Thursday, May 18, 2023

Balik Teluk Intan Ikut Highway

 Assalamualaikum semua 😊.

Hari ahad yang masa kitorang pi beraya tu sebenarnya ada kematian bapa sepupu abah Ahnaffea. 
Nak balik, atok nenek ada kat sini pulak nak beraya rumah besan Balakong.
Abah Ahnaffea pun cakap takpe, lagipun masa raya hari tu dah pi tengok Pakchu tu.
Tup² pagi² Isnin tu masa Ahnaff tengah mandi, dia ajak balik Teluk Intan.
Macam tak best pulak kalau tak pi ziarah sebab masa dia kecik dulu, rumah Pakchu tu la yang dia selalu tuju.
Sampai dah remaja pun still ke situ juga.
Memang tiap kali raya atau balik kampung, kadang kami ziarah juga orang tua tu.
Makanya, Isnin haritu Ahnaff pun ponteng la sekolah.
Tapi mami dah ajar siap². Kalau teacher tanya jawab "balik Teluk Intan, atok sepupu meninggal". 🤭
Balik kalini abah Ahnaffea tetiba ajak ikut highway la pulak.
Lagi dekat dia kate. Tapi mami rasa macam jauh je. Ntah la ehh. Kite yang tak tau kot. Hahaha.

Si kecik ni sokmo drama ye. Dia duk landing kat mami pastu panas, duk tunjuk² mintak ambikkan spek dia. Tengok la tuuu. Berspek mata sambil nyusu 😅.


Pastu dia kebelakang pulak. Dia tak boleh tengok Ahnaff santai². Nanti dia nak peluk lah, nak duduk sebelah la. Pastu kang lelama gaduh. Hahaha


Clean n clear highway. Hari bekerja kan. Memang tak banyak la kereta.

Exit Sungkai. Nak singgah Nasi Bamboo, awal sangat lagi. Baru pukul 10. Perut pun kenyang lagi. Lain kali je la singgah.






Ni dekat pekan ape nama dia ntah. Aduhhh, tak ingat dah 😅. Tapi ade gerai² sepanjang jalan tu jual macam² jenis buah.

Sampai Teluk Intan dalam pukul 11 camtu. 
Terus menuju Kampung Bahagia, rumah arwah Pakchu tu.
Sampai² tu, ChuYang duk kat luar baru nak gerak pi ziarah kubur.
Takpelah. Kami masuk dalam rumah dan sembang² dulu la dengan anak² dia yang ada kat rumah tu sementara menunggu ChuYang balik dari kubur.
Dalam pukul 12.30 tengahari dah gerak balik Puncak Alam semula sebab petang tu abah Ahnaffea kene kerja 🤭.
Naik Kerteh. Hahaha
Dia baru berangan balik dari TI nak naik Cameron kejap.
Hahaha, tinggal angan² jelahh.


Sebelum balik singgah Speedmart. Beli kudap² untuk driver. Muruku legend ni yang dipilih. Hihihi


Singgah RnR Ulu Bernam. Mami nak masuk Starbucks tu tapi Sofea tido la pulaknya. Abah dia suruh kejut tapi malas nak kejut sebab baru je tidonya. Kang kalau dia bangun dah tak mau diam kesana sini. Baik biarkan je. Hihihi


Sudahnya abah Ahnaff pi masuk Dunkin Donuts je. Dapat la jugak kopi. Not bad jugak la kopi DD. 
Anak lanang paw abahnya donut. Habis 2 ketul dia makan dalam kereta. Baki lagi 2 ketul dia makan untuk dinner 😂. 

Dah tercapai la hajat abah Ahnaffea bawak mami balik kampung ikut highway. Hahah
Selama ni ikut jalan kampung je. 
Memang dah 2,3 kali dia ajak balik ikut highway. Mami je yang malas nak layan.
Émmm, kalau ikut highway, tak boleh la nak menyinggah rumah atok nenek.
Kalau ikut jalan kampung, dah tentu lalu rumah atok nenek. 🤭.
Dapat menyinggah setengah jam pun dah ok dah. 
Hahaha. Bijak tak mami niiii. 😂








5 comments:

  1. Strategi bijak tu.. hehehe... takpelah sekali-sekali ikut highway boleh tgk view lain pulak

    ReplyDelete
  2. tak pernah try coffee DD sebab tak suka sangat donut dia. nanti nak try la.

    Ber style ye si sofea menyusu hahaha

    ReplyDelete
  3. Belum pernah ikut highway kalau ke Perak. Teringin pula nak tengok pemandangan sepanjang jalan.

    ReplyDelete
  4. Muruku adik...lejen tu.
    Sesekali ikut hi way syok sbb PLUS banyak R&R best .
    Klu Ulu Bernam saya suka Mee Kari Zul..
    Satu-satunya mee kari yang saya suka..
    Tapi DD & kopi pun suka..hihihi

    ReplyDelete