Saturday, December 10, 2022

Potong Kek Di Sekolah

 Assalamualaikum korang 😊.


Semalam dah start cuti sekolah dah kan.
3 minggu cuti.
Oleh kerana birthday Ahnaff 14/12/2022 jatuh pada waktu cuti sekolah, makanya mami bawakkan kek dan goodies pada hari akhir sebelum cuti panjang.
Kebetulan pula semalam memang ada majlis birthday bash untuk Nov dan Dis babies.
Sedang helokkk la tu 🀭.
Kebetulan juga, semalam birthday abah. 
Birthday abah, abah potong kek ❎️
Birthday abah, Ahnaff potong kek ✅️
🀣🀣
Dia tak tau pun mami nak buatkan sambutan untuk dia kat sekolah.
Memang diam² je. Kalau dia tau, habislah. Tak berenti menanya nanti.
Misi membeli kek dan goodies untuk kawan², mami buat hari Khamis. 
Pegi cepat² sebelum ambil dia dari sekolah.
Ahnaff memang tak perasan betul ada kek dan barang² untuk goodies dia, sebab mami letak barang² tu dalam bilik kerja.
Kek pun letak dalam peti sejuk kat bilik kerja.
Tu yang dia langsung tak perasan.


Air kotak, choki², wafer nabati, pemadam dan pen. Tu jela. Dah beli air kotak tu baru terfikir dah kenapa tak bagi susu dutch lady je πŸ˜…. Hadoiii, sebab nak cepat pakai capai je ape yang ada. Beli barang² ni pun kat Eco Shop je.


12 bungkus je. Kawan² sekelas ada 12 orang je.


Beli kek choc moist kat SR pastu deko je la sendiri. Memang hajat dia ye nak kek askar 😌. Itu la yang disebut². Konon² mami nak buatkan kek sendiri je. Tapi Sofea demam kan. Tak nak berenggang langsung. Kesudahannya beli je la. 


Ade orang tanya, SR boleh ke request deko² camtu 🀣. Tak boleh dik nonnn. Ni deko sendiri je. 

Kalau korang buntu nak ikut permintaan anak yang nak kek gempak² tapi tak sempat nak order kek home made, ni mami bagi tips.
1. Beli kek ready to eat dari kedai. Pilih la yang agak² bersesuaian dengan tema.
2. Beli toppers kek ikut tema yang diingini kat kedai bakery.
3. Deko lah kek tersebut ikut kreativiti anda. Mesti jadi cantuk punya la. Anak pun sure tersengih² suka (macam Ahnaff 🀣).

Khamis malam Jumaat kan dia ada kelas taekwando, so saya buat goodies dan kerja² menghias kek tu malam lepas dia dan Sofea tido. 
Pukul 12 lebih baru siap semuanya.
Pagi² tu masa nak bangun subuh tu, dia pun dah bangun juga. 
Nampak dia bergerak dah.
Tapi biasalah dia kan, bila perasan je abah dia takde kat sebelah (means tak balik malam tu) terus mood dia tak berapa ceria.
Lepas dah solat tu pi duduk sebelah dia.
So, mami pun nak ambil hati dia, tunjuk la gambar kek dia tu.
Terus tersenyum manis kooooo 🀣.
Siap cium pipi mami kiri kanan sambil cakap "terima kasih mami". 😍
Dan² tu terus bersemangat pi mandi.
Padahal pukul 7 pun belum lagi 🀣.
Kalau camtu hari², sejuk hati mami ni Napp 😊.

Potong kek kat meja sendiri je. Dia cakap kawan² nyanyi lagi birthday untuk Ahnaff tapi duduk tempat masing². Tak berkumpul². 


Dia cakap : Ahnaff malu nak bagi hadiah kat kawan², tapi teacher suruh bagi juga. Tapi lepas tu Ahnaff seronok kawan² cakap terima kasih 😊.

Alhamdulillah. 
Dah tertunai la hajat dia nak potong kek dengan kawan². 
Lega hati mami sebab dia memang nampak suka betul.
Camtu la kan hati anak². 
Kita raikan setiap impian dia (walau tak semua), tetap dia happy. 
Walau sekadar ikut bajet yang ciput je haaaa πŸ˜…. 







4 comments:

  1. Happy advance birthday Ahnaff..
    Semoga terus cemerlang duniawi & ukhrawi

    ReplyDelete
  2. Happy birthday, Ahnaffff. Akak pun penah buat cam ni, beli kek kat kedai pas tu deco sendiri πŸ˜†

    ReplyDelete
  3. alolo manisnya senyuman al fadhil ust napp..
    cantik kek askar mami ye hehe

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday in advance Abang Ahnaff!😘

    ReplyDelete