Assalamualaikum semua 😊.
3/1/2024 (Sabtu).
Hari graduasi Ahnaff, bertindih dengan hari kenduri sambut menantu Along Intan Payung 😌.
Mujurlah sekolah Ahnaff buat 2 sesi.
Sesi pagi untuk cawangan Setia Alam dan Hillpark.
Sesi petang untuk Puncak Alam sahaja.
Jadi, boleh la kami ke majlis Along IP dulu.
Dalam pukul 12 tengahari baru bergerak ke Shah Alam.
Cantik kad jemputannya. Tema pun cantik. Hitam + Emas.
Ni kat majlis Intan Payung. Macam biasa la kan kalau kenduri.
Mami pun sama sibuk jugak la. Sepanjang minggu sebelum kenduri tu. Dengan persediaan untuk kek kenduri. 6 biji brownies dan 3 biji kek pandan gula melaka. Tetiba Makcik pulak order kek birthday untuk Azad.
Sempatkan jugak la buat kek untuk dia.
Dia nak kek Didi. Haaa, camni je la yang Dede boleh buatkan 😂. Dalam tu kek coklat + ganache. Luar tu fresh krim sahaja.
Kembali ke kenduri Intan Payung 😂.
Hujung sana tu ada marhaban untuk Nuh. Majlis bertandang ni bersekali dengan Majlis Aqiqah dan marhaban untuk Nuh. Cucu kami ðŸ¤.
TyPia n Achik Ajad ood dulu ehh ðŸ¤.
Anak bujang tu memang payah betul kalau ajak bergambar. Muka tu ketatttt je.
Dah sampai kat Shah Alam pulak 😂. Cer tengok mami, elok je senyum kalau bergambo ðŸ¤.
Budak kecik ni good betul haritu. Mami abah tengok persembahan abang, dia elok je duduk kat stroller dia tu sambil makan maruku 😂.
Sekejap je masa berlalu. Dah konvo dah anak mami ni ðŸ¤.
Tahun ni dah nak masuk tahun 1.
Dapat juga la hadiah untuk tahun ni. Dapat 2 hadiah pun dah kemain gembira dia .
Tak sangka dia dapat anugerah khas bacaan tu. Sebab awal tahun aritu, dia memang tak pandai membaca lagi. Tup² dah hujung ni pandai membaca dah. Tak sia² berendam air mata je ye Napp 😂.
Dah kenyang makan maruku, dia tido pulak. Sampai habis acara. Sebab tu kate, dia good sangat masa majlis abang tu.
Kemain berbaju kurung sedondon anak beranak 😂. Dari kenduri terus ke majlis graduasi Ahnaff. Tak tukar baju pun.
Ajak ambil gambar kat pelamin tu dia tak nak. Ambil je la kat tepi ni. Sebelum balik.
Kemain serius mukaaaa. Dah sebijik macam muka Atok 😂.
Ahnaff cakap: kemain lagi kasut mami. Batu² tajam 😂
Adoiiii..teringat guru kelas dia bercerita masa Hari Laporan Prestasi aritu.
Teacher Jannah: kami, teacher² semua suka tengok Puan masa ambil Ahnaff. Sebab teacher semua pun rasa Puan selalu bersiap cantik masa ambil dia.
Mami: 😱😱
Teacher Jannah: kami tanya la Ahnaff, mama awak selalu cantik² dari mana?. Lepastu Ahnaff jawab, mami tu biasalah. Memang suka bergaya. Tergelak kami Puan, dengar Ahnaff jawab camtu.
Mami: 😅😅
Omg.. adakah anakku selalu membawang pasal mami pada teacher² semua.
Ahnaff...Ahnaff...
Padahal mak dia ni bersiap ala kadar je ponnn. Paling² pun pakai lipstik ajee.
Adakah ini dikira bergayaaaa 😂.