Tuesday, May 9, 2023

Cerita Semalam dan Hari Ini

 Assalamualaikum semua 😊.


Pagi semalam gi klinik. Checkup untuk setahun 6bulan. Walau hakikatnya dia dah setahun 7bulan. Dapat injection untuk imunisasi yang last. Takde dah inject lagi pasni. Helok cemerlang semalam ye. Kelakuan pun terkawal. Biasa kat rumah dia yang paling juara. Kat klinik semalam ada budak menangis merempan² sebab nak mainan budak lain, boleh si Sofea pandang je dengan penuh kehairanan. Mungkin dalam hati dia, ada lagi budak yang lebih dasyat dari dia 😂.

Ok je kesihatan dia, berat badan tu paras² je. Nak kate tak makan, makan ok je. Tak memilih. Tapi susah nau nak naik badan dia. Semalam jumpa doktor juga. Ada satu je isu si Ahnasofea ni. Tak pandai bercakap lagi. Belum pandai buat ayat. Doktor kate kalau berdasarkan M-chart tu, takde ciri² autism. Cuma dia belum nak bercakap je 😅. Next appointment umur 2 tahun, doktor nak tengok camne. Kalau belum bercakap juga, kene refer pakar lah nampaknye. Speech delay. Huhuhu. 
Ahnaff dulu pun lambat juga bercakap. Umur 3 tahun masih pelat².
Pandai cakap sepenuhnya lepas dapat adik.
Dia gi playschool tu pun ada peningkatan juga.
Ermmm, takkan nak hantar Sofea pi playschool dah. 
Macam awal sangat la pulak.
Tengok la nanti camne.
Tapi kami macam tak bimbang sangat. Sebab yakin dia boleh bercakap, cuma belum sampai masanya. Haaaa, gituu 😂.


Balik klinik pi Sec 2, Shah Alam. Nak makan ikan bakar dengan ABC Fredo tu haaa. Dulu masa mengandungkan Ahnaff, wich is 6 tahun lepas, boleh dikatakan tiap minggu tapau ABC Fredo 🤭. 
Time mengandungkan Sofea, langsung tak berani ye. Sebab ada GDM. Nyampah betolll 😂. 


Kemain pinggan mami kamu Pia oiiii 😂. Sesekali boleh la ni.

I feel like a boss. Layan perasaan sendiri kat belakang. Sebab seat depan tu letak carseat si Sofea.

Petang lepas mandi, ehhh tetiba dia tepuk² peha. Nangis merengek² nak bangun berdiri pun tak berdaya ye. Lurus je kaki yang kene cucuk tu. Nak bangun kene abah or Ahnaff tolong tarik 😂. Drama sungguh la anak dara ni tau. 
Pagi tadi bangun tido dah ok dah. Cergas je bangun pi rak makanan cari biskut. Hahaha.
Bila tanya sakit lagi tak, geleng² kepala je dia. Kalau semalam duk mengangguk² bila Ahnaff tanya sakit ke?. 
Alhamdulillah tak la dia sakit sampai demam. Kalau demam, habislahh. Mami ade job hujung minggu sok.


Pokok ketumbar jawa. Aritu pi Sg.Buloh cari pokok bidara untuk OpahChu. Sambil² tu selit jugak la pokok ni. Orang kate ketumbar jawa ni sedap kalau masuk dalam tomyam. Tak pernah cuba lagi. Bila² sok boleh cuba.
Harini nak cuba makan buat ulam.


Tengahari tadi masak ayam masak lemak dan sambal belacan. Tak pedas berapi pulak sambalnye. Pedas manja² je. Boleh la tuu. 
Petik 4,5 helai daun ketumbar jawa tu buat ulam. Not bad jugak. Boleh la diterima tekak. Boleh la buat ulam di masa² kecemasan (takde sayur). Daun dia tu nampak tajam kan sebab macam berduri² tapi sebenarnya tak pun. 


Ahnaff balik sekolah duk merungut² panas dan haus dalam kereta. Request milo ais. Milo ais siap boss. 😂.
Buat guna milo, gula sikit dengan susu full krim. Letak ais penuh².
Ahnaff kate dah macam air milo kat kedai makmak (mamak). 😂


Sunday, May 7, 2023

Baraan Kampung

 Assalamualaikum semua 😊.

Kalau ikut adat jawa kan, akan ada baraan(berkunjung ke rumah sedara mara, jiran tetangga beramai²) tiap kali raya.
Memang seingat saya, dari kecik lagi acara baraan ni dah wujud.
Kalau di kampung saya, baraan terbahagi kepada 2 kumpulan. 
Baraan kaum lelaki dan kaum perempuan.
Dulu² baraan kaum lelaki dibuat pada hari raya yang pertama.
Manakala baraan untuk kaum perempuan pula dibuat pada hari raya kedua.
Tapi sejak 5 tahun kebelakangan ni, baraan kaum lelaki dibuat pada hari raya kedua dan kaum perempuan pada raya ketiga.
Perubahan hari dilakukan sebab biasanya raya pertama tu rushing tau.
Lepas solat raya, nak bermaaf-maafan pulak.
Paling² pukul 10 baru mula baraan lelaki.
Kadang tu kene buat cepat² sebab takut tak sempat nak naik semua rumah.
Sejak dah tukar buat raya kedua, barulah santai² je. Hihihi
Lepas Covid ni pulak, ketua pemuda memang mintak list rumah mana yang nak join baraan, rumah mana yang taknak join.
Lagi la pantas siapnya. 
Baraan kampung kami simple je, datang rumah, makan² sikit pastu sesi bermaafan dengan tuan rumah, baca selawat pastu habis.
Masuk rumah yang seterusnya pulak.
Kami tak ada marhaban or tahlil ringkas.


Tudiaaa, full house 😆. Untuk baraan lelaki, kami buat menu bihun singapore, buah oren dan anggur. Menu yang simple je. Diorang pun makan tak beria² sangat. Dah banyak rumah kan, makan pun dah macam².


Baraan kaum lelaki. Ramai ye. Penuh sampai tak cukup ruang 😂. 

Menantu² lelaki yang tak join baraan, duk kat depan sambut baraan. Sambil tu boleh la berkenal² dengan orang kampung. 


Ni baraan perempuan. Raya ketiga. Menu tauhu sumbat, buah oren dan anggur. Kalau baraan perempuan, lagi la kami buat simple je. Pompuan kan jaga badan. Hahaha. Buat menu berat² confirm tak berapa laku.

Ni rombongan baraan terkandas kat rumah nenek. Diorang masuk je rumah, hujan turun selebat²nya. Buat pertama kalinya juga, baraan tak sempat habis petang tu. Bersambung ke raya ke 4 😅. Ada lagi 4 ke 5 buah rumah je lagi. 

Seronok tau acara baraan kampung ni.
Time ni la boleh jumpa kawan² yang dah lama tak jumpa.
Dulu² masa single memang wajib ye ikut baraan kampung. 
Seronok tapi penat uiii.
Lepas dah kawin, ada anak, memang tak dapat nak join dah. 
Jadi tukang sambut baraan je lahh 😆.
Raya ni tadi nak ikut jugak baraan, tapi Ahnaff bila dengar mami nak pegi baraan, dia menangis. 
Menangis yang sungguh² sebab tak nak mami tinggalkan dia katenya.
Aduhhh la anak uiii.
Baru je mami nak bersosial dengan kawan² kampung 😂.
Tahun depan, kalau panjang umur, rasa macam nak join baraan la jugak.
Bagi Sofea rasa seronoknya baraan 😊.


Saturday, May 6, 2023

Selamat Hari Raya, Maaf zahir Batin

Assalamualaikum semua 😊.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada semua.
Harini dah raya ke berapa dah?
Lost count dah kann 😂.
Dah banyak ke pi jemputan open house?
Kitorang tak berapa beraya sangat tahun ni, mami demam batuk selsema raya ke5 aritu.
Ni baru nak ok semula.
Barulah nak bercerita pasal raya kannn walau orang lain dah update raya merata.
Hihihi


Baru sampai rumah Perak. Lepas dah siap² menolong masak kat rumah nenek, terus balik rumah sendiri. Penat mengukur jalan akhir ramadhan aritu. Kes tertinggal baju raya punya pasal 😂.
Dah sampai rumah pulak, boleh pulak abah Ahnaffea suruh kitorang tunggu dalam kereta, sementara dia on kan lampu ape semua. Sempat dia menyapu garaj tu dulu 😂. 
Opahchu takde kat rumah. Sejak dari puasa aritu duduk kat Tasik Puteri. Petang raya pertama baru balik. 


Lepas dah tidokan Sofea barulah boleh mula mengemas. Ambik gambo pun malas nak on kan lampu. Hahaha. Barulah boleh masukkan kuih n kerepek dalam balang. Buat kerja tenang² je. Aman je rasa. Pukul 2 lebih baru siap semua.


Tahun ni tukar karpet je. Langsir guna langsir tahun lepas je. Tahun lepas karpet campur², tak boleh blah betul 😅. Tahun ni helok la sikit rupenye. Rumah kecik, ruang tamu pun takat gitu je, so tak letak banyak barang.


Sementara menunggu abah dan Ahnaff balik masjid, kite selfie² la dulu.


Tahun ni tema purple tapinya takde ambik gambor family walau sekeping pun. Rushing nak balik Sg.Besar punya pasal.
Pastu yang tak cerdiknye, dah pi beraya awal² tu pun, dah kenapa la tak amik gambo kejap ye. Haduii, udahnya takde gambar sekeluarga.

 


Ini je la gambo sekeluarga untuk raya tahun ni. Hahaha


Merasa la jem sikit kannn. Dari Perak ke Selangor tu. Hihihi. Walau sekangkang gajah je jaraknye. Jadilahhh. Buat rasa² jemmm. Hahaha


Oleh kerana kat rumah Perak tu takde sapa, makanya kitorang buat keputusan tak nak masak² menu pape.
Sebab pagi dah pi rumah nenek, petang or malam baru balik Perak.
Makan kenyang² kat rumah nenek, balik rumah sendiri terus tido je.
Bijak takkkk. Hahaha
Kat rumah sendiri makan kuih raya n kerepek² je. 


Saturday, April 22, 2023

Tragedi Sebelum Raya

 Assalamualaikum semua 😊.

Baca tajuk kemain lagi kan. 
Tragedi sebelum raya katenye 🤣.
Ehhh, tapi memang betul tau. 
Mimpi ngeri tau kalau benda camni terjadi pada orang yang balik kampung jauh². 
Nak tau tak ape tragedi tu?
Haaaa, kene baca sampai abes tau 🤭.
Kami balik kampung hari Khamis.
Tak balik pagi² pun. Dalam pukul 12 camtu baru gerak balik.
Masa susun² barang tu memang yang terpaling utama ialah kek dan biskut raya yang orang order.
Benda tu la yang paling awal mami susun, letak tepi pintu rumah.
Abah Ahnaffia pun mulakan la tugas² menyusun barang.
Dah masuk semua barang, susun elok², gembira la laki bini ni sebab semua barang pun elok je.
Perjalanan pun smooth je. 
Takde jem panjang. Semuanya ok je.
Cumanya banyak kereta je.



Kereta kecik penuh barang, kereta dah besar pun tetap penuh jugak barang 🤣. Masa ni belum sedar lagi ye ada barang tertinggal. 

Memang dah plan, sampai je Sg.Besar, kene terus pegi delivery. 
Adala dalam 8 buah rumah nak kene terjah 🤣.
Sambil² teman Abah Ahnaffia drive tu, sambil scroll² FB.
Terbaca pulak pasal Jofliam beli butang baju melayu Rm11k.
Terdetik dalam hati, ehhh macam lupe bawakkan butang baju melayu untuk dua beranak tu.
Tapi takpe, boleh beli kat pekan je nanti².
Lebih kurang camtu la hati mami ni duk berkata² 🤣.
Tetiba rasa macam tak sedap hati.
Toleh belakang, ahhhh sudahhh.
BAJU RAYA TERTINGGAL!!!
Hahahahaa.
Memang tepuk dahi la yeee.
Sambil tergelak², bagitau kat abah Ahnaffia.
Mujur lah dia cool je. Kalau dia jenis baran, mau kene tinju mami ni agaknya. Hahahah
Aduhaiii. 
Cemanalah boleh tertinggal kan 🤣.
Baju² tu baru siap gosok pagi sebelum balik tu.
Memang sangkut je dalam bilik. 
Masa nak susun² barang tu dah tanya abah Ahnaffia, bila nak masukkan baju² raya tu.
Last sekali dia kate.
Sudahnya dedua terlupa.
Duk mengisahkan sangat order orang 🤣.



Walau hati gundah baju raya tertinggal, tetap manis berselfie. 🤭.

Jadinya, kami buat keputusan nak tunggu dulu pengumuman raya.
Kalau raya Jumaat, malam tu balik P.Alam pastu patah balik Sg.Besar.
Kalau raya sabtu, malam tu balik P.Alam pastu esok pagi² baru balik Sg.Besar.
Alhamdulillah. Raya Sabtu. Jadinya malam tu balik la semula P.Alam dan tido kat rumah sana dulu 🤣.
Jumaat tu pagi² dah gerak balik Sg.Besar semula.
Jalan pun clear lagi.

Mujur lah dekat je eh. 
Sejam setengah je perjalanan. 
Kalau lah kampung kat nun Utara atau Pantai Timur, mau berhuhu jelah 🤣.
Mungkin beraya dengan baju tidur je. 
Hahahaa.
Kenangan raya 2023 nihh.



Tuesday, April 18, 2023

Kalut Itu Ini

 Assalamualaikum semua 😊.


Lagi berapa hari je nak raya dah kan.
Persiapan raya semua alhamdulillah dah siap semua.
Order orang je yang tak siap² lagi ni 😆.
Last² minit ada je yang nak menambah.
Tapi, mami dengan tegas dah cakap tak bolehhhh 🤣.


Ni time nak packing untuk asingkan ikut kawasan. Nanti senang nak gi delivery.


Sukat tepung untuk kek buah. Nak kene ayak tepung dan campur bahan² yang sepatutnya.


Packing siap² untuk memudahkan kerja. Sebab nak mengadun banyak kali, makanya kite packing la 1 pack untuk 1 adunan. Bila nak buat dah senang. Campak² je. Takyah dah nak sukat² lagi.


Kek buah untuk pos ke Kedah, Johor dan Kuantan. Alhamdulillah kejap je dah sampai.


Tahun ni dapat order buat hamper. Oleh kerana hamper bakul dan plastik² tu dah cliche, kite ubah je guna kotak camgitu 🤣. Ikat reben sikit. Haaa, ok dah la tu kannn.


Time² puasa memang rumah berantakan dengan macam² benda. Belum lagi campur mainan budak² ni. Haishhh, dah raya sok la baru kemas.


Dapat order 13 hamper size besar dan 4 hamper size kecil. Bajet hamper tu boleh ikut kastemer nak berapa. Isi dalamnye dah tentu lah produk dari AnJKitchen. 🤭.
Disebabkan kalut dengan projek hamper ni la yang buat mami kelam kabut. Hahaha. Tapi, alhamdulillah. Rezeki. 
Alhamdulillah juga, semua hamper dah siap minggu lepas. Dah delivery dah pon.


Ni time elok dedua ni. Baring sama² tengok tv. Boleh la bertahan 20 minit camtu. Kang sat lagi yang kecik bangun usik abang. Abang pulak puasa. Mood dia nak baring je tapi adik kadang tak faham. Duk paksa abang layan dia main. 
Alhamdulillah dapat dah 20 hari Ahnaff puasa penuh.


Last delivery minggu lepas. Pi KLIA, Bandar Bukit Mahkota, Shah Alam dan Kapar.
Balance delivery untuk yang kat kampung. Yang tu Khamis sok baru boleh hantar sebab kami balik Khamis. InsyaAllah. 
Agak2nye raya Jumaat ke Sabtu?
Korang² bila start cuti? 
Yang balik ke kampung, berhati² ye. Pandu cermat, jiwa selamat. 





Saturday, April 8, 2023

16 Puasa

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari ni dah masuk 16 Ramadhan dah kan.
Alhamdulillah Ahnaff dapat la puasa penuh 12 hari.
Setakat hari ni tadi.
Tiap kali lepas buka puasa je mesti tanya dia dah puasa berapa hari.
Duk bertanya lama lagi ke nak raya.
Dah lama tak makan kat sekolah katanya 🤣.
Tengahari tadi dia ikut abah pegi solat Jumaat.
Tahun ni ada la dia ikut 3,4 kali dah gi masjid waktu solat Jumaat.
Kalau kebetulan abah dia off hari Jumaat, memang abah dia bawak sekali.
Bangga betul dia kalau lepas balik dari masjid.
Duk menyembang dengan Sofea dia solat kat masjid.
Sofea pulak duk uh uh uh dengan abang.
Nak bercakap tak pandai lagi 🤭.


Ni pagi tadi ni. Abah dia kejut Ahnaff bangun sahur, tapi yang melompat bangun orang lain pulak. Dia yang berselera makan sahur 🤣. Dah kenyang, dia yakyak pulak. Terus je mandikan. Pastu dia nak tido semula. Tido la dia sampai pukul 10 pagi. Aman mami buat tart nenas pagi tadi 😆.


Baru sikit ni 😌. Harap² minggu depan siap dah semua.


Ni menu berbuka petang ni tadi. Beli satay je. Pastu goreng popia begedil. Alhamdulillah kenyang sangat.  Satay tu abah Ahnaffia beli siap² sebelum dia pi kerja petang tadi 🤭. Dah cakap kat dia, kalau tak sempat beli, takpe je. Nanti order je pape sebab harini memang takde kerajinan nak masak 😅. Ermmm, pukul 4 lebih dah ajak keluar gi Meru beli satay. Ikut je la. Padahal dalam hati bersorak yahooooo!!! 🤣

Beli pun tak agak² ye.
Padahal yang nak makan mami dengan Ahnaff je.
Sofea makan la jugak 2 cucuk.
Abah Ahnaffia ni, kalau beli makanan, konsep dia 'biar lebih, jangan terkurang'. 
Haaa, gitu la.
Sampaikan kalau balik kampung, dia pi beli sarapan, nenek pesan siap² beli sikit² je.
Kalau tak pesan, nahhhhh berplastik² kuih dia beli.
Dengan alasan, "mak suka makan kuih".
Ehhh, petik nama mak kite pulaknyeeee 🤣🤣.


Friday, April 7, 2023

15 Puasa

Assalamualaikum semua 😊.


Haaaa, tetiba dah lompat 15 puasa ye 😆.
Pagi tadi buka radio je dah kedengaran lagu raya.
Barulah semangat nak buat order biskut dan kek buah kannn. Hahaha


Korang suka semperit yang camni or semperit yang bentuk bunga? Mami Ahnaffia pandai buat semperit highway ni ajeee 🤣. Yang bentuk bunga failed sokmo. 


Ahnaff balik sekolah bawak bubur jagung ni. Dia cakap dia yang buat. Mami pun iye kan je la.

Tuptup petang tadi dalam group sekolah, teacher dia kongsikan gambar aktiviti hari ni.
Memang betul la diorang yang masak bubur jagung tu 🤣.

Kemain sengih abah kamu Napp 🤣. 

Haaaa, bukti Ahnaff turut serta aktiviti harini. Kemain, nak masak dengan Inara je 😌. Sambil bercerita tu, tersengih². Sabo je laaaa.


Ni menu buka puasa harini. Nasi lemak. Ada sambal sotong kembang, karipap dan pau goreng. Ayam panggang tu beli yang Bakers Cottage je. 

Sambal sotong kembang dengan bawang holland selambak 🤣.

Kemain sekor mami kamu hidang Napp. Tak potong² 🤣.


Nak tau tak, petang tadi gi Lotus.
Nak mencari bawang dengan sotong kembang tu la.
Duk pusing² nampak la mixing bowl stainless steel size besar. 40cm.
Cakap kat abah Ahnaffia, ni sesuai buat adun kek buah.
Tapi, mau melecup tangan kalau nak kacau adunan time dah curah gula panas tu.
Abah Ahnaffia suruh pakai glove korang 😌.
Dia kate, dia ada glove extra. Panjang sampai lengan.
Glove kerja dia la. Tapi belum pakai lagi.
Dia kan kerja handle gass liquid cam nitrogen tu.
Memang kene ada la benda² gitu.
So, beli la mixing bowl tu.
Pastu lepas berbuka tadi terus adun kek buah guna bowl yang baru.
Guna glove uolls. Lucuuu pun ada. 


Tu diaaaa 🤣. Safety first katenye.

Gituuuu 😆.
Selamat la tangan mami dari melecup dek panasnya gula hangus tu ye.
Sebab dulu memang pernah adun kek buah guna mixer. Bowl dia tu stainless steel la. Sebab tak tau kan, ku curah je gula hangus tu dalam tu dan dengan senang hatinya pegang terus bowl tu sebab nak kacau laju². Memang bertanda la lengan ye. Panas wehhh 😆. Sejak dari itu, tak berani dahhh. 
Sesungguhnya pengalaman itu mengajar mami untuk lebih berhati². Hihihi.
Ada lagi 31 biji kek buah nak kene pulun buat. 🤭