Assalamualaikum korang ๐.
Pagi ahad aritu, rasa macam tak berapa sihat.
Perut macam tak ok.
Tak tau lah kenapa.
Nak kate makanan kat kenduri tu yang tak ok, tak mungkin la sebab saya sorang je yang perut meragam.
Orang lain elok je.
Saya syak maybe sandwich yang saya makan masa sarapan pagi tu dah tak ok.
Sandwich tu leftover dinner.
Ade lagi sekeping, tengok macam ok je.
Ngap je lah kann ๐
.
Inilah sandwich tersebut. Tak habis makan masa dinner, bawak pi sarapan pulak. Memang meragam la perut ๐
.
Serba tak kena sepanjang hari ahad tu.
Dengan muntahnye, dengan berulang ke toilet je.
Dengan Sofea yang pantang tengok mami bangun ke toilet. Menangis² macam kene cubit.
Haiissshh.
Cekodok jagung + bawang + bilis sikit.
Pagi Isnin tu buat cekodok jagung.
Abah Ahnaff off.
Memula ingat nak sarapan kat luar je tapi mengenangkan perut macam tak berapa ok lagi, pastu hujan pulak, makanya buat je la sarapan sendiri.
Teringat ade jagung 2 biji kat peti sejuk.
Terjadilah cekodok jagung + bawang + bilis.
Abah Ahnaff suka la cekodok² nih.
Hujan² makan panas² pastu buat kopi o.
Memang kena sangat ๐.
Tengahari lepas ambil Ahnaff balik sekolah terus gi Econsave beli barang dapur.
Dalam pada perut tak ok, mulut rasa cam payau loya² tu, teringin pulak nak makan ikan bakar ๐คฃ.
So, tengari tu diorang tak makan nasi pun, makan yang ringan² je sebab petang nak gi makan ikan bakar.
Petang tu gi la Pantai Remis.
Ni Pantai Remis kat Selangor ye.
Bukan yang kat Perak nun.
Pantai Remis ni bersebelahan je dengan Pantai Jeram.
Kitorang makan kat kedai Kerang Bakar, Pantai Remis.
Sedap dah sedap dah tapinye kat situ takde tomyam, takde sayur, takde ape ๐คฃ.
Yang ade cuma bakar² je.
Ikan, sotong, udang dan kerang hanya boleh dibakar sahaja.
Masak² pun takde ye.
Ikan 3 rasa ke, udang sambal ke, kailan ikan masin ke, memang takde. Yillekkk.
Kalau makan ikan bakar, dapat set nasi, sup kosong dan air asam. Tu je.
Aduhaiii..dah la berangan nak makan dengan kuah tomyam masam².
Sebab dah duduk dan malas nak gi tempat lain, makanya redha je lah.
Nasib baik sedap je ikan bakar tu.
Tapi tu la, sebab perut tak ok kan, makan pun mana mau banyak².
Ikan bakar tu habis sebelah je.
Yang sebelah lagi tapau bawak balik.
Abah Ahnaff pun tak larat nak ratah ikan tu sebab dia duk makan sotong dengan kerang bakar.
Kemain bulat muka mami hang Napp oii ๐คฃ.
Kerang bakar. Ni abah Ahnaff je yang makan sorang. Mami memang tak berani la nak makan time² perut tak ok ni.
Fries untuk Sofea kunyah².
Ikan siakap bakar.
Sotong bakar
Air asam super sedap. Nampak yasher² tapi mantop ๐.
Not bad la makanan kat kedai ni cuma takde masakan lain je.
Tapi masakan western ade je kat stall tepi² tu.
Biasanya kitorang gi kat Pantai Jeram kalau nak makan ikan bakar.
Tapi saje nak ubah selera.
Rupenye memang berubah betholl ๐คฃ.
Alahai... sayangnya. Makanan sedap-sedap tapi perut masih meragam pula.
ReplyDeleteLama saya tak berkunjung ke Pantai Jeram dan Pantai Remis.
Cikgu kalau balik sini, mesti bagitahu taw. Mana tau ade jodoh boleh kite berjumpa ๐
DeleteIn syaa Allah. Jaja duduk belah mana?
DeleteSaya duduk di Puncak Alam ๐
DeleteBanyak nama tempat kat Kuala Selangor sama ngan Perak yer.
ReplyDeleteSemua nampak sedap terutama kerang tu..Saya dulu tak makan kerang..Sekarang eh suka pula..harga la pula kayangan sungguh .