Assalamualaikum semua
Harini genap 7 hari Abang Adam pergi.
Kakngah masih setia pergi ziarah rumah baru Abang Adam tiap pagi.
Mujur ada Paksu yang setia teman Kakngah setiap pagi.
Ada hari, Atok Nenek ikut.
Ada hari, Ahnaff ikut.
Mami belum berkesempatan lagi ziarah rumah baru Abang Adam.
Nanti bila keadaan dah mengizinkan, Dede datang tengok rumah baru Adam ye.
Kakngah masih bercuti. Seminggu dia ambil cuti atas budi bicara pihak sekolah.
Mami, Ahnaff dan Sofea pun ada kat kampung.
Ahnaff ambil cuti seminggu untuk teman Atok, Nenek, Mama dan Paksu.
CikYa dan Atiyyah pun ada.
Moga dengan kehadiran cucu² ni, sedikit sebanyak boleh mengubat hati semua 🥺.
Keadaan takkan sama seperti sebelum ni.
Selamanya takkan sama lagi dah.
Susah nak terangkan camne, tapi...
Sejujurnya, mami masih belum dapat terima yang Adam dah takde.
Masuk bilik dia, masih kuat bau dia.
Bila pagi, macam terbayang² dia balik kerja shift malam.
Bagi salam kuat².
Kalau dia happy, dia balik menyanyi².
Kalau dia penat, monyok je muka.
Nenek terdengar² bunyi orang mandi kat bilik air malam².
Bila balik shift petang, dalam pukul 10 dah sampai rumah.
Mandi, makan kat dapur...
😭😭
Sesungguhnya susah untuk kami lupakan.
Pemergian yang sangat mengejutkan.
Rasa macam terngiang² dia panggil Dede...dede.. bercerita macam².
Selalu puji Dede masak sedap.
Adammmmmm.. dede rindulahhh 😭😭
Kali terakhir kita jumpa Dam. Isnin. Khamis tu Adam dah takde.
Terima kasih Adam. Datang jumpa Dede, Sofea dan AchikWan.
Nenek kata Adam nak sangat jumpa Sofea. Tapi Adam tak dapat jumpa Ahnaff. Sebab Ahnaff tak balik sekolah lagi. 🥹
Malam² susah nak tido.
Teringat dia.
Atok pun tak boleh duduk sorang, dah 2,3 kali nampak dia diam² kesat airmata 😭.
Dia teringatkan cucu kesayangan dia.
Risaunya nak tinggalkan diorang ahad nanti.
Next week masing² dah nak balik rumah masing².
Kakngah nampak dah ok.
Walau dalam hati dia masih pedih, tapi dia kena tunjuk kuat depan Atok Nenek.
Nenek Atok tu yang merisaukan kami.
Betul lah orang kata kan, pedih hati kalau anak yang pergi dulu memang akan lebih dalam lagi.
Memang betul.
Lagi² pemergian yang mengejutkan camni.
😭😭.
Alfatihah.. Semoga Adam ditempatkan didalam syurga bersama anbiya...
ReplyDeletePernah rasa jugak macam ni Jaja...lama nak cure...sampai sekarang pun still teringat-ingat lagi...sampai sekarang pun still lagi tak sanggup nak citer pasal Arwah Abah😭...
ReplyDeleteSemoga Jaja sekeluarga tabah, Aamiin...
AlFatihah.. Allahuakbar mmg peritnya nak mghadap pemergian org tsyg yg mngjut mcm ni.. moga jaja sekeluarga diberi kekuatan terutama atok nenek :(
ReplyDeleteSedihnya Jaja.. Atok nenek dah ok tak skrg?
ReplyDeletetakkan sama.. yes, betul sgt..
ReplyDeleteAllahu...be strong, moga atok & nenek and family semua kuat, in sya Allah