Assalamualaikum korang 😊.
*Amaran: entry ni agak panjang dan meleret ye. Boleh baca kalau anda semua tabah. Kalau tak berapa tabah, skip pun takpe 🤭.
22/10/2022
Genap setahun umur Ahnasofea.
Tak terasa cepatnya masa berlalu.
Kehadiran Ahnasofea memang tepat pada waktunya.
Walau tak dijangka namun tetap disambut dengan penuh kesyukuran.
Mengandungkan Ahnasofea baru mami kenal erti mabuk yang sebenar.
Pagi petang siang malam tak larat.
Makan pun ala kadar je. 🤭
Ehhh, pastu ade GDM pulakkk. Lagi la kene kawal makan kan.
Tiap 2 minggu sekali check gula.
Mengandung kali kedua ni pun banyak cabaran.
2,3 kali juga merasa pi kat PAC (patients admission centre), Hospital Shah Alam (HSA) tu sebab bleeding.
Kali pertama bleeding waktu baru 2 minggu buat pregnancy test.
Cuak betul tau. Baru happy² sebab mami pregnant, tetiba ehhh, bleeding!!
Memula pegi klinik Roziana, bila scan macam ade problem pada kantung.
Dia buat surat untuk refer kat HSA.
Malam tu jugak pi HSA.
Alhamdulillah bila doc HSA check, semuanya ok je.
Kali kedua bleeding waktu 4 bulan lebih camtu.
Pi Hospital Umra sebab nak tanya pendapat pakar, tapi still pergi appointment kat HSA juga.
Waktu ni kene bedrest. Tak boleh banyak bergerak.
Tapi sebab ada Ahnaff kan, mana boleh nak bedrest sangat pun.
Lagi pulak waktu tu dia baru nak belajar potty training.
Bleeding kali ketiga waktu dah 8 bulan lebih camtu.
Yang ni doc risau pintu rahim dah terbuka sikit. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.
Waktu kandungan umur 5bulan lebih tu, Ahnaff pulak positif covid.
Sedih betul² sedih time tu taw.
Sedih sebab tak boleh nak tido dengan dia.
Dia duduk kat luar dengan abah dia, mami duduk dalam bilik kuarantin diri sendiri 🤭.
Doc dah bagitau mami tak boleh uruskan Ahnaff sebab risau nanti effect kat kandungan.
Mujurlah Ahnaff sihat walafiat je. Takde demam.
Dia pun faham bila mami tak boleh nak duduk dengan dia.
Bila malam dia dah tido, baru mami boleh keluar tengok dia.
Tu pun all the times kene pakai mask.
Tiap pagi nanti dia ketuk pintu bilik. Nak peluk mami sikit katenye.
Peluk sekadar hujung jari dia pegang perut mami.
Camtu la.
Sedih sangat time tuuuu 😭.
Memang berendam airmata je la time tu.
Mengenangkan dia. Sebab dia jarang demam tau.
Alih² tetiba positif. Terkejut betul kitorang.
Bila dah potong gelang tu, kemain drama anak beranak duk berpeluk² 🤣.
Kenangan Covid 2021. Time ni belum tau result swab test lagi. Tu yang boleh amik pic together gether 🤭.
Tetap sihat. 😅
Macam² kejadian ye 🤭.
Kenangan yang tak mungkin berulang.
Alhamdulillah dapat juga mami merasa 2 kali bawa perut.
Sepanjang checkup pregnant, bila scan je mesti doc bagitau position baby tak berapa cantik.
Dia melintang.
Sampai bulan yang ke 8 pun still tak berpusing.
Since dah camtu, memang doc suruh czer je.
Nak buat prosedur pusingkan baby pun tak boleh sebab bersalin kali pertama dulu emergency czer.
Oleh sebab tu, kami decide untuk buat BTL (bilateral tubal ligation - ikat saluran peranakan) je terus.
Berkali juga doc tanya kenapa nak buat BTL sebab puan muda lagi katenye.
Dah tak muda doc oiiii..🤣🤣
InsyaAllah, cukup la rezeki 2 orang kenit tu.
Masa buat keputusan nk buat BTL tu, tak scan pun jantina baby.
Kami tak kisah, kalau lelaki ok, kalau perempuan pun ok.
Janji sihat sejahtera je.
Alhamdulillah, dapat Ahnasofea.
Sepasang la jadinya.
Balik dari appointment hospital. Jalan² gi Ikea. Saja nak carik sarung tilam baby pastu beli ape ntah lagi. Tak ingat dah 🤣. Ni appointment untuk check kedudukan baby dah ok atau belum. Unfortunately still melintang dan terus doc suruh pilih tarikh untuk buat operation. So, pilih 22/10/2021 sebab hari jumaat. 😁
Ni pun balik dari appointment hospital. 18/10/2021. Time tu kene jumpa doc bius n buat swab covid. Waktu appointment dengan doc bius ni, saya dah sakit tekak n batuk² sikit. Doc dah risau dah, takut demam n tak boleh nak proceed operation.
Hari² akhir sebelum bersalin memang rasa macam kembang sungguh 🤣. Balik dari hospital terus pi Jeram sebab teringin betul nak makan ikan bakar. Tapi kedai dia tutup pulakkk. Maka ngenceslah Ahnasofea 🤣.
21/10/2021. Pagi² lagi dah sampai hospital. Kali ni bersalin kat Hospital Shah Alam. Kalau ikutkan nak pi Sungai Buloh tapi, Hospital Sungai Buloh kan jadi hospital Covid, tak dapat terima pesakit luar.
Memula plan nak bawak je Ahnaff, sebab ingatkan nanti urusan sekejap je. Tapi KakYong tak bagi bawak. Dia berkeras nak jaga Ahnaff. Mujur la kitorang dengar cakap KakYong sebab rupenye suami kene ade masa proses nak check in ward tu 😅. Sampai ke petang jugak la abah Ahnaff duk menunggu kat situ. Kene jumpa doc bius lah, doc bertugas lah, nak kene sign itu ini. Nak dekat asar jugak la baru dia balik.
Nak dijadikan cerita, petang tu masa dah warded tu, doc yang bertugas scan semula perut nak tengok baby ok or tak.
Tetiba dia cakap "ehh, baby puan dah pusing ke bawah. Boleh ni kalau puan nak try normal".
Alamakkk.. 😅
Nevesnye kalau nak bersalin normal sebab dah setting kat otak nak bersalin czer kan.
Memang taknak la bersalin normal sebab rasa macam tak bersedia.
Petang tu doc bius datang kat katil saya, check itu ini then dia cakap
DB: puan boleh bersalin normal ni. Taknak cuba ke?
S: saya nak buat BTL doc. So nak czer je.
DB: puan kan dah pernah rasa bersalin czer. Kenapa nak lalui lagi kesakitan tu. BTL boleh buat lepas bersalin. Just minor surgery je puan."
S: its ok doc. - sambil senyum sambil dalam hati cakap, sebab dah pernah rasa czer tu la nak czer lagi 🤣.
Ikut pengalaman sendiri, saya rasa bersalin czer memang tak sakit. Depends pada badan masing² juga kan. Luka pun alhamdulillah dalam masa seminggu dah ok.
Malam tu susah betul nak tido.
Terkenangkan Ahnaff.
Boleh ke dia tidur buat kali pertamanya tanpa mami di sisi.
Terkebil² mata mengenangkan esok pagi peserta pertama yang akan menjalani pembedahan 🤭.
Rasa macam lambat betul masa berjalan.
Tertidur, bila terbangun, baru pukul 1 pagi.
Nak menunggu subuh tu, seksa betul rasanya 🤣.
Sebenarnye kalau boleh nak cepat je keluarkan baby sebab dah tak larat nak menahan sakit pinggang 🤭.
Masuk je subuh, saya terus bangun, mandi.
Bersiap² untuk solat dan bersiap untuk ke bilik OT.
Nak kate berdebar tu tak la sangat.
Cuma masa nak operation tu, seminggu sebelum warded tu saya batuk.
Berjangkit dari Ahnaff.
Sepatutnye kalau batuk dan selsema tak boleh nak buat operation.
Doktor bius taknak ambil risiko.
Tapi sebab batuk pun mild je, diorang proceed je terus.
Saya memang doa sungguh² jangan la masa operation tu nanti saya terbatuk. Risau ooo..
Kang abes tercampak usus² i 🤣.
22/10/2021
Pukul 7.30 pagi nurse dah tolak saya masuk OT.
Call abah Ahnaff dulu, nak bagitau dah nak masuk OT, so dia boleh la siap² datang spital.
Masuk kat ruang bilik menunggu kat OT tu, dah ade doc bius yang tunggu.
Sempat la menyembang dengan doc tu.
Siap mintak dia tolong tarik tangan saya sebab saya nak duduk. Tak boleh nak baring terlentang lama². 🤣. Sakit pinggang uiii.
Tepat pukul 8 pagi, masuk doc perempuan.
Doc O&G yang akan buat operation untuk haritu.
Ceria dia masuk sambil senyum² cakap tak sabar nak mulakan operation.
Yang kite ni dah berdebooo tak ingat. Hahaha
Tuptaptuptap itu ini, cucuk bius, ape semua, pukul 8.30 pagi diorang pun start belah perut saya.
Kalau jenis hati kental kan, boleh je tengok kat lampu atas katil bedah tu.
Tapi saya ni sebab tak kental sangat, elok la tak tengok 🤣.
Bilik OT tu, mashaAllah sejuknye.
Menggigil² terketar² saya ni.
Nurse n doc bius yang baik hati tu duk betulkan blower n selimut tebal nak bagi saya kurang menggigil.
Duk terasa perut digodak², digoyang².
Tetiba rasa zupp benda ditarik dari perut.
Terus nyaring jeritan beliau yeee..
Alhamdulillah pukul 9.04 minit pagi, Ahnasofea selamat keluar dari perut mami.
Fresh from oven. Selfie pertama bersama mami.
Kalau ikutkan prosedur biasa, sebelum covid, kalau bersalin czer kene stay kat hospital 3 hari.
Tapi disebabkan covid ni, mana² ibu bersalin yang dah ok, baby pun takde masalah pape, boleh balik secepat yang mungkin.
24hb kami dah boleh balik rumah.
Tu pun lambat boleh balik sebab Ahnasofea kene jaundis.
Duduk bawah lampu 2 hari 1 malam dulu sebelum discharge 😅.
Selfie pertama dengan abang.
Buah hati mami n abah.
Ok, habis dah cerita pasal mengandung n bersalinkan Ahnasofea 🤭.
Simpan sini untuk kenangan mami je.
Ahnaff pun sampai sekarang dia masih ingat kisah mami tinggal dia sebab nak keluarkan Sofea kat hospital.
Paling tak sangka bila dia cakap "tak seronok mami takde kat rumah. Ahnaff dan abah je kat rumah".
Takpe Napp, insyaAllah takde lagi kisah ulangan mami gi hospital nak keluarkan baby lagi 🤣.
Papepun selamat hari yang ke 365 Ahnasofea.
Si manis mami.
We love u to the moon and back.
Sekeping lagi gambar wont hurt anybody kann 😆