Assalamualaikum korang
Tahun ni tahun pertama Ahnasofea beraya
Alhamdulillah dah boleh beraya
Walau masih dalam keadaan berjaga²
Tetap enjoy kenalkan dia kat semua saudara mara
Ramai yang terkejut
Taw² dah ade penambahan ahli 🤣
Tahun ni juga tahun pertama beraya tanpa mak mertua
Arwah meninggal 9hari lepas Ahnasofea lahir
Tak sempat Sofea nak kenal opah
Tak sempat juga arwah nak jumpa satu²nya cucu perempuan yang ditunggu²
Hanya sempat tatap gambar je
Dua ni gambar yang sempat opah tengok
Hadiah pertama n terakhir dari opah
Pemergian mak mertua memang betul² tak dijangka
Hari kelima lepas bersalin tu tetiba dapat call dari kg, bagitau opah jatuh
Ingat lagi, masa tu ade kat klinik nak check kuning Ahnasofea
Lepas dapat call tu memang cakap kat suami,
Kalau nak balik tengok mak, pegi lah
Lagipun kat rumah P.Alam ade mak saya (nenek)
Rumah mummylong Ahnaff pun dekat je
Incase ade pape, senang nak mintak tolong.
Tengahari tu jugak suami balik Hutan Melintang.
Otw dia balik kampung tu, dia call
Bagitau opah dah tak sedar diri
Masuk ICU hospital Teluk Intan
Allahuakbar, memang terkejut betul rasanya
Sebab selama yang saya kenal arwah,
Dia memang takde penyakit pape
Sihat cergas. Sakit lutut pun tak.
Dipendekkan cerita,
Doc bagitaw arwah ade pendarahan dalam kepala
Dah tak boleh buat pape sebab terlalu banyak
Nak operation untuk keluarkan darah tu pun tak menjamin pape
Walau dia boleh survive, tapi takkan boleh sihat macam sebelum ni
Tiap kali suami update berita dari hospital,
Tiap kali tu la saya akan menangis yang betul² menangis
Sampaikan nenek Ahnaff risau sebab saya baru hari yg ke-5
Takut meroyan
Tapi memang betul tau, meroyan tu memang real
Waktu tu emosi saya jadi macam kacau bilau
Macam² fikir
Lagi² bila suami pun update sambil menangis
Saya tak pernah tengok dia sesedih tu
Sebab dia adalah orang yang paling rileks,
Paling cool dalam hidup saya.
Hari ke-6, adik beradik suami buat keputusan untuk bawak arwah balik rumah
Kat hospital pun tak boleh buat pape,
Tengok pun tak boleh
So, diorg decide bawak balik je
Hari ke-7, sampai rumah, bukak oksigen
Doc memang dah cakap siap²
Kalau bukak je oksigen tu,
Ade 2 kemungkinan,
Pertama: dia akan pergi pelan² sebab tak boleh nak bernafas sendiri. Mungkin dalam masa 2@3 jam selepas oksigen dibuka
Kedua: dia kuat semangat, boleh bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen.
Alhamdulillah semangat dia kuat.
Kawan² dia ramai yang sempat datang tengok.
Sedara mara semua sempat datang ziarah.
Semua terkejut. Semua tak jangka.
Suami balik Puncak Alam untuk bawak kami balik Sg.Besar.
Petang lepas asar baru gerak balik.
Sampai rumah atoknenek pun dah marghrib.
Hari ke-8, Petang tu, anak cucu dari Putrajaya sampai.
Ahnaff memang saya suruh suami bawak pegi tengok arwah.
Malam tu kakak ipar update,
Nampak keadaan arwah makin ok.
Oksigen level naik.
Bila cucu⁴ kerumun, dia boleh angkat tangan. Tinggi.
Lega la sikit malam tu.
Hari ke-9, pagi tu suami pagi² dah keluar cari sarapan
Elok je sampai rumah, baru duduk nak sarapan,
Air pun xsempat nak minum,
Kakak ipar call,
Bagitaw arwah nampak macam susah bernafas
Suami dalam keadaan tergesa² terus start kereta
Terus gerak ke Hutan Melintang
Kami yang kat rumah tu berdebar²
Tapi dalam hati saya macam dah terdetik sesuatu
Doa banyak² moga suami sempat jumpa arwah
Setengah jam lepas tu,
Suami call, bagitaw arwah dah takde ðŸ˜ðŸ˜
Elok je suami sampai rumah sana,
Sempat dia salam, peluk arwah,
Terus arwah tarik nafas n pergi.
Ya Allah..sedihnyeee bila teringat semula.
Total dalam masa 5 hari je arwah xsihat tu.
Lepastu terus takde dah 😔
Walau rasa sedih tak dapat tengok untuk kali yang terakhir,
Tapi tetap rasa gembira sebab sempat jumpa arwah sebelum bersalin
Lepas je boleh rentas negeri,
Memang kitorang terus balik Perak
Sebab minggu depannye tu dah kene masuk ward utk bersalin
Suami cerita,
Bila dia masuk je bilik arwah,
Memang dah tersiap beg baju dia nak bawak gi Puncak Alam.
Plannye cuti Deepavali tu suami nak amik arwah
Tapi, tak kesampaian 😔
Rantai untuk Ahnasofea tu pun dia dah siap² beli 2 minggu sebelum dia jatuh sakit.
Hadiah pertama dan terakhir untuk satu²nya cucu perempuan opah.
Ahnaff sampai sekarang kalau balik kampung Perak,
Mesti ajak abah dia pegi kubur opah
Tak lekang mulut dia duk sebut opah
Moga mak tenang dan damai di alam sana
Al-fatihah untuk HJH.SALMAH BT MOHD AMIN.