Assalamualaikum semua π.
Ni cerita hari Rabu minggu lepas.
Si Ahnasofea tercekik tulang ikan bawal π
.
Setiap hari rabu, Ahnaff balik lambat.
Dalam pukul 5 petang baru keluar sekolah.
Jadinya mami pun masak nasi petang la.
Haritu mami masak bawal sweet sour untuk anak-anak.
Yang bahagian ekor tu dah potong bagi kat Ahnaff, pastu mami cubitkan sikit isi untuk Sofea.
Makan la kami dengan bahagia dan aman, Sofea siap cakap dekat Ahnaff "makan elok² abang. Tengok tulang tu". Dengan pelat² dia tu kann π.
Tup² tetiba dia terbatuk² sambil pegang leher dia.
Mami dah panik dah, tanya dia tercekik tulang ke?
Dia duk angguk².
Dan² tu juga la mami suluh tekak dia, nahhh, memang nampak tulang tu sangkut kat tekak.
Tapi dia tak nangis tau, dia cuma macam berair mata je sikit. π
Dah terbantut selera mami nak makan.
Tapi, Ahnaff boleh bertenang terus makan sampai habis licin pinggan dia.
Lepas tu baru dia tanya adik dia ok ke tak π.
Malam tu pi Poliklinik Azhar.
Doktor pun tak boleh nak keluarkan tulang tu sebab Sofea tak bagi kerjasama.
Dia duk tolak² lidah ke atas.
Doktor suggest pi hospital je.
Gaya dia macam takde apa je kan. Padahal tekak dia tak selesa tu. Memang kental ye anak no.2 ni π
.
Nasib baik abah tak kerja Khamis tu. Baru balik dari Kuantan. Dah kena pi hospital menguruskan Sofea. Sian abah tak cukup rehat π.
Singgah sarapan dulu. Dia nak makan mee goreng. Tapi makan sikit je sebab tak selesa nak menelan tu kan.
Kat trafic light ada orang jual bendi. Sebungkus rm5. Beli la 2 bungkus. Abah Ahnaffea suka bendi.
While waiting....
Pi Hospital Tanjung Karang, dengan harapan orang tak ramai, cepat settle. Tapinyaaaaa...ermmm, tak settle pun kat situ.
MA tu tak dapat nak tengok pun kedudukan tulang tu camne. Peralatan pun tak berapa cukup, so doktor decide refer ke Hospital besar. Memula dia nak suggest Hospital Sg.Buloh, tapi mami request nak pi Hospital Uitm.
Baru teringat wehhh, HUitm lagi dekat ngan kitorang. Hahaha.
Syok wehhh HUitm ni. Maybe sebab hospital baru lagi kan. Vibe dia macam hospital private (HUitm semi goverment). Cafe best². Ada banyak pilihan kedai dan makanan (ini yang penting ye π). Sampaikan abah Ahnaffea cakap, kalau boring², boleh datang lepak sini. Hahaha
Tak macam sakit kan π. Tudung pun dah terbang.
Lepas doc dah check apa semua, tak nampak dah tulang tu.
Doc tak puas hati ye, dia masukkan pulak kamera ikut hidung, nak tengok tulang tu kat mana.
Masih juga tak nampak.
Last sekali doc pakar suruh pi xray.
Sebab dia risau nak assume tulang tu dah turun kebawah or apa.
Dia takut tulang tu masuk dalam memana tisu kat tekak tu, yang tak boleh nampak.
Tu yang dia suruh buat xray.
Result xray pun menunjukkan yang tulang tu memang dah takde.
Alhamdulillah.
Maybe tulang tu dah turun masa dia makan nasi tengahari tu.
Dia makan nasi 2,3 suap tengari tu.
Dah bagitau kat doc pakar tu, tapi dia cakap jangan buat andaian sendiri.
Lebih elok kalau buat xray untuk lebih pasti.
Memang elok tau doc dan doc pakar kanak² kat Huitm ni.
Tak sambil lewa.ππ
Dah settle semua, pi kaunter bayaran, nak bayar tapi rupanya kanak² bawah 12 tahun free aje. Dibawah subsidi kerajaan. π
Pendaftaran pun takyah bayar.
Dapat la ubat antibiotik dan kena datang lagi untuk follow up Jumaat sok.
Rumit kisah tercekik tulang bebudak sekarang ye...
Mami dulu, tercekik tulang, kepal² nasi pastu telan. Settled dah. Hahahaa
Masuk kereta je terus lelap. Penat sangat la tu.
Sian kat Ahnaff, pukul 6 baru mami abah ambik dia. Padahal balik pukul 3.45, terpaksa letak dia kat transit sekolah. Nasib baik dia ok je sebab dia dah lama bercita² nak duduk transit tu π. Tercapai dah la hajat dia. Hahaha
Lepas ambik Ahnaff, pi la makan kat Zombie Seafood. Masing² dah kelaparan.
Sup ayam dia sedap. Vibe² sup siam. Dapppp.
Ikan siakap 3 rasa. Sedap tapi macam tak sesedap first time kitorang datang dulu.
Kailan ikan masin.
Sotong celup tepung. Sedap tapi sotong dia liat kemain π.
Elok dah la ni ye π. Makan pun banyak petang tu.
Anak kecik² memang camni la kan.
Ada je isu-isu yang tak terjangka.
Masa kecik kebanyakan isu kesihatan.
Dah besar sok, isu lain pulak.
ππ.
Kita harungi dengan tenang dan senyuman je la ye walau sebenarnya, tenang ribut jiwa π€.
Ala kesiannya Sofea..nasib baiklah takde apa-apa...
ReplyDeleteSemoga sihat-sihat sahaja dua beradik tu ye...
Kental betul Sofea ni ye... Kita yg adult ni pun kalau tercekik tulang x selesa, dia steady je... Brave & strong girl πͺπ»
ReplyDeleteJadi kes besar juga pasal tercekik tulang ni.
ReplyDeleteMujurlah dah dapat diselesaikan
Betullah anak no 2 hati kental...Kawan Adah niπ€£
ReplyDeleteEh,Abang Nap pun memang betul betul kental hatinya...boleh cool yer habiskan makanan dulu tuπ€π€£
Time nak bayar sekali budak bawah 12 tahun free tu yg best dgr huhhu.. Alhamdulillah tulang dah hilang.. syukur la yg penting selamat :D
ReplyDelete