Friday, June 17, 2022

Cerita Bercampur #170622

 Assalamualaikum korang 😊

Harini pagi² dah keluar rumah.
Hantar Ahnaff pegi sekolah, sekali dengan delivery kek Pandan Gula Melaka ke Tasik Puteri, Rawang.
Nama je Rawang, padahal sebelah P.Alam ni je haaa.
Mujur tak jem pagi tadi. 
Sebelum pukul 9 tadi dah sampai rumah semula.

PGM

Kek PGM ni kawan UUM yang order.
Yang mengoder pulak tukang buat kek n kuih muih tradisional, aduhhhh segan jugak rasanya.
Tapi disebabkan kite ni pun teringin nak merasa kek pisang n kuih kole kacang dia tu, kite onzz kan la jugak order yang dah lama dia duk kecek² tu. Hahaha

Menggoda kan kek pisang dia ni.. memang sedap. Moist n tak manis sangat. Saya tak pandai nak buat kek pisang cantik merelip gitu. So, order jela dari yang pakar. Hihihi

Kole kacang. Pun sodap. Sebetulnye saya tak pernah merasa kuih kole kacang. Tapi, sebab selalu nampak dia update kuih ni, tu yang macam teringin nak rasa. Alhamdulillah, sedap rupenye 😁.
Dah plan nak order lagi untuk kenduri akikah 'Atiyyah Najah, minggu depan. 

Otw pergi dia dah mengantuk dah sebab bangun pagi² kene mandi bersiap. Menangis jugak tengah jalan tadi sebab dia mengantuk.

Otw balik terus tido semula. Sampai kat parking rumah pun still tido.


Yang ni cerita malam tadi, hantar n tunggu Ahnaff gi kelas taekwando. Kelas sejam je, rasa macam tak berbaloi nak berulang amik dia. Kesudahannye tunggu je la dalam kereta. Hujan pulak. Yang si Sofea ni pulak bukan jenis boleh duduk lelama kat carseat tu. Nak berdukung la jugak dia. Dah dukung, tak taw diam pulak. Ade je benda dia nak godek 🤣. Haihhhh Sofea, Sofea.

Ni tadi cerita lepas ambil Ahnaff balik sekolah. Mummylong dia ajak gi lunch. Lepas ambil dia, terus la jumpa je kat kedai. Kemain gembira dia dapat jumpa mummylong. Maklum la..dah seminggu lebih diorang tak jumpa.



Elok je sampai rumah, orang kurier sampai, anta barang. Nak dekat setengah bulan menunggu benda ni sampai 😅. Seller pos guna Flash Express. Masalahnye, collect 1/6 aritu, tapi scan masuk sistem baru kelmarin. Kemain lama nya ponnnn. 
Tapi takpelah, bukan urgent nak pakai pun. Cuma tu la kan, beli barang, selagi tak sampai, selagi tu la rasa tak tenteram nak kemana mana. Kang keluar, barang sampai pulak. Bila ditunggu, tak sampai² pulak.. 🤣
Masalah betholllll.












Thursday, June 16, 2022

Durian, Durian, Durian

 Assalamualaikum korang 😊

Sakan tahun ni makan durian. Hahaha
Tebus dendam tahun lepas sebab tahun lepas mengandungkan Ahnasofea, tak dapat makan durian puas².
Time mengandungkan Ahnasofea, boleh pulak kene GDM, maka berpantang makan la mami ni haaa
Lagipun time tu memang tak boleh nak makan durian sangat, dia jadi cam pening² angin gitu.

Ni mousang king yang abah Ahnaff dapat kelmarin. Semalam dia wasap, dapat lagi sebijik 🤣 tapi sebab malam tadi dia tak balik, tak tau la wujud lagi ke idok duriannye..hahaaha

Balik sekolah terus mengadap durian. 

Ini durian kampung je. Dari Perak. Tak pasti belah mana. Abah Ahnaff order dari abang ipar dia. 


Suka yang jenis camni. Sebijik² dia je..tak kongsi bilik dengan yang lain. Hihihi

Haritu memang dah taw abah Ahnaff ade order durian kat abang ipar dia. Cuma tak pasti durian sampai hari ape dan pukul berapa.
Semalam durian sampai. Dah dekat pukul 4 baru bagitau mintak tolong ambil kat Sekyen 17, Shah Alam. 
Haduiiii..lemah betul nak keluar petang² time orang balik kerja.
Dah tentu² jem 😑. Tapi sebab isteri solehah kannnn..kene gi ambil la jugak. Nanti yang nak makan Ahnaff ngan mami jugak ponn 🤣
Abah Ahnaff tak makan sangat durian. 
Dia syok membeli je. Yang tukang makan kitorang lahh. Syukurrrr tak berebut.hahaha
Yang abang ipar pun satu hal jugak, dah kate nak 5biji  je..nahhhh..dia bagi sampai 10 biji..tu yang terkejut semalam tu..hahaha
Mabuk durian laaa 2 beranak.
Ontheway pergi Shah Alam alhamdulillah tak jem sangat. Jem manja² je.
Perjalanan balik tu boleh pulak menyimpang sampai ke Kapar nuuu.. haduii..silap jalan. Hahaha
Konon nak elak jem, tapi silap lorong, terus sampai ke Kapar peginye. Tak jem cuma jauh sikit je la.
Sampaikan si Ahnaff cakap, "kite jalan² ke mami?"
Hahahhaa..ku iya kan aje.
Mujur Sofea pun elok je tak menangis sangat.
Sampai rumah, mandikan budak dua tu, bagi Ahnaff makan, lepas solat marghrib baru bukak durian tu.
Bagi Ahnaff rasa sikit² je durian tu sebab balik sekolah tu dia dah makan mousang king.
Kang makan banyak² pening pulak dia.
Kopek semua durian tu, masuk dalam tipuware, masuk dalam fridge sejuk beku. 
Settled 😅

Bagi si dara sorang ni rasa sikit. Tapi macam tak berapa amik port pun dia. Hahaha






Wednesday, June 15, 2022

Ole-ole dari Terengganu

 Assalamualaikum korang 😊

Minggu lepas masa cuti sekolah tu, Atok, Nenek, Mama n Makcik sekeluarga pegi jalan² Terengganu.
Dari 9hb sampai 11hb.
Kami sekeluarga memang tak dapatla nak ikut.
Abah Ahnaff kerja, susah nak cuti 🤭

Kalau kat Terengganu, tak sah la kalau tak gi Pasar Payang kan.. Tak sah jugak kalau tak memilih batik 🤣

Kitorang adik beradik suka batik cotton
Kalau pegi or ade yang pergi, mesti kirim batik cotton.
Tu yang sampai² je diorg kat bumi Ganu, terus open order batik cotton untuk adik beradik yang tak dapat pegi 🤭



Yang ni, dalam pic nampak macam kuning cair dia punya tanah tu.. rupenyeee kelabu daaa 🤣. Macam pic yang atas tu. Betapa pencahayaan memainkan peranan ehh...

Saya pilih dua helai tu la..tak taulah kenapa beli sampai dua. Nafsu la tuuu..hahaha
Ralit pilih batik sampai lupe nak kirim tudung bawal sulam tangan.
Ermmm..mungkin nak kene pi pilih sendiri ni kot kann.

Sotong ni pun dari Ganu. Kakyong rupenye kirim sotong kat diorg. Tak kabo² pun. Taw² dia anta sotong bakar ni. Sotong tu sebenarnye dia bakar sekor² besar camtu. Tapi ni saya potong² sebab nak buat sambal 🤣

Haaa..dah jadi sotong sambal. Awal masak harini. Pukul 10 dah siap masak nasik n lauk. Nanti Ahnaff balik sekolah, gorengkan dia telur dadar kalau dia nak makan. 

Ahnaff n Sofea dapat baju sorang sehelai. Dapat jugak keropok lekor dari mama.



Durian ni bukan dari Ganu. Tapi dari Rawang 🤣. Pagi tadi bangun tido macam ade bau durian. Bila masuk dapur, ehhh..ade durian tergolek atas table top. Rupenye malam tadi abah Ahnaff bawak balik durian. Bukan beli, tapi orang bagi. Malam tadi dia balik lambat, memang xsedar ape dah masa dia sampai tu. Rupenye durian tu dapat dari kilang yang dia pegi supply gas nitrogen malam tadi. Kilang eksport durian mousang king.  Tak taulah yang dia dapat ni reject ke ape, tapi tengok macam elok je. 
Yang paling gembira mestilah si bujang sorang tu. Siap pesan, "mami jangan bukak taw. Tunggu Ahnaff balik sekolah". Mujur dia tak mintak nak makan pagi tadi. Kalau tak, pitammm cikgu n kengkawan.hahahaha






Monday, June 13, 2022

Dinner 130622 - Satay

 Assalamualaikum korang 😊

Amboiiii sejak datang angin rajin ni, kemain galak update entry aje.
Sehari 2,3 entry 
Kalau angin malas sampai, seminggu sekali pun payah nak menaip 🤣
Sebenarnye dari lepas raya aritu dah teringin satay
Tapi disebabkan krisis ayam yang terjadi baru² ni, kedai satay yang biasa kami pegi tu tak bukak pun.
Nak beli kat tempat lain, risau tak menepati citarasa peminat satay no 1 ni...
Sape peminat satay no 1 tu?
Mami AhnaffSofea ni laaaa 🤣
Petang tadi pi jemput abah Ahnaff kat tempat kerja dia.
Berjemput la sebab petang sabtu aritu kami yang pi hantar dia kat tempat kerja sebab hujan.
Petang sabtu pegi, petang isnin baru balik 😅


Yang terpaling penat dia la 🤣. Masuk kereta, belum keluar P.Alam dia dah tido dulu.

Petang tadi pun masa keluar rumah dah mendung².
Masuk je kereta hujan rintik².
Sepanjang jalan jugak la hujannye. Mujur perjalanan melawan arus, jadinya tak lah terlibat dengan jem orang yang balik kerja🤭.
Abah Ahnaff masuk kereta je, soalan pertama dia, "nak makan ape?" Hahaha
Kari ikan n tumis kangkung ade lagi so tak perlu singgah makan kat mana² 😄
Tapiiiii, ade tapi ye, oleh kerana balik tu ikut Elmina, kat RnR Elmina ade Satay Kajang. Satay Samuri. Sanggup abah Ahnaff keluar ke Elmina East sebab nak menyeberang ke RnR tu 🤭.
Ingat pulak dia yang isterinya dah lama teringin satay.
Alhamdulillah, dapat la mami makan satay malam ni. Hihihi

Sementara tunggu satay siap. Dia mana boleh nampak abah. Terkinja² nak ikut.

Abah pi amik satay, dia tinggal dalam kereta. Sebab tak duk diam, mami lock dia 🤣. Tapi Ahnaff marah. Dia cakap "sian Sofea".

Ermmm.. peluang yang dinanti². Adik keluar je dari carseat, dia cepat² ambil alih 😏. Ahnaff duduk kat carseat sampai 4 tahun. Adik dah lahir baru dia belajar duduk kat seat belakang.

Satay yang diidamkan 🤣

Satay ayam

Dah lama taw tak makan satay Samuri ni. Kalau tak silap, last makan masa Ahnaff kecik lagi. Setahun lebih kot dia masa tu.
Bagi saya, satay Samuri ni masih sedap macam dulu² jugak
Size besar. Makan 5 cucuk pun dah kenyang.
Tadi abah Ahnaff beli satay ayam, daging n hati.
Satay hati tu kadang ade, kadang takde.
Kira malam ni rezeki la sebab ada.
Puas hati sungguh dah dapat satay 🤭. Ahnaff pun makan kemain sedap. Habis 5 cucuk jugak tadi.

Terima kasih abah AhnaffSofea.









Lunch 130622

 Assalamualaikum korang 😊

Harini rajin pulak saya masak lunch 🤭
Duk mengenangkan ikan yang adik bongsu bagi aritu
Tu yang jadi rajin nak masak tu
Kalau tunggu² lagi, nanti dah x sedap pulaknye
Hobi Paksu Ahnaff tu memancing. 
Tu yang selalu dapat stok ikan best² tu 🤭
Untung kakak² dia. Hulur je sepuluh ke dua puluh ringgit, dia ok je. Janji lepas dia pi minum² katenye.
Last week balik cuti tu, dia pesan suruh bawak balik ikan kaci saiz sedang.
2 hari sebelum tu dia gi memancing kat kolam berbayar.



Perancangan awal cuma nak masak kari ikan dengan sambal belacan je. Pastu nanti potongkan timun je buat ulam.
Korek² peti sejuk cari timun, ehhh ade sayur kangkung yang nenek bagi haritu
Nak layu dah pun
Sebabkan sayang nanti terbuang maka kite tumiskan cincai² je lah 🤣
Oleh kerana nasik dah masak awal² sebelum keluar ambik Ahnaff tadi, bawang pun dah siap² kopek, makanya cepat je la proses masak memasaknye.
Dari awal memasak sampai siap masak, Sofea pun tido elok je lena.
Mami pun ape lagi, terus cedok nasi, makan je terus.
Elok je habis makan, dia pun bangun. Terbantut niat nak ratah kepala ikan tu 🤣.

Sedap betul kuih ni. Tak ingat ape nama dia tapi memang sedap lembut je. Sebelum ni pernah beli kat orang lain, tapi keras. Yang ni akak kedai bakery yang selalu saya beli barang bakery tu yang buat. Sedap makan sejuk². 




Grocery day

 Assalamualaikum korang 😊

Ni cerita hari sabtu 🤭
Agak lambat berbelanja bulan ni
Gi carik barang kat Lotus Kuala Selangor sebab sekali dengan nak menyinggah kedai emas, nak amik gelang Sofea
Kalau tak kerana nak amik gelang tu, shopping barang dapo kat P.Alam je sudahhh 🤣

Dua beranak ni memang enjoy shopping barang dapo. Yang bujang kecik tu mestilah suka sebab dapat paw abah mainan 🤣. Tiap bulan kene scam.

While mami n Sofea jalan santai² je. 


Tak banyak nak kene topup sebab stok makanan kering banyak lagi. Untuk troli yang tak berapa penuh ni pun dah sampai rm300++ 😌. 

Kebiasaanye hal² topup barang dapur ni memang tugas abah Ahnaff
Walau mami Ahnaff ni surirumah sepenuh masa, tapi jangan la suruh dia pilih ikan, pilih bawang. Memang tak reti dia 🤣
Saya cuma taw masak je.
Pilih memilih bahan basah memang bukan kepakaran saya.
Sejak dari awal kahwin dulu memang abah Ahnaff yang suka pilih bahan² basah, barang² dapur.
Tugas saya cuma tolak troli je.
Kadang tu rasa jemu gak sebab lama betul menunggu dia pilih bawang, pilih kentang, pilih ayam ikan. 
Tapi, nak buat camne kan, kang yang nak makannye saya jugak 🤣
Ahnaff suka la dia kalau cakap nak gi beli barang dapur
Sebab dia taw, mesti dapat paw abah dia 🤣
So, haritu dapat dia paw mainan yg dia kate belum ade lagi (padahal mami tengok mainan dia sama je semua - hal² mainan ni dia banyak sembang ngan abah dia je..hahaha), spender marvel n sandal untuk gi sekolah.
Ni dapat barang2 kering je. Bahan basah abah Ahnaff kate nak gi carik kat Segi Fresh pulak.
Iyolahhhh..den ikut je. 

Ni bekal upah untuk mami sebab petang tu abah Ahnaff nak gi outstation. 

Sebelum balik singgah lunch kat TCRS dulu
Tapi mami dengan abah je yang makan. Ahnaff taknak makan pun sebab dia kate dah kenyang. Tapaukan je untuk dia incase kang petang tetiba dia nak makan nasik.


Ni budak tak reti diam ni. 

Ambik set yang ni sebab abah Ahnaff suka bendi tu, mami pulak suka kerabu mangga tu 😊


Nak dijadikan cerita, masa tengah berbaris tunggu turn nak bayar tu, tetiba staff TCRS tu cuit bahu saya sambil hulurkan rantai tangan Sofea. 
Dia cakap jumpa kat bawah meja.
Aduhhh..terkejut betul. Memang tak perasan langsung rantai tangan dia tu tercicir.
Mujurlah staff tu jujur n bagi rantai tu kat kami.
Kalau tak, sempat merasa pakai rantai tangan baru setengah jam je la Sofea oiiii.
Alhamdulillah masih ade rezeki Sofea 😊
Walau rantai tangan tu tak besar pun, biasa² je tapi tu hadiah pertama dari abah dia.
Baru ambik dari kedai pulak tu 🤣.
Balik tu singgah Segi Fresh jap, pastu terus balik rumah.
Rushing balik sebab petang tu abah Ahnaff kene gi outstation ke Kulim.
Tinggal lah 3 beranak duk diam² kat rumah hujung minggu tu..hahaha
















Saturday, June 11, 2022

Jalan-jalan carik sotong goreng tepung

 Assalamualaikum korang 😊

Masih lagi cerita throwback 🤣
Petang sabtu tu, Kakngah (mama- anak² buah panggil kakngah mama) ajak makan sotong goreng tepung
Kedai tu kat Sungai Pulai, Sabak Bernam
Nama kedai tak ingat pulak..hahaha

Bukan senang nak tengok dia duk diam kat nenek


Si baju merah tu duk meninjau kawasan. Kesana kesini dia. Sebab tak de orang pun masa kami sampai tu.

Orang belakang tu la yang belanja 😏

Dua orang ni memang best friend

Ni la sotong goreng tepungnye

Selain sotong goreng tepung tu, ade order makanan lain juga
Order mee hailam, nasi goreng cina, nasi goreng kampung n nasi goreng ikan masin 
Sotong tu pulak, bukan guna sotong biasa tapi, guna sotong katak
Tapi bagi pendapat saya, sedap lagi sotong biasa 🤣
Overall ok² je makanan kat kedai ni
Takdela sedap sampai langit sangat n xde la xsedap sampai rasa xnak datang lagi.
Untuk semua makanan kat atas tu, total semua rm200++ lebih kalau x silap.
Kalau pi makan kat Kuala Perlis dah sedap dahhhh 🤣
Tapi takpelah, dah mama nak belanja, onzz jelah
Tak sampai hati nak tolak..hahaha
Tq mama!