Monday, November 21, 2022

19/11/2022 - PRU 15

 Assalamualaikum korang 😊.


18/11/2022 - sehari sebelum PRU

Kami balik mengundi pagi Jumaat.
Balik bertiga je. Abah Ahnaff kerja lagi.
Gerak dari Puncak Alam pagi². 
7.30 pagi dah keluar rumah.



Gerak pagi pun tetap jumpa jem 🤣.
Macam biasa la kan. 
Jem bermula dari Kuala Selangor sampai lah Tanjung Karang.
Lepas je trafic light dekat SMK Dato'Harun tu, automatik trafic lancar sampai la ke Sungai Besar.
Ni semua salah trafic light 🤣.
Sampai Sungai Besar dalam pukul 10pagi.
Singgah sana sini hantar kek dulu.
Pastu barulah balik rumah AtokNenek.

19/11/2022 - PRU 15
Kami tiga beranak je yang balik awal. 
Adik beradik yang lain balik pagi Sabtu tu.
Masing² balik terus pergi mengundi.
Makanya pergi pun berpecah² la. 
Tak pergi sama².


Nasi lemak comel. Sedap juga. Ade isi ayam seketul.


Nasi goreng Nenek. Simple je tapi kemain sedap. Ahnasofea makan bertambah². Selera betul dia. Mami buat nasi goreng pun tak sedap camtu 😆.


Cakoi sedap. Saya suka cakoi yang cicah dengan kaya warna kuning. Tak suka cicah dengan kaya pandan yang kaler hijau tu. 


Ermmm, dah siap cantik² tapi nenek tak bagi bawak pulaknye. So, tidokan je la dia. Habis cerita 🤣.

Keluar mengundi pun dah pukul 10 lebih kalau tak silap.
Pegi naik motor je senang. 
Merempit berdua dengan Ahnaff 🤭.
Berkali² pesan kat mami dia jangan bawak motor laju². Nanti jatuh 🤣.
Cuak dia naik motor dengan mami. Hahaha


Mengundi kat sekolah rendah saya dulu 😊. Lain betul dah keadaan sekolah tu. Mengundi di saluran 2. Masa sampai tu agak ramai juga la.

Peneman setia. Tak boleh tinggal ni. Menceceh je mulut dia sepanjang que tu. 😅


Ni pun Ahnaff juga la ni. Waktu PRU 14.  Bawak dia masa tu semua orang geram. Tapi, dia jenis takmau kat orang.




Dengan BFF. Ade lagi sorang tapi dia bertugas. Tak dapat la jumpa.

Bukti telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia 🤭. Kemain pekat ye ink tu. Celup sekali tak berapa kene, petugas tu suruh celup lagi, celup lama sikit, dah dia cakap "amboiii, ni 3,4 hari pun tak hilang ni warna ink tu" 🤣.
Tanggungjawab telah dijalankan, ape pun kepimpinan yang memimpin, moga itu yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah. Aminn.
 

Tengahari tu nenek masak daging masak lemak pedas, telur goreng kicap (untuk cucu²) dan celur sayur meranti.
Perghhh, memang sedap bertambah² makan taw. 🤭

Nenek buat bubur abang (merah). Bubur abang ni, bubur nasi versi manis. Buat bubur ni sempena kesyukuran untuk Azad (sepupu Ahnaff) sebab tangan dia yang bersimen aritu dah agak ok. Dah dibuka simennye. 

Malam tu pun memang ade buat makan².
Makcik (emak si Azad) belanja satay.
Nenek pulak buat pulut kuning dan rendang ayam.
Ade bubur abang juga.
Meriah makan malam tu, sambil makan, sambil memantau pengiraan kertas undi. 
Berdebar² masing². 🤣
Tapi gambar semua makanan tak ambil pun sebab duk sibuk mengisahkan Sofea 🤣.
Pantang nampak makanan ye dia tu.
Malam tu dia makan satay 2 cucuk, nasi impit dan pulut kuning.
Sudahnye malam tu dia kekenyangan.
Pukul 1 pagi dia terbangun sakit perut.
Mami pun terpaksa la berjaga sambil memantau keputusan PRU15. 
Dalam pukul 2 camtu baru dia boleh tido semula.
Pagi² esoknye, bangun² tido je dah membuang.
Sofea, Sofeaaaaa 🤣.










10 comments:

  1. Seronoknya balik mengundi di kpg.. dh mcm balik beraya jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana di jalan raya memang dah macam nak balik raya KakMim 🤣. Jem sana sini

      Delete
  2. Kemahen la pekat inai dia tu. Bestnya ada makan2 sambil memantau, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. sambil makan, sambil riuh masing² tengok angka tiap parti. Ade yang happy, ade yang kecewa tapi makan tetap makan 🤣

      Delete
  3. Seronok kalau baca cerita balik kampung.Ahnaff tu nampak sangat anak sulung yang bertanggung jawab..Jejaka idaman makcik2 nak buat menantu ni..still terbayang dia pakai kasut pua chu kang tu..love sangat😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makngah ni love sangat dengan Ahnaff yeeee 🤣

      Delete
  4. meriah macam balik raya kan..semua pakat balik
    makan sambil memantau tu smp ke hari ni duk memantau lagi ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamat dah aktiviti pantau memantau. Kite pantau prestasi dia pulak camne. Hahaha

      Delete
  5. Nasi goreng air tangan nenek memang sedapkan Ahnaff.
    Bubur merah tu, menggamit rindu pula nak merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu² bubur merah memang menjadi kemestian kan cikgu. Kalau buat majlis kesyukuran mesti ade.

      Delete