Tuesday, November 1, 2022

Cuti Deepavali 2022 - 1

 Assalamualaikum korang 😊.

Dah masuk bulan November dah. 
Cepat betul masa berlalu kan. 
Cerita yang Oktober pun terkedek² tak abes cerita lagi. Hahaha
Taip padam, taip padam..gituuu.
Haishhh. Kene rajinkan diri ni.

Cuti Deepavali aritu kitorang gi piknik² kat Teluk Senangin.
Saje bawak Opahchu jalan². Ambik angin luar sambil² bawak Ahnaff main pasir.
Balik Perak awal sehari. 
Balik Jumaat malam Sabtu. Hujan sepanjang jalan.


Sempat juga la buat kek untuk orang kampung yang request nak kek. Hihihi

Burnt cheesecake

Petang Sabtu, gi Teluk Intan kejap.
Macam biasalah, port wajib anak bujang tu.
Takde lain ye.
Konon² nak celebrate birthday Sofea 🤭.


Sebab mami abah dah kenyang, so order ringan² je. Fries n chicken popcorn tu Sofea punya. Garlic bread n soup abah punya. Mami order air sedap je. 🤣


Dah tau kan sape punya niii..hahaha


Ni Opahchu punya. Dia nak makan waffle. Ade 2 types waffles ni. Satu basic waffle. Satu lagi loaded.
Opahchu pilih yang loaded waffle flavour salted caramel. 
Yang lucu nye, masa memula sampai, kami dua dah berpandangan.
Sebab duk imagine waffle yang biasa tu.
Rupenye loaded waffle tu, camgini gaya diaaa 🤣.
Sedap la jugak tapi manih.

Siap makan semua, gi area Menara Condong tu.
Wajib la abah Ahnaff nak membeli kacang rebus dia tu 🤣.
Masa ni mata mami duk tengok² orang yang lalu lalang kat perkarangan Menara Condong tu.
Dengan tak disangka² tetiba ternampak kelibat orang yang macam familiar. 
Macam suami bff mami tapi betul ke idak.
Sebab diorang duk Melaka nun. 
Tengok betul² sekali lagi, ehhh memang betul. 
Nampak juga isteri dia.

CikYun, kenal dari zaman degree lagi. Sambung Master jugak tapi dia halfway je sebab dapat offer kerja gov. 
Suami dia pun UUM juga. Tu yang kenal tu.
Tak sangka betul terserempak kat sini.
Rupenye diorang dari Kampung Gajah.
Pi kenduri rumah besan mak Cikyun.
Biasanya kitorang berjanji² jumpa kat area Putrajaya or Shah Alam.
Biasa jumpa sebab dia nak kek la 🤣.
Tak dapat jumpa, pos pun onz je dia. Hahaha
Pelanggan setia nih.
Memula ingat sembang kejap je, lagipun area situ susah sikit nak carik parking.
Dah sembang sikit, mami pun masuk la kereta balik, dah abah Ahnaff cakap, pi la sembang lagi.
Dia nak cari parking.
Fuhhh..bersinar² mata mami sebab dapat menyembang lama 🤭.
Nak dekat marghrib jugak la baru berpisah.
Tengok laki dia dengan abah Ahnaff pun kemain rancak menyembang.
Ahnaff pun seronok main dengan anak² Cikyun.
Sempat la dia pow Opahchu bubble gun yang banyak jual kat tepi² tu.
Opahchu pun mudah sangat cair dengan permintaan cucu dia tu. 
Kalau mami, malas nak layan 🤣.











5 comments:

  1. Baik punya sembang la ni.. mesti macam2 topik keluar. Chicken Chop Ahnaf ke tu? Sampai 3 side dish dia ek, nampak pemurah kedai ni, sedap pun sedap tu kalau tengok dari rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahnaff punya la bondaaa. Feveret dia tu 🤣. Memang sedap² menu kat kedai tu. Harga pun tak mahal sangat

      Delete
  2. kalau ada nak lalu Kuala Kangsar/Ipoh bagitau ye, nak tempah kek hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok jugak kite gi Ipoh 😆. InsyaAllah, kalau ade nak kesana, kite roger² ye.

      Delete
  3. Mami tu kalau bagi sembang boleh lajak lagi tu🤣
    Banyak cerita nak dikongsi..untung abah ahnaff sporting..siap suruh pi sembang lagi tu..🤲

    ReplyDelete