Wednesday, June 29, 2022

Simulasi Haji Cilik PCAZA

 Assalamualaikum korang 😊.

Aktiviti kat sekolah Ahnaff harini.
Simulasi haji.
Pihak sekolah dah bagi hebahan untuk bawak 2 helai tuala putih n tali pinggang.
Merata la mami ni carik tuala putih, langsung tak jumpa.
Sebagai backup, mami beli tuala kaler krim 2 helai. Incase dah tak jumpa sangat, pakai je la yang tu.
Mujur la tetiba teringat ade junior sekampung yang duduk dekat sini, macam pernah ternampak kat FB anak dia buat simulasi haji cilik jugak beberapa tahun dulu.
Alhamdulillah dia cakap ade lagi kain ihram tu.
Bagi pinjam je 😊.

Thanks Norin, bagi pinjam kain ihram ni.

Tag nama bakal haji. 

Dengar taklimat ni rasanya.

Bersedia nak buat rukun haji.

Ni buat saie kalau tak silap. Ahnaff cuma cakap jalan pusing² mami 😅

Kutip batu untuk melontar.

Melontar di jamrah.

Tawaf. 

Ade 3,4 helai rambut yang dah digunting. Tak berapa jelas sebab Ahnaff mana ade rambut sangat pun 🤣.

Seronok dia dapat buat simulasi haji tu. 
Balik tadi, masuk kereta je dia cakap: 
A: mami, esok kite pegi Kapar ye.
M: Kapar? Nak buat ape gi Kapar?
A: Kapar yang umrah haji macam Ahnaff buat pagi tadi.
M: ooo..Kaabah Napp..kaabah. bukan Kapar. Ahnaff doa banyak² kat Allah, moga abah murah rezeki, dapat kumpul duit untuk kita sekeluarga tengok n ziarah Kaabah.
A: ok mami


Tuesday, June 28, 2022

Projek Tematik: Hari Buah-buahan Tempatan

 Assalamualaikum korang 😊.

Ni cerita semalam. 
Projek tematik untuk sekolah Ahnaff.
Belajar mengenal buah-buahan tempatan.
Kelas Ahnaff kene bawak tembikai n jagung.
Admin sekolah dah bagitau bawa dalam kuantiti yang sedikit je. Mungkin sebab taknak terjadi lambakan buah-buahan kat sekolah 🤣.
So, kitorang pun belikan la tembikai suku biji n jagung 2 biji.
Kebetulan kat Lotus ade tembikai yang dah memang siap potong. Beli yang tu je la.
Yang jagung pulak, mami ni duk berfikir nak bawak jagung rebus or jagung mentah.
Nak wasap admin sekolah, hari cuti, malas pulak nak mengganggu. 
Sudahnye, amik je jagung rebus kat kenduri Cikya tu 4 ketul pastu bawak jagung mentah sebiji. Selesai masalah 🤣.



Hari ni balik bawak aiskrim buah naga. Rupenye buah² semalam tu, diorang buat jadi aiskrim. Belajar memotong, merasa n buat aiskrim.
Aiskrim tinggal dulu kat sekolah. Harini baru boleh bawak balik.
Siap bagi warning kat Sofea "adik jangan makan aiskrim ni taw. Kamu selsema dan batuk. Tak boleh". 
Kemainnnn dia tu.








Monday, June 27, 2022

Durian Seladang

 Assalamualaikum korang 😊.

Balik dari kenduri semalam, atok ajak pi cari durian.
Memula ajak pi Mantin tapi tak jadi sebab Kakyong tak boleh nak ikut.
Atok kalau nak mencari makan, semangat ye walau jauh pun. Hahaha. Anak² pulak jenis melayan je.
Faiz pulak bagitau kat Bangi ade tempat jual durian baikk punya 🤣.
Cancel plan gi Mantin, tukar arah ke Bangi pulak.
Durian Seladang tu bukan nama baka durian yang baru ehhh, tu nama gerai durian. Hahaha
Diorang bukak gerai kat Laman Niaga Komuniti, Bandar Baru Bangi.
Waze je Durian Seladang Bangi, insyaAllah sampai 😊.
Oleh kerana semalam mami ni tumpang mummylong Ahnaff, so, taw² dah sampai. Hihihi.

Sampai² dia tido. Penat tahan mata dari rumah Cikya. Mami pun dah comot. Lipstik pun dah hilang warna 🤣.

Ahnaff dengan AbangDin. Dia suka dengan AbangDin sebab Eddin suka n rajin melayan dia. Elok sangat, dulu Dede(panggilan anak buah untuk mami) tukang jaga dia. Sekarang turn dia jaga anak Dede pulak. Hahaha

Yang paling depan ni kakakTasha. Anak buah no.2, anak dara dah. Nurse kat Hospital Pantai, Bangsar. Untung ade anak buah yang dah besar² ni, boleh diharap jaga sepupu² lain yang kecik². Hihihi
Yang lagi 2 orang tu adik² abangDin. Anak kakak no.3




Memang puas hati betul makan durian kat sini. Dah la dijamin sedap, murah pulak tu.
Durian IOI sekilo rm13.90
Udang Merah sekilo rm16.90
Murah ke murah? 🤣
Ahnaff makan dua ulas je sebab dia kate tak suka durian pahit² 😅
Ye la tu tak suka. Sebenarnye dia sibuk nak main lari² keliling meja tu. Macam la mami tak tau.
Tak suka dah..biar mami je yang makan.
Kat sini konsep dia berbaris untuk pilih durian, bagitau nak durian yang jenis ape, nanti diorang akan pilihkan, timbang n bayar.
Kalau nak makan kat situ, boleh makan sebab ade banyak meja n kerusi disediakan.
Kalau nak bungkus bawak balik, boleh ambik tipuware yang disediakan, kopek sendiri n pack sendiri. 
Walau berbaris panjang tapi tak lama pun sebab cepat je diorg assist. Laju je.
Air mineral pun diorang bagi free aje. Ambil je.
Pada pendapat mami, selesa la makan durian kat situ. Tempat luas n lapang. Anak² nak main berlari² takdela risau. Parents boleh makan dengan tenang.


Dah puas makan kat situ, diorang borong pulak untuk bawak balik. Kemain masing² tau. Hahaha.

Bebila sok nak ajak abah Ahnaff pulak.
Wajib repeat lagi nihhh.. hahahaa. Selagi tak habis musim durian kann 🤭.
Terima kasih atok n mama. Belanja makan durian petang semalam. 😘














Kenduri Aqiqah

 Assalamualaikum korang 😊

Cerita Ahad, 26/6/2022.

Kenduri aqiqah 'Atiyyah Najah binti Muhammad Faiz.
Anak adik nombor 6.
Ni sepupu AhnaffSofea yang nombor 12.
Penantian cikya n achikFaiz selama hampir 8 tahun akhirnya berakhir.
22/03/2022.
8 tahun menunggu, muncul juga 'Atiyyah Najah untuk ummi n abahnya.
Alhamdulillah. Penantian yang penuh suka duka. Hanya yang pernah melaluinye je yang faham.

Ni pic raya haritu. Semalam tak amik gambo pulaknye 😅

Ahnaff cakap 'Atiyyah bff Sofea. Jangan gaduh².

Tapi kok giniiii. Dedua taknak berkawan 🤣. Ni pic lama ni..masa bulan puasa haritu. Cikya pun masih dalam pantang.

Ni gambar terbaru. Elok je tido kat buai semalam. Orang ramai bising² pun dont care 🤭

Tak sempat nak amik gambar dengan 'Atiyyah semalam. Tapi, yang ni pun sama pesen dengan Sofea. Taknak dengan orang 😅. 
Bukan kate tak sempat amik pic dengan 'Atiyyah, amik pic makanan pun takk..hahahah
Tak larat la nak amik pic dengan nak melayan Sofea yang asyik melekat tu je.
Tak mau langsung dengan orang lain 🤣.


Banyak betul menu semalam. Ade nasik putih, gulai kambing, kambing golek, sambal udang, sayur campur, ulam², sambal belacan, bihun sup, pecal, n pelbagai jenis kuih muih. 
Kami adik beradik sepakat bawak
1. Kuih bom (onde²) - Nenek buat
2. Serimuka - order dari kawan mama
3. Tauhu begedil n popia begedil - order dari jiran depan rumah ni.
4. Kole kacang - order dari Aiza

Tu yang kitorang bawak. Yang tetamu lain bawak pun banyak jugak. Ade pelbagai jenis kuih. Antara yang nampak semalam: 
1. Popia sambal: sedap n rangup
2. Bubur kacang hijau n durian: kakyong kate sedap
3. Karipap pusing: sedap
4. Talam cendol
5. Agar² lumut: sedap
6. Apam gula hangus: sedap
7. Brownies kedut, brownies nutella
8. Kuih lapis
9. Jagung rebus
10. Kek marble
Maybe ade lagi sejenis dua yang tak perasan or tak teringat 😅
Tapi memang banyak betul pilihan kuih muih. Cuma gambo je tak amik. 
Papepun, Alhamdulillah dah selesai kenduri aqiqah untuk 'Atiyyah Najah. 
'Atiyyah dah 3 bulan. Moga membesar dengan sihat ye.








Sunday, June 26, 2022

Satay Kajang Hj. Samuri, Elmina Selatan

 Assalamualaikum korang 😊

Ni cerita semalam, Sabtu 25/6/2022.
Pagi Sabtu dah balik Puncak Alam semula.
Dapat tido kat kampung 1 malam pun dah puas hati dah seketul Ahnaff tu.

Sampai je rumah, terus adun brownies kedut ni. Tengari tu ade jemputan kenduri doa selamat sempena nak pergi haji. So, bawak la brownies ni sebagai buah tangan 😊

Kenduri dalam Puncak Alam je.

Kak Lynn yang nak pergi haji tu asalnya kastemer yang selalu order tart cadbury. Anak dia suka sungguh tart cadbury. Kalau order mesti 2 balang ke atas. Kebiasaannya 4 balang 🤣. 
Kenal dari waktu awal PKP tu. Alhamdulillah berkekalan sampai ke harini. 
Orangnye pun peramah, tu yang boleh mesra tu.
Moga Kak Lynn dan suami dipermudahkan urusan menunaikan fardhu haji dan mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan selamat pulang. 

Ok, ni baru cerita makan satay 🤣. Abah dia tanya, nak makan ape. Dia duk fikir² pastu tanya, nak makan satay boleh tak?. Tapi taknak bungkus. Nak makan kat kedai. 
Abah Ahnaff, bab anak nak makan, dia jarang cakap tak boleh. Mesti boleh. 
Malam tu jugak dia bawak anak dia pi makan satay. Gi kat Satay Kajang Hj. Samuri, RnR Elmina Selatan.
Ruang kedai dia ok jugak. Lapang. Boleh makan kat bahagian dalam or bahagian luar.
Tapi tu la.. staff dia tak berapa rajin nak kemas meja. Masa kitorang sampai tu, meja banyak kosong tapi semua tak berkemas. Staff yang catwalk hantar satay pun buat tak nampak je meja-meja yang tak berkemas tu.
So, kemas je la meja tu sendiri 🤣
Dah dia nampak abah Ahnaff berkemas barulah terkedek² datang tolong mengemas.. hahahhaa.

Sedap. Ahnaff makan habis 5 ke 6 cucuk ntah. Tapi banyak jugak la dia makan. Puas hati tengok dia makan 🤣. Mami makan satay daging. Lembut n juicy gituuu.

Ni salah satu sebab dia nak dine in kat situ. Nak tengok lori besar² ni. Tu ntah ape pesen bergambar camtu. Bergaya kate dia 🤣. Yelahhh nak oiiii.

Kemain abahnye pun melayan. Suka la dia. 

Macam² gaya.

Kite selfie berdua je la kan Sofeaaaaa.









Ahnaff Demam

 Assalamualaikum korang 😊.

Minggu lepas, 3 hari Ahnaff tak sekolah.
Start dari hari rabu.
Kelas taekwando pun tak dapat nak pergi.
Rabu tu dia batuk agak teruk. Selsema jugak.
Tapi, tengok dia macam ok je. Steady je. Bila tnya ok tak? Dia jawab ok. 
Pagi Khamis nampak makin teruk sebab ingat nak hantar dia sekolah pagi tu, tapi bila bangun je, tengok bibir dia merah je. Sah la demam panas dalam kan.
So cancel je la gi sekolah. Suruh dia pi sambung tido. Tapi kan, disebabkan seketul Ahnaff ni dah terbiasa, bangun tido terus mandi so pagi tu dia terus nak mandi macam biasa.
Dia sambung baring depan tv, nampak macam lesu lagi. Badan pun start dedor. Mami pun dah risau la kan.
Bukan selalu nak hadap anak tak sihat. Rasa cam neves pun ade 😌.  
Petang tu bawak gi Klinik Azhar. Doktor pulak takde. Kene datang petang² sikit or malam sebab Doktor pi amik anak sekolah 🤭. Decide nak datang semula malam je. Kalau petang² memang tak rajin beno nak keluar sebab depan ni kawasan sekolah. Tentu jem berganda kat depan tu. Baik gi malam je.

Yang demam sorang je. Tapi si baju hijau pun kene jumpa doktor jugak. Sebab dia pun batuk n selsema jugak.

Ermmm..tak nampak macam demam pun kann.

Dah jumpa doktor barulah lega sikit. Hihihi.
Alhamdulillah, demam biasa je. Tonsil bengkak sikit. Doc check paru² semua ok. Clear.
Dapat la antibiotik, ubat batuk, ubat selsema n ubat demam.
Sofea pun ok je. Dapat ubat batuk jugak. Yang ni macam kategori liat nak makan ubat je ni 🤣. Sebab dia macam pandai mengelak² nak makan ubat tu. 
Malam tu, lepas balik klinik terus bagi dua beradik tu makan ubat. 
Ni baru first time tau Ahnaff dapat ubat antibiotik so, dia tak dapat nak imagine camne rasanya.
Macam biasa, dia eksaited betul nak makan ubat² dia tu. Bila dia telan je antibiotik tu, berkerut² muka menahan pahit. 2 saat lepas tu, habis terkeluar semula. Mami ni nak marah, tapi kene sabar sebab dia tengah tak sihat 🤣.
Suruh dia minum air masak n terus je bagi ubat yang lain.
Malam tu dia tido tak lena betul. Kejap² bangun sambil cakap tak selesa betul nak tido. Kang kejap² duk laga² gigi dia tu sampai mami seriau nak dengar. Rasa macam dia duk kunyah² gigi.

Ehhh..tetiba dah sampai kampung 🤣

Bangun pagi tu dia macam ok tak ok.
Tetiba ajak balik kampung.
Abah dia cakap balik la, maybe demam rindu atoknenek.
Aikkk..baru seminggu skip balik kampung, takkan dah rindu kottt 🤣.
Makanya, balik la kami 3 beranak. Gerak dalam pukul 9.30pagi, sampai Sg.Besar pukul 11 pagi.
Tapi memang betul la macam abah dia cakap, sampai kampung je hilang demam ape semua. Terus ceria sihat. Main basikal kedepan kebelakang. Tolong Paksu bagi makan Meroh n Belon. Hilang terus demam ye 🤣.
Ubat still bagi lagi, tapi just batuk n selsema je la. 
Malam tu pun tido lena. Takde laga² gigi lagi. 
Harini alhamdulillah takde demam dah. Batuk ade lagi sikit. Selsema nampak dah takde dah.
Moga terus sihat ye Ahnaff. 😘







Wednesday, June 22, 2022

Batuk Selsema

 Assalamualaikum korang 😊

Harini Ahnaff tak sekolah sebab malam tadi tengok dia batuk macam teruk sikit.
Selsema pun tetiba datang balik 😔
Risau sungguh la. Sebab batuk dan selsema dia tu on off dari lepas raya haritu.
Puncanya tido tiap malam pasang aircond.
Dia memang tak berapa tahan sejuk tapi masa kat kampung haritu panas boleh tahan, tu yang abah dia duk pasang aircond tiap hari.
Semalam pulak, balik sekolah hujan, kene hujan sikit. 
Saya syak tu pun salah satu sebab batuk n selsema dia datang semula.
Sejak dia kene covid last year, kami perasan dia mudah selsema.
Padahal sebelum² tu, payah kalau nak tengok dia demam. Ingat lagi kali pertama dia demam masa umur dia dah setahun lebih camtu.
Sampai doc kat klinik pun puji cakap antibodi dia kuat.
Tapi, bila turn Sofea, umur 7bulan dah merasa demam 😏.
Mami pun merasa la pengalaman tido tak lena.
Nanti la cerita lain kali pasal pengalaman anak 2 ni.
Ek elehhh.. 2 je pun. Tu pun kecoh. Makcik bawang kateeeee hahahaaha

Ni sarapan pagi tadi. Buat cekodok bawang bilis je. Pastu Ahnaff mintak fries. Gorengkan untuk dia. Patut batuk tak boleh bagi makanan bergoreng camtu kan. Tapi dah lepas goreng baru teringat yang dia batuk 😌. Haduiiii mami punnnn

Sambil-sambil layan budak dua ketul tu, sambil² adun biskut choc chip. Tertengok resepi sebenarnye. Nampak macam senang. Tu yang cuba tu..
Memang senang je pun. Rasa pun not bad.
Memula guna skop aiskrim yang size kecik tu, elok cantik jugak tapi macam beso pulak. Hahaha
Tray kedua still guna skop tu tp cedok sikit je..
Jadi elok kejadiannya. Tak manis sangat n x rapuh sangat sampai sakit gigi. Just nice je.
For sure boleh repeat buat lagi untuk raya haji sok.
Yang dah jasi harini dapat la sebekas tupperware.
Boleh la buat kudap² anak beranak.
Ade lagi balance adunan kat dalam peti sejuk tu.
Esok la sambung lagi. Hahaha




Siap bakar biskut, masak lunch pulak
Harini masak sup ayam n sambal kicap je.
Laju Ahnaff makan. Kene dengan selera dia la tu. 
Tapi harini tak bertambah nasik. Cuma bertambah kuah sup n ayam je. Dia nak hirup kuah sup.
Boleh je nak oiii..asalkan makan kenyang.
Petang pun menu yang sama je. 
Habis makan, dia gosok² perut sambil cakap "alhamdulillah, kenyang betul".
Kembang hati mami ni nakkkk 🤣






Monday, June 20, 2022

Jalan-jalan IKEA

 Assalamualaikum korang 😊

Cerita Sabtu lepas 🤭.
Abah Ahnaff off, jadinye boleh la keluar cuci² mata.
Plan nak gi awal pagi, tapi malam tu abah Ahnaff balik pun dah malam. 
Jadinya pagi tu buat la sarapan dulu.


Masak nasik lemak je.
Buat sambal bilis, sambal sambal sardin, goreng telur mata n goreng bilis sikit 
Ahnaff suka bilis goreng tu. Love sangat dia kate. Hahaha. Mana ntah dia dapat idea nak cakap camtu, tak tau la.
Sementara mami masak tu, sempat la abah Ahnaff mengemas, basuh baju 🤣
Siap sarapan semua baru mandikan budak dua tu.
Keluar rumah pun dah pukul 11 lebih.
Dengan abah Ahnaff yang menyinggah sana, menyinggah sini, nak dekat pukul 1 jugak la sampai Ikea tu 🤣
Ikut Ara Damansara. Bila lalu sini je mesti terimbas kenangan time kerja kat Ara Damansara ni. Banyak kenangan kat situ. Dulu ade Citta Mall je, tu pun ala² senduuu. Hahahaa. Sekarang Lotus ade dah. 

Selfie la seketul. Hahaha

Sampai je Ikea, terus pusing² kat showroom tu
Sambil² carik idea benda ape yang nak ditambah kat rumah Perak.







Beli la sikit nk kemas bilik si bujang sorang tu. Beli rak untuk rumah Perak jugak. Rumah sini taknak topup barang sangat dah. Rasa macam dah penuh sangat rumah 🤣. Rumah kecik je kan, guna ape yang ade je la. Maintain bagi kemas n bersih je dah la. 
Balik tu Ahnaff mintak nak makan pizza, punya la berpusing, yang ade pizzahut utk delivery je. Tak boleh nak dine in. 
Sudahnye makan Texas Chicken je.


Ayam besar. Rasanya lagi berbaloi makan Texas ni. Air pun boleh refill. Minum la sampai kembung. Takde sape marah 🤣