Monday, March 6, 2023

Selamat Pengantin Baru Kakak Amirah.

 Assalamualaikum semua 😊.


Majlis yang ditunggu² seluruh keluarga kami.
Selagi tak selesai majlis, selagi tu la duk berdebar².
Selagi tu la duk risaukan itu ini.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan sempurna.
Orang jawa kan, tak sah kalau tak buat kenduri kahwin 3hari 3malam 🤣.
2 minggu sebelum majlis memang berulang alik je ke rumah kakyong.
Tolong pape yang patut. 




Korsej untuk yang datang menolong ni pun mami yang buat. Sambil² Sofea tido tu, sambil la mami lipat duit 🤣.



Bermula 17/2/2023, majlis berinai dan buat bacaan tahlil sikit.
Tak ambil gambar pulak masa malam berinai tu.
Kami adik beradik pun berinai juga. 
Tak padan dengan anak kecik la mami ni ponnn 🤣.
Jenuh adjust tangan time sofea nak menyusu.
Mujur kejap je dah kering.


Pic ni amik kat ig kakak Amirah 😅.


Pilih corak yang simple je.😊

18/2/2023 - Majlis akad nikah.
Majlis akad nikah dibuat kat rumah je dan  dijalankan pada sebelah pagi.
Lebih kurang pukul 9 camtu.

#jarijemaridede 🤣. Buat simple² gini boleh la. Tak la kebabooom sangat. Tapi ok la tu kannn.



Hantaran dari pihak lelaki.


Dah kate makcik tukang buat kek kann, makanya Dede sponsor la kek pengantin 🤭. 
Kek yang bawah tu kek pandan gula melaka. Yang atas tu red velvet. Alhamdulillah, semua yang makan cakap sedap 😊.





Kak Mighaa kesayangan sepupu² kecik dah jadi milik orang 🤭.


6 beradik perempuan. Yang bongsu lelaki. Takde dalam gambar sebab dia datang petang.

19/2/2023 - Majlis Bersanding (kenduri besar).
Kenduri besar ni buat kat Masjid Puncak Alam.
Gabung sekali dengan pihak lelaki sebab pihak lelaki pun dari Puncak Alam juga 🤣.
Pusing² pun kawan diorang orang yang sama je.
Buat majlis sekali je senang kan. 


Goodies ada roti gardenia, kicap, sos dan cotton candy untuk budak².



Pia dah tukar uniform dah 🤣.

Tahniah kakak dan Hanbal. Moga ikatan yang dibina berkekalan hingga je jannah.


Alhamdulillah, selesai dah majlis kakak.
Penat rupenye ehh nak menguruskan majlis kahwin ni.
Dulu jadi pengantin tak la penat gini sebab fikir pasal diri sendiri je 🤣.






















14 comments:

  1. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selamat pengantin baru buat Kak Amirah.

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaaa...alhamdulilah selesai majlis...kenduri memang seronok, nak mengemasnya tu..next will be my turn..September....serammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SA. Ni pun nasib baik buat kat rumah sikit je. Tak la teruk sangat nak mengemasnye. Ermmm, tak lama je lagi September tu. Moga dipermudahkan urusan SA ye 😊

      Delete
  3. Buka-bukak blog nampak muka Sofea comelll...Tahniah semua!

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat pengantin baru, orang jawa kalau buat kenduri kawin mmg meriah lain macam, dia punya goodies pun macam2 ada

    ReplyDelete
  5. cute sofea pakai gaun....mummy memang tangan berseni sgh la hantaran cantik kek pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Buat simple² camtu boleh la kak. Konsep dia kene redha je ape yang jadi 🤣

      Delete
  6. Aloolollo..
    comelnya cik Pia..
    Masyaa Allah berseninya #jemaridede
    Tahniah KakMighaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih makngah.
      Buat simple² camtu boleh la..kalau nak yang kebabom meletop tu memang tak dapek laaaa. Hahaha

      Delete
  7. tunggu majlis Sofea nanti, lagi berganda penat emak pengantin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak pengantin, setahun sebelum majlis dah pening n penat 🤣

      Delete