Tuesday, November 22, 2022

Aktiviti Sekolah Ahnaff dan Menu Lunch.

 Assalamualaikum korang 😊.


Semalam, 21/11/2022 , ade aktiviti Hari Kerjaya kat sekolah Ahnaff.
Mula² fikir nak bagi dia pakai uniform Bomba tapi, macam tak sempat nak gi carik.
So, recycle je la. Pakai je semula uniform askar dia tu 🤣.
Dia ok je. Takde request nak pakai ape pun. 
Mak dia je yang over 🤣.


Dah macam misai kucing celoreng tu 🤣.




Tengah sibuk siapkan Ahnaff, lupe budak kenit ni pun ade. Pantas dia buat kerja ye. Pi celup jari kat water colour tu. Dah bertanda cadar abang 🤣. Merungut juga la Ahnaff bila tengok katil dia tercalit dengan warna hitam tu. Redha je la nak oiiii. Hahaha

Dia sempat calit sikitttt je kat pipi tu.


Teacher share gambar kat group whatsapp kelas. Ramai team askar. Berkenan pulak tengok jumpsuit pilot askar tu. Next year boleh la carik. Hahaha


Buat aktiviti kraf juga. Buat eksperimen roket Ahnaff cakap.


Tengahari tu masak lemak sayur, ikan dan ayam goreng, sambal belacan. 


Kat Lotus takde tauge, so guna kobis, lobak merah dan sawi ketot je. Pun sedap je 😊. 
Budak dua orang tu suka makan nasi dengan kuah lemak ni.


Sambal belacan simple. Belacan goreng, cili, gula lebih sikit dan limau. 4 bahan tu je. Tumbuk sampai lumat, siap. 

Ni malam tadi dia stress. Abang tido awal, dia tak tido². Duk panggil² abang, tapi abang tak terbangun pun. Lama² dia yang marah, menangis² 🤣🤣.








12 comments:

  1. La... takde kawan ajaklah mami main, hahaha. Untung budak2 skrg ada jual uniform mini macam ni, comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, macam² uniform ade. Sediakan je ongkosnya 🤣

      Delete
  2. uiii....terus tak kenal dah Ahnaff...
    Maco & sado terus bila pakai uniform..
    makngah sukaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makngah ni memang nak kene jumpa Ahnaff ni. 🤣

      Delete
  3. so cute ahnaff dgn celoreng muka tu..sian adik Pia takde geng abg penat aktiviti children days agaknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia yang nak celoreng tu. Pengaruh tengok komando kat tiktok 🤣

      Delete
  4. Dah beso nanti bolehlah jadi abam askar betul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Buat masa ni memang itulah cita² dia. Nak jadi pilot askar katenye 🤣

      Delete
  5. Seronok tengok keletah anak-anak kecil. Sangat menghiburkan.

    ReplyDelete