Monday, October 21, 2024

Cerita ceriti Julai 2024

Assalamualaikum semua 😊.

Ni cerita-cerita sepanjang bulan Julai.
Ahnaff cuti minggu pertama tu. 
Cuti seminggu sebab nak menemankan atok,nenek, mama n paksu.
Boleh la buat riuh-riuh sikit kat rumah tu.



Ni menemankan mama settlekan urusan banking dan motor BangDam. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Sehari je, selesai semuanya.


Ni kat Balai Polis, ada sikit urusan yang berkenaan motor dan kejadian tersebut. Dapat cekodok sebab ada kerani tu bawak bekal cekodok satu tupperware besar, rezeki Sofea dapat sepinggan 😂. Mami ngan paksu pun tumpang la semulut dua. Hihihi


Ni kat bank.


Teman nenek bakar² kat belakang rumah. Si Ahnaff la ni, sibuk mintak nenek bakar² sampah. Nenek pun ikutkan aje. 
Bila buat aktiviti² luar rumah, dapat la nenek happy sikit. Lupa kejap kesedihan. 









Ni kan, dia beli helmet baru. Betul² seminggu sebelum BangDam takde. Dia bersemangat betul nak tunjuk helmet ni kat BangDam, sebab sama dengan abang Adam katenya. Tapi tak kesampaian 🥲.


Helmet lama dia, adik la ambil alih 😂.


Korang pernah tak beli beras Saji ni. Rasanya baru keluar jugak.
Kitorang ni jenis suka bertukar² beras 🤭.
Memula dulu beli basmathi, pastu bebudak ni macam kureng je, so tukar balik beras wangi. 
Beras Saji ni sedap gak. Not bad. Beras dia tak la melekit sangat macam beras wangi yang lain. Just nice je. Budak² ni pun suka 😊. Tapi dia ada packaging dia ada 5kg je. Yang 10kg macam tak jumpa lagi.


Ni pegi kenduri kahwin sedara belah abah Ahnaffea. Kat Bangi.


Bawak Opahchu sekali.


Ni bawak nenek, atok, mama n paksu pi dinner. Diorang baru balik dari kursus umrah kat Puchong.


Piknik day sekolah Ahnaff. Buat kat taman rekreasi Hillpark. Tema hijau. 


Kemain santaiiii kawan 😂.


Ahnaff dengan guru kelasnya, Cikgu Akmal.
Ermmm, ada citer menarik tau pasal cikgu kelas dia ni. 
Masa hari perjumpaan ibu bapa dan guru tu, sembang punya sembang, rupanya Cikgu Akmal tu alumni tadika AnNajah (tadika makcik Mami. In fact, mami pun pernah kerja kat tadika tu 😂, masa lepas degree dulu). 
Pusing² jumpa pulak kat Puncak Alam ni. Hihihi

😌😌


Ahnaff request mee goreng. Yang ni dah lupa dah. Masak untuk breakfast ke lunch ntah. Nak kate breakfast, kenapa pulak ada udang celup tepung, kangkung tumis ngan telur dadar tu kan..
Nak kate lunch, kenapa pulak ada mee goreng tu ehh? 
Adoiiii, pening 😂😂


Laku keras ni 🤭.


 
Jumpa gambar ni kat bilik BangDam. 🥺
Alfatihah.....




 

1 comment:

  1. Rajin Bangnap tolong nenek. Kita nikan, kadang2 buat2 jer tak ingat tapi sebenarnya dalam hati tu tak boleh lupa. Walaupun dalam buat byk benda, memang terbayang orang yg dah tak ada nak nak yg pergi tiba2 ni. Semoga Bang Adam, damai di sana.

    ReplyDelete