Tuesday, March 21, 2023

Sekinchan. Hantar Kek dan Jalan².

 Assalamualaikum semua 😊.



Maaf la ye, entry semua yang throwback punya 😅.
Tengah nak mengejar kembali ke waktu yang sebenar. Hihihi
Ahad, 12hb haritu, ada order kek PGM 5 biji.
Oleh kerana yang mengoder ni kira macam sedara jauh, bau² bacang camtu, haruslah kite ambik 🤣.
Walau jauh nak kene delivery ke Sekinchan.

Ni je gambar yang sempat ambil. Nak keluar delivery pagi². Rushing nak menyiapkan dua ketul tu, nak siapkan diri sendiri lagi. Sudahnya tak ambik pun gambo kelima² kek 😅. 

Sampai Sekinchan dalam pukul 8.30pagi. 
Dah tentu la kendurinya pun belum bermula kan 😆.
Jadinya CikDah suruh kitorang makan sarapan je dulu. 

Kuih koci labu dan lemper (kuih jawa).

Roti canai yang sangat lembut dan gebu. Kuahnya pun sedap.


Yang ini, dapat roti canai memang tak toleh² dah 🤭.


Keratan rentas lemper. Lemper ni sejenis kuih yang lebih kurang macam pulut panggang. Luarnye pulut, dalamnya inti kelapa pedas. Bentuk patsegi kecil dan cara masaknya adalah dikukus. 
Sedap betul lemper yang ni. Lemper ni kalau inti dia sedap, memang sedaplah jadinya.

Byeee CikDah. Terima kasih sudi order kek kite 😘.

Ontheway balik tu, singgah kat tempat viral ni.
Tempat kapalterbang landing tengah sawah 🤭.
Berenti kejap untuk ambil gambar je.






Tak lama pun, dalam 10 minit je kat situ.
Pastu terus balik Puncak Alam semula. 
Ehhh, tak balik lagi.
Pi Sg.Buloh pulak. Saje jenjalan kat Mr.Dollar n KIP Mall tu 😆.
Yang tu citer esok la ehh. Hihihi










Teluk Senangin 2.0

 Assalamualaikum semua 😊.


Lepas je dapat kereta aritu, terus bawak Atok Nenek pi Teluk Senangin 🤭.
Sebelum ni dah bawak Opahchu, kalini bawak Atok Nenek pulak.
Kalau ikutkan plan Abah Ahnaffia tu, nak pegi jalan² Utara.
Tapi tak sempat la wehhh.
Sebab Ahad tu ada orang order PGM 5 biji.
Kitorang pegi hari Rabu. Petang lepas Zohor baru gerak.
Dalam pukul 5petang kot sampai.
Kalini menginap di Ilham Chalet lagi.
Abah Ahnaffia kalau dia dah selesa tu, memang situ je la yang dia tuju 🤣.


Alhamdulillah, dapat bawak Atok, Nenek n Mama.

Ni pagi Khamis.
Lenaaaa dia tidur ye. Dia ni style tido memang copy paste abah dia. Kaki belah kanan tu mesti tegak camtu. Betulkan la berapa kaki pun, mesti akan naik balik. 🤣
Geram kadang nengok.

Pagi² dah turun pantai.

Ahnaff point utama dia gi pantai memang nak main pasir je. Dia tak heran dengan air laut tu.

Tengah healing ke tu Atokkk 🤣.

Si Sofea tak boleh ye, laju je dia berjalan ke arah air. Dengan Ahnaff sekali terpaksa ikut dia.

Tengok tu.. dia tarik tangan Ahnaff, ajak pi laut. Abah dia duk pantau je si kecik tu. 


Tu la budaknye tuuu. Letih abah dia melayan dia rendam badan dalam air 🤣.

Tak jauh dari tempat kitorang lepak tu, ada nelayan naikkan pukat. Pagi tu ada ketam. Semua pukat isi ketam. 
Memang pagi² tu KakRos dah wasap bagitau pukul 9.30 pagi akan ada bot nelayan naikkan pukat ketam. Kalau nak beli ketam fresh, boleh la tengok². 

Beli 5 kilo ketam. Sekilo rm35 tapi puas hati sebab fresh dan isinya penuh. 
Bawak balik Sg. Besar, tengahari Jumaat tu buat pesta ketam 🤣.

Ketam bercili. Fuhh, sedap rupenye ye. Mami ni tak pernah beli ketam dan tak pernah masak ketam. Jadinya tak taulah camne feeling memasak dan menikmatinya 🤣. 
Yang bercili ni Abah Ahnaffia request. So, mami la yang kene masak. Alhamdulillah sedap, kene dengan selera semua. Ralit meratah ketam wehh.

Nenek tak potong² pun ketam tu. Sekor² je dia masak 🤣.

Yang ni masak lemak cili api. Nenek yang masak, ofkos la sedap kannn. Kuah letak kat mangkuk asing sebab nenek risau terpercik² 🤣.
Syok sungguh meratah ketam. Ketam bercili tu, tengari tu jugak licinn. Iolls bangga 😆. Tiberrrr. Hahaha



P/s: Next time kalau nak turun Teluk Senangin, ada orang dah janji nak belanja Ahnaff n Sofea aiskrim 🤭.
Jangan lupe AuntyNad 😆.







Wednesday, March 15, 2023

Random #03032023

 Assalamualaikum semua 😊.


Entry ni berkisar tentang makanan je ye 🤣.


Sotong celup tepung dan udang celup tepung. Ni makan masa kat kampung haritu. Atok mintak separuh². 


Kemain beso udangnye ponnn 🤣.


Ni nasi impit kuah kacang tapi kuah kacang dia tu memang halus je. Lain dari yang lain. Memang menu feveret kalau balik kampung ni.


Popia begedil. Yang ni jiran depan tukang buat. Memang sedap wehh. Bebila rasa teringin memang order je dari jiran tu. Ntah dah berapa kali ulang order pun tak taula. Tak terkira 🤣.


Brownies nutella.


Brownies nutella lagi 🤣.


Red velvet. Permintaan kakak Amirah. Dia cakap kawan dia nak kek red velvet macam Dede buat masa dia kawin aritu 🤣.


Mixed cheesetart. Ada flovour blueberry, strawberry dan nutella. Lama betul tak buat cheesetart. Lepas ada Sofea, ini la baru pertama kali buat balik.


Nasi lemak ayam goreng campur paru. Tak ingat hari ape tapi ni pi sarapan kat RnR Elmina arah Selatan.


Wajib singgah main kat playground secoet tu 🤣.


Beli roti kat Roti Kaya Junus. Sodap rupanya 🤣. Lembut je roti dia. Roti inti kelapa tu, inti dia penuh. Puas hati makan.






Monday, March 13, 2023

Jalan² Bukit Malawati, Kuala Selangor

 Assalamualaikum semua 😊.


Akhir bulan Februari aritu, Opahchu datang Puncak Alam.
Saje la dia nak ikut balik sini.
Rindu dengan cucu² ni rasanya.
Biasa kitorang balik pun sehari je. 
Balik hari.
Mesti dia tak puas nak gomol kenit dua orang tu.

Malam tu ontheway balik P.Alam, kitorang singgah makan kat Ikhwan Seafood Restaurant, Kuala Selangor.
Baru ni la sempat singgah sebelum² ni kalau lalu je jambatan Kuala Selangor tu, mesti cakap teringin nak singgah.

Otak², sedap. Tak pedas sangat. Sofea pun boleh makan. Suka dia.


Mestilah siakap sweet sour. Feveret Ahnaff 🤣.


Ada kailan ikan masin, udang goreng tepung dan tomyam. Tomyam tu style siam sanaa. Campur dengan susu. Sedap memang sedap tapi rasa cam manis² susu gitu 😅.
Overall sedap masakan dia. Harga pun tak mahal sangat. Next time boleh singgah lagi 😊.

Masa makan kat sini la Ahnaff nampak rumah api atas bukit tu berkelip².
Dah dia asyik bertanya je pasal rumah api.
Esoknya terpaksa la mami bawak dia berjalan² naik bukit, semata nak tengok rumah api 🤣. 
Tapi tak pe la. Opahchu ade. 
Boleh tolong tengok²kan budak² ni. 
Kalau mami nak bawak diorang sendiri je, memang idok leee 😅.


Naik train ni. Tiket rm5 untuk dewasa. Kanak² rm3 je.





Teruja betul dia dapat tengok rumah api.


Opahchu dan cucu dua ketul.




Pemandangan dari atas bukit.




Dekat atas ni ada muzium tau. Mini muzium camtu la. Berkaitan dengan kewujudan Kuala Selangor. Kira macam asal usul Kuala Selangor.


Cantik pokok besar ni tau. 

Pemandangan kat atas Bukit Malawati tu memang cantik. Sejuk berangin² je. Tapi, kat atas tu banyak monyet tau. Memang tempat diorang tu. Maybe ok je, tapi kene berhati² jugak la. Kitorang memang takut nak dekat². Lagi bawak Sofea kan. Risau kalau monyet tu geram kat dia pulaknye 🤣🤣.

Pegi Bukit Malawati pun dah seronok si Ahnaff ni. Duk ulang² bercerita. Tapi bila Opahchu tanya best ke tak, dia jawab "best, tapi Ahnaff sedih sebab Abah tak dapat ikut". 🤭








Renew Lesen

 Assalamualaikum semua 😊.


Tahun ni renew lesen lambat sikit.
Lepas dah settle hal kenduri kakak Amirah baru pi buat.
Abah Ahnaffia suruh renew 5 tahun terus 🤣.
Harap² tak lupa la ehh. Hahaha

Abah Ahnaffia ajak buat kat Pejabat Pos Kuala Selangor. 

Puas hati abah Ahnaffia 🤣. Pastu bila kira² semula, 5 tahun lagi, Sofea pun dah sekolah. Hahaha

Pejabat Pos Kuala Selangor. Terletak di bahagian Pekan Lama. Lengang je keadaannya. Tak sibuk. Urusan siap dalam masa 15minit je.

Lengang je kan. Tenang je belah² Pekan Lama ni.


Total bayaran untuk 5 tahun. Rm152.50. Pejabat Pos ambil komisyen rm2.50 🤭.


Balik dari Kuala Selangor, masak yang mudah² je. Buat pecal dan goreng ikan. Kuah pecal tu memang sentiasa ada stok dalam petisejuk. Nak guna just bancuh dengan air panas je. 
Abah Ahnaffia suka pecal ni. Sesekali dia cuti, mami masak la jugak. Kalau asyik makan luar je nanti dia lupa pulak kesedapan masakan isterinye ni haaaaa 🤣🤣.