Friday, June 3, 2022

Jumaat #03062022

 Assalamualaikum korang 😊

Salam hari Jumaat
Mendung je pagi ni
Sedap kalau dapat sambung lena sejuk² camni hihihi
Malangnye kene bangun awal juga
Panaskan sambal tempe bilis untuk bekal abah Ahnaff, siap² potong cili kering n rebus untuk buat stok cili blender
Sibuk kat dapur je, bukan sibuk uruskan anak sekolah 🤣
Biasanya hal² menyiapkan Ahnaff ke sekolah pagi², abah dia yang uruskan
Sebab dia dah tido kat bilik sendiri, makanya tak mengganggu adiknye la.
Abah dia kecoh² menguruskan abang pun dia tak sedo 🤣.

Ni haaa budaknya. Lena tak terganggu dengan aktiviti luar bilik 🤣



Kemain la dia ye
Nak berjubah macam kawan²
Sekolah dia, hari Jumaat memang ade option nak berjubah atau pakai uniform biasa je
Tapi sebab dia tengok rata² kawan lain pakai jubah, dia pun request nak berjubah
Ye lah anakk..
Dah lebih 2 bulan sekolah, barulah mami sempat carikkan jubah dia
Tersengih² dia berjubah pagi tadi
Tak sabar nak menunjuk kat teacher katenye
🤣🤣
Menurun perangai sape ni Ahnaff oiiii
Suka menunjuk nihhh..hahahaha

P/s: syoknyeee tengok Sofea ni tido. Tapi mami ade sebakul baju nak kene lipat nihh..huhuhu




6 comments:

  1. Budak-budak teruja untuk tunjuk benda baru pada kawan-kawan atau pada cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu NA. Sama macam kite² jugak la dulu kan..kalau benda baru, rasa berbunga² hati kalau kawan tegur 🤣

      Delete
  2. Handsome Ahnaff berjubah..Macam anak Pak Arab ..hihihi

    ReplyDelete