Saturday, July 2, 2022

Happy Birthday Atok

 Assalamualaikum korang 😊

1 Julai 2022, genap umur abah 75 tahun.

Happy birthday abah. Moga Allah beri abah kesihatan yang berpanjangan untuk terus bersama mak, anak-anak dan cucu-cucu.
Moga Allah juga beri kesempatan untuk kami adik beradik berbakti kepada mak dan abah sampai hujung usia.

Atok Ahnaff ni dulu² memang garang. Masa dia muda², anak kecik-kecik lagi, dia punya garang tu, sampaikan dia berdehem pun kitorang dah taw dia marah 🤣.
Tapi, seiring dengan peningkatan usia, anak² pun dah besar², abah dah tak berapa garang dah.
Boleh duduk bersembang bergurau senda dengan anak menantu n cucu.
Jangan la nak marah Ahnaff atau Sofea depan dia, kang kite pulak yang kene jeling.
Dulu² kalau abah tido, tak berani nak bising². 
Sekarang ni kalau dia tido, Ahnaff duk main tepi dia, takpe je.. bising pun takpe. Atok suka.
Kalau mami dulu, memang kene jegil mata yee. Hahaha
Tu la ehhh..beza sayang anak dengan sayang cucu. Lainnn taw 🤣. 
Moga abah dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia disamping mak, anak² dan cucu².
Kami sayang abah 😘.




2 comments:

  1. Happy belated birthday atuk Ahnaff & Sofea
    Semoga dikurniakan umur yang panjang lagi barokah dan dimudahkan segala urusan.
    Typical atok2 dan nenek2 gitulah kan..sayang cucu mengalahkan anak2 sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, atas doanya untuk atok Ahnaff

      Delete