Monday, March 27, 2023

5 Puasa

 Assalamualaikum semua 😊.


Semalam Ahnaff berjaya puasa penuh lagi sehari.
Menu berbuka semalam takde ape pun.
Dia request nak makan nasi impit rendang ayam tu lagi.
Senang kerja mami yeeee 🤣.
Petang tu cuma bancuh air milo o ais dan goreng kuih muih frozen je.


Budak kecik ni kan, dia makan keropok, duk sua² kat abang dia. Nak suap abang dia. Yang Ahnaff duk tekup² mulut sambil cakap "abang puasa la Ya.. tak boleb makan. Nanti berdosa". Yang adik pulak tak putus asa. Tetap nak suap abang sambil mulut dia bunyi 'aaaa'. 🤣
Mami perati je dari jauh. Nak tengok Ahnaff tepis betul² or dia main² je tekup mulut tu. Rupenye masih teguh iman beliau ye. Sikit pun dia tak bukak mulut. Hihihi.


Ada kuih cuk badak, karipap ayam dan popia begedil. Semuanya kuih frozen. Mudah kerja. Hahaha.


Semalam lepas berbuka, Ahnaff dah bagi cadangan menu berbuka untuk harini.
Dia nak makan pizza yang mami buat 🤭.
Dah alang² buat pizza, buat spaghetti bolognese jugak lah. 
Ermmm, tapi harini dia kecundang 🤣.
Balik sekolah petang tadi, masuk je kereta dia cakap dia minum kat sekolah.
Dalam kereta pun dia terus sedut air Sofea 😅.
Ermmm, takpelah.
Baru belajar² puasa kan. Dah dapat penuh 3 hari berturut, bagi la dia can. Hihihi
Tapi, mami bagitau dia, kalau esok² pun tak puasa juga, minum air kat sekolah, makanya mami tak masak ikut ape yang dia request.
Mami akan masak ikut suka hati mami. Hihihi
Terkebil² je dia dengar syarat mami tu.
Tapi projek pizza tetap diteruskan juga petang tadi.


Buat pizza campak² je. Base pizza tu pun agak² je sukatan dia. Sos tu guna sos bolognese tu aje. Senang cerita 🤣. Cuma tambahkan topping dia je. Tambah sosej sikit, nenas sikit, mozarella cheese sikit. 

Setelah ditabur mozarella.

Selepas siap. 
Up gambar ni kat status wasap, jiran depan reply kata nak beli sebiji 🤣. Aduhaiii memang tak jual la cerita dia. Benda buat pun agak² je. Campak² ape yang ada. Rasa pun tak tau ok ke idok. Tapi hantar la kat dia sebiji tu. Takdan waktu berbuka, licin anak² dia makan. Hihihi.


Spaghetti bolognese untuk mami. Yang ni pun buat simple je. Campak je ape yang ada 😅. Alhamdulillah sedap jugak.


Goreng popia begedil sikit. Cukup la untuk mami dan Sofea. 


Tengok la rambut Ahnaff tu. Abah dia potongkan semalam. Sodok belah tepi je. Yang tengah tu dah begitu. Tak bekenan betul rasanya. Dia ni elok botak je. Barulah lapang mata mami menengoknye 🤣.
Petang tadi balik sekolah tu dia minum air dan makan donut. Lapar agaknya 🤭. Tapi lepas tu dia dah tak makan dan minum dah. Sampai la waktu berbuka. Masa pizza dah siap tu, tanya juga dia nak makan terus atau tak. Taknak katenye. Nak tunggu azan baru makan. Muka pun letih je kan 🤭.


Ermmm yang ini mengalahkan orang puasa. Dia lah yang terpaling kecoh sekali. Nak itu ini. Bercakap tak pandai lagi tapi bab mengarah orang, huiiiii bagi la kat dia. Pandai sangat. 

Alhamdulillah. 5 hari dah puasa. 
Rasa sekejap je masa berlalu kan.





5 comments:

  1. sian abg tengahari cuaca panas terik tak tahan agaknya tu,yg adik pun boleh tahan kuat menguji kesabaran abg tu hahaha
    mami kau ni ahnaff campak2 pun serba menjadi serba boleh pandai sgh,kalau acik campak2 mmg campak ke dinding pun pecah dinding

    ReplyDelete
  2. Gud boy..
    Kuat semangat Ahnaff walau godaan Sofea lagi kuat..
    hebat mami masak macam-macam untuk Ahnaff..sebut ja..mami cuba buat..seorang emak kan

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ahnaff. Teruskan berpuasa hingga akhir Ramadan yang sayang.
    Sehari dua ni saya terbayang-bayang nasi himpit makan dengan rendang. Sedapnya buat buka puasa.

    ReplyDelete
  4. wah..congrats Ahnaff..kuat la dia. semangan berpuasa penuh yer..alhamdulillah

    ReplyDelete