Wednesday, October 16, 2024

Random 16102024

 Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š.

Lamanya tak update cerita kan.
Ada yang merindui kami takkk? Hihihi
Kita cerita random je la ye..
Nanti² baru cerita yang lain².
Sebelum terlupa, mami ucapkan berbanyak² terima kasih pada semua kawan² yang bagi kata² semangat dan ucap takziah untuk kami sekeluarga. 
Sesungguhnya semua kata² semangat dan doa dari kalian, sangatlah kami hargai.
Terima kasih korang ♥️.


Sofea dah belajar² pakai tudung uolls ๐Ÿคญ.


Gaya dia kemain lagi yeee.


Masih ada rezeki durian lagi untuk musim yang lepas. Dapat la merasa durian free lagi ๐Ÿ˜‚.


Hantar stok karipap kat agen Shah Alam.


Mi la pertama kali Ahnasofea pakai tudung. Takde siapa yang paksa. 
Mami pun tak pernah suruh² dia bertudung.
Pagi nak pegi perjumpaan ibu bapa dan guru kat sekolah Ahnaff tu, dia mintak nak pakai tudung.
Oleh kerana takde tudung kecik, mami bagi je la dia pakai tuding mami. Lipat bagi kecik ๐Ÿ˜‚.


Singgah sarapan sebelum balik rumah.
Alhamdulillah, perkembangan pembelajaran Ahnaff baik² je. 
Lemah sikit untuk subjek Jawi, tapi lepas masuk je Klinik Jawi yang pihak sekolah buat, terus meningkat ye ๐Ÿ˜‚.
Terus pandai baca n menulis jawi pun makin helok.
Klinik Jawi tu buat setiap hari Rabu. 4-5pm.
Memang membantu sangat ๐Ÿ˜Š. 


Pegi memana nak bertudung je sekarang. Alhamdulillah. Moga istiqomah ye Yaaa.
Memula aritu mami tapis² jugak kalau dia nak pakai tudung. Sebab kebanyakan baju dia sleeveless dan seluar pendek. Gaun lagi.
Takde banyak baju yang sesuai nak pakai tudung.
Pelan² la mami cari seluar panjang, blouse lengan panjang n tshirt lengan panjang untuk dia. 
Mana² baju sleeveless yang masih elok tu, mami padankan je dengan kardigan. ๐Ÿคญ
Boleh la kann.
Gaun² dia yang masih elok, mami pakaikan je untuk kat rumah. Pakai harian. Suka la dia dapat pakai baju cantik hari² ๐Ÿ˜‚.
Anak nak buat baik, mami sokong je la.
Moga kekal begini sampai besar, sampai bila². 






Lip matte ni best korang. Try la.. brand Hanasui.







Balik dari hantar abang sekolah. Dah rupe makcik kiah balik dari paso ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.
Anak dara sapa la niiii. Hahahaa


1 comment:

  1. Alhamdulillah..rindu nak tengok Abang Ahnaff n Sofea..dapat pun tengok...
    Comelnya ustazah kecik tuuu....

    ReplyDelete