Saturday, December 10, 2022

Potong Kek Di Sekolah

 Assalamualaikum korang 😊.


Semalam dah start cuti sekolah dah kan.
3 minggu cuti.
Oleh kerana birthday Ahnaff 14/12/2022 jatuh pada waktu cuti sekolah, makanya mami bawakkan kek dan goodies pada hari akhir sebelum cuti panjang.
Kebetulan pula semalam memang ada majlis birthday bash untuk Nov dan Dis babies.
Sedang helokkk la tu 🤭.
Kebetulan juga, semalam birthday abah. 
Birthday abah, abah potong kek ❎️
Birthday abah, Ahnaff potong kek ✅️
🤣🤣
Dia tak tau pun mami nak buatkan sambutan untuk dia kat sekolah.
Memang diam² je. Kalau dia tau, habislah. Tak berenti menanya nanti.
Misi membeli kek dan goodies untuk kawan², mami buat hari Khamis. 
Pegi cepat² sebelum ambil dia dari sekolah.
Ahnaff memang tak perasan betul ada kek dan barang² untuk goodies dia, sebab mami letak barang² tu dalam bilik kerja.
Kek pun letak dalam peti sejuk kat bilik kerja.
Tu yang dia langsung tak perasan.


Air kotak, choki², wafer nabati, pemadam dan pen. Tu jela. Dah beli air kotak tu baru terfikir dah kenapa tak bagi susu dutch lady je 😅. Hadoiii, sebab nak cepat pakai capai je ape yang ada. Beli barang² ni pun kat Eco Shop je.


12 bungkus je. Kawan² sekelas ada 12 orang je.


Beli kek choc moist kat SR pastu deko je la sendiri. Memang hajat dia ye nak kek askar 😌. Itu la yang disebut². Konon² mami nak buatkan kek sendiri je. Tapi Sofea demam kan. Tak nak berenggang langsung. Kesudahannya beli je la. 


Ade orang tanya, SR boleh ke request deko² camtu 🤣. Tak boleh dik nonnn. Ni deko sendiri je. 

Kalau korang buntu nak ikut permintaan anak yang nak kek gempak² tapi tak sempat nak order kek home made, ni mami bagi tips.
1. Beli kek ready to eat dari kedai. Pilih la yang agak² bersesuaian dengan tema.
2. Beli toppers kek ikut tema yang diingini kat kedai bakery.
3. Deko lah kek tersebut ikut kreativiti anda. Mesti jadi cantuk punya la. Anak pun sure tersengih² suka (macam Ahnaff 🤣).

Khamis malam Jumaat kan dia ada kelas taekwando, so saya buat goodies dan kerja² menghias kek tu malam lepas dia dan Sofea tido. 
Pukul 12 lebih baru siap semuanya.
Pagi² tu masa nak bangun subuh tu, dia pun dah bangun juga. 
Nampak dia bergerak dah.
Tapi biasalah dia kan, bila perasan je abah dia takde kat sebelah (means tak balik malam tu) terus mood dia tak berapa ceria.
Lepas dah solat tu pi duduk sebelah dia.
So, mami pun nak ambil hati dia, tunjuk la gambar kek dia tu.
Terus tersenyum manis kooooo 🤣.
Siap cium pipi mami kiri kanan sambil cakap "terima kasih mami". 😍
Dan² tu terus bersemangat pi mandi.
Padahal pukul 7 pun belum lagi 🤣.
Kalau camtu hari², sejuk hati mami ni Napp 😊.

Potong kek kat meja sendiri je. Dia cakap kawan² nyanyi lagi birthday untuk Ahnaff tapi duduk tempat masing². Tak berkumpul². 


Dia cakap : Ahnaff malu nak bagi hadiah kat kawan², tapi teacher suruh bagi juga. Tapi lepas tu Ahnaff seronok kawan² cakap terima kasih 😊.

Alhamdulillah. 
Dah tertunai la hajat dia nak potong kek dengan kawan². 
Lega hati mami sebab dia memang nampak suka betul.
Camtu la kan hati anak². 
Kita raikan setiap impian dia (walau tak semua), tetap dia happy. 
Walau sekadar ikut bajet yang ciput je haaaa 😅. 







Friday, December 9, 2022

Happy Birthday Abah AhnaffSofea

 Assalamualaikum korang 😊.


09122022
Happy Birthday husband 😘.
Moga panjang umur, murah rezeki selalu dan sentiasa di bawah rahmat Allah.








Tuesday, December 6, 2022

Ikan Siakap Masak Cuka

 Assalamualaikum korang 😊.


Sejak dua menjak kebelakangan ni cuaca memang tak berapa ok kan.
Kejap panas, kang tetiba hujan.
Budak² dua ni pun manjang tak berapa sihat je.
Ahnaff still lagi selsema.
Ahnasofea selsema dah takde tapi tetiba badan dedor² panas.
Pagi tadi masa mandikan dia baru perasan, gigi bawah nak keluar lagi 2 batang.
Ermmm, patut la badan dedor je.


Abah dia semalam gi Ipoh. Tak balik. Pagi tadi VC girlfren kecik ni. Dia menangis² mintak abah dokong. Aduhaiii dik oiii. Mana maunya. Dia tak berapa sihat, abah pulak takde, sedih berganda la dia. Hahahaha.


Masuk buai muka monyok je. Sikit pun taknak senyum. Mami malas nak layan tapi tengok jugak masa buai dia tu, ade lagi saki baki cebik² sedih dia tu. Hahaha. Sofea, Sofea. 


Taraaaa. Ikan siakap masak cuka. Dari semalam teringin tau. Pastu pagi tadi lepas je hantar Ahnaff sekolah, terus gi beli timun dan tomato. Sofea tido je, terus onz masak 🤭.

Resepi Ikan Siakap Masak Cuka (simple version).

Bahan²: 
1)  2 keping ikan siakap (digoreng separuh masak @ masak garing pun boleh. Ikut pada selera masing²).
2)  1 biji bawang besar
3)  2 ulas bawang putih
4)  1 inci halia
5)  sedikit biji sawi (optional - saya tak letak pun sebab takde)
6)  1 biji timun - potong memanjang
7)  1 biji tomato
8)  10 tangkai cili padi
9)  cuka (agak² je 😅)

Cara²:
1)  Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga layu dan naik bau.
2)  masukkan timun dan cuka secukupnya.
3)  setelah timun agak masak, masukkan ikan goreng, tomato, cili padi dan sedikit air.
4). Sesuaikan rasa. (Agak² tomato dah layu, rasa pun dah ok, boleh la padamkan api).

* Nampak simple je kan, tapi memang sedap weh.
Kene dengan citarasa saya 🤭.
Masam², pedas². Memang ngam 😊.



Untuk 2 orang kenit kesayangan tu, mami masakkan ikan kicap je. Sedap je diorang makan. Seketul ikan tu boleh buat lunch dan dinner 🤭. Malas nak masak banyak, nanti tak habis. Membazirrrrr.


Petang tadi buat cekodok lagi. Hahaha.
Habis dah pisang tu. No more cekodok lagi dah 🤣. Budak² tu pukul 6 dah suap nasi untuk dinner. Ahnaff biasanya lepas mandi dia akan makan biskut, tapi petang tadi dia makan cekodok. Lepas tu dia duduk tengok tv sambil usap² perut "hishhh, kenyang betul. Alhamdulillah. Dah gemuk dah perut abang ni Sofea". 
Mami yang tengah makan cekodok kat meja makan, terus tergelak. Mujur tak tercekik 🤣🤣




Monday, December 5, 2022

Cerita Bercampur #05122022

 Assalamualaikum korang 😊.


Pagi rabu minggu lepas, Mummylong Ahnaff datang rumah. 
Saja datang nak sarapan sama² dengan adik dia ni. Hihihi
Beli sarapan punya la banyak.
Sampai tak terabis.


Nasi lemak ayam. Dalam mangkuk tu rendang ayam, makan dengan pulut kuning. Ade kuih karipap, kuih lapis dan kuih kaswi. Si penggemar kuih tradisional takde la pulaknye. Gi sekolah. Kalau dia ade, mesti habis kuih² tu.


Mummylong makan bihun goreng dan sambal paru. Sambal paru tu, kemain keras kejung lagi parunye 🤣.


Hari khamis, Ahnaff request nak makan ayam kicap. 


Dah tau trick nak bagi si kecik sorang ni makan banyak. Nak kene suap abang makan sekali, baru dia pun makan elok je bersuap. Takde dia nak suap sendiri. 


Abah dapat mousang king 2 biji 🤩.


Lepas makan nasi baru boleh makan durian. Haaa, tengok tu, bila dia nampak je Ahnaff makan durian sendiri, dia pun nak pegang sendiri.


Ni cerita hari sabtu pulak. Balik kampung lagi sebab nak tengok nenek. Katenye jatuh motor. Nasib baik takde pape. Cuma lutut je sakit sikit. Kitorang tak bagi dia bawak moto sendiri dah. Dia pun macam dah trauma 😅. Petang jumaat tu gi kelas mengaji kat surau pun mintak tolong Atok hantar.
Kalau ikutkan konon taknak balik kampung, tapi bila dah dengar nenek jatuh motor tu, abah Ahnaff ajak balik jugak. Kebetulan Sabtu dia cuti.


Mama belanja makan dekat Medan Selera Hutan Melintang. Kemain jauh carik sotong goreng tepung 🤣.


Ade 4 beradik je. Kakngah, Kaklang, saya dan Paksu. Kakyong, Kakcik dan Cikya tak balik. Lepas makan² tu, terus kitorang balik Puncak Alam. Ahad Abah Ahnaff kerja.


Tengari Ahad buat kari kepala dan ekor siakap 🤭. Puas meratah kepala. Hahaha. Yang penting bagi dua orang kenit tu makan kenyang² dulu pastu barulah mami boleh makan dengan tenang.


Ni pagi tadi nak gi sekolah. Dah beso camtu pun still duduk depan lagi. Tak mau² bila disuruh duduk belakang. Dia cakap "ehhh, bahaya la mami kalau duduk belakang. Lagipun Ahnaff kan kecik lagi". 😌😌

Petang ni tadi dia mintak pau. Ok, boleh la. Dinner makan pau je tadi.


Yang kosong takde tanda tu pau kacang, yang bertanda kuning tu pau kaya. Sedap pau pakcik ni. Lembut je dan inti dia pun penuh. Puas hati. Sebiji Rm2.20. Tadi beli 2 biji pau kaya dan 2 biji pau kacang. Yang tinggal hanyalah pau kaya sebiji. 🤣








Ole-ole Dari Kampung

 Assalamualaikum korang 😊.


Walau boleh dikatakan tiap minggu balik kampung, tapi ole² dari kampung tetap ade ye 🤣.
Tak sah kalau balik sini tak bawak pape.
Mesti penuh bakul makanan si Sofea tu.
Tapi kadang tu kalau takde pape, takde la bawak.


Pisang (tak tau nama ape -tapi sedap dibuat cekodok), jambu batu (atok belikan dari market) dan mangga muda - petik tepi rumah.


Pisang kepok - ole² dari Pahang. Kakyong balik kampung Pahang. Bawak balik sini setandan pisang kepok dan seguni rambutan. Saya cuma ambil pisang sahaja. Rambutan makan kat rumah Kakyong je. Tak boleh makan banyak. Sakit tekak 😌.


Masak lemak ikan kering (ikan haruan- homemade ikan kering by nenek) campur nenas. Nenek bekalkan lauk ni, pastu dia cakap boleh makan untuk dinner. Takyah susah² nak masak dah. Padahal anak dia ni kalau dinner memang jarang masak berat² 🤣. Paling mudah tentulah orderkan makanan online je buat dua kenit tu. 


Peanut candy. Ahnaff suka, ni dia la yang beli masa balik kampung aritu 🤣.


Dorayaki.


Pagi selasa buat sarapan dorayaki sebab Ahnaff MC. Petang Isnin tu, sampai je Puncak Alam terus pi klinik. Dapat MC sehari 😌.


Pisang kepok tu, dah goreng pastu lebihnye buat kolak je. Kalau melayu sebut pengat pisang, jawa sebut kolak pisang 🤭.


Pisang yang tak tau nama tu (nak tanya nenek ape namanye, asyik la lupa) buat cekodok sedap betul 😊. Tu kat belakang ade lagi sesikat. Esok buat cekodok lagi la jawabnye nihh. Hahaha








Friday, December 2, 2022

BurgerStop Western & Grill, Sungai Besar

 Assalamualaikum korang 😊.

Minggu lepas, yang dapat cuti peristiwa tu, kami tak bercadang nak balik kampung pun.
Tapi, abah Ahnaff suruh balik kampung pagi² ahad tu.
Sebagai isteri yang solehah mestilah menurut perintah je.
Padahal dalam hati, yahoooooo 🤣.
Macam biasa la. 
Balik bertiga je. Abah Ahnaff kerja.
Petang ahad tu kami gi makan kat Burger Stop Western & Grill.
Dah lama teringin nak makan kat situ, tapi tak dapat².
Akhirnya dapat jugak.



Pic sumber Google.


Pic sumber Google.


Kedai dia tepi jalan. Dekat dengan sawah padi.

Mula² kitorang duduk kat tempat yang tak berbumbung. 
Tapi lepas dah order² makan semua tetiba hujan rintik² turun. 
Terpaksa pindah ke bahagian dalam kedai yang berbumbung.
Nasib baik sebelum hujan tu sempat juga berselfie² 🤭.




Dengan nenek 😊.





Ishhh, si bulat sorang tu. Geram je dengan dia tu tau. Ahnaff suka main dengan Atiyyah ni. Dia bahasakan diri dia Bang Napp 🤣. Atiyyah ni susah betul nak senyum tau. Susah nak terhibur. Tapi, kalau main dengan BangNapp, boleh dia tergelak² bila Ahnaff agah² dia.


Makan betik. Ummi dia bawakkan dia bekal buah betik.


Grilled Chicken Chop untuk Ahnaff.

Fish N Chips untuk mami.

Chicken Chop untuk Cikya.

Soto Ayam untuk nenek, tapi tak menepati citarasa nenek sebab ayam yang dia guna tu isi ayam digoreng macam chicken chop tu. Tak berkenan la neneknyeee 🤣. 
Kalau soto old fesyen kan guna isi ayam yang dicarik² halus. Bukan isi ayam cincang² masuk dalam soto tu.
Overall sedap la makanan yang western semua tu. 
Servis pun cepat walau orang ramai betul.
Boleh repeat lagi bila² balik kampung sok.


Ishhh dia nihhh. Gigit kang pipi tuuuu.







Thursday, December 1, 2022

Texas Chicken, Setia City Mall

 Assalamualaikum korang 😊.


Dari Decathlon, menuju ke Setia City Mall pulak 🤣.
Tujuannya nak carik makan la. 
Ape lagi kan.
Sambil² tu nak menyinggah Lulu Hypermarket kat dalam tu.
Abah Ahnaff tu la. 
Konon nak shopping barang dapur kat Lulu.
Padahal tak best sangat pun (bagi saya la 😅).


Ahnaff pilih nak makan kat Texas Chicken.


Ahnasofea dah terlalu mengantuk. Tido dari dalam kereta, sampai la ke SCM. Boleh la kami bertiga makan dengan tenang 🤣.


Tak sabo² ye dia nak ambil muffin tu. Ambil la nakk, takde siapa yang nak rebut.

Texas Chicken ni, ayam dia biasanya besar² tapi haritu dapat tak besar macam biasa pulaknya.
Yang lagi best sebab air boleh refill.
Minum sampai kembung pun takde sape marah 🤣.



Ahnaff makan burger.


Kemain suruh ambil gambar dia banyak². Sambil makan, rancak bercerita seronok pegi taman. Dengar bunyi kambing, itik, angsa dan ayam. Kesian anak mami. Nak dengar bunyi haiwan kene gi zoo atau taman haiwan 🤣. 
Ni dah mengajak nak gi Decathlon lagi ni. Nak main kayak dan basikal katenye. Hahaha


Time berjalan dalam Lulu tu baru dia bangun. Lapar agaknye. Ambilkan dia coklat Cadbury Zip tu, habis dia makan kemam². 🤣
Habis comot dengan coklat.