Monday, January 8, 2024

Penang 2023 (2)

 Assalamualaikum semua 😊.


Pagi Ahad tu (31/12/2023), seawal 7.30pagi kami dah keluar pi sarapan.
Oleh kerana tengok orang duk update bagitau makan kat Astaka Taman Tun Sardon tu best, makanya ke sana la kami.


Pic credit: Google
Tak sempat nak ambik gambar kat depan bangunan ni weh πŸ˜….

Rupanya Taman Tun Sardon ni dekat je dengan hotel kami. Kira macam belah belakang je la. Ingatkan jauh 🀭.


Ada banyak gerai² sarapan pagi. Boleh pilih yang mana berkenan di hati.


Serabai original

Serabai bakar

Rasa lucu kalau ingat pasal serabai ni tau. Mami ni terbiasa makan serabai yang rasa manis. Takyah cicah pape. Makan kosong camtu je. Serabai kat sini rupanya rasa dia masin² sikit. Sebab tu ada kuah/kaya tu dia bagi. 
Dah la tu kan, belum rasa, dah tamak beli sampai 2 jenis. πŸ˜‚
Duk tengok orang review kate sedap. Kita pun terpengaruh la kann.
Sudahnya makan seketul tu je. Yang lain ada la rasa² jugak. Bungkus bawak balik, abah Ahnaffea jugak yang tukang perabis. Slow² je dia makan. Hahaha


Sandwich daging dan ayam. Yang ni memang sedap ye. 
Sandwich daging rasa pedas² berempah sikit. Yang ayam ok je. Habis 2 biji budak² ni makan.


Atok makan roti jala kari daging.


Ahnaff makan roti jala kari ayam. 
Sedap kari dia, tapi roti jalanya agak padat. Ahnaff dapat habiskan sekeping je. Saiz roti jala tu pun besar. Dia cakap "kenapa roti jala ni tak macam mami buat" πŸ˜‚. Alahaiii anak.


Ni abah Ahnaffea punya. Roti bom kot.


Sandwich daging. 


Konon² lepas sarapan tu nak pusing² bawak atok pi masjid Kapitan Penang. Sebab dia selalu cerita, masa dia belajar kat Kepala Batas dulu, waktu cuti pi Pulau. Naik feri. Malam² pulak tido kat Masjid Keling (memang dia cakap dulu² orang panggil masjid keling). Nanti dia ronda² Padang Kota. 
Konon anak menantu ni nak la bawak dia mengimbas nostalgia lama, sekalinya lepas sarapan tu, dia dah sakit perut la pulak. Nak ke toilet. Suruh pi toilet kat situ je, taknak pulak πŸ˜‚. Nak balik hotel jugak.
Ermmm, balik je la. Pastu lepak² kejap. Pukul 11.30 pagi, checkout je terus.


Singgah kedai Jeruk Madu Pak Ali, nenek nak beli buah tangan sikit untuk geng subuh dia. 


Tengok la mak enon tu. Sibuk usung bakul kesana sini πŸ˜‚.






Jeruk buah pala. Dulu² kalau orang pi Penang, mesti buahtangannya buah pala kan. 🀭
Jeruk buah pala, halwa buah pala. 
Kita budak², mana la suka kan. Hahaha



Mami pun beli la serba sikit jeruk juga. 


Beli jeruk campur² tu, konon nanti² nak buat acar buah. Hahaha. Ntah bila la nak buatnya.

Dah siap beli jeruk, kami pun teruskan perjalanan.
Plan nak balik ikut jambatan kedua.
Tapi sebelum tu nak singgah lunch dulu. 
Harap² destinasi yang nak dituju tu tak mengecewakan. 🀭

Bersambunggg ( gituuu dah pandai sambung² πŸ˜‚).










8 comments:

  1. abah paksa rela habiskan serabai ye kesian...patut muka termenung je ahnaf mkn roti jala rupanya tak sama macam mami buat,mami bila nak buka cafe?tibehh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buka dah cafe. Khas untuk Ahnaff dan sofea jeee πŸ˜‚.

      Delete
  2. cian Abah jugak tukang bagi habes ye hehe.. amboiii mak enon kemetot tu kemain usung bakul!

    eh haah la Acik Ana pon tak suka buah pala! tak sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Membazir kawan syaitonnn abah kateee.

      Delete
  3. Bestnya Penang.. Heaven kalau bab makan

    ReplyDelete
  4. Sedapnya serabai ..gulai roti jala pun likat elok tu...

    ReplyDelete
  5. dulu pernah duduk di Penang.. memang kami panggil Keling.. tp xde orang marah sebab memang panggilannya begitu.. Masjid Kapitang Keling..

    ReplyDelete