Monday, October 17, 2022

Dinner #17102022

 Assalamualaikum korang 😊.

Tengahari tadi tak masak. 
Beli McD je untuk kenit 2 orang tu.
Lepas ambil Ahnaff sekolah, terus pi drive-thru je.
Beli set Happy Meal - cheese burger untuk Ahnaff.
Mainan dapat mainan lama. Yang memang dia dah ade.
Merungut jugak la kawan tu 🤣.
Ahnasofea beli bubur n mami beli set spicy chicken mcdeluxe. 
Oleh kerana tengari tak masak, maka petang tadi kene la prepare something untuk dinner.


Tanya Ahnaff nak ke makan roti canai. Mestilah jawabnye. Dia memang suka roti canai (ermmm.. semua pun dia suka 😅). Sebab tu abah dia selalu beli roti canai frozen camni. Senang kalau anak dia tetiba teringin. Brand Fatihah ni pun ok jugak. Not bad.

Masak 3 keping. Sekeping untuk mami. Lagi 2 keping dah tentu la Ahnaff punya. Kuah kari tu memang ade dalam peti. Tiap kali masak kari, kalau tak habis, memang mami frozenkan aje. Boleh la makan dengan roti canai bila² pun.

Mami makan dengan sambal bilis. Balance sambal nasi lemak semalam. Hahaha. Pon sodapp.



Nampak tu, makan canai pun lebar senyum. Maafkan kualiti gambar yang kelam tu. Hahaha.
Lampu kat belah meja makan ni tak boleh nak on. Tu yang gelap kelam je tu.


Sementara tu, sempat jugak adun kek marble ni. Asyik buat orang punya je. Tetiba mami pun teringin jugak 🤣

Choc ganache balance buat tart coklat semalam ade lagi. Campur kan dengan badam cincang, curah je atas kek marble tu. Memang next level la kek marble tersebut. Hahaha


Cantik takkkk belang dia.

Ahnaff lepas dah makan roti canai, dia makan kek pulak. Tak cukup sepotong pulak tu 🤣.

Camne ni Ahnaff oiii.. 
Cita² mami nak kurus, tapi hobi asyik makan jeee 🤣.
Azam nak pi brisk walk pagi² pun tak terlaksana lagi. Haduiiiii.






Sunday, October 16, 2022

Nasi Lemak dan Kisah Tertinggal Kunci Rumah

 Assalamualaikum korang 😊.

Pagi ni memang pagi yang kelam kabut betholll.
Kelam kabut siapkan sarapan, buat kek dua biji dan tart coklat juga.
Patutnye boleh buat kek bertenang² je sebab biasanya tak buat sarapan pun.
Tapi malam tadi abah Ahnaff balik kerja tetiba dia cakap macam nak bawak bekal nasi lemak pagi ni 
Waktu tu dah jam 10.30 ye.
Dapur dah tutup dahhhhh.
Tapi disebabkan abah Ahnaff jarang sangat nak request masak pape, maka mami turutkan la jugak.
Stok cili blend pulak tinggal ciput je. 
Jam tu jugak la potong cili kering, rebus dan blend.
Cadangnye nak menyambal pagi ni, tapi bila fikir² semula, takut tak sempat pulak sebab pagi² nak buat kek dah.
Makanya buat je sambal malam tadi.


Nak dekat pukul 12 jugakla baru siap.


Bilis feveret. Buat sambal sedap. Goreng pun sedap. Rangup je. Import dari Tanjung Dawai ni 🤭. Tiap kali adik balik Kedah, kitorang mesti kirim bilis. Dia rajin pi Tanjung Dawai tu. Wajib beli sekilo ye. Untuk buat stok. Hihihi. 
Bilis mata biru, siap kopek: Rm60/kg

Budak dua tu pun tido lewat malam tadi.
Ahnasofea asalnye dah tido, tapi dia dengar je abah buka pintu, bulat mata dia. 
Menangis la mintak abah ambil dia.
Takpe la tido lambat sebab hari cuti.
Kalau hari sekolah, no wayyy yeee 🤣.
Siap menyambal, lap² dapur, kemas² dapur sikit, terus pi mandi. 
Sofea dah reyau nak mami sebab dia dah ngantuk la..
Puas dah main dengan abah dia. 
Suh tido dengan abah, taknak pulakkk 😏.

Ade bilis goreng, sambal bilis, tongkeng ayam goreng dan sambal daging. 

Sambal daging tu leftover semalam punya. 
Tak baik membazir kan, makanya panaskan semula dan buat lauk nasi lemak.
Tongkeng ayam tu atok belikan last week masa balik kg 🤭. 
Saje² je cakap dah lama tak makan tongkeng goreng, tuptup dia balik bawak tongkeng sekilo.
Suh bawak balik Puncak Alam.
Hihihi..terima kasih abah 😘.
Pagi tadi memang multitasking sungguh.
Sambil adun kek, sambil masak nasi, goreng bilis n tongkeng ayam.
Siap semua, dah hidang semua, buat tart coklat pula. 


Tart coklat

Marble choc oren

Kek oren

Dah settled semua, abah Ahnaff pun dah pegi kerja, budak² pun dah bersiap, turn mami pulak bersiap.
Memang tak sempat nak sarapan dulu. 
Dalam hati memang dah terdetik nak makan balik dari delivery nanti je. 
Time ambil kunci kereta, rasa macam dah ambil kunci rumah sekali sebab kebiasaanya camtu. 
Kunci kereta n rumah memang letak dekat² .
Tapi nak dijadikan cerita, kunci rumah tertinggal. 
Tak ambik pun 😅.
Dah tutup pintu semua baru tergerak nak check. 
Kat tangan cuma ade kunci kereta dan mask je.
Memang tepuk dahi lahh 🤣.
Yang penting hantar kek dulu. Kunci fikirkan kemudian. Hahaha
Laju² call abah Ahnaff, nasib baik dia baru sampai ofis. Tak keluar lagi.
Dari Saujana Utama terus pecut ke Bukit Subang pula.
Mujur dekat je 🤭.
Sampai je sana, dah nampak lori abah Ahnaff parking tepi jalan. Menunggu kitorang.

Tetap tersenyum walau dia memang dah lambat sangat. Pagi tadi pun keluar lambat. Pastu kene tunggu isteri datang ambil kunci pulak. 
Ni kalau mami yang kene camtu, mau dah masam mencuka je muka 🤣. 
Masa on the way tu memang dah cakap kat Ahnaff, takut kalau abah dia marah tapi, Ahnaff cakap abah tak marah la mami. Abah tak pernah pun marah mami. Abah selalu marah Ahnaff je. 🤣🤣


Nasib baik juga kejadian kunci tertinggal ni terjadi waktu abah Ahnaff ade kat sini je.
Kalau terjadi waktu dia outstation, masak laaaaa 🤭.
Dah la kek oren yang sebiji lagi tu untuk delivery tengahari. 
Kalau tak dapat ambil kunci rumah tu, mau mintak tolong kat jiran, hempuk je tombol pintu tu 🤣.
Papepun, dah selamat semuanya. 
Tombol pintu pun terselamat dari kene hempuk.
Hahaha
Sampai rumah, laju² makan. 
Lapoooo oiii 🤣.










Thursday, October 13, 2022

Cekodok Pisang Lagi

 Assalamualaikum korang 😊.

Petang tadi buat cekodok pisang lagi.
Permintaan anak bujang nan seorang tu la.
Balik sekolah tadi, masuk je kereta dia dah riuh bercerita pasal bekal yang dia bawak pagi tadi.
Makan berkongsi dengan kawan².
Bila kawan² puji cakap sedap, dia malu² pulak.
🤣🤣
Kadang lucu bila dengar dia bercerita pasal kawan² kat sekolah tu. 
Macam² ragam.
Habis bercerita pasal kawan², dia teringat pulak pasal cekodok pisang bila terpandang pisang tergantung kat kedai acheh tu.
Maka mami pun singgah la kedai acheh beli pisang 🤭.

Petang tadi sambil tunggu kek butter dan kek marble pelangi masak, mami pun adun la cekodok pisang.




Dah lenyek² pisang, amik bekas tepung beras, laaaa dah tinggal sikit je tepung beras tu.
Lupe nak beli tadi.
Ermm, derhaka sikit la kat resepi tu..
Tambah 2 sudu besar tepung gandum 🤣.
Still sedap taw. 
Rangup di luar, lembut di dalam.
Berebut² dua beranak makan cekodok pisang
 Hahaha

Saya makan dengan sambal tumis. Sedap wehhh. Pelik ke idokk 🤭.
Ralit makan. Sambil suap Sofea makan bubur nasi.


Malam ni tadi dia ade taekwando. Tu pasal dinner pun cekodok pisang je. Kalau ade taekwando, dia taknak makan nasi. Nanti nak muntah dia cakap 🤣.


Dah lama x buat marble pelangi ni.

Marble pelangi n butter cake 😊.


Kawan sekerja Kakak Amirah yang order.
Sekarang ni nak ambil order pun kene berkira². 
Sebab telur ayam susah nau nak dapat. 
Kemain payah lagi nak dapat gred A. 
Kebanyakan kedai acheh ade gred b dan c je 😑.
Jenuh pusing Puncak Alam kadang tu taw. 
Semata nak carik telur.
Sabo je laaaaa.





Koppi Cup Cafe, Teluk Intan

 Assalamualaikum korang 😊.

Sejak pertama kali makan kat Koppi Cup Cafe ni, memang Ahnaff suka sangat.
Balik Perak je mesti dia akan ajak makan kat situ.
Memang kene betul dengan taste dia 🤣.
Menu pulak tak bertukar, tetaplah setia dengan chicken grilled dia tu.







*Sumber gambar dari FB Koppicup Cafe.


Nutella Cheesecake untuk mami. Kecik comel secoet je 🤣.


Oleh kerana air faveret dia takde, dia pilih pulak air mango blast. Sedap jugak. Masam² gitu. While air orang lain semua yasher² je 🤣. Air dia je yang amboii kemain. 

Tengok la tu. Semua dalam pinggan tu licin taw. Kecuali telur kuning n fries tu sebab ade mayonis sos, dia tak berapa suka.

Abah Ahnaff makan chicken grilled jugak kalau tak silap.
Opahchu makan chicken chop.
Mami makan cheesecake je sebab dah kenyang.
Kalau lapar, pilihan mami semestinya Berlado spicy chicken rice 👇.

Berlado spicy chicken rice. Memang berapi pedasnye. Puas hati makan. Hihihi

Ni air feveret dia. Strawberry vanilla blended. Pic lama ni.

Kalau turun Teluk Intan, sila singgah ye 😉. 






 





Cerita Bercampur #13102022

 Assalamualaikum korang 😊.

Fuhhh.. lamanya tak update sini.
Sibuk berjalan rumah orang je.
Rumah sendiri berhabuk² dah nihh.
🤭
Banyak cerita tapi tak tau nak cerita ape. Hahah
Dilema mak mak ke nihh

Cekodok pisang dan nasi goreng yasher². Vekodok pisang tu guna resepi mak Cella, memang menjadi tau. Tak guna tepung gandum, cuma guna tepung beras. Sedap. Tak serap minyak macam selalu. Sampaikan Ahnaff cakap "mami dah pandai buat cekodok hitam macam nenek" 🤣.
Saya buat ni guna 5 biji pisang berangan, gula 1 sudu, secubit garam dan tepung beras agak² je. Hihihi. Adunan sedang² je. Tak cair sangat dan tak terlalu kental. Petang ni kalau rajin nak buat lagi 🤭.


Dia makan nasi goreng campur dengan cekodok. Tak pe nak, janji mau makan. Habis yang mami masak. Cekodok tu sekejapan je dah licin. Tak sempat abah dia nak merasa. Hahaha


Ni cekodok bilis bawang. Tak ingat hari ape. Biasanya kalau tak berapa rajin nak masak dinner, memang buat cekodok camni je. Sebab dah terbiasa dinner pukul 6.30-7petang, so anak² pun ok je. Malam memang dapur tutup dah. Takde masak or makan malam². Kalau Ahnaff lapar or dia rasa nak kunyah², biasanya dia carik biskut atau roti. Tapi jarang sangat lah sebab dia tu pukul 8.30 dah tido dah 🤣.

Roti sosej. Permintaan Ahnaff nak bawak bekal gi sekolah. Mami turutkan jela permintaan dia. Asalkan semua bahan cukup, mami onzz aje.

Bawak 4 ketul, boleh share dengan kawan.

Cerita atas ni semua throwback ajeee. Hahaha. 
Tak ingat dah hari ape. 
Ade yang minggu lepas, ade yang 2 minggu lepas.
Hihihi

Haaaa..yang ni baru pagi tadi. 


Bawak 5 ketul. Feveret dia ni.

Pagi tadi abah Ahnaff pagi² dah keluar pi keje.
Lepas subuh terus gerak.
Makanya pagi ni mami la siapkan Ahnaff n hantar dia sekolah.
Pukul 7 kejutkan dia bangun, mandi, siap².
Dalam pukul 7.30 camtu tetiba dia tanya "mami buat tak dorayaki? Nak bawak bekal".
Aduhhhh nak oiiii..
Memang dari semalam dia mintak tapi mami lupe. Hahaha.
Jadinye tadi, cepat² adun. Buat pun sikit je. Dapat la 7 ketul camtu.
Mujur sempat sampai sekolah sebelum pukul 8. 
Ngam² pukul 7.58 pagi sampai depan sekolah. Hahaha


Pic lama ni

DORAYAKI VERSI MUDAH
100gm gula - boleh kurangkan
3 biji telur
140gm tepung naik sendiri
Nutella secukupnya (sapu pada pancake yang dah siap dan kapitkan dengan sekeping pancake).
- Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan sedikit esen vanilla.
- Masukkan tepung naik sendiri dan kacau rata.
- Biarkan adunan lebih kurang 10minit sebelum boleh dimasak. 

* Tips masa memasak - Kalau nak gebu n lembut, jangan tunggu sampai permukaan pancake tu terlalu berlubang² dan kering. Agak² dah ade buih², or lubang sikit² tu, terus terbalikkan je. Nanti dia naik cantik je. 😊
- siapppp.





Thursday, September 15, 2022

Lawatan ke Selangor Fruit Valley

 Assalamualaikum korang 😊.

Harini (15/9/2022), Ahnaff gi rombongan sekolah.
Seronok dia hajat nak naik bas dah tercapai.
Naik bas dengan kawan² pulak tu. Lagi la dia seronok.
Mula² masa dapat tau ade lawatan sekolah ni, mami pun rasa macam nak ikut.
Sebab macam tak harap nak bagi dia pegi sendiri.
Tapi abah Ahnaff cakap, biar la dia cuba pegi sendiri tanpa mami dan abah. 
Nak tengok dia boleh bawa diri ke tak.
Baiklah..terpaksa mami dan Sofea mengundur diri 🤣.


Mami dan Sofea lambai dari bawah je la. Yang dia dah tersengih² suka. 😆

Seramai 54 orang pelajar yang turut serta dalam lawatan ni.
Guru pengiring pula ada 7 orang.


Kemain sengih 🤭

Ahnaff minta mami buat roti cheese. Dah lama tak buat roti dia cakap. Buatkan la juga untuk bekalan dia gi rombongan. Buat 54 biji comel². Tak sempat nak pintal², mami buat bulat² gitu je 🤣.
Untuk Ahnaff, mami pack kan dalam plastik lain. 4 biji. Habis dia makan. Tinggal plastik kosong je dalam beg. Yang dia bawa balik, makanan ringan yang pihak sekolah sediakan (air kotak, mini roll cake dan roti). 

Pukul 2.45 petang dah selamat sampai sekolah. 

Tak jauh mana pun Selangor Fruit Valley tu dari Puncak Alam ni. Perjalanan lebih kurang 40 minit camtu.
Gerak jam 8.30 pagi, dalam pukul 9.30 pagi teacher dah maklumkan dalam group whatsapp, rombongan dah selamat tiba ke destinasi.
Lega jugak la hati mami ni bila teacher maklumkan aktiviti yang dilakukan dari semasa ke semasa. 
Dalam jam 2.45 petang, dah dimaklumkan rombongan dah selamat sampai sekolah.
Jadi, boleh la kutip anak masing² 🤣.
Dari pintu sekolah lagi memang dah nampak muka dia happy. Tersengih meleret.
Seronok sangat la tu.
Balik bawa buah jambu batu 2 biji dan sebekas buah potong (nenas dan jambu batu).
Riuh mulut bercerita pengalaman naik bas, main² dengan arnab, bagi makanan kat rusa. 
Cerita pasal lebah, cerita pengalaman petik buah jambu batu.
Macam² la cerita dia. Bercampur². Hihihi
Alhamdulillah. Rezeki Ahnaff dapat berjalan dengan kawan² dan teachers semua. 





Balik Kampung Habiskan Cuti Sekolah

 Assalamualaikum korang 😊.

Rabu (7/9/2022) sampai puncak Alam. 
Balik dari bercuti kat Kuantan tu.
Malam tu baru teringat Jumaat ade tempahan kek.
😅
Dah la dah janji dengan Ahnaff, balik bercuti nak balik rumah Perak dan balik rumah atok nenek.
Memang dah plan nak balik Jumaat.
Pagi tu hantar kek dulu pastu baru gerak balik kampung.
Macam biasa balik kampung bertiga je. Abah Ahnaff kerja dah.

Brownies nutella. 

Kek butter nutella cheese. Kek ni payah nak potong siap² sebab cheese atas tu dia jadi garing kan, bila potong terbenam, comot jadinya. Huhuhu.
So kalau ade yang nak order memang bagitau siap², kek ni tak potong. Kene potong sendiri 🤣.
Buat 2 biji kek ni. Sebiji Kaklong order, sebiji lagi potong dua bawak balik rumah perak n rumah atok nenek.

Balik rumah Perak takde aktiviti sangat. Lagi balik bertiga je, memang takde ke mana la.
Balik pun sebab sian kat OpahChu. Lama tak nampak cucu².
Balik nak ubatkan rindu dia kat cucu² 🤭.

Balik Sg Besar banyak aktiviti 😅
Rumah kampung kan. Sibuk main kat luar, tv pun tak sempat tengok.
Ahnaff sibuk main basikal dan tolong Paksu uruskan Meroh, Belon, ni dah bertambah lagi 2 ekor. Tom dan Jerry.
Kemain nama pun, nak internasional je. Hahaha


Suka la dia. Hajat nak pakai but macam Paksu terlaksana. Senang nak tolong Paksu katenye 🤣.



Paksu bagi can kat dia mandikan Belon. Kembang kempis hidung sebab bangga sangat. Padahal dia duk sembur setempat je. Sian la Belon, lebam perut dia. Hahahaa

Pagi ahad nenek masak nasik lemak, sambal udang. Pedas tak tahan, tapi sedap namatiiii 🤣.
Puas makan dengan nasik plus meratah lagi. Takde orang, udang pulak banyak. Puas la makan. 

Dalam pukul 4 petang tu gerak balik Puncak Alam, alhamdulillah pukul 6 petang dah sampai.
Habis dah la cuti sekolah yang pertama untuk Ahnaff.