Thursday, September 15, 2022

Balik Kampung Habiskan Cuti Sekolah

 Assalamualaikum korang 😊.

Rabu (7/9/2022) sampai puncak Alam. 
Balik dari bercuti kat Kuantan tu.
Malam tu baru teringat Jumaat ade tempahan kek.
😅
Dah la dah janji dengan Ahnaff, balik bercuti nak balik rumah Perak dan balik rumah atok nenek.
Memang dah plan nak balik Jumaat.
Pagi tu hantar kek dulu pastu baru gerak balik kampung.
Macam biasa balik kampung bertiga je. Abah Ahnaff kerja dah.

Brownies nutella. 

Kek butter nutella cheese. Kek ni payah nak potong siap² sebab cheese atas tu dia jadi garing kan, bila potong terbenam, comot jadinya. Huhuhu.
So kalau ade yang nak order memang bagitau siap², kek ni tak potong. Kene potong sendiri 🤣.
Buat 2 biji kek ni. Sebiji Kaklong order, sebiji lagi potong dua bawak balik rumah perak n rumah atok nenek.

Balik rumah Perak takde aktiviti sangat. Lagi balik bertiga je, memang takde ke mana la.
Balik pun sebab sian kat OpahChu. Lama tak nampak cucu².
Balik nak ubatkan rindu dia kat cucu² 🤭.

Balik Sg Besar banyak aktiviti 😅
Rumah kampung kan. Sibuk main kat luar, tv pun tak sempat tengok.
Ahnaff sibuk main basikal dan tolong Paksu uruskan Meroh, Belon, ni dah bertambah lagi 2 ekor. Tom dan Jerry.
Kemain nama pun, nak internasional je. Hahaha


Suka la dia. Hajat nak pakai but macam Paksu terlaksana. Senang nak tolong Paksu katenye 🤣.



Paksu bagi can kat dia mandikan Belon. Kembang kempis hidung sebab bangga sangat. Padahal dia duk sembur setempat je. Sian la Belon, lebam perut dia. Hahahaa

Pagi ahad nenek masak nasik lemak, sambal udang. Pedas tak tahan, tapi sedap namatiiii 🤣.
Puas makan dengan nasik plus meratah lagi. Takde orang, udang pulak banyak. Puas la makan. 

Dalam pukul 4 petang tu gerak balik Puncak Alam, alhamdulillah pukul 6 petang dah sampai.
Habis dah la cuti sekolah yang pertama untuk Ahnaff. 











3 comments:

  1. Untung Ahnaff ada banyak aktiviti kat kampung..bukan semua rakan sebaya dia berpeluang..
    Tu dapat pakai kasut pua chu kang tu pasti rasa puas hati tu..Kita pun pernah jd kanak-kanak kan..🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Kalau kat kg banyak aktiviti dia buat. Main keliling rumah. Puas hati tengok dia berpeluh². Hihihi.
      Tapi, waktu saya kecik dulu tak banyak explore macam dia. Atok garang dulu². Bnyk main dalam rumah je dengan kakak n adik. Hihihi

      Delete