Thursday, October 27, 2022

Program Piknik, Healthy Plate Chef Cilik

 Assalamualaikum korang 😊.


*PEMBELAJARAN BERTEMA : 'HEALTHY PLATE' CHEF CILIK 2022*



Seminggu awal sebelum 21hb tu pihak sekolah dah bagi edaran poster untuk aktiviti di atas.
Pening kepala mami memikirkan nak buat bento sihat yang camne 🤣.
Sudahnye buat mini burger jelah.
Kononnye nak buat mini bun sendiri.
Sudahnye beli mini bun ready to eat kat Lotus je 🤭.
Tak sempat nak mengadun.
Just buat mini patty burger je.
Calit² dengan sos tomato sikit, mayonis sikit, letak salad, dah jadi. 


Mini chicken patty burger.


Mini burgers, buah limau sebiji n biskut bear sikit. Boleh la tu, janji ade penyertaan 🤭.


Untuk potluck, mami buatkan egg sandwich je. Selalu tengok orang buat sandwich elok je cantik, apasal sandwich mami nampak gemuk² macam yang buat je nihh 😅. 


Ramai kan kawan² dia. Ni campur 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Berkelah dekat tasik seberang sekolah je. Tanya Ahnaff, gi piknik naik ape. Naik van sekolah katenye. Mau 2,3 trip jugak la kot tu. 


Kemain lebar senyum 😆.

Alhamdulillah, balik sekolah haritu riang gembira.
Siap ajar adik tips² berkelah.
Jangan membuang sampah merata² - Jaga alam sekitar - makanan ape yang berkhasiat. Macam² lagi la. 
Bento tu tak menang pun sebab ade kawan yang lain lagi gempak bento diorang.
Cantik² macam dalam gugel 🤭.
Its ok, bento mami n Ahnaff sekadar memeriahkan pertandingan. Hahaha
Balik² tengok licin bento tu, yang tinggal biskut bear tu je sebab dia cakap nak makan kat rumah 😅.
Mami syak mesti dia tak bagi kawan² makan biskut tu. Tu yang tak habis tu.
Aduhaiii anak, anak...





Mengandung dan bersalinkan Ahnasofea

 Assalamualaikum korang 😊.

*Amaran: entry ni agak panjang dan meleret ye. Boleh baca kalau anda semua tabah. Kalau tak berapa tabah, skip pun takpe 🤭.

22/10/2022
Genap setahun umur Ahnasofea.
Tak terasa cepatnya masa berlalu. 
Kehadiran Ahnasofea memang tepat pada waktunya.
Walau tak dijangka namun tetap disambut dengan penuh kesyukuran.
Mengandungkan Ahnasofea baru mami kenal erti mabuk yang sebenar. 
Pagi petang siang malam tak larat.
Makan pun ala kadar je. 🤭
Ehhh, pastu ade GDM pulakkk. Lagi la kene kawal makan kan. 
Tiap 2 minggu sekali check gula.
Mengandung kali kedua ni pun banyak cabaran.
2,3 kali juga merasa pi kat PAC (patients admission centre), Hospital Shah Alam (HSA) tu sebab bleeding.
Kali pertama bleeding waktu baru 2 minggu buat pregnancy test.
Cuak betul tau. Baru happy² sebab mami pregnant, tetiba ehhh, bleeding!!
Memula pegi klinik Roziana, bila scan macam ade problem pada kantung. 
Dia buat surat untuk refer kat HSA.
Malam tu jugak pi HSA.
Alhamdulillah bila doc HSA check, semuanya ok je.
Kali kedua bleeding waktu 4 bulan lebih camtu. 
Pi Hospital Umra sebab nak tanya pendapat pakar, tapi still pergi appointment kat HSA juga.
Waktu ni kene bedrest. Tak boleh banyak bergerak.
Tapi sebab ada Ahnaff kan, mana boleh nak bedrest sangat pun.
Lagi pulak waktu tu dia baru nak belajar potty training.
Bleeding kali ketiga waktu dah 8 bulan lebih camtu.
Yang ni doc risau pintu rahim dah terbuka sikit. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.

Waktu kandungan umur 5bulan lebih tu, Ahnaff pulak positif covid. 
Sedih betul² sedih time tu taw. 
Sedih sebab tak boleh nak tido dengan dia.
Dia duduk kat luar dengan abah dia, mami duduk dalam bilik kuarantin diri sendiri 🤭.
Doc dah bagitau mami tak boleh uruskan Ahnaff sebab risau nanti effect kat kandungan.
Mujurlah Ahnaff sihat walafiat je. Takde demam.
Dia pun faham bila mami tak boleh nak duduk dengan dia.
Bila malam dia dah tido, baru mami boleh keluar tengok dia. 
Tu pun all the times kene pakai mask.
Tiap pagi nanti dia ketuk pintu bilik. Nak peluk mami sikit katenye.
Peluk sekadar hujung jari dia pegang perut mami. 
Camtu la.
Sedih sangat time tuuuu 😭.
Memang berendam airmata je la time tu.
Mengenangkan dia. Sebab dia jarang demam tau.
Alih² tetiba positif. Terkejut betul kitorang.
Bila dah potong gelang tu, kemain drama anak beranak duk berpeluk² 🤣. 

Kenangan Covid 2021. Time ni belum tau result swab test lagi. Tu yang boleh amik pic together gether 🤭.

Tetap sihat. 😅

Macam² kejadian ye 🤭.
Kenangan yang tak mungkin berulang.
Alhamdulillah dapat juga mami merasa 2 kali bawa perut.

Sepanjang checkup pregnant, bila scan je mesti doc bagitau position baby tak berapa cantik.
Dia melintang.
Sampai bulan yang ke 8 pun still tak berpusing.
Since dah camtu, memang doc suruh czer je. 
Nak buat prosedur pusingkan baby pun tak boleh sebab bersalin kali pertama dulu emergency czer.
Oleh sebab tu, kami decide untuk buat BTL (bilateral tubal ligation - ikat saluran peranakan) je terus.
Berkali juga doc tanya kenapa nak buat BTL sebab puan muda lagi katenye.
Dah tak muda doc oiiii..🤣🤣
InsyaAllah, cukup la rezeki 2 orang kenit tu.
Masa buat keputusan nk buat BTL tu, tak scan pun jantina baby.
Kami tak kisah, kalau lelaki ok, kalau perempuan pun ok. 
Janji sihat sejahtera je.
Alhamdulillah, dapat Ahnasofea. 
Sepasang la jadinya.

Balik dari appointment hospital. Jalan² gi Ikea. Saja nak carik sarung tilam baby pastu beli ape ntah lagi. Tak ingat dah 🤣. Ni appointment untuk check kedudukan baby dah ok atau belum. Unfortunately still melintang dan terus doc suruh pilih tarikh untuk buat operation. So, pilih 22/10/2021 sebab hari jumaat. 😁



Ni pun balik dari appointment hospital. 18/10/2021. Time tu kene jumpa doc bius n buat swab covid. Waktu appointment dengan doc bius ni, saya dah sakit tekak n batuk² sikit. Doc dah risau dah, takut demam n tak boleh nak proceed operation.
Hari² akhir sebelum bersalin memang rasa macam kembang sungguh 🤣. Balik dari hospital terus pi Jeram sebab teringin betul nak makan ikan bakar. Tapi kedai dia tutup pulakkk. Maka ngenceslah Ahnasofea 🤣. 

21/10/2021. Pagi² lagi dah sampai hospital. Kali ni bersalin kat Hospital Shah Alam. Kalau ikutkan nak pi Sungai Buloh tapi, Hospital Sungai Buloh kan jadi hospital Covid, tak dapat terima pesakit luar. 

Memula plan nak bawak je Ahnaff, sebab ingatkan nanti urusan sekejap je. Tapi KakYong tak bagi bawak. Dia berkeras nak jaga Ahnaff. Mujur la kitorang dengar cakap KakYong sebab rupenye suami kene ade masa proses nak check in ward tu 😅. Sampai ke petang jugak la abah Ahnaff duk menunggu kat situ. Kene jumpa doc bius lah, doc bertugas lah, nak kene sign itu ini. Nak dekat asar jugak la baru dia balik.


Nak dijadikan cerita, petang tu masa dah warded tu, doc yang bertugas scan semula perut nak tengok baby ok or tak.
Tetiba dia cakap "ehh, baby puan dah pusing ke bawah. Boleh ni kalau puan nak try normal".
Alamakkk.. 😅
Nevesnye kalau nak bersalin normal sebab dah setting kat otak nak bersalin czer kan.
Memang taknak la bersalin normal sebab rasa macam tak bersedia.
Petang tu doc bius datang kat katil saya, check itu ini then dia cakap

DB: puan boleh bersalin normal ni. Taknak cuba ke?
S: saya nak buat BTL doc. So nak czer je.
DB: puan kan dah pernah rasa bersalin czer. Kenapa nak lalui lagi kesakitan tu. BTL boleh buat lepas bersalin. Just minor surgery je puan."
S: its ok doc. - sambil senyum sambil dalam hati cakap, sebab dah pernah rasa czer tu la nak czer lagi 🤣.

Ikut pengalaman sendiri, saya rasa bersalin czer memang tak sakit. Depends pada badan masing² juga kan. Luka pun alhamdulillah dalam masa seminggu dah ok. 

Malam tu susah betul nak tido.
Terkenangkan Ahnaff.
Boleh ke dia tidur buat kali pertamanya tanpa mami di sisi.
Terkebil² mata mengenangkan esok pagi peserta pertama yang akan menjalani pembedahan 🤭.
Rasa macam lambat betul masa berjalan.
Tertidur, bila terbangun, baru pukul 1 pagi. 
Nak menunggu subuh tu, seksa betul rasanya 🤣.
Sebenarnye kalau boleh nak cepat je keluarkan baby sebab dah tak larat nak menahan sakit pinggang 🤭. 
Masuk je subuh, saya terus bangun, mandi.
Bersiap² untuk solat dan bersiap untuk ke bilik OT.
Nak kate berdebar tu tak la sangat.
Cuma masa nak operation tu, seminggu sebelum warded tu saya batuk. 
Berjangkit dari Ahnaff.
Sepatutnye kalau batuk dan selsema tak boleh nak buat operation.
Doktor bius taknak ambil risiko. 
Tapi sebab batuk pun mild je, diorang proceed je terus.
Saya memang doa sungguh² jangan la masa operation tu nanti saya terbatuk. Risau ooo..
Kang abes tercampak usus² i 🤣.

22/10/2021
Pukul 7.30 pagi nurse dah tolak saya masuk OT.
Call abah Ahnaff dulu, nak bagitau dah nak masuk OT, so dia boleh la siap² datang spital.
Masuk kat ruang bilik menunggu kat OT tu, dah ade doc bius yang tunggu.
Sempat la menyembang dengan doc tu.
Siap mintak dia tolong tarik tangan saya sebab saya nak duduk. Tak boleh nak baring terlentang lama². 🤣. Sakit pinggang uiii.
Tepat pukul 8 pagi, masuk doc perempuan.
Doc O&G yang akan buat operation untuk haritu.
Ceria dia masuk sambil senyum² cakap tak sabar nak mulakan operation.
Yang kite ni dah berdebooo tak ingat. Hahaha
Tuptaptuptap itu ini, cucuk bius, ape semua, pukul 8.30 pagi diorang pun start belah perut saya.
Kalau jenis hati kental kan, boleh je tengok kat lampu atas katil bedah tu. 
Tapi saya ni sebab tak kental sangat, elok la tak tengok 🤣.
Bilik OT tu, mashaAllah sejuknye. 
Menggigil² terketar² saya ni. 
Nurse n doc bius yang baik hati tu duk betulkan blower n selimut tebal nak bagi saya kurang menggigil.
Duk terasa perut digodak², digoyang². 
Tetiba rasa zupp benda ditarik dari perut.
Terus nyaring jeritan beliau yeee..
Alhamdulillah pukul 9.04 minit pagi, Ahnasofea selamat keluar dari perut mami.

Fresh from oven. Selfie pertama bersama mami.

Kalau ikutkan prosedur biasa, sebelum covid, kalau bersalin czer kene stay kat hospital 3 hari. 
Tapi disebabkan covid ni, mana² ibu bersalin yang dah ok, baby pun takde masalah pape, boleh balik secepat yang mungkin.
24hb kami dah boleh balik rumah.
Tu pun lambat boleh balik sebab Ahnasofea kene jaundis. 
Duduk bawah lampu 2 hari 1 malam dulu sebelum discharge 😅.


Selfie pertama dengan abang. 

Buah hati mami n abah.

Ok, habis dah cerita pasal mengandung n bersalinkan Ahnasofea 🤭.
Simpan sini untuk kenangan mami je.

Ahnaff pun sampai sekarang dia masih ingat kisah mami tinggal dia sebab nak keluarkan Sofea kat hospital.
Paling tak sangka bila dia cakap "tak seronok mami takde kat rumah. Ahnaff dan abah je kat rumah".
Takpe Napp, insyaAllah takde lagi kisah ulangan mami gi hospital nak keluarkan baby lagi 🤣.

Papepun selamat hari yang ke 365 Ahnasofea.
Si manis mami. 
We love u to the moon and back.

Sekeping lagi gambar wont hurt anybody kann 😆











Saturday, October 22, 2022

Selamat Ulang Tahun Pertama Ahnasofea

  Assalamualaikum korang 😊.

22/10/2021 - 0904 am























Selamat ulang tahun yang pertama Ahnasofea. 
Abah, mami dan abang sayang Ahnasofea.
Moga membesar dengan baik, sentiasa di bawah lindungan dan rahmat dariNya. 
Jaga perangai, adab sopan elok² Sofea. 
Keje jangan nak membuli abang jeeee 🤣🤣.






Thursday, October 20, 2022

Setia City Mall & Lulu Hypermarket

 Assalamualaikum korang 😊.

Balik dari Puchong semalam, terus menyinggah Setia City Mall.
Anak beranak dua orang tu nak makan  nasi ayam TCRS.
Dah masuk TCRS, staff cakap kene tunggu 40 minit baru boleh serve makanan. 
Ade dia cakap ayam habis, tengah masak yang baru kalau tak silap. 
Tak berapa dengar sangat time tu 😅.

Sudahnye pi makan kat Asam Pedas Premier.
Pilih kedai random je sebab dah lapar.
Pastu menyesal dedua sebab tak jalan sampai habis.
Sebab lepas dah habis makan tu, abah Ahnaff ajak masuk Lulu Hypermarket kat hujung SCM tu.
Dah jalan tak jauh dari Asam Pedas Premier tu ade Chicken Texas. 
Sebelah Chicken Texas ade Dolly Dimsum pulakk.
Dah dedua menyesal 🤣.
Takpelah, next time boleh datang lagi. Hihihi





Ahnaff makan nasi goreng ayam. Kongsi dengan Ahnasofea. Ayam goreng berempah dia sedap. Banyak jugak la dua beradik tu makan. 


Mami order set asam pedas ikan siakap. Kuah asam pedas tu sedap tapi ikan dia tak berapa fresh 😅.


Order cucur udang juga. Sedappp yang ni. Rangup. Sos dia pun sedap. Abah Ahnaff, selaku orang Perak sejati, dia mengharapkan cucur udang dengan kuah kacang. Tapi yang sampai sos cili sedap. 🤣. Alhamdulillah rezeki mami laaa.. hahaha.

Abah Ahnaff order set nasi ayam sambal. 
Tak sempat nak amik gambar makanan dia. 
Duk bersilat dengan Sofea. 😑
Tapi sedap juga. Ayam tu banyak. Sambal pulak memang pedas berapi.
Puas hati abah Ahnaff 🤭. 

Masuk Lulu beli telur ayam 🤣.
Payah betul nak carik telur gred A sekarang ni tau.
Tak ambil gambar pun dalam Lulu.
Tak tau kenapa. Hahaha

Ahnaff beli coklat bebola ni. Rm10.90. Kalau mami, tak kuasa nak layan sebab tau dia bukan makan sangat benda² camtu. Cuma teringin je tu. Abah dia pulak jenis cair dengan anak. 😌. Agak² berapa lama nak abes sebekas tu. Hahah

Yang ni pulak, masa kat kaunter nak bayar tu, abah dia ambilkan untuk mami, ehh rupenye anak dia pun amik sama macam abah jugak. 🤣. 
Nak kate ape kan. Abah dia risau anak berebut dengan mami, dia biarkan je. Padahal Ahnaff bukan layan sangat coklat camtu. Dia makan juga tapi tak la terlalu suka. Layan gitu² je. Kalau ade dia makan, kalau takde pun takpe. Haaa..camtu.
Haritu dapat coklat dari Langkawi, berbulan² duk dalam peti sejuk sebab takde sape nak makan 😅.


Bahaya ini budak. Pantang nampak Baskin Robbins 🤣. 

Dia punya wajib Berry Strawberry + topping strawberry. Junior 1 scoop. 
Mami ambil junior 2 scoop. 
Jamoca almond fudge & it take two to mango + topping chocolate.
Flavour love portion takde pulaknye. 
Pandai niii, dia makan aiskrim dia cepat² pastu nanti dia konon² rasa aiskrim mami. Pastu nanti cakap sedap jugak kan mami. Boleh kita berkongsi? 😆
Cakap kat abah Ahnaff, untung budak² sekarang. Makan mewah. Berlebih².
Abah Ahnaff cakap, tengok la selera mami dia ponn. Mami la yang banyak ajar makan camtu.
Hahahaha. Terus tergelak.
Mami dulu eskrem doploh sen je anak² uiii.
Ahnaff aritu balik kampung, nampak eskrem doploh sen dalam peti sejuk nenek, dia taknak ye. 
Sebab tak pandai nak makan katenye. 😑

Ahnasofea kongsi dengan mami je 😊

Tengok tu siap hirup guna mangkuk. Teruk nauuu anak sape nihhh 🤣.


Balik tu ade parcel sampai. Helmet dia ni sampai. Order kat Shopee. Dari Indonesia nunn. Lambat betul nak sampai. Nak dekat 3 minggu baru sampai. 

Bulatnye muka awwaaaak 🤣🤣. Haiii acik² sekelian 😘. 










Wednesday, October 19, 2022

Jalan-jalan Cari Lampu

 Assalamualaikum korang 😊.

Harini abah Ahnaff cuti.
Dah plan nak pi carik lampu untuk rumah Perak.
Insyaallah next month nak buat renovation sikit kat rumah tu.
So, kene la beli barang sikit². 
Baru lah rasa lapang. Tak berat sangat. Hihihi.
Sementara tunggu Ahnaff balik sekolah, kemas² la rumah dulu. 
Tukar langsir dan sarung kusyen.
Lap cermin buang habuk semua.
Ehhh..feeling² macam nak rayeee. Hahaha

Abah Ahnaff yang buat ponn. Keje mami cuma pasang cangkuk langsir je. Hahaha
Mujur rumah kecik je kan.

Aaahh..peninglah tengok mami abah kesana kesini.

Ok, dah siap pasang. Sementara anak kecik ni kan, rumah pun penuh dengan playpen dia. Kene pakai playpen tu sebab Sofea ni jenis merangkak mengutip semua benda pastu masuk mulut. Kalau duk dalam tu terkawal sikit. Tapi sesekali dia keluar juga. Kalau abah dia ade 😆.


Bawak dia pi toilet dulu. Risau kang tetiba terkucil 🤣.

Kitorang gi kat area Puchong. Houses of Light nama kedai dia.
Hari biasa pun ramai orang uiii..
Penuh kedai.
Tapi yang bagusnye, setiap customer akan ade sorang SA yang akan assist. 
SA tu tak annoying pun, dia ikut diam² je. Bila ade pertanyaan baru dia datang dekat. 
Muka pun idak la ketat je. Hahaha
Rambang mata betul tengok lampu² yang ade.
Agak murah jugak la harga dia.
Kitorang pilih kedai ni random je. 
Carik kat FB.
Tengok review kate ok, onzz je lah.
Tak rajin nak pi dari satu kedai ke satu kedai 😅.
Kalau berdua je boleh la. Ni campur dengan lagi dua kenit tu.. memang tak la yeee. 






Tadi kitorang beli: 
1 set lampu untuk ruang makan
2 set lampu untuk bilik Ahnaff dan Opahchu
3 biji frame lampu untuk dapur
1 set kipas siling
2 set kipas dinding
Total semua masih di bawah bajet yang ditetapkan.
Lega sikit. 🤣

Lampu untuk ruang tamu tak carik lagi sebab dedua ade pendapat yang berbeza. Jadinya biar je la dulu. Bebila sok baru carik lagi. Hihihi.