Assalamualaikum semua π.
Ni menu semalam ni.
Nasi ayam.
Makanan feveret Ahnaff.
Dalam seminggu tu mestilah ada sekali dua beli nasi ayam.
Sebab suka beno kan.
Maminye je yang tak berapa nak pandai masak nasi ayam.
Memang dari hari Isnin lagi dah cakap dengan dia nak buat nasi ayam.
Kebetulan kelmarin tu nampak post sueginola (tak pandai pulak nak link kan blog π) buat nasi ayam, terus semangat nak masak tu datang korang oiii π.
Semalam lepas je hantar Ahnaff gi sekolah, terus pi Lotus.
Mencarik bahan² nak masak la kann.
Lalu kat section roti tu, dia duk tunjuk² roti tapi mami tak faham π.
Terus je menonong pi beli ayam.
Dia tetap tunjuk² roti.
Aduhaiii, mami lupa la Pia. Selalunya kalau beli barang dapur dengan abah, mesti abah akan ambik kan dia roti dulu, pastu buka bagi dia makan dulu. π
Barulah dia akan duduk senyap² dengan gembira.
Beli ayam seekor tapi potong 4 je. Sebab ada terbaca tips, kalau nak ayam tu lembut dan juicy, potong 4 je. Nanti sedap jadinya. So, kita cuba je lahh.
Ni ayam ni dah kene rebus dah. Nak buat sup dia tu.
Pastu perap la dengan segala jenis kicap yang ada. Hahaha.
Ni semalam guna sos tiram, kicap pekat abc pastu renjis² minyak bijan sikit.
Gitu aje.
Sup ni inspirasi dari sup Sue la jugak.
Buat clear soup je.
Ketukkan bawang putih dan halia. Masukkan pati sup sayur.
Tambah lobak putih dan kobis.
Tak letak daun sup sebab Ahnaff tak suka π
.
Sup aje dah sedap. Hahaha
Ye, dah jadilah menu lunch semalam.
Mami punya. Puas makan banyak sayur tambah lagi dengan lobak putih dan kobis tu.
Dulu kan, kalau waktu dalam pantang, sayur paling wajib ada ialah lobak putih.
Milk booster tau korang.
Memang amalkan dari Ahnaff dulu.
Alhamdulillah cukup susu sampai dia 2 tahun.
Sos cili dia tu kan, kite cengkelat π. Guna yang segera ni ajee.
Tak pandai la nak buat sos dia yang guna cili merah tu. Mesti rasa tak berapa sampai.
Kate extra pedas.
Takde ponnnnnn π.
Yasher² je skala kepedasannya.
Semalam anak bujang yang gendut tu balik sekolah, senyum lebar la dia.
Makan nasi ayam.
Boleh tambah kicap banyak² π.
Boleh dia cakap "Ahnaff tak perasan pulak mami pandai masak nasi ayam".
Yelah nakkkk, mami kamu memang jarang buat nasi ayam.
Tu yang sampai tak perasan tu. π
Teh tarik kaww. Warna tak berapa kaw, tapi rasa dia memang ngam.
Patut tadi tarik tinggi lagi, barulah buih² meriah π.
Pagi tadi abah Ahnaffea pi kerja lambat, dah dia tanya nak air ape.
Kite request la teh tarik. Hihihi.
Buatkan juga cekodok bilis feveret dia.
Kemain lebar senyum dia tuu.
Bukan senang nak dapat peluang buat breakfast dan makan sama² dengan dia.
Kalau dia off day, biasanya kami makan kat luar je. Sambil² bawak anak berjalan.
Ni pagi tadi rasa malas nak sarapan kat luar sebab konon² nak basuh baju n kemas rumah.
Sudahnya, baju² tu abah Ahnaffea yang basuh bagi habis. Pastu baru dia pi kerja π.
Alhamdulillah, dapat la mami rehat lebih sikit pagi ni. Hihihi
Walau kita ni surirumah, tapi kalau suami ringan tulang nak menolong serba sikit, pun dah satu rahmat kan. π.
Betul tak kawan²?
Betullllll!
ReplyDeleteHabislah mami, Ahnaf dah perasan mami pandai masak nasi ayam, kena masak nasi ayam 4 kali seminggu lepas ni.
Hahaha. Boleh 4 kali seminggu tapi masak kat kedai je.
Deleteabis laaa...lepas ni sebulan every week dia mintak nasi ayam..alaaa..comelnya cekodok ikan bilis dia..cane leh jadi comel2 macam tu...kita x pandai la buat cenggitu
ReplyDeleteCekodok tu adun guna air panas SA. Pastu buat kental². Tak cair. Nanti insyaAllah elok lembut.
DeletePandai juga anak awak bodek ye ..hehehe
ReplyDeletePembodek no syatuuuu. Hahaha
DeleteBagi makngah sup tu saja pun takpa dah..
ReplyDeleteMacam sedap pulak sup tu..eh,cekodok pun sexy elok kejadiannya..gu dengan teh tarik kaw...terlentang kekenyangan ni
Hahahaa. Ok, bila makngah nak mai. Boleh dapat semua.
Deletekalau dekat ni boleh tumpang ahnaff mkn nasi ayam mami nampak sedap sangat tu,berkenan la tengok mangkuk sos Jaja
ReplyDeleteKakkkk, mangkuk tu beli kat Cowboy, Kuantan la kak. Hahaha. Boleh la gi carik
Deleterasa renyah masak nasi ayam tapi mak cakap paling senang. Stok rebus ayam terus boleh buat sup and base kuah kicap. Kicap yg perap ayam pun jadikan kicap untuk nasi ayam katanya. tapi tak la buat2 laginya pun adoi haha. Mami ahnaff takpe, teror, masak apa pun jadi tuu hehe
ReplyDeleteOrang yang biasa buat nasi ayam memang akan cakap, prjam mata pun siap. Hahaaha. Tapi bagi tukang masak yang tak berapa rajin ni rasa macam, alaaaa banyaknyr step. Gittuuu
Deletelama tak masak nasi ayam, akak selalu suka buat nasi ayam thai yg rebus je semua tu... pastu sambal dia jenis kicap je mudah sebab ayam tak payah goreng hehehe. Terliur lak nengok cucur tu dik helok je rupanya
ReplyDeleteTu la..kite memang dah usha² nasi ayam thai akak tu. Buatnye je tak lagi. Hihihi.
DeleteKak, cekodok tu adun guna air panas je. Buat kental². Elok lembut je nanti kak.
Ya Allah comelnya Ahnaff gelak-gelak Auntie baca Nakπ, pandai sangat la dia...
ReplyDeleteHahaha. Dia tu memang pak lawak. Kadang bercakap tu benda yang kita tak jangka.
DeleteAssalamualaikum... macam mana saya nk order kek dengan puan ya...
ReplyDeleteWsalam. Puan boleh email saya mizzajja@gmail.com
Deleteterima kasih puan
DeleteDh boleh open order nasi ayam dah tu.. ahnaf dah verify dah nasi ayam umi sedap π€
ReplyDeleteHahaha. Pitammm kak
Deletefuhhhh mami masak ape je yg tak sedappp.
ReplyDeletesemuaaa sedappppp! acik ana nak jugaaak hehe
Hahaha. Mak² yang masak memang sentiasa sedap je pada anak².
Delete