Thursday, October 27, 2022

Program Piknik, Healthy Plate Chef Cilik

 Assalamualaikum korang 😊.


*PEMBELAJARAN BERTEMA : 'HEALTHY PLATE' CHEF CILIK 2022*



Seminggu awal sebelum 21hb tu pihak sekolah dah bagi edaran poster untuk aktiviti di atas.
Pening kepala mami memikirkan nak buat bento sihat yang camne 🤣.
Sudahnye buat mini burger jelah.
Kononnye nak buat mini bun sendiri.
Sudahnye beli mini bun ready to eat kat Lotus je 🤭.
Tak sempat nak mengadun.
Just buat mini patty burger je.
Calit² dengan sos tomato sikit, mayonis sikit, letak salad, dah jadi. 


Mini chicken patty burger.


Mini burgers, buah limau sebiji n biskut bear sikit. Boleh la tu, janji ade penyertaan 🤭.


Untuk potluck, mami buatkan egg sandwich je. Selalu tengok orang buat sandwich elok je cantik, apasal sandwich mami nampak gemuk² macam yang buat je nihh 😅. 


Ramai kan kawan² dia. Ni campur 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Berkelah dekat tasik seberang sekolah je. Tanya Ahnaff, gi piknik naik ape. Naik van sekolah katenye. Mau 2,3 trip jugak la kot tu. 


Kemain lebar senyum 😆.

Alhamdulillah, balik sekolah haritu riang gembira.
Siap ajar adik tips² berkelah.
Jangan membuang sampah merata² - Jaga alam sekitar - makanan ape yang berkhasiat. Macam² lagi la. 
Bento tu tak menang pun sebab ade kawan yang lain lagi gempak bento diorang.
Cantik² macam dalam gugel 🤭.
Its ok, bento mami n Ahnaff sekadar memeriahkan pertandingan. Hahaha
Balik² tengok licin bento tu, yang tinggal biskut bear tu je sebab dia cakap nak makan kat rumah 😅.
Mami syak mesti dia tak bagi kawan² makan biskut tu. Tu yang tak habis tu.
Aduhaiii anak, anak...





6 comments:

  1. wahhhh! biarlah sandwich gemok yg penting mesti sedap! hehehe.. ahnaff sorok biskut bear tak kasi kwn makan kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betulll. Memang dia taknak kongsi biskut tu dengan kawan. Kedeksss betul. Huhuhu

      Delete
  2. bestnya ada potluck eh tecik tecik pon hehehe
    sandwich nampak sedap sangatt

    ReplyDelete
  3. Macam ni punya silibus baru kena dengan umur...
    Bukan baru 4 tahun dah suruh berapa untung jual burger🤭🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa.. 4 tahun kira untung jual burger. Darjah 6 sok suh jual insurans pulakkkk 🤣

      Delete