Friday, May 20, 2022

Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Guru Permata Cilik SRIAzZahrawi

 Assalamualaikum korang 😊

Kemain panjang tajuk kannn. Hihihi
Kemain tak sabar² Ahnaff nak tunggu hari Jumaat
Tak sabar nak pakai baju raya dengan kawan²
Siap pesan "nanti mami buat kek taw"
Baiklah anakkk
Mami memang dah plan nak buatkan kek je 🤣
Pihak sekolah memang dah bagitahu, menu utama untuk kelas Permata Cilik ialah nasi impit n ayam masak kicap.
So, takyah la bawak makanan berat lagi dah.

Kebetulan juga pagi tadi jamuan hari raya untuk sekolah Ezreen (sepupu Ahnaff)
So, ibu dia selit order sekali.. senang kerja 
Cumanya pagi tadi lepas hantar Ahnaff, terus gi hantar kek Ezreen kat sekolah dia, nunn kat Shah Alam.
Dah lama betul tak drive pagi² menghadap jem
Pagi tadi merasala..hahahaa
Dah la Sofea pun kemain menangis taknak duduk kat carseat tu
Sampai tertido² la dia 🤣

Kemain tak sabar nak beraya dengan kawan²

Ahnaff bawak Pandan Gula Melaka n brownies kedut

Kek rampai n marble klasik untuk Ezreen. Yang lagi 2 biji tu ade orang order jugak.

Jalan jem sungguh. Sampai bosan la anak dara sorang tu. Pastu menangis

Ehhh..taw² dah tertido 🤣

Gambar Ahnaff dengan kawan² kelas

Alhamdulillah
Settle dah mengisahkan jamuan Ahnaff ni 
Dia dah request pulak birthday dia sok nak bawak kek
Lambertttt lagi nak oiiii
Bulan doblas sokkkk
Hahahahaaha










Thursday, May 19, 2022

Balik kampung, Cuti 3 hari

 Assalamualaikum korang 😊

Sejak dari zaman belajar dulu,
Hobi saya memang balik kampung.
Walau study nun jauh di hujung ceruk Kedah tu,
Balik kampung tetap onzz
Kadang tu, sebulan 2,3 kali balik
Kadang mak saya bising jugak
Tapi, abah tetap ok je. 
Siap bagi duit lebih kalau tetiba rasa nak balik.
Seronok turun naik bas je time tu. Hahaha
Naik bas malam, pukul 9 or 10
Sampai KL pagi.
Pengalaman yang seronok untuk dikenang.
Lepas dah habis belajar, tak de naik bas lagi dah
Dulu ade jugak plan nak bawak Ahnaff jalan² utara naik bas
Tapi, tetiba PKP
Tetiba dia dah ade adik
Memang tak la nak naik bas dengan keadaan Sofea yang tak reti duduk diam tu 😅
Duduk dalam kereta pun dia taknak lama²
Bila dah kahwin, dapat suami pun jenis selalu balik kampung
Lagi pula perjalanan kampung masing² sehala je
Lagi lah rancak balik kampung 🤣
Jumaat malam sabtu balik Perak, sabtu malam ahad balik Selangor.
Ahad petang balik Puncak Alam.
Sampai sekarang pun masih bergilir camtu.
Walau arwah opah dah takde tapi kami tetap balik Perak sebab rumah kami pun kat sana
Jarak tak jauh dari taman rumah arwah



Last week balik kampung, lajak sikit pi Teluk Intan
Nak anta kek n bawak anak bujang tu lunch

Feveret dia la nihhh..chicken grilled. 

Tiap kali blk kampung, mesti ajak makan situ.
Boleh habis 1 portion tu dia sorang, tak boleh nak kongsi² 🤣

Kek Pandan Gula Melaka. Dah beberapa kali orang Teluk Intan request, baru kali ni la dapatnyee 🤣

Tengari ahad balik kg Sungai Besar pulak
Kampung atok nenek




Kalau ikutkan hati nak stay lelama kat kampung
Tapi memikirkan banyak lagi hal kat Puncak Alam nunnnn
Ahnaff nak sekolah, suami kerja, order² kek yang dah customers request utk jamuan hari raya la..hari guru laa
Makanya, pulanglahhh ke sarang 🤣











Saturday, May 14, 2022

Ahnasofea 6 bulan

 Assalamualaikum korang

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 6 bulan si dara sorang ni 😊


From this 👆 to this 👇



Moga membesar dengan sihat n baik² selalu ye Ahnasofea 😊




Ahnaff dah sekolah

 Assalamualaikum korang

Alhamdulillah, tahun ni Ahnaff dah sekolah
Alhamdulillah jugak dia tak buat perangai
Elok je nak gi sekolah 😊
Mesti menurun perangai mami ni..
Suka pegi sekolah jumpa kawan² gosip²..hahaha





Hari pertama sekolah tu ok mood dia
Balik sekolah je terus ajak gi Lotus ( dulu Tesco)
Maklumlah, sekolah dia sebelah Lotus tu je haaa
Memang rancakla dia mengecek ajak singgah Lotus
Lagi gembira bila sampai Lotus,
Mummylong dah tunggu dia dengan pizza feveret dia.
Sempena hari pertama gi sekolah kononnye
Untunglahhh Napp oiii 🤣
Hari kedua ade drama sikit
Pagi nak gi sekolah tu dia ceria lagi
Tapi, bila sampai sekolah je,
Terus merambu airmata 🤣
Tapi tetap turun kereta gi kat cikgu
Abah n mami pun tak tunggu lama, terus cabut je
Memula macam sebak gak tengok dia menangis tu
Tapi, lepastu macam lucu pun ade
Balik sekolah tu, elok riang gembira je ponnn 😂
Alhamdulillah, sampai ke harini riang gembira gi sekolah
Lagi gembira kalau balik sekolah boleh singgah Lotus
Tapi dah cakap kat dia, boleh pegi kedai @ Lotus hari isnin, rabu n jumaat je
Yang eloknye Ahnaff ni, dia bukan jenis yang mengamuk² kalau tak dapat pape
Kalau dia ajak gi Lotus n mami cakap tak boleh sebab ade hal lain, dia ok je 😄
Sekarang ni kalau balik sekolah je, soalan pertama dia " mami buat ape harini kat rumah?"
Aduhhh Napp, Napp.. nak jawab pun serba salah sebab kadang tu sepagi lepas kemas rumah ala kadar, mami sibuk mengulit si Sofea je 🤣
Taw² kang dah sampai masa nak amik si abang pulak.
Order kek n roti pun slow je skrang
Buat mana yang rasa boleh je

Moga terus istiqomah ye Ahnaff. Rajin gi sekolah, rajin belajar 😘




Thursday, May 12, 2022

Opah Dalam Kenangan

 Assalamualaikum korang

Tahun ni tahun pertama Ahnasofea beraya
Alhamdulillah dah boleh beraya
Walau masih dalam keadaan berjaga²
Tetap enjoy kenalkan dia kat semua saudara mara
Ramai yang terkejut
Taw² dah ade penambahan ahli 🤣
Tahun ni juga tahun pertama beraya tanpa mak mertua
Arwah meninggal 9hari lepas Ahnasofea lahir
Tak sempat Sofea nak kenal opah
Tak sempat juga arwah nak jumpa satu²nya cucu perempuan yang ditunggu²
Hanya sempat tatap gambar je


Dua ni gambar yang sempat opah tengok

Hadiah pertama n terakhir dari opah


Pemergian mak mertua memang betul² tak dijangka
Hari kelima lepas bersalin tu tetiba dapat call dari kg, bagitau opah jatuh
Ingat lagi, masa tu ade kat klinik nak check kuning Ahnasofea
Lepas dapat call tu memang cakap kat suami,
Kalau nak balik tengok mak, pegi lah
Lagipun kat rumah P.Alam ade mak saya (nenek)
Rumah mummylong Ahnaff pun dekat je
Incase ade pape, senang nak mintak tolong.
Tengahari tu jugak suami balik Hutan Melintang.
Otw dia balik kampung tu, dia call
Bagitau opah dah tak sedar diri
Masuk ICU hospital Teluk Intan
Allahuakbar, memang terkejut betul rasanya
Sebab selama yang saya kenal arwah,
Dia memang takde penyakit pape
Sihat cergas. Sakit lutut pun tak.
Dipendekkan cerita,
Doc bagitaw arwah ade pendarahan dalam kepala
Dah tak boleh buat pape sebab terlalu banyak 
Nak operation untuk keluarkan darah tu pun tak menjamin pape
Walau dia boleh survive, tapi takkan boleh sihat macam sebelum ni
Tiap kali suami update berita dari hospital,
Tiap kali tu la saya akan menangis yang betul² menangis
Sampaikan nenek Ahnaff risau sebab saya baru hari yg ke-5
Takut meroyan
Tapi memang betul tau, meroyan tu memang real
Waktu tu emosi saya jadi macam kacau bilau
Macam² fikir
Lagi² bila suami pun update sambil menangis
Saya tak pernah tengok dia sesedih tu
Sebab dia adalah orang yang paling rileks, 
Paling cool dalam hidup saya.
Hari ke-6, adik beradik suami buat keputusan untuk bawak arwah balik rumah
Kat hospital pun tak boleh buat pape, 
Tengok pun tak boleh
So, diorg decide bawak balik je
Hari ke-7, sampai rumah, bukak oksigen
Doc memang dah cakap siap²
Kalau bukak je oksigen tu,
Ade 2 kemungkinan, 
Pertama: dia akan pergi pelan² sebab tak boleh nak bernafas sendiri. Mungkin dalam masa 2@3 jam selepas oksigen dibuka
Kedua: dia kuat semangat, boleh bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen.
Alhamdulillah semangat dia kuat. 
Kawan² dia ramai yang sempat datang tengok.
Sedara mara semua sempat datang ziarah.
Semua terkejut. Semua tak jangka.
Suami balik Puncak Alam untuk bawak kami balik Sg.Besar.
Petang lepas asar baru gerak balik.
Sampai rumah atoknenek pun dah marghrib.
Hari ke-8, Petang tu, anak cucu dari Putrajaya sampai.
Ahnaff memang saya suruh suami bawak pegi tengok arwah.
Malam tu kakak ipar update,
Nampak keadaan arwah makin ok.
Oksigen level naik.
Bila cucu⁴ kerumun, dia boleh angkat tangan. Tinggi.
Lega la sikit malam tu.
Hari ke-9, pagi tu suami pagi² dah keluar cari sarapan
Elok je sampai rumah, baru duduk nak sarapan,
Air pun xsempat nak minum,
Kakak ipar call,
Bagitaw arwah nampak macam susah bernafas
Suami dalam keadaan tergesa² terus start kereta
Terus gerak ke Hutan Melintang
Kami yang kat rumah tu berdebar²
Tapi dalam hati saya macam dah terdetik sesuatu
Doa banyak² moga suami sempat jumpa arwah
Setengah jam lepas tu,
Suami call, bagitaw arwah dah takde 😭😭
Elok je suami sampai rumah sana,
Sempat dia salam, peluk arwah,
Terus arwah tarik nafas n pergi.
Ya Allah..sedihnyeee bila teringat semula. 
Total dalam masa 5 hari je arwah xsihat tu.
Lepastu terus takde dah 😔
Walau rasa sedih tak dapat tengok untuk kali yang terakhir,
Tapi tetap rasa gembira sebab sempat jumpa arwah sebelum bersalin
Lepas je boleh rentas negeri,
Memang kitorang terus balik Perak
Sebab minggu depannye tu dah kene masuk ward utk bersalin
Suami cerita,
Bila dia masuk je bilik arwah,
Memang dah tersiap beg baju dia nak bawak gi Puncak Alam.
Plannye cuti Deepavali tu suami nak amik arwah
Tapi, tak kesampaian 😔
Rantai untuk Ahnasofea tu pun dia dah siap² beli 2 minggu sebelum dia jatuh sakit.
Hadiah pertama dan terakhir untuk satu²nya cucu perempuan opah.
Ahnaff sampai sekarang kalau balik kampung Perak,
Mesti ajak abah dia pegi kubur opah
Tak lekang mulut dia duk sebut opah
Moga mak tenang dan damai di alam sana
Al-fatihah untuk HJH.SALMAH BT MOHD AMIN.





 



Selamat Hari Raya 2022

 Assalamualaikum korang 😊

Selamat hurry raya 🤪. Hihihi
Ape macam raya terkejut?
Memang betul² terkejut la kan
Raya tahun ni raya kat rumah sendiri
Rumah pun balik hujung minggu je
Jadinya banyak benda nak kene buat
Mujurlah sempat pasang langsir n lampu baru
Memang tergerak nak buat hari ahad tu
Sebab kitorang balik pun Sabtu
Konon ahad n isnin nak pulun mengemas ape yang patut
Sudahnye, berhias ala kadar je laaa
Masak rendang pun pukul 4 pagi baru siap
Pastu tak larat dah nak tunggu
Opahchu Ahnaff je yg berjaga masak sampai ke pagi
Menantu hantu dah terbongkang kat bilik dengan Sofea yang asyik nak berkepit je
Pitammm 🤣

Masa ni baru siap iron baju semua. 

Nampak tak karpet tu?
Sakit mata kite wakkk, sebab tak seragam
Plan asal konon isnin tu nak pi carik karpet lain
Dah tak sempat dahhh 🤣
Pakai je la ape yang ade
Langsir mujur dah tukar siap² pagi ahad tu
Tu pun beli kat Kaison je
Rm79 sekeping kalau x silap.
Beli 2 keping, elok² je
Boleh la tuuu. Hihihi






Pagi raya pertama tu lepas je Abah Ahnaff balik solat raya,
Terus amik gambar n salam²
Pastu makan 
Pastu gerak balik Sg.Besar jap
Rumah kitorang ni kat Hutan Melintang, Perak
Tapi, dekat je ngan kampung saya Sg.Besar
Dalam 20minit camtu
Sempadan Selangor dengan Sempadan Perak 
Kan ke dekat je tuuu.
Sepanjang cuti raya memang camtu la..
Berulang alik je Perak-Selangor


Yang ni pic kat rumah atoknenek Sg.Besar

Petang raya pertama tu balik semula ke rumah Perak
Malam tu ade makcik suami dari Ipoh datang beraya
Puas hati dia dapat pi berjalan raya
2tahun dia tak pi berjalan raya
Tahun ni raya sakan la maklong yeee
🤣

Raya tahun ni pun memang dah kembali macam dulu² jugak kan
Meriah rasanya
Alhamdulillah
Cuma kene jaga² jugak lagi
Tak boleh nak hora horee sangat lagi
Lagi ade anak kecik
Kene extra berjaga²
Papepun,



SELAMAT HARI RAYA KORANG. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

P/s: struggle sungguh nak buat entry ni guna fon. Haiiihhhh.