Tuesday, March 21, 2023

Sekinchan. Hantar Kek dan Jalan².

 Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š.



Maaf la ye, entry semua yang throwback punya ๐Ÿ˜….
Tengah nak mengejar kembali ke waktu yang sebenar. Hihihi
Ahad, 12hb haritu, ada order kek PGM 5 biji.
Oleh kerana yang mengoder ni kira macam sedara jauh, bau² bacang camtu, haruslah kite ambik ๐Ÿคฃ.
Walau jauh nak kene delivery ke Sekinchan.

Ni je gambar yang sempat ambil. Nak keluar delivery pagi². Rushing nak menyiapkan dua ketul tu, nak siapkan diri sendiri lagi. Sudahnya tak ambik pun gambo kelima² kek ๐Ÿ˜…. 

Sampai Sekinchan dalam pukul 8.30pagi. 
Dah tentu la kendurinya pun belum bermula kan ๐Ÿ˜†.
Jadinya CikDah suruh kitorang makan sarapan je dulu. 

Kuih koci labu dan lemper (kuih jawa).

Roti canai yang sangat lembut dan gebu. Kuahnya pun sedap.


Yang ini, dapat roti canai memang tak toleh² dah ๐Ÿคญ.


Keratan rentas lemper. Lemper ni sejenis kuih yang lebih kurang macam pulut panggang. Luarnye pulut, dalamnya inti kelapa pedas. Bentuk patsegi kecil dan cara masaknya adalah dikukus. 
Sedap betul lemper yang ni. Lemper ni kalau inti dia sedap, memang sedaplah jadinya.

Byeee CikDah. Terima kasih sudi order kek kite ๐Ÿ˜˜.

Ontheway balik tu, singgah kat tempat viral ni.
Tempat kapalterbang landing tengah sawah ๐Ÿคญ.
Berenti kejap untuk ambil gambar je.






Tak lama pun, dalam 10 minit je kat situ.
Pastu terus balik Puncak Alam semula. 
Ehhh, tak balik lagi.
Pi Sg.Buloh pulak. Saje jenjalan kat Mr.Dollar n KIP Mall tu ๐Ÿ˜†.
Yang tu citer esok la ehh. Hihihi










2 comments: