Wednesday, August 2, 2023

Seharian di Kampung

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari Ahad tu, balik kampung Sg.Besar pulak.
Memula ingat nak balik malam tu jugak. Tapi macam penat la pulak.
Tido je la kat rumah Perak dulu.
Esok pagi boleh bawak Opahchu pi breakfast dulu sebelum balik Sg.Besar.


Nasi lemak, lauk hati goreng kunyit pastu tambah sikit cili jeruk. Sedap wehh. Cili jeruk kedai ni memang sedap. Dulu arwah MIL pelik nengok menantu dia makan nasi lemak dengan cili jeruk. Masa mengandungkan Ahnaff pulak tu. πŸ˜‚
Dah lelama tu, dah tak heran dah dia.


Roti telur untuk Pia.


Roti telur untuk Ahnaff juga. 

Opahchu makan roti arab + kari ayam. 
2 keping dia order ye. Rupenya order untuk cucu² juga. Kot nanti ada yang nak.
Pastu dia order juga waffle. 
Sebab tau Ahnaff suka waffle.
Licin ye semua makanan πŸ˜‚. 
Gembira Opahchu tengok cucu² makan banyak. 


Ni ikan ape? Atok kate ikan baguk @ mayong. Ye la kot. Hahaha. Mami mana tau nama ikan. Ikan kembung dengan ikan mabung pun tak boleh nak beza πŸ˜‚. 

Ceritanya, atok pi Terengganu last week. 
Dari hari rabu sampai Jumaat.
Konon nak mencandat, tapi dah hujung² musim dah. 
Sotong pun tak berapa ada. Hihihi
Jadinya diorang pun gi mancing jela.
Dapat la ikan baguk yang sebesar Sofea tu. 
Sotong pun ada jugak, tapi beli dari market Marang. Hahahaa.
Ada ikan tenggiri juga tapi yang tu tak tengok pulak.


Aktiviti balik kampung. Tolong Paksu uruskan Meroh, Belon, Tom dan Jerry.


Paksu suruh dia pegang waterjet untuk mandikan Meroh. Suka betul dia. 
Kalau kat tempat Meroh dan Belon ni boleh la lagi dia ikut masuk kandang. Kalau tempat Tom dan Jerry, jangan carik pasal. Sebab yang dua ekor tu tak boleh tengok orang lain selain Paksu. Diorang cepat panik. Kang tak pasal² kene tendang keluar kandang anak mami tuuu πŸ˜‚.


Ahad pagi tu ada aktiviti buat bubur asyura kat surau kampung. Time kami sampai tu memang nenek dan Kakngah takde. Diorang pi merewang kat surau.


Bubur asyura versi kg. Spg 3 Loji 🀭. Macam bubur lambuk kan. 


Tengahari tu tak masak, kami pi lunch kat luar je 🀭. 
Family belah mami ni memang jenis enjoy makan kat luar.
Atok tu memang suka jalan2 cari makan. 
Kalau balik kampung tu, kalau tak sarapan kat luar, lunch la kat luar.
Takpun petang² pi kopi² kat memana. Hahaha
Tak sah ehh kalau tak pi jjcm.
So tengahari tu kami pi makan kat kedai makan sepupu atok.
Tak ingat la apa nama kedainya.


Nasi kandar kari kepala ikan. Atok dengan abah Ahnaffea punya.



Nasi kandar ayam goreng. Ni mami dengan Ahnaff punya.

Sedapppp nasi kandar dia. 
Kari dia memang pekat sedap.
Ayam goreng pun sedap. 
Kari kepala ikan memang mantap. 
Kalau atok n the gang yang kat kampung memang dah banyak kali repeat. 
Mami baru pi pertama kali ni.
Next time boleh pi lagi πŸ˜†.


Kedai makan dia kat halaman rumah je. Halaman rumah beso. Tengah sawah pulak tu.


Peserta yang ikut rombongan lunch πŸ˜‚. Peseta ramai tapi yang makan 4 orang je. Hahaha. Yang lain tu dah kenyang dah katenya. Ikut sebab nak minum² je.



Balik rumah, abah Ahnaffea tolong atok nenek siang ikan yang besar tu. Tangan nenek dah tak kuat nak siang ikan besar² camtu. 
Nasib baik abah Ahnaffea pandai siang ikan. Kalau nak harapkan bini dia..ermmm, ikan kecik pun kedai yang tolong siang πŸ˜‚. 
Mami memang tak pandai ye nak siang ikan. Kita mengaku je. Hahaha


Tak boleh abah dia nak rehat dengan aman. Ada je yang menempel. Ni memula elok ye camtu. Pastu dah jadi bergaduh sebab Sofea tak bagi Ahnaff dekat dengan abah. Yang Ahnaff pulak buat tak tau je. Adik dah menjerit² marah. Mami hanya mampu tengok je. Malas nak masuk campur πŸ˜‚.

Petang tu kopi² kat rumah je.
Plan nak pi kopi² kat luar tapi tak jadi sebab hujan.
So, bancuh kopi dan goreng la kuih frozen yang ada tu.
Kenyang jugak πŸ˜†.
Malam tu, lepas marghrib kami gerak balik P.Alam.
Jumpa lagi nanti 😊. 








9 comments:

  1. Haaa.. tak pernah dibuat orang makan nasi lemak dengan cili jeruk, hahaha. Tapi, nanti lain kali nak cuba jugaklah. Baru tau nama lain ikan mayong ialah baguk. Bertuah la mami dapat suami pandai siang ikan.

    ReplyDelete
  2. gambar last tu dah macam kembar abah dan ahnaff...agaknya besar nanti macam tu la rupa abg ahnaff

    ReplyDelete
  3. Seronoknya aktiviti balik kampung..pemandangan sawah padi pun cantik...best betul ada kampung macam ni kan...

    ReplyDelete
  4. seronoknya balik kampung, mcm2 aktiviti tapi paling best aktiviti makan tu la kan.. he he he...

    ReplyDelete
  5. Seronoknya balik kampung...
    Tertib je dua beradik tu duduk tgk ayahnya siang ikan ye :D
    Akk pun tak kenal ikan baguk ni ..

    ReplyDelete
  6. Ada nadi kandar sedap di kampung. Mesti murahkan?
    Tengok majid itu macam terimbau pernah singgah sahaja.

    ReplyDelete
  7. Bestnya port nasi kandar tu, sambil makan boleh la enjoy pemandangan sawah padi.
    Kita sama.. tak tau bezakan jenis ikan πŸ˜‚ sbb tu balik2 beli ikan yg sama - kalau tak siakap, kembung 😜

    ReplyDelete
  8. Wah...akhirnya dapat juga tengok Ahnaff pakai kasut Pua Chu Kang tu...comel sangat..!

    Alamak,tahun ni belum masak bubur lambuk la...

    ReplyDelete
  9. Lamanya saya tak makan bubur asyura.
    Rindu pula suasana kampung.

    ReplyDelete