Monday, June 13, 2022

Lunch 130622

 Assalamualaikum korang 😊

Harini rajin pulak saya masak lunch 🤭
Duk mengenangkan ikan yang adik bongsu bagi aritu
Tu yang jadi rajin nak masak tu
Kalau tunggu² lagi, nanti dah x sedap pulaknye
Hobi Paksu Ahnaff tu memancing. 
Tu yang selalu dapat stok ikan best² tu 🤭
Untung kakak² dia. Hulur je sepuluh ke dua puluh ringgit, dia ok je. Janji lepas dia pi minum² katenye.
Last week balik cuti tu, dia pesan suruh bawak balik ikan kaci saiz sedang.
2 hari sebelum tu dia gi memancing kat kolam berbayar.



Perancangan awal cuma nak masak kari ikan dengan sambal belacan je. Pastu nanti potongkan timun je buat ulam.
Korek² peti sejuk cari timun, ehhh ade sayur kangkung yang nenek bagi haritu
Nak layu dah pun
Sebabkan sayang nanti terbuang maka kite tumiskan cincai² je lah 🤣
Oleh kerana nasik dah masak awal² sebelum keluar ambik Ahnaff tadi, bawang pun dah siap² kopek, makanya cepat je la proses masak memasaknye.
Dari awal memasak sampai siap masak, Sofea pun tido elok je lena.
Mami pun ape lagi, terus cedok nasi, makan je terus.
Elok je habis makan, dia pun bangun. Terbantut niat nak ratah kepala ikan tu 🤣.

Sedap betul kuih ni. Tak ingat ape nama dia tapi memang sedap lembut je. Sebelum ni pernah beli kat orang lain, tapi keras. Yang ni akak kedai bakery yang selalu saya beli barang bakery tu yang buat. Sedap makan sejuk². 




4 comments:

  1. Kuih nona manis, kan tu. Tpi, mmg betul, klu dah siap bahan, senang nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh kak.. nona manis..kite gugel tadi. Hahaha.
      Bahan kalau dah siap, senang je nak campak² masak. Kejap je siap. Ade anak kecik mmg kene buat gitu.

      Delete
  2. Nasib baik Sofea bagi kerjasama yang baik🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, dia tu tak boleh dijangka. Kadang ok, kadang tak ok. Kene ade Ahnaff teman dia kalau mami nak buat pape.

      Delete