Friday, November 13, 2020

Monstera


 

Assalamualaikum n hai semua
Monstera ni antara pokok feveret saya 😊.
Ini memang antara pokok yang ade dalam list..hihihi
Setakat ni baru ade 2 jenis je..
Deliciosa n adansonii
Rasanya cukup la dua tu sebab space pun dah tak banyak mana
Duduk rumah apartment memang tak dapat nak kumpul pokok banyak²
Tu yang kalau melawat nursery,
Boleh bawak balik sepokok dua je
Janji ade hasil tangkapan
😂😂
Tunggu settle down, balik kampung sok,
Baru boleh kumpul banyak pokok
Sebab rumah sana teres.. banyak lagi ruang boleh letak pokok..hihihi
Ok la.. nak cerita pasal monstera, dah melalut² kemana hala..
Mula beli aritu macam risau jugak..
Takut tak bertahan lama
Few days kat rumah, memang dia nampak monyok je, tak berapa nak shining
After sebulan lebih baru dia nampak ok
Pucuk baru pun dah keluar
So far nampak sihat 😊
Meh cuci mata tengok pokok mami Ahnaff mehh


Monstera adansonii


Monstera adansonii - jenis menjalar yang ni


Nampak tak pucuk baru nak keluar tu

Nak kembang dah

Yaaa.. sikit lagi nak terbuka penuh

Ni la dia pokoknye.. monstera deliciosa. Yang dalam bulatan tu cam kering berlubang. Memang kering dari nursery. Redha je sebab murah. Hahaha

Harap² dapat la bertahan lama pokok monstera ni..
Sebab tuan dia memang adore sangat ngan pokok jenis ni 🤭.
Korang ade yang tanam pokok jugak tak
Jenis indoor mami Ahnaff ni
Meh la share
Till then..
Bye semua.








No comments:

Post a Comment