Monday, September 12, 2022

Kuantan 2022 - 2

 Assalamualaikum korang 😊.

Ayuh teruskan cerita Kuantan hari kedua 😆.

Pihak homestay memang dah mention awal², sarapan akan disediakan mengikut jumlah katil dalam bilik. 
Bilik kami sepatutnye untuk 5 orang kan tapi, saya bagitahu yang kami cuma 2 dewasa dan 1 kanak².
Takmo la amik sarapan seperti yang sepatutnya. 
Kang tak habis, membazir je.
Mudah jugak la camni, tak payah nak mencari sarapan kat luar.
Pukul 7.45 pagi, staff homestay dah ketuk pintu hantar sarapan.

Kuih muih. Sedap² kuihnye. Karipap tu inti dia serunding ikan. Popia tu inti dia macam otak². Donut tu pulak walau leper gitu, tapi lembut. Ahnaff paling suka. Ahnasofea pun makan donut tu jugak.

Nasi tomato ni dapat 4 bungkus. Licin pulak tu kami makan. Hahahaha. Sedap. Ahnaff dan Sofea makan jugak. Mami suap. Ahnaff makan habis sebungkus. 
Ade juga teh tarik 1 jug tapi ya ampun, manissss sangat teh tarik tu. Tak mampu nak habiskan. Nak habiskan secawan pun jenuh 😅.
Kuih muih tu makan sikit, selebihnya tapau je bawak keluar. Boleh buat kudap² dalam kereta.

Lepas dah sarapan, siapkan budak berdua tu. Dalam pukul 9 lebih kami keluar untuk ke destinasi pertama 🤭.
Dia ni kalau suruh begambo, ade je gayanya 🤣. Tak boleh nak begambo elok.

Ni la destinasi kami hari kedua 🤣. 

Gigih la abah Ahnaff tu.
Nak mengajak ke Ganu jugak.
Ku turutkan jelah. Hahaha
Berjalan santai² je. Ikut jalan dalam.
Ikut tepi laut.

Yang ini pun gaya taknak kalah ye. Dengan tangan dia tu. 

Berenti sekejap kat tepi laut area Dungun.





Dah bergambar sikit², terus bergerak menuju destinasi yang seterusnya. Kuala Terengganu 😆.
Next trip dah plan nak cari hotel area pantai Dungun ni je. Tengok aritu banyak juga chalet dan homestay di sepanjang jalan tepi laut tu.
Hotel Uitm pun ade.
Tapi, tahun bila punya trip pun tak ku tahu 🤣.

Pukul 1 lebih baru sampai Kuala Terangganu. 
Gi makan dulu kat Warung Kak Yah Ikan Bakar.

Tengok rating dia memberangsangkan 🤣. Warung dia tepi jalan dekat dengan Masjid Terapung K.Terengganu tu. 
Pilihan lauk pauk memang banyak. Tapi bagi kami ok² je 😅.

Warung kecil je, pengunjung ramai, sampai terpaksa tunggu giliran untuk duduk makan. 
Mujurla masa kami sampai tu ade meja kosong.
Nak makan pun rasa macam tercekik² sebab orang duk usha tajam je menunggu meja 🤣.
Tu yang takde gambar kat warung kak yah tu.
Hihihi.



Pegi Pasar Payang. Kemain jenuh mencari parking, rupanya Pasar Payang tengah renovate daaaa. 🤣
Patutla masa kitorang naik ke parking atas tu, gelap gelita wehh. 
Kereta banyak tapi sunyi sepi.
Suram sangat.
Makanya kitorang pun keluar la cari parking kat luar.
Belah bawah tu ade la kedai yang masih beroperasi.
Kami pusing situ je. Adela 4,5 kedai je.
Dah pusing² bawah tu, tengok ade orang naik lif kat tepi tu, kitorang pun naik jugak la nak tengok kedai belah atas kan.
Sekali dah sampai atas tu, gelap gelita takde pape. Pintu nak masuk ke bahagian kedai² tu pun takde.
Sampaikan Ahnaff cakap seram betul la. 🤣
Laju² kitorang turun semula. Dah la lif pun seram dengan bunyi² macam uzur nauu.
Rupanya Pasar Payang dah pindah ke bangunan putih yang bertentangan. Hahahaa
Kami taw pun sebab tanya dengan peniaga yg kat situ.
Sebab rasa macam takde nak beli pape, kami terus balik je la. 
Rasa macam dah penat nak berjalan ke seberang sana. 🤣
Tak tau la nak rasa lucu ke, rasa sedih.
Sementara tunggu abah Ahnaff ambil kereta, sempat la saya beli seluar pelekat untuk Ahnaff, t-shirt untuk abah Ahnaff dan seluar batik untuk saya sebagai syarat beli kat Ganu. 🤣
Ahnasofea tak dapat pape. Hihihi.
Keluar dari area Pasar Payang tu, suami tanya nak gi mana lagi.
Rasa macam nak tengok Draw Bridge tu tapi, bila tengok kat waze jem sungguh nak sampai ke sana.
Cancel je laaa 🤣.
Terus je drive balik ke Cherating.
Tapi menyinggah jugak kat Medan Ikan Bakar Kuala Dungun.

Sedap makan, angin sepoi² bahasa.

Kedai Seri Warisan.

Yang tak tahu diam. 

Kali ni order ikan bakar, kailan ikan masin, tomyam n sotong goreng tepung.

Hahhh..sepinggan beso sotong goreng tepung. Puas makan. Sampai tapau bawak balik la 🤣.

Sekarang makan kene gilir². Ahnasofea tak boleh nak duduk elok kat baby chair tu. Jadinye kalau tak bergilir, memang tercekik² makan. Kejap dia nak bangun, kejap dia nak terlentok². Risau leka, kang taw² terjun ke bawah 🤣.

Sedap masakan dia. Sambal asam n sambal ikan tu pun sedap.
Tapi next time tak boleh order ikan bakar dah.
Ahnaff tak berapa suka 😅.
Dia suka ikan yg digoreng garing pastu buat kuah 3 rasa or masam manis camtu.
Ikan bakar kosong camni dia tak berapa suka.
Total makan sini Rm129. Tak berapa murah la kan 🤣.
Habis makan, pi solat jap pastu terus gerak balik homestay.



Sampai je homestay, mandikan dedua ni, tukar baju terus bummmm, tido dedua. Kemain penat mengalahkan mami dan abah 🤣.

Ok, habis day 2. Hahahaa



























Kuantan 2022 - 1

 Assalamualaikum korang 😊.

Sihat ke semua kawan² alam maya?
Moga semuanya sihat² belaka ye.
Last week dah start cuti sekolah kan.
Kami memang dah plan nak gi Kuantan.
Pagi ahad tu lebih kurang pukul 7pagi dah gerak dah.
Alhamdulillah tak jem. Smooth je perjalanan kami.
Cuaca pun mendung, so nyaman je sepanjang perjalanan.

Ahnasofea tido dari Puncak Alam sampai RnR Temerloh. Lega banyak kalau dia tido. Hahaha

Sebab Ahnasofea tido, ade can la mami duduk depan 😂

Berenti sarapan kat RnR Temerloh. 

Kalau berenti kat RnR Temerloh ni wajib la makan ikan patin kann.. walau namanya nak sarapan je. Hahaha
Saya makan nasi putih dan patin tempoyak.
Pilih kedai pun random je tapi alhamdulillah sedap 😊.
Abah Ahnaff makan pau feveret dia je.
Pau sambal bilis. Sedap jugak. Pedas kemain sambal dia.

Ni pau kaya. Tapau untuk anak² makan dalam kereta. Pun sedap ☺.

Abah Ahnaff drive santai² je. Sampai Kuantan lebih kurang pukul 12 lebih kalau tak silap.
Singgah pasaraya Cowboy dulu.
Abah Ahnaff kalau gi Kuantan tu, memang wajib menyinggah pasaraya tu. 😅
Pasaraya biasa je tapi ade macam² barang.
Sesuai untuk orang yang nak niaga.
Sebab barang² dia memang pelbagai. 



Cissss..bersepah² ye cosplay askar kat sini. Komando ade. Dah la murahhh. Geram je saya tengok. Hahaha. Kenapala kat GM aritu tak de yang begini.

Mainan lagiii.. sabo je lah. Punya rambang mata, last² ambil mainan yang kecik je. Hahaha.

Saya beli acuan kuih serabai ni dengan bekas tembikar tu. Boleh la buat bekas sambal belacan. Hihihi. 

Ni sedap 😊.


Keluar dari Cowboy terus gerak pi homestay.
Ingat nak carik hotel tapi semua hotel penuh.
Homestay je yang ade. 
Actually homestay ni konsep macam chalet tu. Bilik je. Bukan rumah sebuah.
Bilik yang lengkap dengan alatan asas n toilet.
Katil ade queen 1, double decker 1 n single 1.
Bilik tu je yang available. Patutnye sesuai untuk 5 orang.
Tu pun kat Sg.Ular nunn. Dekat ngan Cherating dah.
Homestay tu pulak, tengok dalam IG memang cantik. Nampak cozy gitu.
Yang membuatkan saya bertambah yakin, ade kawan IG juga yang level² instafamous duk promote homestay ni. 
Kate best n selesa.
Rupenye bila sampai, indah khabar dari rupa 🤣.
Ok je la homestay dia cuma dari segi kebersihan tu tak berapa ok.
Dengan semut yang banyak. 
Pantang ade makanan letak atas meja, laju je semut datang. 
Terpaksa pejam mata je lah sebab susah dah nak carik tempat lain 😑.
Lepas dah susun² barang n rehat², petang tu kami keluar la pi carik makan. 
Lunch tadi tak makan sebab masing² kenyang lagi.
Petang baru keluar.

Tudiaaaa.. carik makan sampai Kemaman haa. 😂.
Abah Ahnaff memang sejenis yang gigih ye. Dia cakap dekat je, tapi bagi saya macam jauhhhhh je. Hahaha

Last² singgah kat Hentian Bas Kemaman, dekat Chukai kalau tak silap. 
Pilih kedai makan pun random je.
Ade anak kecik, jalan jauh pulak, ikut mana sempat je. Hahaha.
Orang pun ramai, tak dan nak jejak kedai makan viral.



Alhamdulillah sedap makanan dia.
Order nasi putih, siakap 3 rasa, tomyam, kailan ikan masin, telur dadar n sotong celup tepung.
Ahnaff makan nasi putih, kuah tomyam n ikan, licin pinggan dia. Sedap dia cakap 🤭.
Ke dia lapar sangat sebab tengari tak makan ehh. Hahaha.
Gambar makanan tak ambil, gambar kedai pun tak ambil 😅.

Balik tu singgah kat deret² kedai kat sempadan tu. Singgah nak beli satar. Sedap gak satar dia. Pedas. Penuh rasa ikan. Sedapnyee. Ermmm. Dah teringat² pulak nihh. 
Beli jugak otak² tapi lain sikit otak² dia. Kalau yang biasa saya makan tu mcm kering kan sebab dah bakar. Yang ni otak² dia macam ade salut sambal kelapa kat luar. Macam ikan bakar tu. Jadinya, walau dibakar dia tak garing. Macam basah² bersambal gitu.

Ok, habis citer day 1 🤣.






 











Friday, September 2, 2022

Merdeka ke 65

 Assalamualaikum korang 😊.

Alhamdulillah, kami dah beransur sihat.
Anak² pun dah ok.
Moga semua terus ok dan sihat.
Minggu depan ade misi penting. Hihihi
Ni nak cerita pasal sambutan hari kemerdekaan kat sekolah Ahnaff.
Oleh kerana mami ni tak berapa nak kreatif, saya pilih untuk pakaikan Ahnaff uniform askar je.
Tu pun jenuh jugak mencari.
Sampai ke GM Klang mencari kostum dia tu.
Konon memula nak carikkan uniform komando tapi tak jumpa pun.
Yang ada askar je. 
Askar pun askar lah. Boleh je.
Kesudahannya dia cakap dia sorang je yang pakai baju askar bergaya.
Kawan² yang lain pakai baju melayu merdeka je.






Ade 3 blok bangunan kat GM Klang ni.
Blok A,B dan C.
Kami pergi blok B sebab kat situ kebanyakan jual baju dan mainan budak.
Blok A kebanyakannya jual barang² teknologi, barang elektronik.
Blok C kebanyakannya jual barang hiasan rumah n cenderahati untuk kenduri kendara. 
Boleh la dikatakan murah tapi tak la murah sangat pun 🤣.
Bagi saya harga mampu milik yang biasa² je.
Tapi awas ye, kalau bawak anak kecik yang mudah rambang mata dengan segala jenis mainan, kene standby taw 🤣.
Sebab terlalu banyak kedai yang jual mainan dari sekecik² mainan, sampai la sebesar² mainan.
Harga pun tak murah sangat pun. Sama je dengan kat luar.
Ahnaff dapat la seketul mainan. 
Tu pun jenuh menunggu dia memilih.
Rambang mata punya pasal.
Saya dan Ahnasofea tunggu kat luar kedai je. Tak kuasa nak tengok dia pilih mainan. Hihihi.
Belek harga mainan yang dia pilih tu, nasib baik rm18 je. 
Kalau lebih lagi, mau terbeliak biji mata mami ni yeeee 🤣.



Inilah kostum yang beli kat GM tu. Siap dengan celoreng² kat muka. Celoreng tu buat guna water colour je. Sebelum gi sekolah 3,4 kali telek mula kat cermin. Hahaha


Ni dah balik sekolah. Dia kate muka garang tu. Hahaha

Dapat la hadiah jugak. Seketul lampu tido comel dan jam tangan comel.

Balik sekolah riuh bercerita.
Seronok dapat jalan pusing² sekolah sambil bawak bendera.
Kelmarin (31/8/2022), tak dapat tengok perarakan pun walau dalam tv.
Sebab ade kat kampung. Mana nak sempat tengok tv.
Ahnaff je yang tengok kat tv.
Kemain suka dia tengok barisan hadapan yang beruniform.
Saya cakap kat dia, Ahnaff dah besar nanti jadila askar.
Kene belajar rajin², nanti boleh bawak jet pejuang camtu (dalam tv).
Dia jawab ape taw, "Ahnaff nak jadi askar, nak bawak lori (truck) askar yang panjang tu mami".
Itu cita² dia ye 🤣.
Takpe lah nakkkk.
Mami doakan cita² Ahnaff tu upgrade bila dah besar sok. Hihihi.
Anak, anak. Macam² imaginasi dia.





Tuesday, August 23, 2022

Semua Tak Sihat

 Assalamualaikum korang 😊.

Minggu lepas saya je yang tak sihat.
Minggu ni nampaknye semua sekali tak sihat.
Dimulakan dengan saya, diikuti Ahnaff dan Ahnasofea.
Hari jumaat lepas, tak tawla camne, masa nak ambil Ahnaff balik sekolah tu, tetiba rasa seram sejuk. Memang rasa sejuk tapak kaki.
Balik tu memang terus baring je.
Sian Ahnaff haritu, saya punya menahan sakit, sampaikan lupe nak belikan dia nasi untuk lunch.
Masa saya tido tu, dia cakap dia makan roti sapu jem.
Memang ade roti dan jem atas meja makan tu.
Sedihnye saya dengar dia bercerita. Walau gaya penceritaan dia tu penuh rasa bangga sebab dia pandai sapu jem kat roti. Tak kacau mami tak sihat.
Memang bersalah sangat rasanya.
Petang tu walau masih sakit kepala, saya paksa diri untuk bangun, panaskan bubur McD untuk dia makan. Memang habis licin dia makan.
Lapar agaknye 😭.
Sabtu pun masih tak sihat.
Ahnaff dah mula bersin² sekali sekala.
Ahnasofea masih ok lagi.
Ahad tu saya dah macam ok sikit. 
Kakyong ajak lunch kat rumah dia.
Abah Ahnaff ajak pegi dengan alasan, ambil angin luar, kot nanti ok.
Waktu ni Ahnaff dah bersin² kerap jugak.
Saya dah agak dah, dia ni kalau dah duk bersin² mesti nak selsema.
Tapi, dia cakap "Ahnaff ok je". Errrmm.. memang la ok je, demi nak mandi kolam kat rumah mummylong kannn.
Macam mami tak tau 🤣.



Takde orang lain. Dia sorang je yang ade.

Balik dari rumah Kakyong tu, lagi kerap dah dia bersin.
Malam tu terus naik suhu badan dia. Dah mula selsema dah.
Cepat² bagi makan ubat demam dan selsema.
Alhamdulillah tak bertambah teruk.
Tapinye, Ahnaff ni kalau dia tetiba demam or xsedap badan, dia tido, gigi dia akan berlaga². 
Kuat pulak tu. Ngilu dengar. Macam nak tercabut gigi² dia tu. Hahaha
Demam pun pagi tu dah takde. Cuma ada selsema sikit tapi, saya tetap tak bagi dia sekolah.
Biar duduk rehat kat rumah je.
Ahnaff dah agak ok, Sofea pulak start dedo² badan dia. 
Yang Ahnasofea ni tak taw la demam nak tumbuh gigi ke ape.
Tengok gusi macam bengkak kiri kanan belah atas tu. Ailio pun meleleh je. 
Dia takde selsema or batuk pun.
Update kat abah Ahnaff, dia cakap dia nak balik awal. Nak bawak budak² gi klinik.



Ni kate demam, tapi nampak kamera, auto senyum ye. Bertenaga lagi time nih.

Balik klinik mood dah tak cantik. Nak senyum pun tak larat.

Total bill klinik untuk 3 orang adalah rm230. 
Dapat ubat sebundle 🤣.
Ahnaff dapat mc 3 hari.
Ingat nak buat influenza test tu tapi kat klinik tu takde pulak.
Doktor just check kami bertiga n decide tak yah buat influenza test sebab anak² nampak ok. 
Lung masing² pun clear takde sebarang bunyi.
Just demam infection katenya.
Takpelah. Kite ikhtiar makan ubat dulu.
Harini tengok Ahnaff dah much better. Hingus pun takde sangat dah.
Ahnasofea masih panas badan dia harini. Merengek tak berenti. Mandom je tengok dia.
Kesian. Biasanya dia ligat tak duduk diam.
Mami pulak, rasa macam dah ok jugak tapi, rasa macam tak boleh nak duduk n berdiri lama². Kang tetiba rasa macam melayang nak pitam. 😅


Sedih noooooo 🤣