Monday, November 14, 2022

Tengok Atok Menjala

 Assalamualaikum korang 😊.


Sabtu haritu balik Perak kejap.
Nak jumpa tukang yang buat loteng tu.
Sampai pun dah petang.
Malam tu balik Sungai Besar pulak.
Kebelakangan ni kan memang asyik hujan je.
Kemain sejuk tido kat kampung.
Pagi Ahad tu lepas dah sarapan, Atok kate nak pi menjala kat kunci air sebelah surau.
Tak jauh pun. Selang 1 rumah je dari rumah Atok.
Air naik penuh, tu yang Atok geram nak pi menjala tu.

Tengok tu. Penuh air naik kan. Deras air dia.


Riki² dulu belah mana nak tebar jala 🤣.






Dapat sekor je ikan sepat.


Kemain ramai yang jadi penonton. Cucu² kagum tengok Atok menjala 🤣.



Yang ni duk merisaukan Atok. Berulang² cakap "baik² Atok, jangan sampai tergelincir. Nanti jatuh" 
🤭

Dapat sekor je 🤣 sebab bila tengok betul², dah ade orang pasang jaring kat tepi kunci air tu. 

Tengah ralit tengok Atok menjala, ade pulak orang² dari kampung sebelah berbasikal ramai². 

Memula kitorang kagum la kan sebab rajin betul orang kampung sebelah tu buat aktiviti berbasikal ramai².
Beriadah sama².
Rupenye bila dah last tu ade 4WD yang penuh dengan sticker dan bendera parti politik yang mengiringi diorang.
Ooooo.. aktiviti kempen rupenye 🤣.

Ramai.. lebih dari 30 orang rasanya.

Rumah dekat pun naik motor 😌

Berjalan kaki, peluh pun tak sempat keluar 🤣.

Mami Ahnaff ni walaupun nama dia orang kampung  asal dari kampung, sawah padi, tapi percaya tak, masa kecik² dulu tak pernah main selut, panjat pokok semua tu.
Adik beradik semua perempuan, yang last tu je lelaki, jadinya kami tak terdedah sangat dengan aktiviti² outdoor jelajah kampung 🤣.
Lagipun abah dulu kerja kerajaan. 
Kerja Majlis Daerah, pegi kebun dan bendang waktu senggang dia je. 
Kami pun jarang ikut.
Bila abah dah pencen baru sepenuhnya dia buat kerja² kat kebun dan bendang.
Masa tu kitorang pun dah masuk U.
Kalau orang bercerita pengalaman kecik² berkubang kat parit la, main selut bendang, saya hanya mampu senyum je sebab tak pernah buat semua tu.
Paling best pun main masak² je dengan jiran sebelah 🤣.
Abah marah wehh kalau main benda yang ntah pape comot².
Abah dah la garang kemain. Sekali dia berdehem, uisshhh..kecut perut taw 🤣.











8 comments:

  1. saya pun risau tengok atok berdiri tepi tu seriau je rasa kaki ni nyaman nmpk tenang kampung Jaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat atok berdiri tu sebenarnye mcm kawasan batu² mendatar. Tapi sebab air penuh sangat, tu nampak mcm seram kan. Risau tergelincir.
      Kampung saya kawasan sawah padi. Tu yang nampak nyaman je 😊

      Delete
  2. Indahnya mengimbau kembali kenangan lama sewaktu kecil dulu.
    Walaupun dapat seekor ikan, dapatlah juga Ahnaff nampak atuk menjala.
    Memang di sana-sini sibuk orang berkempen pilihan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman baru untuk Ahnaff dan sepupu².
      Sekarang memang tengah sibuk berkempen. Haritu balik kampung, sepanjang jalan orang sibuk memasang bendera parti masing².

      Delete
  3. Cantiknya kampung..Saya suka kampung yang ada unsur air...sungai ka..parit ka..
    Nampaknya Ahnaff lagi kampung berbanding mami ni..🤭
    Nampanya kempen parti politik tu tak capai objektif..
    Orang tak tahu pun depa kempen🤣

    ReplyDelete
  4. Dapat seekor aje ikan sepat siam
    Bolehlah goreng untuk Ahnaff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti ape nasib ikan sepat tu. Hihihi. Semalam lepas tengok atok menjala, kitorang terus balik Puncak Alam.

      Delete