Friday, November 25, 2022

Cerita Bercampur #25112022

 Assalamualaikum korang 😊.

Terjawab dah teka-teki siapa PM ke-10 kan.
Moga beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan berdedikasi.
Tahniah DSAI.
Ramai yang menerimanya dengan penuh kesyukuran.
Ramai juga yang tak senang dengan perlantikan tersebut. 
Pape pun, kite tunggu dan lihat bagaimana prestasi beliau nanti.

So, ni cerita semalam la juga ni.
Pagi semalam pakcik sebelah abah (adik abah - CikLi dan isterinya -CikNab) bagitau nak datang rumah.
Alang² dah pi Hospital Uitm tu, dah dekat. Tu yang nak datang singgah tu.
Saja singgah nak tengok anak cucu 🤣.
Tapi cucu lagi sorang sekolah pulaknye. 


Sempat buatkan bubur jagung je. Ajak makan tengahari kat sini, taknak pulaknye. Nak cepat balik Sg.Besar. 

Ni bubur jagung saya. Makan dengan biskut HupSeng lagi feel tau. Rangup biskut tu jadi lagi sedap makan. Kalau bubur kacang pun saya makan camni juga. Try la. Sedap weh.


Ni lauk lunch semalam. Permintaan dari Ahnaff. Pagi otw gi sekolah tu saya tanya tengahari nak makan ape. Dia jawab "masak kurma ayam la mami". Baiklah nakk 😌. Dah lama pun tak buat kurma ayam. Dia dah teringin la tu. Selera dia makan tengahari semalam. Bertambah 2 kali 🤣. 
Dia cakap "mami la chef yang terbaik. Nombor 5". Hahahaha. Saya syak dia nak cakap no 1. Tapi keliru antara best chef no 1 atau top 5. Ermm. Tak kisah la nak oiii. Janji makan habis.

Sarapan pagi tadi buat roti goreng dan segelas hazelnut coffee.

Roti goreng inti tuna. Sapu tuna kat roti. Kapitkan pastu potong 4. Celup dengan telur, pastu goreng deep fry. Buat sesekali boleh la. Tak boleh selalu 🤣


Dah sarapan, dah kenyang, dia tido pagi. Biasanya dia tido dalam pukul 9.30 camtu. Kadang kejap je dah bangun. Tapi selalunya tido sampai pukul 11 lebih. Time nak ambil Ahnaff sekolah tu baru bangun.


Sementara dia tido, boleh la mami ni buat kerja lain. Pagi tadi settlekan baju² yang tak berlipat. Kemas² dapur sikit sebab harini tak masak 🤭. Tapau nasi kukus dan nasi ayam penyet je tadi.


2 buah buku ni Ahnaff beli dekat jualan amal Kelab Araf dia.
Harini ade aktiviti jualan amal.
Antara barang² yang dijual ialah baju² terpakai, buku², dan mainan terpakai.
Pagi tadi bekalkan dia Rm20, kot la dia nak beli pape.
Tapi, dah cakap kat dia, tak perlu beli mainan. 
Dah terlalu banyak mainan dekat rumah ni.
Dia cuma mengiyakan aje.

Dalam kereta balik tadi,
Mami: kamu beli ape dekat jualan amal tadi?
Ahnaff: beli buku mami. Buku dinosaur. 
Mami: berapa ringgit? Ade dapat duit baki tak?
Ahnaff: 5 ringgit mami. Takde duit baki pun. Abang² (merujuk pada pelajar sekolah rendah yang mengendalikan aktiviti tersebut) tak bagi duit baki.
Mami: biar betul.
Ahnaff: betul. Mami tak percaya Ahnaff ke?
Mami: ermmm. Yelah.

Dah turun kereta, nak masuk rumah tu tetiba dia cakap:
"Mami, tadi teacher masukkan duit dalam poket Ahnaff".
🤣🤣
Sabo jela mami dengan anak bujang sorang niii

Bila kira duit baki tu ade RM19. Buku 2 buah tu cuma RM1. 
Buku tu sebenarnya buku dari set Happy Meals. 
Ahnaff dah ade buku tu, tapi dah musnah dek gigitan Ahnasofea 🤣.
Saya tanya dia, kenapa tak beli barang lain lagi. 
Duit ade banyak lagi.
Dia cakap takde buku yang best. 
Mainan dia tak beli sebab mami cakap tak payah beli. 
Lagi ayat dia " lagipun mainan Ahnaff dah banyak kan mami, tak cukup² tempat nak simpan dah. Betul tak mami?".
Haaa. Nasib baik taw yee. 
Tapi kalau gi memana, ade abah dia, nasihat mami pasal mainan tu bagaikan angin lalu je. 
Abah dengan anak dedua buat² lupe 😏.





8 comments:

  1. alahai clever boy betul la abg ahnaff ni yg tak tahan tu ingatkan mami chef no.1 tapi no.5 pun blh la abg janji ada no..hehe
    senang mami nak masak dah siap2 order menu,kalau tak jenuh juga nak fikir kadang kering idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang dia pun taknak fikir, dia cadangkan beli nasi ayam je 🤣

      Delete
  2. Saya pun menerima berita pelantikan DSAI dengan tenang. Moga dipermudahkan segala urusan pentadbiran negara kita.
    Alolooo... tomeinya budak tecit tu titon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time tido memang comel macam nak picit² je pipi dia. Tapi bila dah bangun tido, auto huru hara 🤣

      Delete
  3. Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja untuk agama dan negara kita..
    Afnaff anak yang menyejukkan hati mami..semoga menjadi anak solah di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih makngah, selalu mendoakan Ahnaff 😘

      Delete
  4. Sabar je la, Ahnaf kata mami chef terbaik tp no 5. Hahahah. Pandai ye dia, dengar cakap mami bila mami kata jangan beli mainan. Anak bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene dengar cakap mami. Kalau tak nanti mami jadi singaaaa. Hahahaha

      Delete