Assalamualaikum aunties n uncles 😊.
Dah pandai ambil gambar. Auto senyum yee 🤣.
Ni gambar pagi tadi. Balik dari hantar Ahnaff sekolah. Nampak tak gigi 3 batang tu. Serammmm. Hahahaha
Yang ni malam tadi. Ahnasofea memang suka membuli abang. Yang abang pulak redha je. Haritu, dia pi hantuk kepala dia dekat kepala abang. Yang menangis berjujuran air mata adalah abang ye. Manakala Ahnasofea cuma gelak² je tengok abang dia menangis. Haiiihhh.. anak dara, anak dara.
Ahnaff jenis soft. Kalau buat pape jenis berhati². Hati pun selembut tisu. Mudah mengalirkan airmata. Prihatin dengan orang sekeliling. Kalau dia tengah makan, mesti dia akan pelawa sesiapa yang ade tu, makan sekali.
Ahnasofea pulak setakat ni nampak lagi kuat dari abang. Setakat jatuh tergolek tu dia tak menangis pun 🤣. Jenis tak reti diam. Dia menangis kalau mami bangun, jauh dari dia je. Hahahaha
Tapi, walaupun dedua beza perangai, dedua mami sayang.
macam cucu wak
ReplyDeleteUmur baru setahun
Sebaya la ni wak. Bulan 10 sok genab setahun.
Deletehaha saya perati kebanyakan macam tu. anak sulung akan lebih soft dan anak kedua lebih brutal. haha. comelll your kids ;) semoga membesar dengan sihat.
ReplyDeleteYe betul. Brutal. Jatuh tergolek, kepala terhantuk meja, rileks je.
DeleteTq auntyNad atas pujian dan doa yang baik² untuk Ahnaff dan Ahnasofea 😊
This comment has been removed by the author.
DeleteSabar la yer Ahnaff..
ReplyDeleteAda adik memang macam tu..huhuhu
Ahnaff sentiasa sabar melayan adik dia. Kadang mami yang tak sabar menengoknye. Hahaha. Adik duk panjat² dia, yang dia redha je tapi menjerit². Pening mami. Hihihi
Delete