Monday, March 11, 2024

Back To School

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari ni bermulalah episod baru dalam hidup Ahnaff.
Dah masuk tahun 1 dah si Ahnaff ni achik² uiii. 🤭
Bermula juga la perjalanan mami untuk study semula.
Tengok buku² teks dia semalam, ermmm boleh tahan mencabar 😅.
Cakap pasal buku teks, sebeban buku teks dia. 
Belum sempat nak balut lagi.
Nasib baik lambat lagi nak guna.
2 minggu lagi baru mula belajar kalau tak silap.
Ahnaff masih kekal bersekolah di Az-Zahrawi.
Waktu persekolahan pun masih sama macam tadika dulu.
8 pagi hingga 3.45petang (beza balik 15minit dengan tadika).


Kemain lagi ye dia posing 😂.


Dia cakap "kan dah darjah 1 mami. Kena la bergaya camni" 😂😂.


Pergi sekolah pagi tadi pun naik motor je dengan abah.
Mami nak hantar dia takmau.
Lagipun bukan boleh turun tengok dia masuk kelas pun.
Cuma boleh drop by je. 🤭
Pegi je la dengan abah.


Balik sekolah pi Lotus jap mencari keledek dan daun sup untuk karipap mami.


"Mami, boleh belanja Ahnaff Tealive? Esok kan dah nak puasa".
Begitu lah ayat dia nak bagi mami cairrrrr 😂.

Moga Ahnaff terus seronok dalam perjalanan menuntut ilmu.
Moga Allah terangkan hati anak mami dalam menerima setiap ilmu yang cikgu² sampaikan.

Selamat menyambut ramadhan semua kawan² maya mami 😊. 
Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini.
InsyaAllah, aminn.




Sunday, March 10, 2024

Bungkusan dari Kuantan.

 Assalamualaikum semua 😊.


Last week, ke last two weeks, tak ingat dah 😂 saja la mesej ummi Pia (KakAfzan tu).
Nak ucap tahniah kat Pia sebab berjaya dapat tawaran ke MRSM.
Memang dah niat nak hantarkan brownies untuk Pia.
Kebetulan Kak Afzan nak order kek rampai sari juga.
Tup² ummi Pia pun kirimkan barang untuk Ahnaff dan Sofea.
Terima kasih ummi Afzan 😊.



Macam² dapat budak dua ni. Ada jam tangan dan coklat stick.

Ni mami punya ni ♥️. Dapat pulut, sambal hitam dan buah kering. Sedap rupanya buah kering tu ye. Sambal hitam tu pun sedap. Abah Ahnaffea suka.


Tengok la..pi memana pun nak pakai jam tu. Bila tanya sapa beli, dia cakap "umi". 🤭
Pastu menunjuk kat orang sebab jam tu berlampu² menyala. Hahaha



Nak upload video macam tak lepas je ni. Huhuhu
Kalau tak, boleh tunjuk keterujaan si Sofea dapat hadiah dari ummi.

Terima kasih ummi dan Kak Pia, kirimkan hadiah untuk kami.
Moga dimurahkan lagi rezeki ummi sekeluarga. 
Dipermudahkan urusan KakakPia masuk asrama hari ni. 😊.






Wednesday, March 6, 2024

Kesibukan Yang Dicari 😂

 Assalamualaikum semua 😊.


Ishhhhh.. lamanya tak bercerita kat sini.
Sempat jenguk² rumah kawan² pun sekali lalu je.
Ada yang sempat tinggalkan jejak, ada yang tak.
Kadang tu bertandang ke rumah online kawan² dah tengah malam. 
2,3 pagi baru sempat nak berjalan 😂.
Mami bizi sekarang ni uiiii 🤭.
Alhamdulillah permintaan untuk kek² semua sentiasa ada.
Pastu sekarang ni tengah pulun buat karipap pusing frozen pulak. 
Last week ada dua pupu abah Ahnaffea order karipap 90 pack. 
Bersamaan 900biji. 
Berpusing jugakla bijik mata mami ni.
Asyik tengok pusar² dia tu je 😂.
Dah settled order 90 pack tu, bersambung lagi lebih kurang 25 pack nak kena siapkan 🤭. 
Meh la tengok jamu mata sikit 🤭.


Buat 4 jenis inti.
Keledek, kentang, kentang ayam dan kentang daging.








Ni yang reject² ni..goreng untuk kudap² Sofea. Dia memang suka betul dengan karipap.

Seminggu jugak la nak menyiapkan 900 biji tu.
Mujur tengah cuti sekolah, boleh la Ahnaff tengokkan dan layan Sofea.
In between melayan karipap tu, ambik juga order kek.
Bila ada yang nak order, tak sampai hati pulak nak tolak.


Kek coklat moist


Kek buah untuk hantaran.


Semperit coklat.


Ada yang teringin nak biskut raya awal katenya 😂.


Brownies kedut.
Dah lepas raya cina pun masih ada yang buat open house.


Puding marble, melayan permintaan anak lanang.


Tak berapa menjadi lapisnya tu. Boleh la untuk makan sendiri. 2 hari je licin dikerjakan 2 kenit tu.


Blueberry cheesetart.


Nutella cheesetart (menghabiskan sisa² nutella yang sebelum boikot tu ari).


Kek oren.


Ni kek pandan gula melaka untuk hantaran.
Terbang nun jauh ke Sabah sana.




Alhamdulillah selamat sampai elok je. Kastemer update kate elok je.

Gitu lah ye sedikit sebanyak aktiviti mami sempena cuti sekolah ni.
Padat sungguh.
Penat tapi seronok 🤭.
Ada 3,4 order lagi tapi tak sempat nak ambik gambo. 
Ni sebelum puasa dah siap² open order kek buah dah.
Mehhh sapa yang nak order mehh 🤭.
Boleh dm je kt 0193114972.
Yang jauh mami boleh poskan.
Yang dekat, moh le kita cod 😊.
Bulan puasa ni dah menunggu projek hamper lagi.
Alhamdulillah 😊.
Ok la..jumpa lagi di entry yang lain ye kawan² 😘.