak kecik xpe lagi kak. Takde la masalah anak mengamuk ke ape.
DeleteSeronoknya naik ke CH. Selisih jalan ke kita?
ReplyDeleteRasanya kami sampai awal sehari ke CH. Esoknya hari Jumaat kami sambung jalan ke Gua Musang.
Haaaa, boleh jadi juga. Sebab pagi tu kami masuk ikut Kg.Raja. kalau nak pegi Gua Musang ikut situ kan. Kiranya cikgu keluar, kami pulak masuk. Hihihi
Delete