Friday, November 11, 2022

Bihun Goreng Merah dan Donut Red Velvet

 Assalamualaikum korang 😊.

Pagi tadi lepas dah siap²kan Ahnaff, sediakan bahan² untuk buat bihun goreng versi merah 🤭.
Dah prepare semuanya, rendam bihun, tumbuk bawang semua, terus keluar hantar Ahnaff gi sekolah.
Bihun goreng versi merah ni boleh buat kalau Ahnaff takde je sebab dia taknak yang merah ni.
Dia lagi suka bihun Singapore.
Balik dari hantar dia, terus tumis je bahan².
Cepat je siapnye. 
Ahnasofea pun ok je. Tak banyak ragam pagi ni.

Warna pucat sikit sebab guna sos cili je ni. Takde guna cili kering.

Kalau bihun goreng camni, suka letak sawi banyak². Baru puas makan. Hahaha

Sofea pun makan jugak. Memula ingatkan dia taknak sebab pedas. Rupanya elok je dia makan 🤭. Pedas² manja sebab sos cili tu je. 

Bihun goreng tu buat setengah bungkus. 
Makan la sorang sampai tengari tadi 🤣.
Tak masak tengari tadi.
Belikan Ahnaff nasi lemak ayam goreng je.


Memang feveret dia la. Kalau balik sekolah tanya nak beli makanan ape, mesti dia jawab nasi lemak atau nasi ayam. Dua tu yang dia selalu mintak 🤣.

Petang ni tadi sementara Sofea tido petang, sempat la buat donut viral tu. 
Donut red velvet.
Buat ikut resepi donut yang dah biasa buat. 
Cuma tambah red velvet emulco je.
Masa uli memang ade bau red velvet tu tapi bila dah jadi donut, dah masak, tak kuat rasa dia.
Nak letak emulco tu banyak², takut kang warna dia merah makngah sangat pulaknye 🤣.

Dah boleh goreng dah ni.. herot berot donut pun. 🤣

Yang dah siap digoreng.

Guna gula halus je lah. Ingat nak guna susu, tapi kang Ahnaff taknak pulak. Ni kalau buat topping creamcheese mesti lagi sedap meletop.

Lembut gebu gituuu 🤭. Bagi sikit kat jiran depan. Dia cakap 5 minit je dah habis 🤣. Ye la kan, anak kecik² tengah membesar, makan ape pun cepat je habis. Alhamdulillah. 


Lepas buat donut, mengemas rak kasut. Kasut Ahnaff la yang paling banyak. Nak buang sayang sebab masih elok lagi semuanya. So, letak kat status whatsapp, kot ade yang nak. Niat nak bagi je. So far semua dah berpunya 😊. Buat pakai hari² pun ok lagi. Belum haus pun tapak² kasut tu semua.

Ehhh..kasut kawen mami 7 tahun lepas pun elok lagi 🤭. Still boleh pakai lagi. Ni kalau mak saya nampak saya pakai kasut camni sambil dokong Sofea, mau kene jeling 🤭. Anak jatuh tergolek takpe. Kalau cucu sekali tergolek tu yang tak boleh tu yee.. hahahaa.






12 comments:

  1. Wahhh.. tingginya kasut mami. Baguslah Ahnasofea tak memilih bihun merah ke, putih ke.. abg Ahnaf tu saja ngada nak yg putih aje kan Sofea, haha.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok Ahnaff..senyum panjang tiap kali mami post..
    Cantik donut tu Jaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Post yang manis² je makngah 🤣. Yang dia masam menjeling takyah tengok.hahaha
      Gebu donut tu kakk 🤭

      Delete
  3. acik ana pun tak berape gemar bihun merah. sama mc ahnaff suke bihun singapore hehehe..

    alamak menggodanya donut tgh viral skrg! hehehe

    ye bethol jgn lah diapa-apakan cucu, kang nenek nye bising! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh geng dengan Ahnaff la acik ana niii..
      Duk tengok donut viral lalu lalang, kite pun tergedik nk buat. Hahaha
      Atok nenek mana boleh tengok cucu tersakiti 🤭

      Delete
  4. kalau dekat rumah akak si Aiyan tak suka mihun putih sebab ada lada hitam, yang merah gini laju je dia makan. Akak belum datang mood rajin mendonat, nak buat roti pun asyik kelaut je camno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera anak² kan kak. Kite mak² ni turutkan je. Janji nak makan.
      Kite pun belum start meroti kak. Ade yang nak order tapi tak boleh lagi nak amik order. Sofea ni jenis melekat. Payah nak meroti.

      Delete
  5. cantik kejadian donutnya tu jaja..saya belum berani nak buat sayang bahan kalau tak menjadi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah pernah share resepi donut yang mudah sis. Tak banyak guna bahan. Hihihi. InsyaAllah menjadi.

      Delete
  6. Sedapnya Sofea makan bihun goreng.
    Agaknya sebab mengembang dengan jayanya, jadi kuranglah rasa red velvetnya tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tu cikgu. Dah bercampur tepung dan yis, tenggelam rasa red velvetnya.

      Delete