Tuesday, November 1, 2022

Cuti Deepavali - 2 Teluk Senangin

 Assalamualaikum korang 😊.

Ahad, 23/10/2022 tu kitorang pi Teluk Senangin.
Saje nak bawak Opahchu jalan² sambil bagi peluang kat Ahnaff main pasir.

Pagi dah gerak. Cuaca mendung je pagi tu. Hujan sikit tapi sampai Manjung dah berenti dah. 

Sampai kat pantai nak dekat tengari dah. Dalam pukul 11 lebih kot sebab sebelum tu singgah Aeon Manjung dulu. Cari barang. 

Ramai betul orang yang datang berkelah².
Yang camping tepi pantai pun ramai.
Bawah² pokok tu penuh dengan khemah².
Kitorang pun pacak khemah juga.
Saja nak lepak² kat tepi pantai sampai petang.
Dah booking chalet kat situ.

Puas hati dia dapat main pasir, basah². 

Seronok dia berkawan dengan bebudak yang ade.

Nampak tak yang kecik tu. Galak ye dia mandi laut. Tak takut langsung. Lagi dia yang hempas² badan ke air.

Syuhhhh.. Opahchu jangan nak jerit² panggil adik. Adik syok mandi. 

Sampai ke petang main pasir. Berkilat kulit anak ku 🤣.



Kami stay kat Ilham Chalet, Teluk Senangin.
Memula plan nak booking chalet yang dekat tepi pantai tapi semua dah penuh.
Nak dijadikan cerita, search kat google maps tu, duk tengok nama Ilham Chalet tu, ermm boleh la.
Tengok review pun ok je semua.
Dah tanya lebih kurang, owner cakap ade kekosongan. 
So terus bayar deposit.


Rupenye chalet tu kepunyaan KakRos. 
Bekas kawan sekerja masa dekat Tadika AnNajah, Shah Alam.
Tadika tu kepunyaan makcik saya, kakRos ni jadi cikgu kat situ sementara saya pula pembantu taska je.
Kerja sekejap lepas habis degree dan master.
Tak sangka dia masih ingat saya.
Tapi sayangnye, masa kami check in haritu KakRos takde.
Dia balik kampung kat Kedah. Ade kenduri katenye.
So, tak dapat la nak jumpa KakRos yang peramah dan super friendly tu.
Tapi takpe, abah Ahnaff dah janji nak stay sana lagi 🤭.
Sangat recommended ye Ilham Chalet ni.
Bukan sebab promote chalet kakRos, tapi sebab chalet dia memang bersih tiptop.
Walau facilities hanya basic sahaja.
Yang penting selesa 😊.



Basic unit je. Yang penting bersih ye 😊.





Malam tu konon nak jalan² tepi pantai, rupenye gelap gelita ya..
Takde ape pun 🤣.
Ye² je 4 beranak berjalan keluar.
Tu yang dua beranak tu siap bawak lampu lagi 🤣.
Balik semula ke chalet.
Nak lepak kat luar chalet tak boleh sebab ade guest lain buat family day.
Merasa la dengar karaoke dari pukul 10 sampai 12 malam. 
Mujur dua beradik tu boleh je tido lena walau bingit dengan suara orang berkaraoke 🤭.

Dalam pukul 3 pagi camtu, hujan turun.
Lebat. Angin pun kuat. Memang jelas betul bunyi angin tu.
Hujan sampai pukul 8 lebih camtu.
Time kami nak chekout tu pun masih hujan lagi.



Belum pun sampai Manjung, dah tido 🤣.

Bye Teluk Senangin.
Next time insyaAllah kami datang lagi 😊.














6 comments:

  1. Bestnya dok chalet tepi pantai. Seronok sgt la tu Ahnasofea sampai ugut Opahchu macam tu ya, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilham chalet ni tak betul² tepi pantai tapi walking distance la..berjalan x sempat berpeluh pun 😆.

      Delete
  2. Best kan sana? lagi bersih dari teluk batik. selalu jugak ke sana lepak2 sebab dah dekat dengan rumah mertua hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknye kalau terserempak kat sana pun mesti tak perasan kan. Sebab kite x cam nad.. Kot Nad yg kenal bebudak ni 🤣

      Delete
  3. Seronoklah Ahnaff dapat main pasir ye.
    Beruntung dapat chalet yang bersih. Selesa bermalam di situ.

    ReplyDelete
  4. Bestnya bercuti tepi pantai..
    Saya belum pernah sampai Teluk Senangin..
    Yang saya tau ikan senangin bila dah besar dipanggil ikan kurau🤭

    ReplyDelete