Sunday, December 27, 2020

Roti Canai Kari Kambing

 Assalamualaikum semua 😊

Lama dah gi makan roti canai ni
Minggu lepas 
Pergi sarapan ramai² sebab semua balik kampung Sungai Besar
Abah la yang bersungguh² ajak anak cucu sarapan kat sini
Sedap sangat kari kambing tu katenye
So, anak menantu dan cucu² menurut je lah
Pagi tu semua bangun awal siap²
Atok nenek dah bagitau, 
Lepas subuh kene terus siap
😂
Musim covid ni kan, 
Kalau boleh taknak la sesak² sangat
Kitorag dah la segerombolan peginye 
Hahaha

Tengok tu..kan ke pagi dah sampainye 😂

Kedai ni dia buat kat halaman rumah je wehh
Rumah kampung kan..halaman luas
Kat tengah sawah pulak tu
Masa sampai tu memang tak berapa ramai orang lagi
Lepas kitorang duduk je
Tak lama lepas tu dah ramai orang

Inila roti canai kari kambingnye.

Memang nampak biasa je..macam roti canai biasa.
Tapi, rasa dia memang sedap
Kari kambing tu memang lazzzzaatt 😂
Tak de bau kambing pun
Memang puas hati la 😊
Ahnaff makan roti kosong sekeping,
Roti telur ½ keping
Pastu makan kuih² lagi
Kagum atok tengok dia duduk makan
Hahaha
Kat situ, selain roti canai ada jugak nasik lemak, pulut sambal, kuih muih
Yg nasik lemak n pulut tu memang dah siap bungkus.

Nak dijadikan cerita,
Tengah syok² makan sambil gelak ketawa semua
Tetiba ade kereta peronda Polis masuk 
Masing² dah cuak dahh 😅
Rupenye Polis pun nak sarapan jugak daaaa
Hahahaa

Total kos sarapan pagi tu dalam Rm150+ camtu
Untuk 24 orang 😂
Untuk penutup, terimalah pic kami sekeluarga 🤭
Ni je la pic yang ade 😂









Wednesday, December 16, 2020

December's Birthday

 Assalamualaikum n haiii 😊

Sihat ke semua..hihihi
Lately ni memang sibuk betul
Sibuk dengan hal keluarga, sibuk dengan tempahan orang
Alhamdulillah masih ade rezeki walau tak serancak  sebelum covid datang 🤭
Ok la,
Berbalik pada tajuk tu kan, bulan december ni memang special.
Special sebab bulan kelahiran abah Ahnaff n Ahnaff jugak 😊
Abah Ahnaff 9/12
Ahnaff 14/12
Dulu, masa tau due bersalin bulan 12,
Abah Ahnaff duk berharap anak dia lahir sama dengan tarikh lahir dia
Due sebetulnye 12/12/2017
Tapi, budak bertuah sorang ni keluar 14/12
🤭
So, mami anggap, dia la hadiah seumur hidup untuk birthday abah dia 😂
Bijak takk..hahhaha
Tahun ni genab 3 tahun dah Ahnaff
Rasa macam kejap je dah 3 tahun
Dah pandai request nak kek ape
Pandai jugak request nak celebrate ramai²
Mujurlah ade sepupu pun ramai (takla ramai sangat, tapi cukup meriah la buat budak² kann)
Birthday abah dia celebrate kat SR je
Tu la first time dine in sejak pkpb ni
Mujur masa tu tak ramai orang
Makan cepat² pastu balik 😅



Makanan birthday boy. Tapi tak ingat ape namanye 😅

Happy birthday sayang 😘

Ni mestilah Ahnaff punya. Dia nak bear tu je sebenarnye. Tapi habis jugak makan.

Ni kek idaman hero kecik




Dapat la celebrate dengan sepupu² yang lain. Seronok dia. Siap cakap "terima kasih semua", kat sepupu² dia ni 🤭


Alhamdulillah, settle dah hal nak menggembirakan hati dua beranak tu 🤭
Memang nampak happy betul Ahnaff
Semua yang dia request, semua mami abah tunaikan.
Oh ye, rail n thomas tu beli kat shopee je
Masa beli tu x baca pun dia pnya details
Main beli je
Sekali sampai, tengok² keretapi tu boleh bergerak pakai bateri 😂
Punyala takjub birthday boy dengan kek dia tu
Mula² dia tengok, duk wow sana, wow sini
Sampai kesudah asyik becakap je pasal kek dia tu 😂
Kembang la jugak hati mami ni bila anak hargai ape yang mami buat 😊
Doa mami buat Ahnaff, moga sihat selalu, jadi anak yang soleh, penyejuk hati mami n abah.
We love u so much Ahnaff. 🥰





Tuesday, December 8, 2020

Misi yang gagal

 Assalamualaikum 😊

Tajuk tu kemain lagi kann.
Hihihi
Bukan gagal ape pun.
Harini konon nak potty train si Ahnaff
Lepas dia mandi pagi tadi,
Memang dah cakap kat dia, nak kench bagitau mami
Dia pun semangat jugak nampaknye 
Sebab nak pakai spender dinosaur 😂
Setengah jam pertama ok
Takde masalah
Sambil Mami pun duk buat roti 
Dia pun ralit main
1 jam kemudian pun ok lagi
Mami pun keep asking, nak gi toilet tak
Dia pun stress agaknye
Setiap 5 minit mami duk tnya soalan yang sama je
Tak lama tu tetiba tengok seluar dia basah
Dah terkucil laaaaaa
Baru je kejap tadi mami wasap abah
Bagitau dengan bangganya,
Ahnaff tak pakai pempers pagi ni
Tak sampai 5 minit pemberitahuan,
Dah terkucil 😂😂
Takpelah,
Bawak dia gi toilet,
Basuh semua then kita cuba lagi
Sambil tu duk ingatkan dia jugak buat kali yang keberapa ntah dah lost count
"Nak kencing bagitau mami"
10 minit lepas tu,
Tengok² basah lagi seluar dia
😂😂
Sabar jelahhh mami ni
Bawak gi toilet,
Basuh² semua
Keluar tu terus pakaikan pempers
Hahaha
Esok la kita cuba lagi ye Napp
😅
Memang takde kesabaran mami kamu ni punnnn

Resepi roti manis

 Assalamualaikum 😊

Harini saya nak share resepi roti manis ni
Jumpa resepi ni dari IG umikitchen88
Rambang mata tengok resepi roti kat situ
🤭
Resepi ni jugak la yang saya duk buat untuk jualan n kudapan Ahnaff
Guna resepi ni tapi boleh oleh jadi pelbagai roti
Untung kan 😁
Ikut kreativiti kita sendiri

Resepi roti manis
250gm tepung high protein
40gm gula kastor
120ml susu full cream sejuk
1 biji telur gred A
1sudu kecil yis
42gm marjerin

- Masukkan susu, telur, tepung, gula kastor dan yis ke dalam bread maker. Bagi dia bergaul mesra jadi doh kasar, baru masukkan marjerin.
- Uli selama 45minit atau hingga menjadi doh yang licin dan elastik.
- Timbang setiap doh 30gm dan biarkan selama 10 minit
- Selepas 10minit, bulatkan (rounding) cantik² n susun dalam loyang yang sesuai.
- Biarkan sehingga doh naik sekali ganda
- Bakar guna suhu 160°c selama lebih kurang 15-20minit, bergantung pada oven masing².
- Siap dan boleh ngapp aje 😂

Sedikit tips:
- Untuk breadmaker, kene masukkan cecair dahulu, baru masukkan bahan kering. Agar mudah diuli.
- Untuk menguli menggunakan tangan, guna method macam basuh baju guna tangan tu. Kene guna tapak tangan untuk menguli. Tarik dan tolak berulang kali sampai jadi doh yang licin dan elastik (lama jugak kalau nak uli guna tangan ni. Mau sado jadinye 😅).

Lepas dah rounding. Nampak macam tak berapa licin kan. 

Bila dah naik sekali ganda nanti autometik dia akan gebu floles gituu 😂. Time ni boleh la letak cheese ke..gula ke.. ikut suka kita

Hasilnya 😁

Memula belajar meroti dulu,
Guna mixer tu je
Tapi bila dah 3,4 kali tu, macam sayang la pulaknyee
Sebab doh roti ni kan berat
Risau pulak nanti merajuk mixer saya tu
Fikir punya fikir,
Beli jugak la seketul breadmaker brand Trio
Baru guna dalam sebulan lebih
So far nampak ok je
Hihihi
Moga dapat la dia berkhidmat lama
😊







Friday, December 4, 2020

Sibuk

 Assalamualaikum
 
Hari ni agak sibuk
Abah Ahnaff kerja malam pulaknye
Tu yang jadi extra bizi 🤭
Takdela sibuk ape pun
Pagi² basuh baju sementara tunggu 2 beranak tu pi beli sarapan.
Harini memang dah plan nak tukar cadar, tukar langsir n sarung kusyen
Nak basuh semua
Settle semua kerja rumah,
Gi delivery roti pulak
Mujur la dekat atas bukit tu je
Tak la jauh pun
Masih dalam kawasan jajahan🤭
Lepas tu terus gi DIY
Konon nak mencarik barang² deko untuk birthday Ahnaff
Sambil² tu mencarik jugak barang deko kek
Tapi tak banyak yang menarik
DIY pun macam tak berapa lengkap dah
Dengan tanda harga takde, barang bersepah 😅
Mungkin belum sempat kemas
Pegi pulak kedai bakery
Mujur semua barang yang dicari ade kat situ
Tak perlu nak gi tempat lain pulak
Letih kalau nak kene pegi 2,3 kedai semata² untuk 1@2 barang je
Sampai rumah pun dah tengah hari
Balik tinggal masak nasik je
Panaskan lauk frozen je tengah hari ni
😂
Ade lauk ayam masak kencur yang mak bekalkan aritu
Panaskan yang tu je. Habis cerita 
Mujur Abah Ahnaff ni jenis yang tak kisah
Makan ape yang ade je
Alhamdulillah.. hihihi


Ni roti untuk bekalan Ahnaff. Untuk dia kunyah² kalau lapar 🤭

Malam tadi buat roti untuk orang, dapat la jugak selit roti untuk bekalan Ahnaff.
Pandai dah tu mintak roti mami buat 😂.

Ni dah lepas zohor, 
Barulah boleh nak relaks² baring² sebab Ahnaff pun nak tido 😊
Silap² dengan Mami dia sekali hanyut ni kang.

Wednesday, December 2, 2020

Petite Cake

Assalamualaikum

Ni cerita semalam ni
Patutnye buat sebelum entry ole² tadi 😅
Takpelah.. boleh je kan
Kite yg taip punnn. Hihihi
Mami Ahnaff ni memang keje buat kek
Home based je
Selalu buat kek untuk orang
Sampaikan anak pun dah faham
"Mami..kek orang punyakan?"
Memang tu je la yang dia ulang cakap
Sambil tu puji kek mami cantik
Padahal biasa je punn.. hahaha
So, semalam ade baki kek tu sikit
Mami pun tekap² jadi la kek comel cinonet je

Kecik tapak tangan je

Krim pun tak berapa kemas

Kemain happy dapat kek comel


Choc cake

Kek comel ni, makan tiga beranak je
Habis licin
Si Ahnaff pun bukan main puji
"Woww.. cantiknye kek mami buat"
"Sedapnye kek mami buat"
😂😂
Kembang habis hati mami ni dek pujian anak
Hahaha
Jangan tak tau ye,
Untuk birthday dia 14/12 sok,
Dia dah request kek Thomas & friends
Hari² duk tanya 😂
Harap² boleh la mami ni nak membuat kek kamu tu ye Ahnaff.. hihihi


Ole-ole Untuk Yang Jauh

 Assalamualaikum 😊

Pagi ni pagi² lagi dah sibuk meroti.
Saja buat roti sebab kelmarin opahchu (maksu suami) telefon,
Cakap teringin tengok roti mami Ahnaff
🤭
Jadinya mami Ahnaff pun buat la sikit roti gula n roti cheese untuk opah (mil) n opahchu.
Sejak PKPB ni masing² dah rindu cucu
Yang cucu pun pandai cakap rindu opah,
Rindu opahchu
Atok n nenek tu takpe lagi,
Sebab dekat je pun
Still 1 negeri, daerah je berlainan
Walau PKPB, boleh jugak lagi nak balik jenguk
Opah n opahchu kat Perak sana
Hutan Melintang.
Tak jauh dari Sungai Besar tapi, sebab tak boleh rentas negeri kan.
So, tak boleh nak balik belah sana 😔
Meh la tengok roti yang mami Ahnaff buat 🤭
Masukkan je semua bahan dalam bread maker 

Dah siap uli licin camgini

Dapat la 2 biji roti cheese, 3 biji roti gula n satu dalam cup tu untuk Ahnaff

Buat juga kek rampai sari (kek kelapa)

Keadaan roti lepas proofing

Cheese bun

Sugar bun

Ni kek rampai tadi. Kurang elok kejadiannya sebab overloaded 😂

Ni roti ahnaff. Abes melimpah ke tepi. Overloaded jugak.

Alhamdulillah. Gebu gebas 😊

Roti² n kek ni nak gi pos kejap lagi 😊
InsyaAllah ok je keadaanya sebab sebelum ni pun dah pernah pos ke Melaka
Guna J&T, insyaAllah esok dah boleh sampai
Moga opah n opahchu happy dapat roti n kek ni
😊



Wednesday, November 18, 2020

Covid19 test

Dah lama dah cerita ni
Tapi saje lah nak abadikan dalam ni
Actually, masa pkp fasa 1 tu,
Memang kitorang takde keluar kemana² pun
Sebab waktu tu memang strict kan
Then lepas tu pkpp kan
Waktu raya aidilfitri tu memang kitorang balik kg 😅
Memang semua adik beradik pun balik la
Cumanya takde tetamu yang datang beraya
Ade la adik abah, datang beraya 1family
Sorry to say,
Time tu kitorang memang rasa upset sangat
Ermmm
Bukan taknak bersilaturrahim, tapi kene faham la kan
Time covid camgini
Nak dijadikan cerita,
Lepas seminggu balik dari kg tu,
KakYong bagitau anak dia yang bongsu (Kiki)
Kene buat covid test
Bawah arahan KKM
Sebab masa tu memang semua budak tahfiz kene buat test tu
Nak dijadikan cerita jugak,
Kiki positive 😔
Dapat je taw dia +ve tu, kitorg semua memang gelabah la
Call en.suami suruh dia balik cepat sebab kitorang memang dalam list contact rapat la kan
Sejam lepas dapat taw Kiki +ve tu
Inspektor Kesihatan call
Suruh semua pegi test covid juga pada keesokan hari
Masa tu..
Memang rasa macam nak pecah dada
Sebab takut 😅
Paling merisaukan Ahnaff la..
Sian dia
Memang kitorang semua wajib buat test tu ye
Mak, abah, kakngah, adik, n adam kat kg - Sungai Besar
Kakyong 1 family - Puncak Alam
Kaklang 1 family - Klang
Kitorang 1 family - Puncak Alam
Kakcik 1 family- Rawang
Cikya 1 family - Balakong
Nampak simple kan..
Sorang je yg +ve
Tapi semua yang terdekat ngan dia kene buat test
Huiiiii..memang seram taw
Memang asyik fikir yang bukan² je

Ni masa turn Ahnaff


Masa ni semua buat kat tempat masing²
Alhamdulillah 1st swab
Semua -ve
Pastu semua kene kuarantin kat rumah 14hari
Siap ade pegawai kesihatan datang pantau kat rumah ok
Demi nak memastikan semua patuh pada sop
Tp debaran tak berakhir kat situ ye
Hari yang ke13 tu kene buat 2nd test
Pastu baru betul² sah -ve or +ve.
Alhamdulillah..
Kali kedua test pun semua -ve
Tapi kan, memang respect la kat budak kecik seketul ni..
Tak nangis pun dia masa buat test tu
Dalam pic nampak cam nangis kan
Tapi sebenarnye tak pun
Dia cuma macam terkejut je sikit
Sampai sekarang dia ingat
Bila tanya dia, sakit tak?
Takkkk dia jawab
😅😅
Kemainn lagi..
Last week, En.suami buat swab lagi
Untuk kali yang ke 4 😆
Dia paling bnyak buat test covid
Last week tu buat sebab ade kilang yang dia visit tu,
Ade 1 kes
Nak taknak, kene buat la jugak kan
Company pon yang sponsor
Tinggal lagi tadah hidung n tekak je 
😂😂
Kalau ikut experience sendiri,
Masa dia jolok kat hidung tu takde la sakit sangat
Macam yang orang duk cakap² tu
Tapi berair mata la jugak 
Thats why jangan dengar sangat cakap² orang kan..
Sebab ketahanan tiap orang tak sama..
Gittewww.
Hahaha




Friday, November 13, 2020

Monstera


 

Assalamualaikum n hai semua
Monstera ni antara pokok feveret saya 😊.
Ini memang antara pokok yang ade dalam list..hihihi
Setakat ni baru ade 2 jenis je..
Deliciosa n adansonii
Rasanya cukup la dua tu sebab space pun dah tak banyak mana
Duduk rumah apartment memang tak dapat nak kumpul pokok banyak²
Tu yang kalau melawat nursery,
Boleh bawak balik sepokok dua je
Janji ade hasil tangkapan
😂😂
Tunggu settle down, balik kampung sok,
Baru boleh kumpul banyak pokok
Sebab rumah sana teres.. banyak lagi ruang boleh letak pokok..hihihi
Ok la.. nak cerita pasal monstera, dah melalut² kemana hala..
Mula beli aritu macam risau jugak..
Takut tak bertahan lama
Few days kat rumah, memang dia nampak monyok je, tak berapa nak shining
After sebulan lebih baru dia nampak ok
Pucuk baru pun dah keluar
So far nampak sihat 😊
Meh cuci mata tengok pokok mami Ahnaff mehh


Monstera adansonii


Monstera adansonii - jenis menjalar yang ni


Nampak tak pucuk baru nak keluar tu

Nak kembang dah

Yaaa.. sikit lagi nak terbuka penuh

Ni la dia pokoknye.. monstera deliciosa. Yang dalam bulatan tu cam kering berlubang. Memang kering dari nursery. Redha je sebab murah. Hahaha

Harap² dapat la bertahan lama pokok monstera ni..
Sebab tuan dia memang adore sangat ngan pokok jenis ni 🤭.
Korang ade yang tanam pokok jugak tak
Jenis indoor mami Ahnaff ni
Meh la share
Till then..
Bye semua.








Thursday, November 12, 2020

Plant Parent


Hai.. Assalamualaikum semua 😊
Pagi ni nak cerita pasal pokok lah.. 
Asalnya, husband yang suka tanam menanam
Isteri cuma tengok je..
Tak berminat pun.
Tolong tengok sikit² n siram sikit² boleh la 😂
Tapi..
Saka pokok kat husband tu bukan sikit²
Berjangkit² pulaknye kat isteri diaaa
Hahaha
Abes PKP aritu,
Memang gile pi nursery..
Tapi paling giler pi Sg.Buloh la
Tiap minggu gi tengok pokok
Sekali pegi tu, dapat sepokok dua pun dah happy dedua..hahaha
Tak susah nak bahagia cara kite sendiri sebenarnya..hihihi
Mehh laaa..cuci mata tengok pokok kami





Sorry la..
Pic kelam je 😂
Paling loveee dengan monstera
Next entry la cerita pasal monstera ni..hihihi
Byeeee



Wednesday, November 11, 2020

2020

 Ya ampun... Dah tahun 2020.. 
Last updated 2016 😂
La niiii, anak pun dah sorang
Ermmm..nak cerita ape agaknye ye..

Si cheeky mami.. masa kecik ebab sangat


Dah besar, jadi kurus pulaknye 😂

Tahun 2020 ni rata² kita WFH kan..tapi saya dah 6 tahun WFH.. Homebaker 🤭
Tapi rasanya tahun ni memang mencabar. Ramai orang sekeliling yang struggle. 
Bersyukur jugak la waktu² sukar camni, husband still ade kerja, makanan still ade atas meja. Cuma bila datang waktu sukar camni barulah timbul banyak kesedaran pasal cara hidup, simpanan kewangan n macam² lagi 😔
Takpelah..what ever it is, sekurang²nya ade jugak kesedaran kan.. Bak kate orang tu..better late than never kann..gituuu 😂
Ok la..jumpa lagi nanti..
Hopefully bukan tahun depan.. hihihi